Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

Wednesday, August 05, 2015

Bapak ada PhD boleh tanya apa-apa saja benda dalam dunia yang fana ini

Mentang-mentang la Bapak ko ada PhD, korang ingat Bapak korang ni semua tau ye. Bagi soalan pun pekejadah...

Ismail: Bapak, what is 4-dimensions?

Bapak: Urrmmm.... errmmm...

Ismail: Is it space-time?

Bapak: Sort of... space tu sendiri dah 3D. Tambah dengan time, you are adding another dimension, hence 4D. Tapi sebab kita mampu nak visualize 3D je, tu sebab dalam description space-time, in 2D je untuk memudahkan visualization.

Ismail: urrmrmmm... errmmm...

*Bapak ko ni PhD in structural engineering laaaa bukan astro-physicist tapi I will read more to prepare for the next pekejadah soalan from you smile emoticon Hopefully betul la (atau sipi2) jawaban ini.

Friday, April 24, 2015

Saintis muda

Ismail (12 tahun) relaks baca buku Awesome Space sambil melayan The Cardigans - Life CD selepas selesai kelas agama waktu malam.
 
All the great scientists minat dengan sains sejak dari kecil lagi. Semuanya tergerak atas perasaan "ingin tahu" dan "kagum" dengan alam (ciptaan Tuhan). They "wander" dan "wonder" menggunakan pengetahuan yang sedia ada ditambah dengan imaginasi sendiri.

Cuma yang Ismail takde buat masa ni ialah kecenderungan pada Matematik. Kecenderungan pada matematik adalah sebab kenapa saintis itu jadi hebat. Mungkin sebab tak nampak kaitannya lagi kot?
Sebab takde kecenderungan pada Matematik le juga yang menyebabkan Bapak Ismail tak bergerak kemana-mana. Saya harap kesilapan ini tidak berulang pada Ismail :)

Nasib baik juga Ismail (dan adik beradik) agak fasih berbahasa Inggeris. Boleh la faham buku English. Dan kalau perlu untuk baca buku yang lebih advanced, ianya sudah tersedia boleh dibeli di kedai buku. Ada banyak.

Agak malang buku sebegini dalam bahasa Melayu amat kurang. Yang banyaknya lebih kepada buku agama je dan novel bukan-bukan.

English adalah penting untuk pemahaman sains dan matematik zaman ini.

The imagination of nature is far, far greater than the imagination of man.
- Richard Phillips Feynman (May 11, 1918 – February 15, 1988) 


---------------

Dengan Ismail, agak mudah sembang berkenaan astrophysics. But he is not easily impressed with facts he already know.

Bapak: Did you know that if the earth is compressed into a size of a wedding ring, it can becomes a black hole? *nada semangat dan terkejut untuk menarik perhatian*

Ismail: OK... *nada dah tau*

Bapak: And if our body compressed into a size of an atom, we can also turned into a blackhole! *nada semangat dan terkejut untuk menarik perhatian*

Ismail: OK... *nada dah tau*

Bapak: *I got to read more*

--------------

Sembang dengan Isa (8 tahun) malam tadi masa beli barang kat Tesco.

Bapak: Isa, apa cita-cita kamu?

Isa: Saintis... and drawer.

Bapak: Drawer? Ohh... pelukis. Artist. *pening juga mikiornya pebende drawer*

Isa: And firefighter!

Bapak: OK

*tak tau camana saintis boleh sekali dengan firefighter... mungkin saintis berkenaan dengan api dan pada masa terluang hobinya adalah melukis? Nobel Prize winner in the making guys!*

"We are in the position of a little child entering a huge library filled with books in many languages. The child knows someone must have written those books. It does not know how. It does not understand the languages in which they are written. The child dimly suspects a mysterious order in the arrangement of the books but doesn't know what it is. That, it seems to me, is the attitude of even the most intelligent human being toward God. We see the universe marvelously arranged and obeying certain laws but only dimly understand these laws."
- Albert Einstein (March 14, 1879 - April 18, 1955)

Friday, June 29, 2012

Belated akikah


Pada cuti sekolah yang lepas saya telah melakukan ibadah akikah untuk anak perempuan saya. Ya, belated.

Oleh kerana belated, saya berniat nak belikan kambing yang elok sikit. Inilah gambar kambing jantan yang berharga RM700 itu.

Saya menambah lagi seekor kambing betina kerana keluarga mertua hendak menjemput 300 orang untuk makan. Untuk saiz yang sama, seekor kambing betina berharga RM400 pun disembelih.


Thursday, June 28, 2012

Anak-anak

Tiga lelaki dua perempuan.

Kalau tambah lagi satu, maksudnya tak muat Grand Livina. Kena tukar kepada 12 seaters pula.

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan seorang rakan sekerja yang isterinya mengandung anak ke-12. Kalau benar, maka ada dua rakan sekerja di tempat kerja yang ada anak 12 orang.

Mereka ini bukan calang-calang juga. Seorang Dekan dan seorang Director. Mungkin ini yang dikatakan rezeki anak-anak.

Sunday, February 19, 2012

Jaundice


Dah dua malam masuk wad. Moga lagi dua hari boleh keluar. Abang-abang dan kakak dah rindu kat rumah.

Wednesday, February 15, 2012

Wordless Wednesday: Welcome to the world, Sarah Ibrisam



Welcome to the world Sarah Ibrisam. Muka masam sikit sebab kena kacau dengan Bapak ;)
DOB 14/2/2012 750pm berat 3.25kg.
3 boys 2 girls. Tak seimbang. Kena buat balancing?

Friday, December 16, 2011

Ismail = khatan

Mula bawa Ismail ke klinik biasa. Doktor komplen, buta teruk. Kemudian, doktor kata tak boleh buat sebab "lain dari biasa". Tapi tak perlu risau kerana selalu berlaku. Terus refer ke hospital pakar sebab beliau tiada alatan yang cukup.

Di hospital, Doktor pakar kata "reconstructing" kena dibuat. Alhamdulillah, ianya biasa berlaku dan tiada efek kepada fungsi.

Pembedahan kecil berlaku sejam lebih.

Abang memberi kekuatan kepada adik... atau sebaliknya? Menunggu waktu untuk pembedahan.

Sehari selepas pembedahan. Makan chicken-chop untuk makan tengahari.

Semua lapar je tengok (Sumaiyyah meleleh tengok). Apa? Tak nak dah? Ngap!

Fully covered by UTP. Alhamdulillah.

Monday, December 12, 2011

Main pasir

"Bapak nak pergi rumah baru...!"

Rumah baru bukan ada apa. Lampu yilek, kipas yilek... semua yilek.

Rupa-rupanya nak main pasir.

 

Bersungguh main.

Tukang wiring baru sampai mau pasang lampu dan kipas.

Friday, December 02, 2011

Hisap rokok

Saya tak hisap rokok. Quit many years ago.

Sedang leka melayan CD Dream Theater 'Octavarium' ketika drive pulang dari KL ke Tronoh, saya terperasan sms baru masuk. Dari wife:

---------- mula sms ------

Perbualan iman (anak sulung) n iwan (kawan iman),


Iman: Kamu pernah hisap rokok?
Iwan: Tak
Iman: Bapak saya cakap, kalau saya hisap rokok takleh duk rumah ni dah.


Isa (bongsu umur 4 tahun) menyampuk: Dulu-dulu masa baby, saya hisap tetek.

---------- akhir sms ------

Nasib baik kereta tak masuk longkang.

Isa

Sunday, November 20, 2011

Graduasi Pasti

Tahniah kepada Sumaiyyah kerana telah graduate. Untuk Isa pula, ada dua tahun lagi. All the best!

 Isa test power lagu nasyid

 Sumaiyyah suara emas mahal (tak keluar suara)

 Berapa pingat? 4? 5?

 Yea... dah grad!

Maafkan Bapak tak dapat hadir kerana bagi kuliah waktu tu.

Saturday, November 19, 2011

Tae-kwon-do kid

Tahniah kepada Ismail kerana berjaya dapat calit kedua pada tali pinggang kuning beliau.



 Ada gaya!


Wednesday, June 08, 2011

Tragedi sesi taklim rumah Fadhail Amal

"Taklim..." aku signal pada Isa.

"Taklim.... taklim... taklim...", Isa berlari ke dalam bilik membuat iklan kepada yang lain. Sesi taklim akan bermula sekarang.

Yang keluar dari bilik ada yang lemah longlai malas, ada yang semangat, ada yang sibuk cari tudung. Macam-macam hal.

Bila duduk ada yang tunduk kepala. Ada yang menguap. Ada yang dok belek-belek penanda buku Fadhail Amal. Yang baring pun ada (dimaafkan sebab belum baligh).

"Ehem..." aku berdehem memprepare suara.

"Bismillahirahmanirrahim..."

"Virtues of Kalimah Taayibah..."

"The Prophet Eesa (Jesus) a.s. had said: The deeds of the Ummat of Hadrat Muhammad s.a.w. would be reckoned weightiest on the Day of Judgement, because their tongues are accustomed to the recitation of a Kalimah, which was found too hard by the Ummats of other Prophets and this Kalimah is Lailahaillallah."

Sumaiyyah yang tadi dok asyik dengar, berlari ke sebelah ibunya dan berbisik sedangkan aku masih meneruskan pembacaan.

Isteriku tertawa kecil. Aku menjeling tajam sambil memberi isyarat kenapa.

"Sumaiyyah tanya, kenapa Kak Limah ada dalam buku taklim?"

Aku yang muka serius terhambur ketawa dan terus menutup buku. Tak boleh baca dah sebab bila baca tak boleh tahan nak gelak.

Moral: Ajar le anak dengan kalimah toyyibah yang betul jangan asyik tengok cerita Hantu Kak Limah je.

Sunday, May 15, 2011

Hentak kaki

Aku, Ismail dan Iman dalam kenderaan, nak maghrib di Masjid Tronoh.

Ismail sebagai seorang yang banyak benda yang nak dicakapkan, bertanya:

"Bapak... when you take wudhu at home... and then you walk...and... and..." dia dah tak ingat isi satu hadith yang kami dengar semasa sesi taklim malam semalam lepas Isya'. Walaupun dia dan adik beradik yang lain nampak macam buat donno je bila aku baca beberapa hadith kuat-kuat untuk pendengaran semua.

Aku sambung.

"When you take wudhu properly, then you go to the masjid to solat... each step you get one pahala, the same step you eliminate one dosa and the same step your level is upgraded in Paradise", dengan telo Bota Kanan.

Dia mula hentak-hentak kaki kat dalam kereta. Mula-mula aku tak paham, kemudian aku senyum dan paham. Korang paham?

Rasulullah bersabda: Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).

Wednesday, April 20, 2011

Ngoret!

"Eeeiii... tengok tu, dia tengah ngoret..." Sumaiyyah memberi komen ketika menonton telenovela Indonesia di waktu antara tengahari dan petang.

"Bukan ngoret la Sumaiyyah", balas ibunya. Kami berdua memang memanggil anak-anak kami dengan nama penuh. Iman, Ismail, Sumaiyyah dan Isa. Tidak Man. Tidak Maei. Tidak Mayyah dan tidak Is.

"NGORAT... bukan ngoret"

Sumaiyyah tersipu-sipu. Mau senyum penuh, gigi depan semua dah hilang.

(Seperti yang diriwayatkan kepada aku sewaktu makan tengahari di rumah.)

Tuesday, April 19, 2011

Cukup!

There is no substitute for the special relationship between a parent and a child. There are times when we would like to believe there is. When we choose to put a child in day care, for example, we want to believe it’s good, and so we do. If someone seems to have a positive attitude and a caring disposition, we easily believe they have both the character and the competence to help raise our child. But that which we desire most earnestly, we believe most easily. This is all part of the rationalization process. The reality is that most day care is inadequate. To paraphrase child development expert Urie Bronfenbrenner, “You can’t pay someone to do for a child what a parent will do for free.” Even excellent child care can never do what a good parent can do. - Stephen R Covey's 7 Habits of Highly Effective Families.
 Monologue...

"Habis... duit tak cukup, kena la kerja!"

"Define CUKUP"

"Manusia tak akan merasa cukup sehingga tanah memasuki mulutnya..."

Tuesday, April 12, 2011

Belum jadi mayat


Henset alarm disebelah dah letih berbunyi...

Tuesday, March 22, 2011

4

Dah 4 tahun hari ni...
Lahir di Adelaide... Lagu Negaraku tak payah berdiri sebab Tanah Tumpah Darahku di Adelaide...

Semua geram nak cucuk pipi...

Kek apam sempena besday hasil nukilan ibunya (yang dibelasah juga oleh bapanya)

Nama mak bapak dalam bahasa Turkmenistan...

Monday, March 21, 2011

Malam di Tasik UTP

 Fake pushups!

 Eh... comelnya biawak...

 1Malaysia!!!

 The Ibrisams

Satu-satunya keluarga di tengah malam di Tasik UTP

Wednesday, March 16, 2011

Lunch di UTP

Sempena Book Fair yang sedang berjalan di UTP.

Menu:

Double Salisbury Steak
Single Salibury Steak
Double Cheese Burger (kot)
Sausage and chips
+ drinks
= RM40

Tokeynya memang orang Australia.

Friday, March 11, 2011

Lukisan atas notebook

...yang ditinggalkan ketika aku pulang lewat malam tadi dari masjid (ada kuliah dan mesyuarat). Semua anak-anak dah tidur bila aku sampai rumah.

Sumaiyyah

Ismail

Iman