Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Thursday, October 07, 2010

My Selangor Story: Hari 4 - Sunway Resort Hotel & Spa - Mantra - Sun & Surf Cafe

My Selangor Story: Hari 4

VOTE FOR KRENMAUT

Lagu latar: Reach Out (IRON MAIDEN)

Pada paginya Joe menggerakkan aku untuk bersolat Subuh sekali. Beliau menjadi imam dan bacaannya memang tip top.

"Kalau tak boleh imamkan orang dalam solat, camana nak 'imam'kan diri sendiri", katanya ringkas. Aku setuju.

Pagi ini kami bertolak kembali ke arah bandaraya. Aku fikir, untuk menikmati kehidupan di kampung, tidak cukup dengan semalaman saja. Aku congak-congak, 3 hari dan 2 malam adalah lebih baik. Selain dari persembahan semalamnya, banyak lagi aktiviti yang tidak dapat kami ikut serta. Semuanya, disebabkan oleh masa yang amat suntuk.

Mungkin pada satu masa yang lain, pihak penganjur dapat mengadakan program khas untuk homestay ini. Aku rasa ia akan mendapat sambutan yang hangat. Manakan tidak, rombongan kami pun majoritinya tidak pernah (atau jarang) menikmati suasana kehidupan di kampung.

Thanks for everything!
Tenang
Selamat tinggal! We will be back insyaAllah!

Setelah bertuka-tukar alamat, aku dan Joe mengucapkan selamat tinggal kepada bapa angkat kami.

Destinasi seterusnya - Bandar Sunway.

++++++++++++++++
Sunway Resort Hotel & Spa.


Kami sampai sekira-kira waktu makan tengahari. Sambutan dari pihak Sunway, tidaklah memberansangkan sangat jika dibandingkan dengan sambutan VVIP semasa di Genting. Malah, hotel penginapan kami yang sepatutnya 5 bintang iaitu  Sunway Pyramid Tower Hotel ditukar kepada hotel 4 bintang bersebelahannya - Sunway Resort Hotel & Spa. Kami rasa sedikit kecewa. Kami baru saja bercita-cita mahu menjalani hidup sebagai rock star!

Walaubagaimanapun, hotel ini tidak mengecewakan. Bilik tidurnya luas. Kami diberi bilik standard dua katil. Katilnya besar tetapi disebabkan bilik yang luas ini kami tidak rasa lemas. Sebaliknya banyak ruang untuk bergerak. Tingkap luar yang mengadap ke arah dalaman Sunway Pyramid juga menarik perhatian. Jika bosan dengan rancangan di TV, menghabiskan masa dengan melihat telatah orang di luar sana pun OK juga.

Cuma kenapa kita perlu membayar harga untuk Wifi setelah menginap bilik yang mahal ini masih menjadi tandatanya. Walhal, di hotel/motel yang separuh bintang dari hotel ini, ada Wifi percuma!

Yeaa... balik ke perkampungan konkrit!
Lamanya menunggu...
Bilik cantik wooo
Tandas pun cantik wooo... (gua nak berak dulu - Joe)
Makhluk (sebelah kanan) yang muncul tiba-tiba dalam kamera (bukan Joe)

Mantra Restaurant
Makan tengahari kami ditaja oleh Mantra Restaurant. Hidangannya, agak mengecewakan. Restoran ini seperti kedekut untuk menyajikan kepada kami variasi yang pelbagai. Kami cuma dihidang dengan 4 jenis lauk - kari tiga jenis dan sayuran yang dimakan dengan nasi ataupun roti. Sungguh mengecewakan. Aku secara peribadi mengharapkan sesuatu yang hebat dari restoran ini kerana dari segi hiasan dalaman dan suasana restoran ini cukup menarik. Ada ketenangan di sebalik kesibukan pusat membel-belah Sunway Pyramid.

Tambahan pula masakannya tiada beza sangat dengan masakan mamak di luar. Pelanggan yang membayar sebenarnya membayar kos hiasan dalaman saja sedangkan makanannya agak mengecewakan.

Bertambah malang, hanya selepas aku balik dari tour ini baru aku tahu yang restoran ini tiada sijil halal. Siap jual arak lagi! Di mana keperihatinan pihak penganjur dalam mendasari soal halal haram bagi seseorang Islam dalam hal ini?

Penjelasan - halal mengikut takrifan JAKIM boleh dibaca DI SINI. Suka aku mengingatkan bahawa klausa yang penting dalam takrifan tersebut ialah:
d) tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.
Jika orang Islam sendiri yang tidak ambil berat, siapa lagi yang mahu diharapkan?

Macam biasa jek...
Display cantik
B je?
Hidangan ala-kadar
Dia memang selalu selera...

Sunway Pyramid
Apa nak dikatakan lagi tentang pusat membeli belah yang hebat ini. Boleh kata semuanya ada dalam satu bumbung. Projek pembesaran yang baru siap menambahkan lagi reputasi kompleks membeli-belah ini.

Kami diberi masa untuk membuat aktiviti bebas di sebelah petangnya. Aku mengambil keputusan untuk memulakan tugas memblogging yang menjadi satu keputusan yang salah. Aku leka dengan masa hingga menyebabkan aku tiada masa untuk mengambil gambar!

Jadi gambar-gambar di bawah ini aku ambil dari laman rasmi Sunway Pyramid.







Jika dicongak, sepetang saja belum tentu cukup untuk meronda keseluruhan kompleks ini. Dari pusat bermain ski ais hinggalah kepada hypermarket dan bermain boling juga tidak dilupakan panggung wayang.

Kami juga rasa selamat berada di dalam kompleks ini disebabkan adanya pegawai keselamatan yang ramai meronda dan menjaga keselamatan para pengunjung pusat membeli belah ini.

Tandas yang disediakan sangat bersih dan perlu disanjung.

Begitu juga ruang solat untuk pengunjung beragama Islam agak luas dan selesa untuk digunakan.

Secara peribadi, aku menyukai Sunway Pyramid ini dan jika diberi pilihan untuk membeli-belah, sudah tentu inilah pilihanku.

Aku diberitahu lebih awak oleh mereka yang berpengalaman, bahawa aku perlu bersedia untuk membuat ruangan lebih dalam perut jika makan buffet di cafe ini.

Mereka itu benar.

Sajian buffet di dalam cafe ini sangat menyelerakan! Ianya mengingatkan aku kepada buffet di sebuah hotel 5 bintang di Kuala Lumpur yang memahat kenangan yang sukar dilupakan disebabkan sajian yang sungguh hebat.

Aku memulakannya dengan memakan tiram mentah yang dititik dengan jus lemon. Fuh... memang hebat. Tapi cukuplah satu. Kalau lebih, maksudnya lain jenis juadah aku tak akan dapat rasa disebabkan oleh kekenyangan.

Round yang kedua aku mengambil tema daging. Dengan tema ini aku memenuhkan pinggan dengan pelbagai jenis daging yang ada dihidang. Ini termasuklah kambing panggang golek yang disajikan bersama dengan nasi arab.

Sebab itu ramai pengunjung Arab dalam cafe ini.

Set BBQ juga ada disediakan di luar cafe. Untuk ini, aku menyental lamb, beef dan potato yang telah diBBQkan.

Sungguh kenyang!

Pehhh...!
Dua kali pehhh...

Tiga kali pehhh...
Chef concentrate... jangan kacau nanti kena tikam!

Malam ini berakhir dengan keletihan. 

Keletihan dan keletihan tetapi disulam dengan kepuasan.

Joe seperti biasa, berdengkur lebih awal.

----
SPONSORS:







2 comments:

Azuan said...

Patut letak gambar yuppie jadian di Coffee Bean order air vanilla sambil online berjam2! hahaha

deaf-angel said...

nice report and great photos mm

terutama makan2 tu haha