Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Celtic Frost. Show all posts
Showing posts with label Celtic Frost. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Ulasan: CELTIC FROST Cold Lake

Menjadi genius - hatta dalam muzik - mempunyai tekanan yang tinggi. Apabila kapasiti kegeniusan telah habis digunakan, ke manakah hala seterusnya. Dalam kem Celtic Frost, tekanan ini ditambah dengan krisis dalaman. Mereka berpecah hanya untuk dihidupkan kembali dalam masa 6 bulan kematiannya. Seolah-olah merasakan menghidupkan kembali apa yang mati dapat memberi peluang mereka beralas dengan kain putih bersih, kegeniusan yang telah ditaburkan 3 album sebelumnya dicorakkan dengan sesuatu yang tidak dapat difahami langsung! Celtic Frost muncul dengan konsep glam rock! Peminat asal mencemuh dan peminat baru buat tak tau. Mungkin kegeniusan itu perlu diteliti lebih untuk album ini? Mana mungkin - Tom G Warrior sendiri mahu melupuskan album ini dalam katalog Celtic Frost. Tidak dapat dicari, dari aspek mana album ini dapat dihargai - baik dari segi idea, komposisi lagu mahupun produksi. Jika ada pun, untung kepada mereka yang menyimpan album ini kerana ia tidak akan dicetak kembali; memberikan lonjakan harga album ini di pasaran album-album antik.

Sunday, September 11, 2011

Ulasan: CELTIC FROST To Mega Therion

Celtic Frost mengambil masa hanya setahun untuk berubah - dari pemuzik amatur kepada pemuzik dibaluti dengan elemen artistik. Celtic Frost kali ini bukan bersandar kepada keberatan muzik semata-mata walaupun tidak dinafikan, elemen yang menyebabkan Celtic Frost dipanggil Celtic Frost masih kekal. Mungkin kesesuaian ini berkait rapat dengan kulit album ini, yang menggunakan lukisan pelukis terkenal, H. R. Giger. Lantas, muziknya mestilah diletak satu ketinggian yang sama dengan avant-garde Giger, yang mula dikenali dengan hasil kerja dalam filem Alien. Dengarkan Dawn Of Megiddo dan Tears In A Prophet Dream. Perjalanan Celtic Frost ini seperti tidak pernah dibayangkan jika kita mengambil kira sejarah Hellhammer. Album yang makin kompleks. Siratan bait-bait lirik yang tiada umpamanya ketika itu. Avant-garde di dalam muzik Metal memang patut dikalungkan kepada Celtic Frost. Namun begitu, apa yang pernah kita sayang tentang Celtic Frost masih diteruskan. Untuk itu, dengarkan Circle Of The Tyrants dan Necromantical Screams. Mendengar album ini, tidak dapat digambarkan apakah seterusnya dari mereka. Yang pasti, ia pastinya akan membuka ruang yang baru dalam istilah muzik Metal.

Saturday, September 10, 2011

Ulasan: CELTIC FROST Into The Pandemonium

Album ini album rojak. Tidak diketahui apa yang difikirkan oleh Tom G Warrior. Pada satu kelompok lagu (Mexican Radio, One in Their Pride dan I Won't Dance), nampak seperti mahu memasukkan elemen new wave. Pada kelompok yang lain (Mesmerized, Tristesses de la lune dan Oriental Masquerade) seperti mahu memasukkan elemen gothic dan selainnya membawa Celtic Frost ke arena muzik Metal yang lebih komersil. Mungkin ini adalah sindrom banyak-idea-tak-cukup-masa. Walaupun seolah-olah tunggang langgang namun jika diambil setiap lagu secara individu - majoritinya unik dan kreatif. Ambil lagu Mesmerized sebagai contoh - ia merupakan anthem horror yang bijak. Babylon Fell pula secara halus menyuntik elemen glam rock ke dalam fizikal Celtic Frost. Inner Sanctum pula bertenaga sebagai meneruskan agenda Celtic Frost seperti yang telah dinatijahkan di dalam dua album sebelumnya. Yang nyata, Celtic Frost seolah-olah memberi isyarat kepada peminatnya - sesuatu yang penting akan berlaku di dalam kem mereka. Peminat tergamam menunggu.

Ulasan: CELTIC FROST Morbid Tales

Jika kita membaca sejarah penubuhan Celtic Frost, kita akan dapati bahawa tahap permainan instrumen mereka berada di paras amatur. Tom G Warrior sendiri merasakan diri beliau tidak akan ke mana dengan permainan gitar beliau. Tetapi apa nak buat? Idea yang beliau hasilkan perlu diketengahkan juga disebabkan ianya tersangat unik dizamannya. Tiada yang seperti mereka. Ketika satu dunia terkesan dengan kepantasan muzik Thrash Metal, Celtic Frost menentang arus - bagaimana memberatkan muzik. Mula dengan mengendurkan tali gitar kemudian mencari sound sesebu mungkin untuk bunyi gitar. Dan menggunakan chord progression yang tak terfikir semasa itu (saya pasti Tom sendiri tidak tau apa jenis progression yang beliau gunakan). Tom patut berterima kasih kepada drummer dan bass (Martin Ein dan Stephen Priestly) yang banyak menyumbang kepada tight lagu yang dihasilkan di dalam album ini. Andaikata mereka pun 2x5 dengan Tom, Celtic Frost pun akan berkubur seperti Hellhammer; sebuah kekesalan Tom di masa lampau. Yang nyata, ini adalah album klasik yang tidak dapat dipertikaikan. Dengan album ini, muncullah kelompok band Death dan Black Metal yang berpeleseran di muka bumi sekarang. Dengarkan Circle Of The Tyrants, Dethroned Emperor dan Morbid Tales dan anda akan dibawa ke zaman dimana muzik Metal itu adalah yang mengasyikkan dan elit.