Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label New Arrival. Show all posts
Showing posts with label New Arrival. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

Sudah rilis... apa lagi?

Yang bergebang kata IRON MAIDEN sana IRON MAIDEN sini;  hentak-hentak meja sampai nak terkeluar bijik mata...

Ni ha...

dah rilis dah pun.

Beli kat kedai, keluar kedai terus snap gambar dan pos kat facebook. Tak nyempat-nyempat. Nak eksen punya pasal. Review menyusul kemudian selepas puas dengar.

Sila dapatkan di kedai CD berhampiran. Kalau kedai tu takde takde, hentak-hentaklah meja sampai nak terkeluar bijik mata...

TAKKAN DOWNLOAD JE KOT? AIYAAAA...!!!

Monday, June 09, 2008

Jadi mat vinyl?

Memang gerek ah LP ni... gambar besar puas dilihat. Thanks kepada Record Fair tempohari, gua dah terbeli LP nih... (Laporan penuh).

IRON MAIDEN A Matter Of Life and Death double LP (sealed) Limited Edition.

Tertanya-tanya gua, apa la ada kat dalam. Nak bukak sayang. Lagipun gua belum ada turntable lagi. Tunggu ada turntable baru gua bukak ah.


IRON MAIDEN Can I Play With Madness/The Clairvoyant 12" 2xEP (sealed) The First 10 years.

Ni pun lagi satu LP yang masih berbungkus. Sayang nak bukak. Lukisan lawa seyyy...

IRON MAIDEN The Clairvoyant/Infinite Dreams 12" 2xEP The First 10 years.



Yang ni not sealed. So boleh bukak. Memang cun gambar kat dalam tu. Artwork pun makin jelas kelihatan berbanding dengan dalam CD.

METALLICA Kill Em All 180grams 2-LP (limited 5000 copies only)

Ni spesel edisi. 180gram ni gua tak paham tapi versi ni sebabnya dia punya 'groove' kat LP tu di'groove' 2 kali lagi panjang. Maksudnya, instead of playing guna 33RPM speed, kena pakai 45RPM. Dengan lain kata, detail dari LP ni lebih detail. Sebab itu, instead of semua lagu boleh fit in satu LP, yang ni kena ada dua LP baru muat semua lagu. Paham ke gua explain ni?

Paling senang nak explain bak kata kawan gua, beza VCD dengan DVD ah... habis cerita. VCD boleh simpan 700MB data, then DVD boleh simpan 4GB data gitu.

SCORPIONS Lonesome Crow LP
Klasik! Walaupun album pertama ni Uli Jon Roth tak join lagi tapi still rulez sebab ada unsur-unsur prog sikit. Tak sangka boleh jumpa ini LP. Murah lak tu (banding dengan yang kat atas).

Monday, January 28, 2008

IRON MAIDEN Virtual XI 2-CD Japan with OBI

Rajah 1: Muka depan dan jewel case tebal.

Masuknya Blaze Bayley ke dalam IRON MAIDEN serba sedikit merubah wajah IRON MAIDEN. Peminatnya sedar akan pembawaan IRON MAIDEN yang paling gloomy adalah dalam album The X Factor yang mana merupakan album pertama Blaze bersama IRON MAIDEN. Rupa-rupanya, ia diteruskan di dalam album Virtual XI. Mungkin ini mendapat bantahan tetapi itulah yang aku rasakan. Kehadiran CD ini dalam bentuk Japanese release memberikan peluang kepada aku untuk menganalisa album ini. Ia datang dalam pakej yang sama dengan album The X Factor Japanese release, dengan jewel case yang tebal untuk merumahi 2 CD di dalamnya (Rajah 1).


Rajah 2: Flip pertama jewel case menampilkan CD #2.

Salah satu kritikan yang diberikan kepada album ini ialah kurangnya lagu-lagu yang menyengat. Rata-rata mengatakan hanya dua lagu yang outstanding sedangkan yang lainnya sekadar filler. Lagu tersebut ialah Futureal dan The Clansman. Aku hampir setuju dengan pandangan ini. Tidak seperti The X Factor, walaupun mempunyai banyak lagu, tetapi banyak juga lagu yang outstanding. Namun, trademark IRON MAIDEN, double lead melodies di dalam album ini begitu menyerlah hampir kesemua lagunya. Malang sekali lagu-lagu tersebut agak lemah pada pandanganku dan ini agak merugikan kerana guitar work (maksudnya double lead melodies) tersebut menjadi sia-sia seperti di dalam lagu Don't Look In The Eyes of A Stranger dan The Educated Fool.

Rajah 3: Kalendar bonus tahun 1998.

Musically, album ini seperti yang aku katakan tadi, adalah lanjutan dari album The X Factor; gloomy dan moody. Besar kemungkinan ianya dipengaruhi oleh gaya pembawaan Blaze sendiri. Mungkin juga kesedihan Steve Harris masih tidak terubat untuk album ini adalah penyebabnya. Ini pendapat aku tanpa melihat liriknya. Mungkin aku betul, mungkin juga aku salah tetapi itulah apa yang aku rasakan.


Rajah 4: Flip kedua jewel case menampilkan CD #1.

Edisi Jepun ini menampilkan 2 buah CD; CD standard dan CD bonus. Lagu-lagu standard semuanya diletakkan di dalam CD 1. Untuk bonus CD, dimasukkan lagu-lagu berikut:

1. Blood On The World's Hands
2. The Aftermath

yang mana kedua-duanya adalah rakaman secara live. Apa yang dapat didengari dari rakaman ini ialah betapa 'tipisnya' jeritan crowd. Ini adalah disebabkan pada zaman Blaze ini, IRON MAIDEN bermain di hadapan crowd di kelab-kelab dan bukannya di stadium atau arena seperti kebiasaannya. Dilaporkan Blaze menghadapi alergi di stas stage yang menyebabkan beberapa siri live IRON MAIDEN terpaksa dipendekkan.


Rajah 5: Isi booklet.

Kalendar percuma yang diberikan bersama dengan rilisan ini agak menarik kerana ia menampilkan cover semua album-album IRON MAIDEN (Rajah 3). Walaupun begitu, booklet yang diberikan cuma satu, tidak dua seperti dalam album The X Factor Japanese release. Mungkin kalendar ini menjadi pengganti kepada booklet tersebut. Aku tidak berapa menyukai cover album ini. Aku juga tidak menggemari tajuk album ini. Virtual XI? Tak catchy langsung dan tidak menggambarkan ianya sebagai album yang powerful. Uniknya, album kesepuluh (X) dan kesebelas (XI) yang mengambil angka roman ini cuma ada pada album yang Blaze ada di dalamnya. Seolah-olah seperti ianya terancang!

Rajah 6: Muka belakang dan jewel case tebal.

Sebagai menyahut seruan bro deaf_angel, aku akan membuat komen ringkas mengenai lagu-lagu di dalam album tersebut. Aku sebenarnya malas nak komen song-by-song sebab pada aku yang menyebabkan satu-satu album itu baik adalah album itu sendiri dan bukan lagu-lagu individu. Anyway, here goes... (rating 5/5 terbaik, benchmark untuk album ini sahaja. Maksudnya, kalau 5/5, ini adalah lagu terbaik DALAM album ini, bukannya di benchmark dengan album-album yang lain)

1. "Futureal" (Blaze Bayley, Steve Harris) – 2:55
- perasan durasi lagu ni? 2:55! Antara lagu terpendek IRON MAIDEN pada pandangan kasar aku. Lagu permulaan yang baik bagi album ini kerana ianya laju dan bersemangat. Lagu mengenai paranoia apabila realiti dan alam maya bertembung. Lagu yang mendasari album ini (termasuk cover album). 5/5.

2. "The Angel and the Gambler" (Harris) – 9:52
- Malang sekali lagu ini agak panjang. Melodi lagu ini bagus terutamanya iringan keyboard (Hammond?) yang menyuntik elemen progresif. Riff gitar kurang di dalam lagu ini menyebabkan ianya menjadi repetitif. Blaze mengulangi bait lirik Don't you think I'm a savior... puluhan kali! 3/5

3. "Lightning Strikes Twice" (Dave Murray, Harris) – 4:50
- Lagu yang dimulakan secara perlahan; melodi gitar di sebelah kiri dan plucking di sebelah kanan bersama dengan plucking bass sebelum masuknya vokal dan distortion guitar. Korusnya agak kurang pada pendengaran aku. Tetapi melodi double leadnya agak syahdu. Tinggal lagi melodi gitar itu sekejap sangat. Tak puas. 3/5

4. "The Clansman" (Harris) – 8:59
- lagu anthem album ini. Korus yang menarik dan catchy. Freedom.... Freedom... Sah menjadi jeritan bersama crowd semasa persembahan live. Dalam masa yang sama menjadi lagu epik di dalam album ini. Lagu ini didasari dari filem BRAVEHEART (Mel Gibson). Lagu ini bermula secara gradual, suara Blaze dari berbisik hingga menjerit. An absolute classic! 5/5

5. "When Two Worlds Collide" (Bayley, Murray, Harris) – 6:17
- intro guitar seakan-akan U2? Hahahah... Itulah rasanya pada pendengaran aku. Lagu ini menguatkan feel gloomy di dalam album ini, berkisar tentang pertembungan dua budaya. Biasanya apabila bertemunya dua budaya (dunia) akan berlakunya ketidakfahaman dan rasa prejudis yang selalunya berakhir dengan pertumpahan darah. 3/5

6. "The Educated Fool" (Harris) – 6:44
- Elemen progresif agak menyerlah di dalam lagu ini. Korusnya, pada pandangan aku antara yang terbaik di dalam album ini, semata-mata kerana ia berbeza dengan gaya korus-korus yang ada. 4/5

7. "Don't Look to the Eyes of a Stranger" (Harris) – 8:03
- Lagu yang panjang dengan pendekatan yang sama dengan lagu The Angel And The Gambler, terutamanya part Blaze mengulangi bait Don't Look to... puluhan kali. Namun rewardnya ialah aku disajikan dengan melodi double lead guitar yang juicy selepasnya. Worth the wait, rasanya. 4/5

8. "Como Estais Amigos" (Bayley, Janick Gers) – 5:30
- Lagu tribute kepada askar Argentina yang terbunuh ketika provokasi Falklands (Argentina vs Britain, 1982). Lagu ini pada aku palin emotional. Kesedihan dan gloom menyelubungi lagu ini, baik dari lagu mahupun liriknya. Cuma pada pandangan aku, tajuk lagu ini kurang berkesan. Aku prefer kalau ianya ditulis dalam bahasa Inggeris kerana bagi yang tidak berbahasa Spanish (?), bunyinya agak kelakar. 5/5


Rajah 7: Kertas OBI.

Kesimpulannya, well, you can never be wrong with IRON MAIDEN. Walaupun album ini dikatakan album yang paling kurang sekali dalam discography IRON MAIDEN, namun, anda tidak akan mengetahui apa yang anda tinggalkan! Kepada peminat IRON MAIDEN semua, inilah masanya untuk mengeluarkan kembali CD ini dan memutarkannya semula.

Friday, January 25, 2008

IRON MAIDEN The X Factor 2-CD Japan with OBI

Rajah 1: Muka depan dan jewel case tebal.

Mungkin ramai peminat IRON MAIDEN ada beberapa kritikan terhadap album The X-Factor, atas dasar vokalis baru ketika itu Blaze Bayley yang seperti tidak dapat memenuhi ruang yang terbentuk selepas keluarnya Bruce Dickinson dari IRON MAIDEN. Sememangnya itu satu tanggungjawab yang tersangat besar yang perlu dipikul oleh Blaze. Pada aku, Blaze telah melakukan tanggungjawabnya dengan baik sekali dalam album ini. Malang sekali beliau perlu menyanyikan lagu-lagu Bruce yang tidak sesuai dengan keadaan tonal suara beliau.

Rajah 2: Flip pertama jewel case menampilkan CD #1.

Anyway, bukanlah dalam ruangan ini aku menulis untuk menjadi defendan bagi pihak Blaze. Sebaliknya aku mahu membuat ulasan tentang belian terkini aku ini. Yes! Antara album favourite aku dan sekarang aku memiliki versi Jepun edisi khas. Seperti yang diketahui ramai, versi Jepun biasanya mempunyai keistimewaannya. Aku tak pasti dengan sound kualitinya (seperti yang dikata ramai, lebih baik dari versi-versi yang lain; disebabkan aku tak memiliki sistem stereo yang hebat) tetapi pakej yang selalu disediakan oleh edisi Jepun biasanya mempunyai bonus.

Mula-mula pakej jewel case adalah versi tebal bukan jewel case double CD biasa (Rajah 1). Ketebalannya adalah menyamai dua jewel case biasa.

Rajah 3: Flip kedua jewel case menampilkan booklet bonus.

Untuk versi Jepun ini, ianya menawarkan 2 keping CD. CD pertama mengandungi lagu-lagu dalam edisi biasa sedangka CD kedua menampilkan lagu-lagu bonus:

1. Justice of the Peace
2. Live My Way
3. Judgement Day

Mengikut komen dari saudara deaf_angel, ini adalah satu-satunya versi yang mana lagu Live My Way tercetak di dalam bentuk CD. Lagu 1 & 2, sekali dengar, kedengaran seperti lagu cover tetapi rupa-rupanya lagu IRON MAIDEN sendiri. In fact, ketiga-tiga lagu bonus ini pada pendapat aku adalah lagu yang terkeluar sikit dari sentimen album The X-Factor yang gloomy. Ketiga-tiga lagu di atas bersifat rancak dan rockish. Mungkin sebab itu, ianya tidak termasuk dalam track utama album The X-Factor.


Rajah 4: Isi booklet bonus - discography.

Bonus seterusnya ialah ada dua booklet! Satu booklet adalah yang standard seperti versi biasa dan satu lagi memang istimewa. Booklet bonus mempunyai muka depan dan belakang yang sama dengan booklet biasa (Rajah 3) tetapi isinya berlainan! Booklet ini pada muka terhadapan menampilkan informasi tentang kesemua album IRON MAIDEN termasuk singles yang pernah dirilis (sila rujuk Rajah 4). Seterusnya ia menampilkan setlist tour IRON MAIDEN di Jepun bermula dari siri tour pertama (Killers 1981) hingga yang terakhir ketika itu (Fear of the Dark 1992) - rujuk Rajah 5.

Malang sekali komentari yang ditulis di dalam booklet ini ditulis dalam bahasa Jepun.

Rajah 5: Isi booklet bonus - tour setlist.

Seterusnya, versi ini juga diselitkan dua helai deskripsi mengenai album The X-Factor dan juga bonus tracks. Sekali lagi, dukacita semuanya ditulis dalam bahasa Jepun. Tapi aku pun tak boleh komplen, ini adalah rilisan Jepun.

Rajah 6: CD bonus.

CD bonus yang diberi adalah dengan cetakan biasa saja tidak seperti CD asal yang mempunyai kualiti print bergambar (Rajah 2 dan 6). Kertas OBI adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 7. Aku sebenarnya tak pasti kenapa dengan ada atau tiadanya kertas OBI ini dapat menaik/menurunkan harga CD versi Jepun. Sekali pandang, ianya cuma sekepin kertas dengan perkataan tulisan Jepun diatasnya. Tiada yang tersangat istimewa pun.

Rajah 7: Kertas OBI.

Anyway, untuk merumuskan, aku sangat berpuashati dengan versi ini terutamanya apabila mengetahui hanya dalam versi ini lagu I Live My Way boleh didapati (sekurang-kurangnya setakat ini - mungkin akan datang IRON MAIDEN akan meriliskan B-sides dengan lagu ini).

Rajah 8: Muka belakang dan jewel case tebal.

Album The X-Factor sendiri sudah cukup menjadi sebab album ini perlu dimiliki. Aku bukan bercakap bagi pihak peminat IRON MAIDEN, tetapi juga untuk mereka yang asing dengan IRON MAIDEN. Of course, mereka perlu mendapatkan album Powerslave ataupun The Number of The Beast dahulu sebagai introduksi kepada IRON MAIDEN tetapi bagi aku (dan sesetengah peminat tegar IRON MAIDEN), apa salahnya album ini menjadi introduksi?

Wednesday, January 16, 2008

IRON MAIDEN Different World CD single (EU) + DVD

Untuk single ini ada beberapa versi seperti yang telah dijelaskan di sini. Tolak versi vinyl, aku rasa aku dah complete untuk single ini dalam versi CD. Oleh itu ayuh kita lihat dengan lebih dekat.

DIFFERENT WORLD (EU) single CD.

Berbeza dengan versi US, versi EU ini hanya mempunyai dua buah lagu sahaja. Namun begitu tolak lagu Different World sebagai single, extra tracknya berbeza-beza antara kedua versi.

1. "Different World" (Smith, Harris) – 4:15
2. "Iron Maiden" (Recorded live in Copenhagen on the A Matter of Life and Death tour, November 10, 2006) (Harris) – 5:40

So kalau korang beli satu je, kira tak cukup sebab lagu lain. Nampak gaya memang kena sapu dua-dua versi.

Packaging pun berbeza yang mana versi ini menggunakan slimline jewel case sedangkan yang US, menggunakan jewel case biasa. Begitu juga dengan print atas CD.

Rajah 1: IRON MAIDEN Different World CD (EU) muka depan

Rajah 2: IRON MAIDEN Different World CD (EU) muka CD. (perhatikan printing atas CD yang berbeza dengan versi US)


Rajah 3: IRON MAIDEN Different World CD (EU) muka belakang.


DIFFERENT WORLD (EU) single DVD.

Ini versi DVD single. Ada satu track videoclip dan dua lagu recorded live. Cuma bila pasang DVD ni lagu recorded live tu dimainkan bersama dengan photo shoot tour album A Matter Of Live And Death.

1. "Different World" (Smith, Harris) – 4:15
2. "The Reincarnation of Benjamin Breeg" (Recorded live in Copenhagen on the A Matter of Life and Death tour, November 10, 2006) (Dave Murray, Harris) – 7:44
3. "Hocus Pocus" (Focus cover) – 5:33

Oh ye, ini versi datang dengan poster Eddie cum kalendar 2007. Rujuk rajah 7 dan 8.

Rajah 4: IRON MAIDEN Different World DVD (EU) muka depan.

Rajah 5: IRON MAIDEN Different World DVD (EU) muka CD.

Rajah 6: IRON MAIDEN Different World DVD (EU) muka belakang.


Rajah 7: IRON MAIDEN Different World DVD (EU) poster (depan).


Rajah 8: IRON MAIDEN Different World DVD (EU) poster (belakang).

Video klip tu video klip animasi... best gak, part Eddie mengamuk tu.




Tuesday, January 01, 2008

IRON MAIDEN The Reincarnation of Benjamin Breeg (EU single)

"The Reincarnation of Benjamin Breeg" is a song by Iron Maiden on their 14th studio album, A Matter of Life and Death. The song is the leading single from the album, released on 14 August 2006. The CD single comes with a B-side of "Hallowed Be Thy Name" from the BBC Radio 1 Legends Session. Due to the overall length of the two songs, the single was not eligible for chart inclusion in the UK. The character: The single's promotional image shows Eddie (the band's mascot) digging out the grave of Benjamin Breeg, whose tombstone states "Aici zace un om despre care nu se ştie prea mult". This is a sentence in Romanian, which roughly translates into "here lies a man about whom little is known." The identity of the character is being held secret by band members. Steve Harris, in an interview featured on the DVD (with special edition CD album) was quoted as saying: "Who is Benjamin Breeg? Ah, now that would be telling." The fictional story of the search for Benjamin Breeg was told in a handful of installments on a dedicated website throughout July and August 2006. The final chapter began "The person who contacted me from Romania is coming to meet me. I feel that his arrival will finally give me the answers I seek regarding Benjamin Breeg" but ended on a cliffhanger which teasingly provided no answers. This final installment coincided with the release date of the single. 2 track CD 1. "The Reincarnation of Benjamin Breeg" (Dave Murray, Steve Harris) – 7:21 2. "Hallowed Be Thy Name (Radio 1 'Legends' Session)" (Harris) – 7:13

- taken from wikipedia

Siapa itu Benjamin Breeg? Dickinson kata, hanya Harris je yang tau. Nama Breeg pada pendengaranku yang Melayu ni bunyinya kelakar. Macam le takde nama lain hahahah... Anyway, lagu Hallowed Be Thy Name yang ada dalam single ini adalah sama dengan lagu yang ada dalam single Different World. So takde la extra apa sangat, selain dari artwork single ni. Oh ye selain dari versi ini ia juga dirilis dalam bentuk 10" EP.

IRON MAIDEN Different World single (US)

"Different World" is the first track from British heavy metal band Iron Maiden's 2006 album A Matter of Life and Death. The song is also the second single from the album, released on November 14, 2006 in the United States, and December 26, 2006 in Europe. The song has been stated by the band to be a tribute to Thin Lizzy due to the low sounding melodies sung by Bruce Dickinson that are reminiscent of those Phil Lynott would sing.

The song is featured in the skateboarding video game Tony Hawk's Downhill Jam.

US CD single

1. "Different World" (Adrian Smith, Steve Harris) – 4:15
2. "Hallowed Be Thy Name (Radio 1 'Legends' Session)" (Harris) – 7:13
3. "The Trooper (Radio 1 'Legends' Session)" (Harris) – 3:56

- taken from wikipedia

Lagu 1st tu rasanya memang takde beza dengan versi album. Yang special ialah track 2 dan 3. Ikut dari info yang ditulis, pastinya ia versi live di dalam studio. Memang faultless! Dan kedengaran lebih in-your-face walaupun bunyi gitar agak kebelakang. Drum McBrain memang power ah! All these years, suara Dickinson pun macam maintain je. Tak tuakah mereka ini?


Ikut kata wikipedia, ada lagi dua versi single ini iaitu DVD single dan European single. Yang versi 7" tu aku tak berapa la sangat sebab takde player nak main. So kot kalau korang ada ke versi yang lain2 ni nak jual ke... kontek aku ye!

IRON MAIDEN Ed Hunter boxset

Ed Hunter, a first-person shooter video game, was released in 1999, and is based on and accompanied by Iron Maiden's music. The game objective consists of rescuing the mascot of Iron Maiden, Eddie, from a prison while passing through game settings evocative of the albums. Music from the band completes the game's customizable soundtrack.

The game passes through various levels, starting in a street, then to a mental institution, then into hell itself, and then into other various locations. The locations are from the covers of previous Iron Maiden records. The gameplay itself consists of shooting the appearing enemies with the mouse cursor.

The game travels on "a track" and the player has no control over movement apart from occasionally choosing the route he will take through the levels. The player can select which tracks play in the background of which levels. -wikipedia

Rajah 1: IRON MAIDEN Ed Hunter CD + PC Game

Aku tak sempat nak belek game ni dalam PC. Tak kuasa aku nak main hahahah... baca dari review wikipedia pun nampak gaya tak menarik. Cuma yang menarik probably background muzik tu la, Iron Maiden! Maybe next time la senang2 sikit. Anyway, lagu-lagu yang jadi background untuk game tersebut adalah seperti di bawah:
  1. London's East End (Phantom of the Opera)
  2. The Shady Pines Asylum (Wrathchild)
  3. The Pits Of Hell (Hallowed Be Thy Name)
  4. The Graveyard (Fear of the Dark)
  5. The Pharaoh's Tomb (Powerslave)
  6. Blade Runner (Futureal)
  7. Futureal (The Evil that Men Do)
  8. Finale (The Evil That Men Do)
Nampak kena dengan tema game tersebut yang ada hantu-hantu hahaha...

Packagingnya ada 2 muzik CD dan 1 CD game as shown in Rajah 1. So 3 CD kesemuanya. Yang best, semua CD di full coloured print dengan ink yang timbul2. Kalau korang ada discography Iron Maiden versi 2-CD (EMI atau Castle), haaa... begitulah printing atas CD. Cun! Lagu-lagu yang compiled adalah lagu-lagu yang dikatakan datangnya dari undian peminat.

Rajah 2 menunjukkan CD #1 dan booklet yang ada dalam packaging apabila kita membukanya pada fold yang pertama. Printing pada CD memang cun seperti yang dikatakan. Artwork adalah merupakan salah satu strength Iron Maiden. A lot of efforts has been done towards artwork dan ianya terbukti dengan Ed Hunter.
Rajah 2: Packaging pada fold pertama

Rajah 3, 4 dan 5 menunjukkan artwork pada CD #1. Mungkin snapshot game tersebut, aku pun tak tau sebab tak main lagi. Colour memang vibrant dan timbul!

Rajah 3: CD #1

Rajah 4: CD #2


Rajah 5: CD Game

Nak review lagu-lagu pun semuanya lagu lama. So tak yah review la lagu hahaha... Cuma lagu yang ada diambil dari album 1980 - 1999, bermaksud lagu-lagu dari album pertama sehingga Virtual XI. Bantai tengok gambar je la ye. Rajah 6 hingga Rajah 8 seterusnya menunjukkan the rest of the packaging. Note, packaging dalam bentuk jewel case extra tebal. Kalau pecah jewel case ni takde ganti la sebab takde jual kat kedai.

Rajah 5: Thick jewel case dan kedudukan CD/booklet

Rajah 6: Booklet 20 mukasurat yang mengandungi playing instructions untuk game Ed Hunter.

Rajah 7: Muka akhir packaging.

Die hard Iron Maiden sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan Ed Hunter. Presentation boxset yang menarik ditambah lagi dengan game Iron Maiden sendiri. Walaupun tak berapa canggih (berdasarkan review ramai) tapi kepada peminat Iron Maiden ia merupakan satu keunikan.

Sebelum terlupa, berikut ialah listing lagu-lagu dalam boxset ini.

Disc one

1. "Iron Maiden (live)"
2. "The Trooper"
3. "The Number of the Beast"
4. "Wrathchild"
5. "Futureal"
6. "Fear of the Dark"
7. "Be Quick or Be Dead"
8. "2 Minutes to Midnight"
9. "Man on the Edge"
10. "Aces High"
11. "The Evil That Men Do"
12. "Wasted Years"
13. "Powerslave"
14. "Hallowed Be Thy Name"

Disc two

1. "Run to the Hills"
2. "The Clansman"
3. "Phantom of the Opera"
4. "Killers"
5. "Stranger in a Strange Land"
6. "Tailgunner"

#Klik gambar untuk imej lebih besar dan jelas.

Sunday, December 30, 2007

MEGADETH Greatest Hits - Back to the Start digibook CD + DVD

Rajah 1: Muka depan

Ini special edition punya release, paling special sebab ianya digibook punya release. Yang ada di pasaran, single CD, CD+ DVD dan ini. Nasib aku baik dapat beli dengan harga yang agak murah.

Ini kompilasi yang kedua selepas Capitol Punishment: The Megadeth Years (2000) dan dirilis pada tahun 2005. Ikut info dari wikipedia, ini kompilasi sudah terjual 276K (tak tau bila punya info).

OK, yang menarik tentang ini rilis ialah of course, bonus DVD yang ada... dan digibook tu. Digibook ni macam ni, ianya macam digipak cuma hardcover dia memang keras. Keras gila macam hardcover buku. So that's why ianya dipanggil 'digibook'? Booklet yang ada dalam CD biasa tu dilekat pada hardcover tu, maka jadilah ianya digibook. Takde la complicated sangat.

Rajah 2: Muka 2 digibook

Rajah 3: Muka sebelum terakhir digibook

Apa ada dalam DVD?

* Kill the King - Mega-mix video
* "Megadeth Live" intro screen / Prince Of Darkness - Live footage, previously unreleased
* Holy Wars...The Punishment Due - Live footage, previously unreleased
* In My Darkest Hour - Live footage, previously unreleased
* Hangar 18 - Live footage, previously unreleased
* Sweating Bullets - Live footage, previously unreleased
* Symphony Of Destruction - Live footage, previously unreleased
* Peace Sells Live footage, previously unreleased
* Preview of upcoming 2 DVD release: "The Arsenal Of Megadeth"

Haaa... yang best Live Footage tu tangkap kat Filmore (Testament Live in Filmore?) dan ianya tidak pernah dirilis. Tahun rakaman, 1999. Oleh kerana ada lagu Prince of Darkness, maka ianya adalah live selepas album Risk dirilis.

Mix live footage ni tak diketahui. Aku tengok pakai notebook two-speakers je. Melalui speakers tu aku dengar mix gitar Friedman tenggelam sangat-sangat. Yang jelas, gitar Mustaine. Jelas sampai yang terkolap-terkolap pun dengar hahaha... tapi itu pun masa lagu ketiga BUKAN masa vokal pulak tu. Masa Mustaine vokal, memang cun gitar steady je. Memang terer dia nih!

Hanya last two songs je Friedman punya gitar bunyi jelas. OK la tu.

Masa ini zaman Mustaine masih endorse Jackson so dia main semua Flying V Jackson. Geram pulak aku tengok Jackson punya Flying V ni (walaupun Gibson is the tr0o). Aku browse eBay try cari kot2 ada Jackson punya versi, takde pulak. Dah kena sue agaknya Jackson ni. Friedman pulak pakai Jackson Kelly dia tulah, cuma ganti2 dengan lain kaler. Dia juga pakai Gibson SG dan Gibson LP. Setiap lagu, dia ganti gitar rasanya. Ellefson pulak pakai satu jenis je bass. Bass apa ntah aku tak amik port sangat. Drummer DeGrasso.

Video klip Kill The King just montage dari video-video klip Megadeth yang lama. So tak menarik la sangat walaupun lagu tu memang killer! Selain dari tu, ada trailer Arsenal of Megadeth.

Again A MUST BUY!!!

Rajah 4: Artwork pada CD

Rajah 5: Artwork pada DVD

Rajah 6: Muka 2 digibook