Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (77) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Thursday, March 27, 2014

Ulasan: CATAGAXIAN Painless 2014 EP


CATAGAXIAN adalah satu lagi nama baru dalam arena scene metal tempatan yang berasal dari Penang. Disebalik logo yang memberi gambaran bahawa band ini adalah band grindcore tetapi telahan itu jauh sekali tersasar. Sebaliknya CATAGAXIAN adalah sebuah band melodik death metal yang mengingatkan kita kepada muzik death metal tempatan di pertengahan tahun 90an dahulu. Melodik kemelayuan dengan suntikan dari negara Greece.

Ada empat buah lagu di dalam EP ini. Kulit luarnya dicetak di kilang tetapi agak malang pula CDnya sekadar CDR. Walaupun matlamat CD atau CDR itu sama, namun nilainya berbeza. Jika ianya adalah CD yang memang dicetak di kilang khusus untuk EP ini, maka nilai dan martabatnya lebih tinggi. CDR ni sekadar buang-buang je sekarang ini.

Dari segi produksinya, tidaklah melampau jika dikatakan ia sebagai lebih baik dari purata yang ada. Nak pula yang buat mastering adalah Dark-E (Sil Khannaz) yang semenjak dua menjak ini menjadi kejaran banyak band untuk khidmat beliau.

Empat buah lagu yang ditawarkan boleh dikatakan mempunyai kualiti. Walaupun nama band ini baru didengar tetapi wujudnya sejak 1999 lagi dengan nama Rasian. Maka tidak hairanlah, lagu-lagu yang ditawarkan menunjukkan kedewasaan dan hasil dari bertahun-tahun berlatih dengan instrumen. Cuma saya agak tidak berapa berkenan dengan solo gitar yang diletak merata-rata lagu. Bukanlah untuk mengatakan solo gitar itu tidak bagus tetapi apabila terlampau merata-rata, tarikan untuk mendengarnya menjadi kurang. Biar berpada, tetapi orang mengingatinya note by note.

Band 3-piece ini ketiadaan drummer, maka bunyian drum menggunakan perisian drum yang kedengaran primitif jika dibandingkan dengan teknologi yang ada sekarang. Namun kita bersyukur kerana pada lagu Overture 666, mereka menggunakan drummer tersohor belah utara, Azim dan pada lagu Painless menggunakan seorang drummer yang tidak saya kenali, Azzrien. Yang leceh, bunyi drumnya berbeza yang memberi kesan kepada keseluruhan persembahan EP ini.

Akhir kalam, saya berkira-kira, persembahan CATAGAXIAN boleh dimantapkan lagi kerana "lama"nya mereka dengan instrumen itu sudah memberi banyak kelebihan. Mungkin dengan cara mencari drummer yang kekal dahulu akan memberi kesan yang besar kepada pembikinan lagu CATAGAXIAN pada masa akan datang.

https://www.facebook.com/catagaxian/info
http://www.reverbnation.com/catagaxian/songs

Tuesday, March 25, 2014

Ulasan: CAKERAWALA promo 2014


CAKERAWALA asalnya adalah sebuah band projek Az Wie (Predicate Not Defined) yang baru berusia setahun jagung. Tetapi setahun jagung yang berisi. Kerana dalam masa setahun, CAKERAWALA telah berjaya mengeluarkan ep ini. Ini adalah memang cara kerja beliau, produktif dan tidak buang masa. Idea pun dari beliau juga, mengiklankan tentang projek ini yang tidak berapa lama kemudian dijawab oleh beberapa pemuzik. Selainnya adalah sejarah.

Empat buah lagu yang ditawarkan adalah mantap baik dari segi gubahan, permainan mahupun produksi yang menjadikan Death, Metallica, Pantera, Kreator dan Megadeth sebagai pengaruh utama. Bermula dengan rakaman gedik pelakon porno Jepun Maria Ozawa (lagu bertajuk Ozawa) dan berterusan dengan track Algorithm, Ressurect Thy Nation dan Defeat The Purpose. Keempat-empat lagu ini menjanjikan melodi dan teknikaliti yang agak sukar untuk didapati pada band underground tempatan.

Walaupun saya mengakui bahawa promo ini mantap pada perenggan yang di atas tetapi saya tidak boleh mengelak untuk teringat kepada band Az Wie, PND. Pada hemat saya, oleh kerana gaya muzik yang dibawa CAKERAWALA adalah dalam anggaran yang sama dengan PND, maka agak sukar untuk membezakan kedua-duanya. Lebih-lebih lagi Az Wie mengambil posisi yang sama, gitar dan vokal.

Mungkin jika kita cukup teliti, kita dapat membezakan antara kedua band tersebut tetapi itu bukanlah kehendak kita. Mungkin juga ini tidak disengajakan kerana band pun baru setahun jagung - identiti belum terjumpa. Mungkin Az Wie boleh melepaskan posisi vokal beliau dan mencari vokalis yang lain? Tetapi jika anda mahukan sesuatu yang bukan dari kebiasaan band metal underground tempatan, saya tidak was-was untuk mengesyorkan CAKERAWALA.

Email
Facebook
Reverbnation

Friday, March 21, 2014

Ulasan: MEOR Redup


Pengguna dan pelepak KL Sentral sudah pasti akan biasa dengan seorang brader yang berbusking di dalam bangunan tersebut. Saya bukan orang KL tetapi agak kerap (secara relatif) menggunakan KL Sentral dan biasa terperasan dengan brader ni. Cuma, kali ini saja saya sempat berhenti sejenak dan membeli CD yang dijual. Nyata, apabila transaksi berlaku, nampak wajah gembira terbit dari raut wajah beliau.

Meor bukanlah nama asing. Asing bagi orang seperti saya. Beliau sudah lama dalam 'scene' muzik tempatan. Cuma radar muzik popular tidak mengenali atau tidak memperdulikan beliau. Mungkin itu bukan matlamat Meor. Jika ia adalah matlamat, beliau tidak lama dengan usaha ini. Sebaliknya beliau konsisten dan berhati waja.

Album ini adalah album akustik gitar. Saya difahamkan bahawa genre-nya adalah folk music. Ia bukan muzik yang asing tetapi asing kepada peminat muzik kerana ia memerlukan sedikit intelek untuk menghayatinya. Selain dari gaya permainan akustik gitar tetapi juga berkait dengan lirik dan mesej yang disampaikan.

Disebabkan hanya sebiji gitar yang menemani vokal Meor di sepanjang album ini, ia memberikan suasana yang intimate. Seolah-olah anda mendengar Meor mengalunkan lagu-lagunya 1-lawan-1 betul-betul di hadapan anda. Seolah-olah Meor menceritakan liriknya dalam bentuk berlagu. Seolah-olah Meor cuba memberi nasihat. Seolah-olah Meor cuba menyuntik pandangan beliau. Semua itu berlaku di hadapan speaker. Dengarkan lagu Kita Manusia, Inilah Ceritanya yang dinyanyikan dengan penuh emosi. Untuk siapa lagu itu ditujukan sebenarnya, kita tidak tahu tetapi ia begitu menusuk ke sanubari, menyangka memang ia sebenarnya ditujukan kepada kita.


Oleh sebab itu, saya tidak mengharapkan apa-apa yang "pop" dari rilisan ini. Sebaliknya saya mengharapkan sesuatu yang grand atau kalau ia tidak menjurus ke arah grandeur-ship itu, saya mengharapkan sesuatu yang halus. Nyata, kehalusan adalah tawaran beliau. Grandeur-ship itu bukan dalam bentuk fizikal CD ataupun produksi tetapi bagaimana muzik beliau lahir, iaitu dari jiwanya.

Support real talent!

Dapatkan album ini di KL Sentral atau pesan terus melalui laman http://www.pestajiwa.net/jualan-album-meor/



Thursday, March 20, 2014

Semua orang sibuk brader...

Ofis sekitar 530pm

Semua orang sibuk atau bak kata keretamayat.blogspot.com, perasan sibuk.

1.Consultation work, analysing and designing a gas platform/tower somewhere in Kerteh.
2. Two MSc thesis to be reviewed, one in UTP (as internal examiner) and one in UTHM (as external examiner)
3. Coordinating lectures for 200 students in Civil Engineering and Petroleum Engineering.
4. Supervising 4 MSc students and 3 FYP students.
5. various meetings and committees, sometimes ad-hoc.

dah penat, lepas tu nak shape badan kan, pegi gym at 930pm. Mana masa nak layan CD/LP yang melambak-lambak tu?

Kesimpulan, I need a bigger workstation and a bigger office! Bigger pay also!

Ulasan: RUSH Moving Pictures


Saya diperkenalkan kepada Rush sekitar awal tahun 90an ketika saya melepak di rumah Jadam (ex-Profane Creation). Saya disogokkan dengan album ini, dan lagu yang terus menambat hati saya ialah lagu Tom Sawyer. Kata orang putih, the rest is history.

Hati terus tertambat apabila album kedua yang saya dengar adalah A Farewell To Kings. Dalam ulasan album tersebut (sila klik link) ada saya nyatakan kaitan album tersebut dengan Dream Theater. Bahkan drummer asal Dream Theater, Mike Portnoy, gilakan drummer Rush ini, Neil Peart. Jika anda meneliti gaya permainan drum Neil, anda akan pasti tidak akan meragui kegilaan Mike. Neil adalah drummer hebat dengan permainan agresif dan unconventional ketika itu (akhir tahun 70an hingga pertengahan 80an).

Album ini menampilkan 7 buah lagu. Dimulakan dengan lagu Tom Sawyer yang saya kira adalah lagu mula paling sesuai abad lepas. Ia begitu menangkap dan siapa yang tertangkap akan terperangkap hingga ke akhir album. Lagu Red Barchetta lebih progresif berbanding lagu mula tetapi tiada siapa menyangka lagu YYZ adalah lagu kemuncak. Walaupun dikatakan album ini adalah album yang agak mellow dari segi elemen progresifnya, tetapi YYZ adalah antara lagu paling kompleks sepanjang karier Rush. Dan pada masa yang sama, lagu yang boleh dikatakan popular kerana selalu dicover oleh pemuzik dan juga filem.

Untuk band yang dianggotai oleh 3 orang pemuzik dari Canada ini, kita tidak dapat menyangka mereka dapat menghasilkan lagu-lagu kompleks dan intricate, yang mungkin hanya dapat dicapai jika hubungan kolaborasi ini ditebarkan kepada 5-6 orang. Tetapi, Rush membuktikannya. Mereka adalah pemuzik yang world-class dan sebahagian kecil bukti tersebut dapat dilihat di dalam album ini.

Wednesday, March 19, 2014

Antara punk dan metal, mana bagus?

Saya membuat kesimpulan ini... dari segi penampilan "mesej", muzik punk adalah lebih kepada REALIST (isu-isu semasa, politik, sosio ekonomi etc) sedangkan muzik metal adalah ESCAPISM (zombie, cerita setan, hantu, cerita dongeng).

Of course, antara dua tu ada hybrid yang kris-kros antara realist dan escapism. Tetapi saya bercakap untuk kedua-dua genre muzik secara amnya.

Dari segi mana bagus, saya rasa dua-dua bagus sebab peminat muzik punk mahukan sesuatu untuk relate pada kehidupan seharian. Peminat metal pula mencari medium untuk menjauhkan diri dari kehidupan seharian yang memenatkan.

Dua-dua muzik, serve its purpose to its fans.

Winners are those who can absorb both equally. Darkthrone and Slayer are such bands who are now enjoying attention from both types of fans.

Tuesday, March 18, 2014

Ulasan: TIAMAT WIldhoney


Selepas album Clouds, Tiamat makin menjadi mellow dengan album Wildhoney (1994). Dengan kata lain, Tiamat sudah 100% masuk ke dalam dimensi yang lain. Dimensi gothic.

Tapi langkah ini adalah langkah yang bijak. Bukan sahaja album ini menguatkan lagi nama Tiamat bahkan ia membuka laluan kepada pemuzik metal underground yang lainnya untuk menjadi berani. Mungkin menjejaki langkah Paradise Lost yang terlebih dahulu meninggalkan vokal growl untuk album Shades of God (1992), walaupun dalam album Wildhoney ini Tiamat tidak meninggalkan sepernuhnya.

Hasilnya, Wildhoney adalah sebuah album yang betul-betul berhantu.  Dari track mula Wildhoney hinggalah track terakhir A Pocket Size Sun, semua lagu-lagunya mempunyai melodi yang luas biasa sekali! Contohnya lagu Visionaire yang saya kira, dihasilkan dengan melodi yang genius, menangkap ke kepala dan sebati di dalam sanubari. Segala perincian hinggalah ke gitar solo, begitu meransang adrenalin. Lagu Gaia pula mempunyai melodi meruntun jiwa - hasil dari melodi keyboard yang lembut nan syahdu yang kemudiannya disulami dengan rintihan vokal Johan Edlund. Atau bagaimana pula dengan lagu Do You Dream Of Me? yang lenggok lagunya dihiasi dengan bunyian strings yang menggegarkan jantung. Ia dicipta untuk dilayarkan seakan lagu yang mendodoi.

Namun melodi lembut Tiamat jangan disangka tiada buaya. Buaya itu dijelmakan di dalam bentuk liriknya.

Sebenarnya, semua ini tidak akan menjadi jika tidak dibantu banyak oleh produksi cemerlang Waldemar Sorychta. Bunyinya mengembang ke seluruh ruang bilik hi-fi. Setiap instrumen yang berbunyi, disusun dengan baik sekali supaya separation bunyi berlaku dengan tenang dan saksama tanpa ada instrumen yang menggangu bunyi instrumen yang lain.

Saya menyangka Clouds adalah puncak tetapi sebenarnya ia adalah di pinggiran puncak. Wildhoney meletakkan Tiamat di satu posisi yang sukar untuk dicapai oleh album yang lainnya, termasuklah album mendatang Tiamat seterusnya.

Monday, March 17, 2014

Ulasan: SLAYER Haunting The Chapel CD


Agak bertuah juga memiliki mini-album ini dalam bentuk bersendirian kerana biasanya, mini-album ini akan dimasukkan sekali dalam album Show No Mercy sebagai bonus tracks untuk pressing tahun 1987.

Asal mini-album ini adalah disebabkan lakunya album Show No Mercy yang menyebabkan Brian Slagel, tokey Metal Blade Records mahukan Slayer merilis sebuah mini-album. Lagipun, ketika itu semasa persembahan Slayer sudah pun memainkan dua lagu di dalam mini-album ini iaitu Chemical Warfare dan  Captor Of Sin.

Jika diteliti tracks dalam album live-(tipu), Live Undead, tiga buah lagu dari mini-album ini dimainkan. Maka bolehlah disimpulkan bahawa 4 lagu yang ditawarkan di dalam mini-album ini memang power!

Chemical Warfare dikagumi dengan teknik petik gitar tripletnya di samping lirik ganas mati-disebabkan-keracunan-gas dalam peperangan. Ia menjadi lagu kegemaran Slayer semasa persembahan live untuk beberapa lama.

Begitu juga dengan lagu Captor Of Sin, yang dijadikan lagu wajib dalam persembahan mereka untuk beberapa lama. Ia lebih pantas. Hatta, lagu terpantas Slayer pada ketika itu. Ditambah dengan kelajuan double-bass drum Dave Lombardo ketika itu.

Haunting the Chapel lebih bermelodi namun liriknya menggerunkan. Diceritakan produser Bill Metoyer berasa berdosa ketika merakamkan lagu tersebut. Tak kenal maka tak cinta, tak begitu Bill? Sekarang dah berapa ratus lagu-lagu begini yang anda telah rakam?

Dan akhirnya, Aggressive Perfector, adalah lagu yang diambil dari kompilasi Metal Massacre Vol. 3. Ia menjadi bonus track kepada mini-album ini tetapi hanya muncul dalam re-release Haunting The Chapel. Maknanya, jika anda mendapat mini-album dengan hanya 3 lagu, anda memiliki 1st pressing.


Sunday, March 16, 2014

Mati kerana muzik


KUALA LUMPUR: Six people have died while three others are in critical condition due to methamphetamine overdose at the Future Music Festival Asia 2014 at Bukit Jalil Stadium.

City police chief Senior Deputy Comm Datuk Mohmad Salleh said the nine, ages from 21 to 28, collapsed during Friday’s event after consuming drugs at around 1.30am.

One person died on the spot in Bukit Jalil while another died on the way to the hospital. Four others died at the Universiti Malaya Medical Centre (UMMC ) and Universiti Kebangsaan Malaysia Hospital (HUKM).


The six, who died were identified as Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M.Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, and Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Read: Music festival cancelled after drug overdose deaths, say organisers

Another four people, two of whom are in a coma, are in critical condition at both hospitals SDCP Mohmad said.

“All tested positive for high levels of drugs and the deaths have been classified as overdose.

“Throughout the two-days we arrested 22 people, three foreigners and seven locals, in possession of narcotics.

“In view of this incident and for the interest of public safety, we have advised the organisers to cancel Saturday’s event. Those who bought tickets should contact the organisers for refunds,” Mohmad said.
http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/03/15/Future-Music-Festival-Asia-2014-abruptly-ends-after-five-die/


-----------------------


Respons dari organizer  

FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA – OFFICIAL STATEMENT – 15 MARCH 2014

This statement is in response to news reported in the media on the 5 alleged deaths associated with FMFA last night. As the health and safety of all festival goers are our primary concern, we have lodged an investigation into the media reports. As at 5.00PM on March 15, we can confirm that one death, and not five, took place on festival grounds on March 14. A police report has been filed and we are working very closely with all relevant authorities in examining and determining the cause of this very unfortunate incident.

FMFA underwent regular meetings with all agencies involved in the festival (including the Royal Malaysia Police, The Fire and Rescue Department of Malaysia, Bukit Jalil National stadium, Millennium Patriot Security, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) and our certified on-site medical doctor and paramedics) prior to and during the event.

In the interest of public safety we have heeded the authority’s advice to not proceed with Day-3 of Future Music Festival Asia 2014. This is also to help in the on-going investigation. We appreciate the understanding of all parties and will share updates on this matter as soon as possible.

Details of refunds will be announced within one week. Ticket buyers are urged to logon to www.futuremusicfestival.asia for refund details.


Source: https://www.facebook.com/futuremusicasia

------------------------- 

Sebenornya dalam konsert Metal pun ada kes kematian. Antaranya, pemuzik kena tembak, mati melompat stagedive dan sebagainya. di luar konsert pula, insiden bakar gereja, tembak, tikam orang, bunuh diri dan macam-macam hal lagi. Cuma ini tidak/belum terjadi dalam negara kita.

Sebagai peminat muzik, saya bersimpati dengan kematian mereka dalam festival rave beberapa hari lepas. Saya cuba meletakkan diri saya dalam situasi tersebut.

Yang nyata, belah sana dan belah sini adalah peminat muzik. Kita paksa mereka minat Metal pun takkan jadi punya, begitulah sebaliknya.

Yang sahih, berpada-pada meminati muzik. Leceh sungguh kalau mati kerananya. Kita nak menjawab pun payah, mak bapak, anak bini nak menjawab pun payah.

Wednesday, March 12, 2014

UTP @ 2014 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix Showcase


For the first time…

UTP will be participating in 2014 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix Showcase at Esplanade KLCC (Near Suria KLCC Park Entrance) from 22th to 30th March 2014.

Please support this event by informing your family members and friends about this. Also, prospective students can apply directly and submit the required documents for May 2014 Intake at the exhibition booth.

See you there!

-------





Guys,

Some of you might already know that I am the Programme Manager for MSc in Offshore Engineering. This programme, insyaAllah will be offered by September 2014. We will have our first intake. At the moment, we are submitting all the documents to MQA and MOE so that the programme can be opened officially.

I will be promoting the MSc in Offshore Engineering programme from 28-30th March (see the schedule below). This includes consultation sessions to interested individuals/parties who want to enroll. So, don't miss this opportunity to meet us.

For potential undergraduates, the preview will be conducted everyday from 22-30th March.

You can also do a lot of things at the park. There should be plenty of activities for you to participate and also for the kids. So bring the whole family!

See you there!



Tuesday, March 11, 2014

Ulasan: AMORPHIS The Karelian Isthmus


Album pertama AMORPHIS ini, saya kira adalah amat original. Harus disedari pada waktu ini (1993), gerakan muzik death metal melodi acuan Gothenborg sudah pun bermula. Amorphis juga membawa elemen death metal melodi yang agak sama tetapi dengan beberapa kelainan. Melodi melampau yang dicipta oleh AMORPHIS banyak dipengaruhi oleh melodi tradisi Finland. Dan latar belakang setiap liriknya juga berkisar dengan cerita-cerita tua dan dongeng tempatan.

Album ini menjadi asas kepada AMORPHIS yang ada sekarang, walaupun sudah tiada vokal growlnya (jika ada pun begitu minimal). Album ini menjadi acuan mula bagi AMORPHIS untuk menerokai lebih ke dalam alam cerita orang tua dan tradisi Finland. Siapa sangka dengan permulaan ini, album AMORPHIS sekarang sudah tiga kali berturut-turut menduduki tangga pertama carta Finland?

Berbanding dengan album terkini AMORPHIS, album ini lebih berat dan lebih metal. Gitarnya di-tune rendah dan soundnya diberatkan. Vokalnya juga growl. Hatta muziknya lebih death metal. Saya kira, jika AMORPHIS tidak menukar gaya kepada vokal clean pun, masih ada potensi untuk AMORPHIS maju ke hadapan tetapi sudah tentu tidaklah dapat mencapai nombor satu di carta muzik nasional. Jadi, langkah merombak susun atur, hala tuju dan matlamat muzik mereka adalah satu langkah bijak. Itu sebab perlunya kadang-kadang ikut kata hati dari mengambil kira kata kritik.

Ah, album ini sungguh mengembalikan memori lama. Exile of the Sons of Uislu tetapi menjadi lagu kegemaran. Saya ingat lagi band Ipoh, Universal Doctrine (yang dianggotai oleh Gea Dreamstone- Athotorgh dan Adjheez - Langsuyr) menjadikan lagu ini sebagai lagu utama dalam sesi rehearsal mereka.

Monday, March 10, 2014

Ulasan: MERCYFUL FATE Don't Break The Oath

Ini album superb. Nak pulak kulit album yang menyeramkan ini. Zaman sekarang mana ada artwork album yang best semua main ala kadar je. Pertama kali dengor masa sekolah menengah dalam satu kompilasi pirate, lagu Nightmare. Terus meremang bulu roma dengar suara King Diamond. Dia ni memang la... uishhhh... *meremang*.



Tak sangka pula selepas album ini MERCYFUL FATE dibubarkan, kerana ini hanyalah album kedua selepas album pertamanya, Melissa. Ikut kata sejarah, King Diamond dan lain-lainnya menghadapi masalah dengan gitaris Hank Sherman yang semakin hilang karektor beliau di dalam
MERCYFUL FATE. Hank Sherman dikatakan mula memakai pakaian pelik-pelik antaranya sweatsuit berwarna merah jambu di atas stage, selain dari membikin lagu yang entah apa-apa. Hanya 9 tahun kemudian barulah mereka bergabung semula dengan album In The Shadows.

Kekuatan album ini selain dari vokal dan melodi King Diamond, juga berkisar kepada muzik heavy metal dengan suntikan progresif yang menjadikan part by part di dalam lagu tidak dapat dijangka. Ambil contoh lagu Nightmare yang dimulakan dengan bass gitar yang kemudian disambut oleh instrumen selainnya. Dalam melodi yang agak funky pada mula, ia membuat konar baring tatkala King Diamond memulakan vokalnya, menjadikan irama funky tadi kepada irama yang meremangkan bulu roma. Selepas solo gitar mengambil alih, keseluruhan lagu tersebut mengambil konar 180 darjah pula dengan elemen atmosferik.

Maksud saya, di zaman ini (1984), memang tiada band Heavy Metal yang memainkan muzik Heavy Metal seperti Mercyful Fate. Inilah yang menyebabkan sesiapa yang terperangkap dengan album ini ketika itu, kekal terperangkap hingga sekarang.

Apa halnya pula dengan lagu The Oath yang dimulakan dengan lafaz sumpah setia yang menggerunkan itu? Jika filem The Exorcist adalah visual hiburan yang memberi kesan sepanjang hayat, maka intro The Oath adalah audio hiburan yang menggerunkan juga. Apabila muzik penuh lagu tersebut bermula, kena pula dengan dengan gayanya.

Pakej album horror ini lengkap. Cover artwork yang melekat ke kepala dan juga lagu-lagu yang menyeramkan. Yang belum pernah dengar, jangan berani-berani sangat. Nanti dah melekat, susah nak ditanggalkan.



Night... after night... I have this dream - Nightmare.

Friday, March 07, 2014

Lagu bercinta

Entah dia ingat ke tak ntah. Mu ingat dok *speaking ganu*

Zaman bercinta dulu saya telah buat mix-tape. Mix-tape pun tak tau?

A mixtape or mixed-tape is the generic name given to any compilation of songs recorded onto any audio format.

A mixtape, which usually reflects the musical tastes of its compiler, can range from a casually selected list of favorite songs, to a conceptual mix of songs linked by a theme or mood, to a highly personal statement tailored to the tape's intended recipient. Essayist Geoffrey O'Brien has called the personal mix tape "the most widely practiced American art form", and many mix tape enthusiasts believe that by carefully selecting and ordering the tracks in a mix, an artistic statement can be created that is greater than the sum of its individual songs.

With the advent of affordable, consumer-level digital audio, creating and distributing mixes in the form of compact disc or MP3 playlists has become the contemporary method of choice, but the term mix tape is still commonly used, even for mixes in different media (for example, CD, MP3, MiniDisc, audio cassette 8 track). Video mixtapes have emerged as well.

Mixtape tu hantar kat awek la siapa lagi. That awek now my wife la.

Ada dua lagu dari album ni yang masuk dalam mixtape tu,  Come Undone dan Ordinary World. Lagu tak pasti pasal apa tapi melodinya memang syahdu.

Pinjam kaset berkaitan dari kawan-kawan, lepas tu dub sendiri. Kerja susah tapi thrill dan puashati.

I wonder budak-budak zaman sekarang masih buat mixtape atau tak? Kalau pakai mp3, memang takde thrill langsung.

Thursday, March 06, 2014

Ulasan: MALEX Khayalan Illusi Promo CD


MALEX bukanlah nama yang asing sangat cuma anda perlu menggeledah sikit kerana radar saya berkisar pada muzik Black/Death Metal. Sedangkan MALEX adalah sebuah band power/speed metal. Sepertimana kebiasaan band power/speed metal, MALEX menjanjikan kerja gitar yang over-the-top.

Dan itulah yang menjadi fokus album ini, jari-jemari ex-gitaris ACES, Malik yang berlari dari fret paling atas hinggalah fret paling bawah. Ini tidak akan mengecewakan gitaris yang beraspirasi untuk menjadi shredder. Pada masa yang sama, sense-of-melody juga tidak dilupakan. Melodi yang menangkap dan korus-nyanyi-bersama menjadi inti utama.

Tujuh buah lagu yang ditawarkan menepati citarasa peminat muzik sebegini. Khayalan Illusi, Hidup dan Tangisan Hujan merembeskan adrenalin di dalam badan. Yang beraspirasi dengan gitar, lantas memainkan air-guitar ataupun mula mencari scale solo yang dimainkan. Yang beraspirasi untuk menjadi vokalis, terus mencuba suara sendiri untuk mencapai pitch yang dilaungkan oleh vokalisnya, Rahmat.

Walaupun balancing kepada semua instrumen agak setara tetapi produksinya pula agak tenggelam. Saya tidak pasti samada ini disengajakan disebabkan label "promo" yang diberi kepada saya sebagai salinan ulasan. Saya pasti ini kualitinya boleh dibaiki sekali ganda kerana ia dirakam di studio lagenda Singapura, TNT Studio.

Dari satu perspektif, MALEX memenuhi satu ruang sub-genre muzik metal tempatan yang kurang diberi perhatian, iaitu power/speed metal dan untuk itu, kita merasa teruja. Seperti yang kita tahu, muzik sub-genre memerlukan tahap permainan instrumen yang advanced. Tetapi dari satu perspektif yang lain, sub-genre ini sudah terlalu tepu jika dilihat secara global. Selain dari otai Helloween, Gamma Ray, Stratovarius, Rhapsody dan sebagainya; pengasingan dari segi identiti amat sukar untuk dibuat; balik-balik akan kembali pada band otai tersebut. Dan inilah yang menjadi mimpi ngeri bukan sahaja kepada MALEX tetapi band seumpamanya.

Namun, sekira-kira saya sudah muak dengan muzik black/death metal tempatan dan berkira-kira mahu mencuba pitch vokal saya dengan lirik Melayu, CD ini pasti akan dipasang.

Dijual pada harga RM25 sahaja. Segala pertanyaan dan pembelian sila emel: muzikbox@hotmail.com atau menulis ke alamat: Muzik Box Production, P.O.Box 96, Pejabat Pos Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor.

Tuesday, March 04, 2014

Ulasan: SOULFLY Prophecy


Saya mengambil sikap acuh tak acuh terhadap kerja Max Cavalera bersama Soulfly. Mungkin disebabkan saya kecewa beliau keluar dari Sepultura. Ataupun saya memang sudah kecewa dengan Sepultura dengan album Roots yang entah apa-apa itu. Soulfly, sekali dengar, macam Sepultura tribal jugalah.

Tetapi bak kata orang, kita jangan sombong sangat. Dengarlah kalau ada peluang. Mana tau ada perubahan. Saya pun tidaklah menolak terus, sekadar acuh tak acuh saja. Jadi, apabila ada peluang dapat CD Soulfly, saya pun dengarlah. Album Prophecy ini menyebabkan saya berfikir semula terhadap keputusan saya kepada Soulfly.

Prophecy agak pelik. Pertamanya kerana ia mengikat pelbagai jenis genre muzik dalam satu album. Walaupun hakikatnya ia masih album Metal keras, tetapi diselit dengan muzik latin, lounge muzik hatta ska sekali!

Apakah yang bermain di sebalik ini. Adakah ini kombinasi muzik yang sesuai untuk menyampaikan mesej ketuhanan oleh Max? Saya tiada jalan lain kecuali bertanya kepada peminat setia Max, iaitu Bo Skullbanger. Komen beliau,

"pada saya ini album Soulfly yang paling seimbang dan titik permulaan kembalinya Max kepada thrash. Yup, kalau ada peminat sejati Soulfly di sini anda tahu bahwa selepas Prophecy, Soulfly semakin kurang world music dan semakin banyak aggressive metal. Album ni antara yang terbaik dalam diskografi Soulfly kerana elemen-elemen non-metal telah berjaya mewarnakan lagu-lagu menjadi lebih menarik contohnya Moses dan Porrada. Lagu fave saya ialah Execution Style ( kalau ikut perspektif thrash) dan Moses ( kalau ikut perspektif minda terbuka ). Memang susah nak fahami Max kalau bukan peminat tegar terutama sekali kesukaan beliau mencampur-adukkan muzik-muzik lain dalam metal tapi pada saya itulah yang membezakan beliau dengan penulis lagu-lagu metal antarabangsa unggul yang lain. It's an acquired taste. Ada yang suka dan ada yang tidak."

Tidaklah menjawab sepenuhnya persoalan saya, tetapi seperti kata Bo, nampak gaya setiap album selepas Prophecy ini perlu diambil perhatian. Saya akan menyusurinya, sudah pasti.

Monday, March 03, 2014

VOCIFERATION ETERNITY Live Penang 1st March 2014


Sudah bertahun lamanya saya tidak perform bersama dengan VOCIFERATION ETERNITY, sebuah band melodic Death Metal yang saya anggotai di pertengahan tahun 90an dulu. Saya sempat merakamkan dua album, Ocean Myth dan Meadow's Yearn. Untuk Voci (singkatan nama band), saya bermain bass.

Kebetulan bassist Voci ketika ini, Xxxul tidak dapat hadir atas sebab menguruskan pernikahan adik perempuan beliau, maka Dark-E selaku kepala Voci mengajak saya. Saya terima dengan senang hati. Malangnya, seminggu sebelum persembahan saya diserang demam virus yang hampir menyebabkan saya tidak dapat turut serta. Demam saya hilang sehari sebelum persembahan. Syukur.

Setlist:
Meadow's Yearn
The Lake Pauh Janggi/Ocean Myth (medley)
Grace of Mothers
Vociferation Eternity
Mandatory Suicide (SLAYER cover featuring Leon of DISSECTOMY)


Dr Bentara and Dark-E. Deadly partnership!

Bass guitar courtesy of Jie Mutilator (PUTREFIED REMAINS/DIED)
I am your nightmare!

Death Metal tigers featuring Dr Bentara and Leon (DISSECTOMY)

Gambar rare bersama The Grandmaster, Akeyron of MISTIK
Seorang sahabat datang membawa kaset Ocean Myth. Saya dan Dark-E buat autograph. Rare kaset ni, mana nak jumpa kat kedai dah!

After-effect gig. Jari melepuh sebab lama tak memetik bass.