Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Thursday, September 22, 2011

Khidmat masyarakat untuk pelajar sekolah luar bandar

Saya dan Dr. FakirFikir sedang merancang program khidmat masyarakat untuk pelajar sekolah luar bandar. Non profit. Beliau memang ada talent semulajadi untuk program ini sedangkan saya, mahu belajar dari beliau. Dan saya rasa, beliau ada keikhlasan dalam niat beliau. Ini menjadi faktor yang kuat untuk saya menyokong program beliau.

Program yang sedang kami rangka adalah program satu hari. Ia membabitkan usaha membuka minda pelajar sekolah tentang teknik belajar secara efektif dan pengenalan kepada dunia kejuruteraan.

Dr. FakirFikir akan mengambil slot teknik belajar sesuai dengan bidang pengkhususan beliau dalam bidang psikologi (beliau baru selesai dengan PhD beliau di University of South Australia baru-baru ini).

Saya pula akan mengambil slot pengenalan kepada kejuruteraan untuk menimbulkan minat pelajar kepada dunia kejuruteraan dan cuba membuka minda tentang aplikasi subjek sains dalam modul pembelajaran sekolah mereka.

Kami sedang merangka perjalanan program ini yang mengambil masa sehari (pagi sampai petang), Sabtu ataupun Ahad. Kami tidak mengenakan bayaran apa-apa untuk khidmat masyarakat ini.

Tujuan kami memilih sekolah luar bandar adalah kerana mereka kurang akses dengan program sebegini berbanding dengan mereka yang berada di bandar.

Khidmat masyarakat ini tidak berkait dengan apa-apa organisasi ataupun pertubuhan. Kami bergerak secara bebas.


Saya menulis dalam entry ini sekadar bertanya jika ada sekolah luar bandar yang berminat? Jika ya, boleh hubungi kami melalui email: thebentara at gmail dot com.

*jika tahu ada sekolah yang berminat, bolehlah forwardkan entry ini kepada mereka.

16 comments:

JAIRO said...

bro aku tinggal di kawasan luar bandar hehehehehehe aku copy entri ni ya utk tujuan sebaran am

emarieys said...

bagus aktivitinya

m taufiq a aziz said...

salam tuan.

saya berminat tentang idea 'teknik belajar untuk pelajar sekolah' ini.

saya cuba juga mennyampaikan kaedah pembelajaran saya semasa di universiti untuk pelajar-pelajar sekolah juga. tapi, hairan juga kenapa ia begitu sukar untuk disampaikan. mungkin macam-macam faktor.

saya berminat untuk diskus-diskus online pasal topik ni.

Dr K said...

Sekolah luar bandar terhad di kawasan sekitar Ipoh/Tronoh aja, atau satu Malaysia?

Kolek Kecil said...

Kalau nak terlibat sebagai pengajar macam mana? Masih berpeluang kah?

deaf-angel said...

all the best mm

Waqheh said...

alhamdulillah mudah mudahan..

rzwn said...

semoga dipermudahkan urusan segala :).
saya tak layak nak ngajar.tapi bangga dgn saudara krenmaut dan fakirfikir.

Unknown said...

good job doktor...

murah rezeki nanti, ni kira sedekah jariah jugak kan...

alhamdulillah

Cik SHiNJU said...

Wah..bagusnya...
Skolah kat kg saya tu mmg kategori luar bandar...Nanti saya tanyakan kot2 dorg berminat...

Skudal said...

alhamdullillah...ada yang perihatin dengan sekolah luar bandar...PEACE NO WAR

Korawk said...

kat sekolah Pandan bro!!! Survivor

Dr. Bentara said...

tawawfayakof,

Usaha begini jangan ambil hati dengan kegagalan. Perbaiki kalau boleh. Semangat mesti kuat. Selalu check balik niat.

----------
Daddy Ziyyad,

Satu Malaysia (takat mana kami mampu pergi).

------------
Kolekkecil,

Buat masa ini kami nak buat simple je. Mungkin kalau program ni jadi besar, kami akan train fasilitator baru untuk penuhi demand.

TULANG KAMBING said...

semoga program saudara utk adik2 dan anak2 kita berjaya dan menjadi pemangkin kpd mereka yang lain utk berkhidmat dgn masyarakat, lebih2 lagi tanpa mengenakan bayaran apa-apa.

NM02 said...

semoga berjaya!

dear anies said...

bagus nyer..nk join bleh? ;-)