
Berita baik, album ini, dibandingkan yang lepas-lepas, merupakan album terbaik pernah dirakam oleh Blaze. Album ini juga merupakan album comeback beliau setelah ditekan dengan pelbagai musibah antaranya yang paling besar, kematian isteri tercinta beliau, Debby. Dalam beberapa temuramah beliau, beliau sangat terhutang budi dengan sokongan isteri beliau kerana pernah satu ketika Blaze merasa sangat tertekan dengan karier solo beliau hingga hampir mengambil keputusan untuk bersara terus dari arena muzik.

Melihat dari kekuatan album ini, ianya seolah-olah telah dapat menyaingi album solo Bruce Dickinson jika tidak menyamainya. Sungguh! Karier Blaze nampaknya akan naik tinggi selepas ini.
1. "The Man Who Would Not Die" – 4:35
2. "Blackmailer" – 4:43
3. "Smile Back at Death" – 7:38
4. "While You Were Gone" – 5:27
5. "Samurai" – 5:39
6. "Crack in the System" – 5:53
7. "Robot" – 3:10
8. "At the End of the Day" – 3:39
9. "Waiting for My Life to Begin" – 5:10
10. "Voices from the Past" – 5:55
11. "The Truth Is One" – 4:22
12. "Serpent Hearted Man" – 6:15
11 comments:
cool,
dia ni memang something le..
things that doest kill you make you stronger...
Blaze ni vokal mmg best. Cuma masa dia masuk IM dulu lagu tak kena ngan tone dia. Tapi masa dia Maiden dulu aku prefer X Factor dari Virtual XI.
uh uh sedih jugak bila menghayati maksudnya.memang kena la style lagu ni dgn makna dia.altho heavy.
ah! album ni ada jual kat m'sia ke?... masa utk men-ebay-kan diri >:)
berbeza dgn takilala, aku suka virtual xi drp x-factor pasal ada lagu killar como estais amigo ngam dgn suara blaze yg ghau ghau gitu~
setuju..ni album memang best..lebih best dari sesetengah album solo Bruce..huhu
gua tunggu lu review Wolfsbane..
aku rasa, tiap2 maiden fans dan sympathisers semua nak nengok Blaze Bailey berjaya..
Yeah, kena cari album nie. Thanx for the info.
apa apa pun abg ben lagi power!!
baru abis donlod mp3 album ni... muziknya keras, liriknya penuh emosi... mmg layan
nak kena cari cd album ni jugak, kat ebay semua jual mahal2 RM70+ belum campur postage lg tu
abg ben, kat ostralia brapa hrga? kirim bleh?
Ijau, aku dapat beli murah CD ni dari kawan. eBay ni kena sabar... tak leh gelojoh. Satu hari nanti pasti akan ada yang murah (cuma tak tau bila hehehe...)
akhirnya hari ni aku dpt cd ni, all the way from germany (ebay), harga pun kira okela dlm rm50+ free postage
Post a Comment