Lagi satu promo CD IRON MAIDEN yang aku dapat (beli, bukan orang bagi). Promo CD ini dirilis sempena nak mempromote album Dance Of Death. Cuma ada satu lagu je iaitu Wildest Dreams yang merupakan lagu paling komersil dalam album DoD.
Ni CD rare ni. Sebab promo. Promo CD bermaksud, CD yang syarikat rakaman keluarkan untuk tujuan promosi. Dihantar ke stesyen radio, majalah, kedai muzik etc. Tak dijual di kedai. Ada tulis For Promotional Use Only. Selalunya ditambah, NOT FOR SALE tapi kat CD ni takde pulak.
So untuk golongan marhaen macam aku ni dapat CD ni, memang sesuatu yang special. Sebabnya, bukan semua peminat IRON MAIDEN yang ada!
Promo CD ini adalah untuk mempromote album Brave New World. Album special kerana kembali masuknya Adrian Smith dan Bruce Dickinson selepas beberapa lama terpisah.
Ada 3 lagu dalam CD promo ni dan semuanya versi album kecuali Out Of The Silent Planet yang diedit (biasanya untuk siaran radio). Kenapa edit? Sebab biasanya radioplay lagu tak boleh lebih dari 4 minit.
TITLE : OUT OF THE SILENT PLANET
FORMAT : CD PROMO
COUNTRY : EU
RELEASE : 2000
LABEL : EMI
SERIAL # : CDEMDJ 576
TRACKS : 3
Out Of The Silent Planet - The Fallen Angel - Brave New World
Album ke-8 IRON MAIDEN yang menyaksikan keluarnya H (Adrian Smith) dan masuknya Janick Gers (Fish, Gillan) sebagai gitaris. Ramai peminat IRON MAIDEN yang komplen dengan cara Janick menggoreng solo. Tak sama langsung dengan H yang melodik dan penuh emosi. Janick adalah berlawan, impromptu, kasar dan segala-galanya yang opposite dengan H.
Yang nak di highlight oleh IRON MAIDEN bukanlah Janick sebagai pengganti H (kerana takde ganti pun) tapi apa yang boleh Janick lakukan untuk meneruskan IRON MAIDEN. Dan kekuatan Janick bukanlah pada solo gitarnya tetapi showmanship. Janick sangat ligat, bersahaja, stuntman dan banyak senda guraunya di atas pentas. H membosankan, yang menarik hanya apabila beliau menyolo.
Album ini juga mengubah sikit arah IRON MAIDEN yang sebelum-sebelum ini terkenal dengan epiknya (Powerslave, Somewhere In Time dan Seventh Son Of A Seventh Son), kini meninggalkan posisi yang selesa tersebut (kerana sudah terbukti berjaya) dan merekod sebuah album yang bolehlah dikatakan sebagai straight Hard Rock (yang dimetalkan). 10 buah lagu dengan playing time dibawah 45 minit (tiada lagu melebihi 6 minit) dan lagu-lagu straightforward seperti Tailgunner, Holy Smoke dan Hooks In You.
original pressing
2-CD version
remastered version. Perhatikan tangan Eddie yang tidak lagi mencekik orang.
Bring Your Daughter... To The Slaughter adalah lagu solo Bruce Dickinson yang mana Steve Harris memaksa Bruce mengulang rakam semula untuk album ini. Lagu ini sangat catchy hingga menyebabkan ia menjadi lagu tema filem A Nightmare On Elm Street Part 5 (versi solo Bruce). Inilah juga satu-satunya lagu single IRON MAIDEN yang mencapai posisi no 1 dalam carta muzik UK. Memang catchy pun lagu ni. Best!
Produksi album ni memang crystal clear dan lebih kasar. Kurang polishing pada bunyi gitarnya. Kurang (atau tiada) efek synth guitar yang tahap gaban seperti dalam album Somewhere In Time. Lebih kasar dari bunyi gitar dalam album SSOASS. Dan produksi keseluruhan lebih kehadapan dari Powerslave.
Cover album ni masih lagi catchy dan striking. Eddie masih menyerlah. Tanpa logo IRON MAIDEN pun orang pasti tau ianya adalah album IRON MAIDEN. Melihat Eddie yang keluar dari tomb tu membawa kepada interpretasi aku bahawa keluarnya H dari IRON MAIDEN menyebabkan IRON MAIDEN harus keluar kembali dengan semangat yang baru. Yang tak difikir kemudiannya ialah satu lagi bencana akan mendatang, iaitu keluarnya Bruce selepas album Fear Of The Dark.
Pandangan aku? Overall ini album adalah fun-hardrocking side of IRON MAIDEN. Takde dah album macam ni dari katalog IRON MAIDEN selepas ni. Malang sekali, inilah album paling kena ignore dengan IRON MAIDEN. Tiada lagu dari album ini yang dimainkan di atas pentas (cuma lagu Bring Your Daughter, sekitar May-July 2003 je). Sedangkan banyak juga lagu yang sesuai untuk live selain Bring Your Daughter seperti Tailgunner, Holy Smoke, Public Enema Number One dan Fates Warning.
Track listing
1. "Tailgunner" (Bruce Dickinson, Steve Harris) – 4:15 2. "Holy Smoke" (Dickinson, Harris) – 3:49 3. "No Prayer for the Dying" (Harris) – 4:23 4. "Public Enema Number One" (Dickinson, Dave Murray) – 4:13 5. "Fates Warning" (Murray, Harris) – 4:12 6. "The Assassin" (Harris) – 4:37 7. "Run Silent Run Deep" (Dickinson, Harris) – 4:34 8. "Hooks in You" (Dickinson, Adrian Smith) – 4:08 9. "Bring Your Daughter... to the Slaughter" (Dickinson) – 4:45 10. "Mother Russia" (Harris) – 5:31 11. "Listen With Nicko! Part VI (Hidden Track on US Version)
1995 Reissue Bonus CD
1. "All in Your Mind" (Stray cover) 2. "Kill Me Ce Soir" (Golden Earring cover) 3. "I'm a Mover" (Free cover) 4. "Communication Breakdown" (Led Zeppelin cover)
1. Chapter 4 submitted to supervisor. Tinggal lagi 4 chapters. 2 chapters lepas ni macam chapter yang sebelum-sebelum ni, agak kritikal. Last 2 chapters kira rilek sikit. By end of december, semua chapters submitted dan tunggu feedback dari supervisor. Then, repair ikut feedback dan finally submit to external examiners. Lepas tu, doa sungguh-sungguh semoga Allah s.w.t. bagi keberkatan, amin!
2. Ada satu keluarga baru nak datang ke Adelaide untuk sambung PhD. Isteri dah ada PhD so sekarang giliran suami pulak. Aku sedang uruskan transfer rumah yang aku duduk sekarang ni kepada beliau. Keluarga macam aku jugak, 4 orang anak. So hopefully dapat tolak barang-barang yang aku tak nak bawak balik ke Malaysia (katil, fridge, TV, kereta, etc) kat dia.
3. Shipping barang ke Malaysia dengan kontena, 10/12 ni. Apa pun tak pack lagi. Target hari Selasa ni pi Rundle Mall untuk kutip kotak yang dibuang. Then kalau tak cukup atau takde size, baru beli dari National Storage. Lepas ship tu, kira selai sepinggang le kami sementara tunggu flight date 7/1/2010. Alamak, sudah balik la... yeaaa!
set BBQ! Yeaaa... Tronoh, we are going to have a BBQ party of the year!
4. Menang baju IRON MAIDEN Tour 2003 yeaaaa... murah lak tu. Isyhhhh... kata nak berenti beli dah?
5. Seperti yang telah dilaporkan, beli scooter. Asal dari 3 dah jadi 5 termasuk aku punya hahaha... Agak-agak possible ke aku pakai kat UTP nanti. Dari bilik aku ke dewan kuliah, semput jugak kalau jalan laju-laju. Tapi dengan scooter ni laju sikit. Moga tak kena tahan dengan pak gad.
6. DVD mingguan. Adventureland, boleh la not bad tapi umur dah tua ni rasa macam tak sesuai lak cerita-cerita coming of age ni 6/10. To Live And Die In L.A., William Friedkin punya filem (Exorcist, ingat?). Not bad. 80's punya crime thriller. Ada la part-part yang aku dok ketawa sebab sungguh 80's cerita ni (tapak kasut bunyi kuat, pompuan jerit sambil alih kepala ketakutan, dan bunyi pistol macam cerita Hong Kong lama-lama tu) namun cerita ni serius punya crime thriller, bukan cerita komedi tau 7/10. Gran Torino, dasat si tua Clint Eastwood ni. Dah nak masuk 80 umur (tahun depan) pun masih jadi hero lagi. Cerita mengenai ortodox American yang dapat jiran dari Vietnam dan cara beliau nak mengatasi persepsi American is better dengan menolong menyelesaikan masalah keluarga Vietnam tersebut. 8/10.
7. Youtube mingguan
tengok balik DVD Flight 666. Rasa nak mengalir air mata mengenangkan pergi tengok diorang di New Zealand Mac lepas. Gila wooo... lama punya minat (since 1985) baru itu hari dapat tengok depan mata. DeafAngel sure merasai perasaan yang sama. Sapa-sapa yang tak dapat tengok depan mata, masih boleh appreciate dengan menonton DVDnya.
Dari 3 bijik untuk anak-anak, dah jadi 5 bijik termasuk Bapak punya hahahaha...
*Bapak = aku le tu...
Tak tau la kegilaan scooter ni dah sampai Malaysia ke belum tapi kat sini memang jadi kegilaan budak-budak le. Errr... budak-budak sekolah rendah. Yang aku terikut gila tu aku sendiri tak tau. Yang aku tau, memang best main tolak, kayuh, tolak, kayuh... slideeeee... hahaha...
Aku punya extra large punya size. Weight capacity 120kg. Yang lain tu max capacity 65kg-80kg. Oleh kerana capacity tinggi, aku punya paling mahal hahaha...
Ni stunt baru aku cipta... lompat atas scooter. Nak kena patten ni... Aku namakan, Bro Ben slide.
Laju gila ni... (lihat angin yang meniup pipi, sungguh deras!)
Walaupun laju, masih boleh kontrol kehenseman (take note: baju Line 6 dapat free masa beli POD X3 Live, sekarang for sale, ada sapa-sapa berminat?)
Ah... budak-budak nak race dengan aku pulak... aku bukan saingan kalian!
Bila race aku memang sungguh-sungguh... tak bagi chance sikit pun! Status juara mesti dipertahankan!
Oooo... main tipu eh... belum habis on your mark, get set, kau dah jalan dulu? Takpe... takpe...
Eh... You cut me, Sumaiyyah????
*cut = potong
Silap la... I cut you balik!
Masih lagi juara bertahan race scooter peringkat rumah. Ada sapa-sapa nak cabar race?
Dari Abu ‘Amrah Sufyan bin ‘Abdullah radhiyallahu anhu, ia berkata : " Aku telah berkata : ‘Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku tentang Islam, suatu perkataan yang aku tak akan dapat menanyakannya kepada seorang pun kecuali kepadamu’. Bersabdalah Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wa Sallam : ‘Katakanlah : Aku telah beriman kepada Allah, kemudian beristiqamalah kamu’ “
-- HR. Muslim
The Man with Two Brains (1983)
-
Juga dalam kategori cult di rental shop. Agak setuju disebabkan gaya lawak
yang bersahaja. Cuma jangan terpedaya dengan tajuknya yang agak tersasar
dari ja...