Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (77) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (419) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Tuesday, October 28, 2008

Oh sungguh bertuah kamu semua...

Sungguh bertuah kamu semua di Malaysia!

Walaupun korang rasa boring duduk kat Malaysia. Komplen banyak. Tak puashati banyak. Rasa macam nak cekik orang. Rasa nak hentak dinding.

Tapi kamu semua tetap bertuah.

Aku pulak rasa nak tuah kamu tu.

Bertahun-tahun gua cari kat pasar-pasar. Tak jumpa bang.... TAK JUMPAAAA!!!

Meleleh air liur gua bila teringat. Rasa nak komplen. Tak puashati. Rasa macam nak cekik orang. Rasa nak hentak dinding.

Tapi sememangnya Allah s.w.t. Maha Penyayang lagi Maha Pemberi Rezeki.

Hari Ahad lepas baru jumpa!

Ini le dikatakan NIKMAT bang!

Jantung pisang dengan pisang yang BOLEH digoreng! Jumpa dan dibeli dengan tanpa berlengah lagi. Harga? RM40 untuk banyak tu yang digambar. Hahahahah....

Pisang BOLEH digoreng? Ye, pisang BOLEH digoreng. Kamu punya la bertuah. Punya banyak pisang sampai sangka SEMUA pisang BOLEH digoreng. Kat sini yang ada cuma pisang yang TIDAK BOLEH digoreng. Boleh makan mentah je.

Gua rasa kalau makcik kat pasar kata RM40 untuk banyak tu (kat Malaysia le). Pastinya:

1. "Makcik GILA KE????"
2. "@#%$@ )$*#)(@# *#$#*" sambil cebik mulut, mata terbeliak, muka hijau dan telinga berasap.
3. Cuba terkam makcik tu.
4. "Gua kat Australia ke, kat Batang Berjuntai ni?"

Jumpa jantung pisang ni pun hati kecil gua berjengket-jengket suka. Menari-nari. Yeaaa... celur dan cecah sambal belacan. Woooo...

Tu pasal gua kata kamu semua bertuah!

Monday, October 27, 2008

DREAM THEATER Through Her Eyes CD single



Single ni dirilis sempena album Metropolis Part 2. Dan lagu Through Here Eyes sendiri ialah track no 7 dalam album tersebut. Antara lagu ballad paling menusuk ke dalam kalbu. Muzik, gaya vokal dan flow muzik yang sangat-sangat best!

Album Metropolis Part 2 ni adalah album pertama bersama Jordan Rudess yang dikatakan memberikan nafas baru kepada Dream Theater setelah mendapat kritikan hebat terhadap album sebelumnya, Falling Into Infinity yang dikatakan 'terlampau' komersil (gua beg to differ actually).

1. "Through Her Eyes (radio edit)" 4:34 - lagu yang dipendekken untuk airplay. Dibuang part yang muzik aje dan dikekalkan part vokal. Not bad at all walaupun kena cut.

2. "Through Her Eyes (alternate album mix)" 6:01 - tiada cut cuma mix yang berbeza. Juga dibezakan efek gitar Petrucci di beberapa tempat. Interesting mix walaupun yang di album tu lebih bagus. Now we know how studio work, works. Kena mix macam-macam stail. Lepas tu meeting dan pilih mana terbaik.

3. "Home (live)" 14:13
4. "When Images and Words Unite (live)" 15:53
medley lagu ni:
* "Pull Me Under"
* "Under a Glass Moon"
* "A Fortune in Lies"
* "Only a Matter of Time"
* "Take the Time"
The live track were recorded on Friday, November 12, 1999, at Ancienne Belgique in Brussels, Belgium. The third track is exclusive to the Japanese release of the single and the second track is the alternate album mix which is also included in the Official Bootleg The Making of Scenes from a Memory. Both the Radio Edit of "Home" and the Alternate Album Mix of "Through Her Eyes" were included on the 2008 compilation, Dream Theater's Greatest Hit.

The last track is the medley of the songs from the When Dream And Day Unite and Images and Words albums.
Yang bold tu, track Home (radio edit) yang takde dalam rilisan ini (hanya dalam versi Japan). Nevertheless, kalau teringin nak dengar juga, boleh dapatkan Greatest Hits album tu sebab ada appear. Ikut kata orang, solo Petrucci dalam lagu Home (live) tu antara solo gitar dia yang terbaik sekali. Worth a listen!

Sebagai sebuah album single, kira puas le sebab total durasi untuk album ni dah macam album (40+ minit lebih). Tetapi sudah tentunya harga pasaran CD single ni pun lebih mahal dari album biasa disebabkan rarity. Untung gua dapat murah. eBay rules!

Lain-lain rebiu Dream Theater singles:
DREAM THEATER Hollow Years CD single
DREAM THEATER The Silent Man CD single


Through Her Eyes homemade video

Saturday, October 25, 2008

DAMN DIRTY APES Valve State Dreams CD

Warning! Ini bukan Metal!

Tetapi a gem dari Penang. Asalnya aku jumpa dari sample mp3 beberapa tahun dahulu. In fact, bukan sample pun, a whole album download. Bila dengar terus hooked! Gila best.

Sampai la beberapa minggu lepas, seorang sahabat nak let go dia punya CD. Tanpa buang masa aku book dan beli. RM10 je, yeaaa...

Ye Damn Dirty Apes berasal dari Penang. Kalau tanya pakcik google, banyak listing band nama ni. Cumanya, ikut kata DDA ni, dioranglah yang first sekali pakai nama ni.

Valve State Dreams adalah album kedua dan probably terakhir DDA kerana sejak rilisnya album ni di tahun 2002, takde pun rilisan terkini. Probably still playing gig? Tak tau. Kalau korang ada info, sila inform ye.

Aku tak tau nak kategori muzik ni sebagai muzik apa. Maklumlah, peMetal tegar. Datang muzik yang lain sikit, gelabah le. Ada gitar heavy, ada drum dan bass. Tapi most of the time, lagunya seperti meleweh (in a good way actually). Selalunya bermula dengan mood yang rilek dan build up agresif pada akhirnya. Vokalnya mengingatkan aku stail Andrew Latimer (Camel). Berbisikan bermelodi. Psychedelic mungkin? Ada jejak Pink Floyd mungkin?

Unsur minimalis pada basic tracknya tetapi disulam dengan track gitar dan bass line yang begitu mengena dengan setiap mood lagunya. Produksi album yang minimal juga memberi kesan. Ia mengkhayalkan.

To sum it up, brilliant album! A true gem!

Interprestasi aku terhadap setiap lagu:

1 DEATH OF OPTIMUS PRIME - Yummy! Pastinya lagu tribute kepada The Transformers dan mood lagunya mengena. Seolah-olah berdiri menghormati Optimus Prime yang baru mati sambil mengenang jasa-jasanya menyelamatkan kaum manusia. 5/5

2 NANINONG - Lagu cinta geek? Seolah-olah menonton filem nerdy dan geek seperti Eternal Sunshine on The Spotless Mind dan Cashback. Naive dan innocent. 4/5

3 DRIFT AWAY (PT.1) - Ayuh kita baring di padang rumput yang tak bertepian. Dongakkan kepalamu ke langit dan perhatikan awan yang bergerak. Senyum dan pejamkan matamu. 4/5

4 CHARLIE - Probably lagu paling dikenali oleh peminatnya. Catchy, infectious dan what is the word? Tak jumpa. Kalau jumpa, sila inform kepadaku. Charlie mungkin seorang anak yang konfius dengan matlamat hidupnya? Mungkin tersesat di tengah jalan. Mungkin juga tidak aware dengan apa yang berlaku dipersekitarannya. Dunia sibuk. Tidak bagi Charlie. 5/5

5 HADO'KEN - Hado'ken adalah sebuah daerah di negara Jiru. Di dalamnya ada satu keluarga petani. Ayahnya walaupun seorang yang tempang tetapi setiap hari tanpa jemu, membanting tulang untuk rezeki keluarganya. Isterinya, walaupun kekurangan bahan untuk memasak tetapi setiap masakannya menjadi juadah syurga kepada si suami. Anak yang dikandung, bagaimanakah nasibnya? Adakah akan berubah? Itu adalah nightmare si suami. Apabila terkenangkan itu, semakin kuat si suami membanting tulang. Hinggalah lahirnya anak tersebut dan mereka...? 4/5

6 DRIFT AWAY (PT.2) - Celikkan matamu kembali. Concentratekan pandanganmu. Hatimu kembali penuh dengan kerisauan dan kepeningan. Jangan layani. Teruskan pembaringan. Letakkan kedua belah tanganmu di bawah kepalamu. Senyum dan pejamkan matamu, untuk selamanya. 4/5

Since ini adalah album kedua, aku masih mencari album yang pertama Ape Kill Ape. Sape boleh tolong?

http://www.myspace.com/ddapenang

Thursday, October 23, 2008

MOTLEY CRUE Too Fast For Love CD remastered

First time penulis mendengar suara Vince Neil ada dua perasaan yang terbit; 1. Rasa nak penampar 2. Rasa nak penampar. Ye, takde choice lain selain 1 dan 2, dua-dua penampar. Sebabnya suara beliau, fuh, mengada-ngada sungguh. Nak kata ada masalah identiti (lelaki ke perempuan), sejarah beliau pernah berkahwin dengan model Playboy (Nikki Sixx juga pernah berkawin dengan model Playboy). Anyway, ni bukan URTV nak diskas bab belakang kelambu.

Tapi in the end, boleh tahan jugak suara dia ni. Infact, ianya infectious! Too fast... too fast for love... too fast... too fast for love... ah tidakkkkk!!!

No wonder masa zaman letupan rock kangkang 80an dahulu, banyak band rock kangkang Malaysia ambil influence directly dari Motley Crue. Paling klasik, SYJ. Tak kenal SYJ? Sila tanya pakcik-pakcik kamu yang pernah rock dulu.

Penulis pun terikut sama. Minat. Zaman tu Mingguan Malaysia tiap-tiap minggu akan bagi pin up poster dalam Pancaindera. Of course, tiap-tiap minggu keluar poster band rock kangkang. Penulis kumpul masa tu. yang cun-cun, diselit kat luar folder file - pergi library, dan tayang. Ganas. Motley Crue kat sebelah, kat sebelah lagi W.A.S.P. Sekitar zaman penulis mengambil SRP.

Muzik yang dimainkan oleh Motley Crue ni dinamakan glam rock. Gaya fesyennya suka berpakaian macam perempuan. Namun begitu sangat kontra, mereka adalah womanizer paling bermaharajalela. Maybe perempuan zaman tu suka kot lelaki macam perempuan. That's anybody guess. Take note, drummer Tommy Lee adalah bekas suami Pamela Anderson. Ye, Pamela Anderson tu... (Alamak, jadi macam URTV balik).

Walaupun pada zaman ini, album sebegini dianggap sebagai pussy dan wimp tetapi pada zamannya ia memeningkan kepala mak bapak. Bayangkan anak jantan berpakaian macam perempuan. Siap dengan maskara dan gincu semua. Ini adalah muzik rebel pada masa itu sepertimana Elvis Presley pernah memeningkan kepala bapak kepada bapak kita dulu. Apabila munculnya muzik Thrash Metal; glam rock semakin ditinggalkan kerana glam rock kalah ganas.

Nasib baik pada zaman rock kangkang tu, penulis masih waras dan tidak memakai gincu atau maskara. Kalau dibuat juga, alamatnya kena halau dari rumah.

Klasiknya album ni bukan menyeluruh. Pada pandangan penulis, hanya beberapa lagu je yang outstanding tetapi influence beberapa lagu tu kepada scene rock kangkang masa tu tersangatlah besarnya. 3 lagu kvlt dalam album ni, penulis telah letakkan samplenya di bawah: Live Wire, Take Me To The Top dan Too Fast For Love. Ah, mendengar kembali suara gedik Vince Neil dalam lagu Too Fast For Love membuatkan penulis mengerut dahi dan mengetap bibir. Mahukah diberi penampar? Tapi sedap gitu....

All songs were written by Nikki Sixx, except where noted.
1. "Live Wire" – 3:14
2. "Come On and Dance" – 2:47
3. "Public Enemy #1" (Sixx, Lizzie Grey) – 4:21
4. "Merry-Go-Round" – 3:22
5. "Take Me to the Top" – 3:43
6. "Piece of Your Action" (Vince Neil, Sixx) – 4:39
7. "Starry Eyes" – 4:28
8. "Too Fast for Love" – 3:22
9. "On With the Show" (Neil, Sixx) – 4:07

That re-release would be the "popular" version of the album for the next 17 years, until it was re-released again in 1999 with bonus tracks, along with all their 80's albums.
10. "Toast of the Town" - 3:35
11. "Tonight" [Previously Unreleased] - 4:27
12. "Too Fast for Love" [Alternate Take] - 4:19
13. "Stick to Your Guns" - 4:23
14. "Merry-Go-Round" [Live In San Antonio, TX] - 3:56
15. "Live Wire" [Video] - 3:14

Cadangnya nak letak klip live performance, tapi memandangkan biasanya suara Vince Neil hancur bila live, penulis ambil sample dari album je la. In the end, penulis dengar lagunya je bukan nak tengok live pun. So, hakimi sendiri samada nak diberi penampar atau tak.


Live Wire


Take Me To The Top


Too Fast For Love

Wednesday, October 22, 2008

Ulangtahun Perkahwinan ke-9

9 tahun dulu, aku melafazkan akadku kepadamu dihadapan sebilangan saksi.

Aku pernah melafazkan cintaku kepadamu dan aku masih cintakanmu. Walaupun tidak kulafazkan sentiasa tetapi di dalam hatiku kalimah itu sentiasa hidup.

Kefahaman bahawa semua manusia tiada yang sempurna, mengekalkan mahligai yang kita bina ini. Juga memahamkan kita terhadap suka duka yang kita harungi bersama.

Sesungguhnya ini semua sementara. Aku akan pergi dan kau juga akan pergi. Itu bukan masalahnya.

Harapanku agar kita bersama di syurga Firdausi, kekal di dalamnya!

Untuk anak-anak kami, tiada pesanan yang lebih bermakna dari pesanan Nabi s.a.w. terhadap kalian semua:

Abu Huraira (Allah be pleased with him) reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: When a man dies, his acts come to an end, but three, recurring charity, or knowledge (by which people) benefit, or a pious son, who prays for him (for the deceased). (Sahih Muslim Book 013, Number 4005)

Tuesday, October 21, 2008

Wanwarlock Adelaide tour 20/10/2008

Oh... Wanwarlock bukanlah satu band, tapi seorang Medical Doctor, yang sekarang sedang membuat course specialist Oncology kat Hamilton, New Zealand. Seorang avid metaller, sebelum ini beliau menetap di Dublin, Ireland yang merupakan heaven bands yang tour the world namun tercampak ke ceruk New Zealand yang mana venue gig paling dekat pun perjalanannya sejam setengah.

Tapi kemetalan begitu tegar. Lihat saja gambarnya.

Sekitar masa beliau membuat PMR, beliau juga menyiapkan isu Thanatopsis zine. Pebende zine tu? Ishhh korang ni, masih pakai lampin kot masa tu. Baca sini.

Anyway, kebetulan beliau menghadiri conference untuk radiologists di Adelaide, maka adalah sangat penting untuk beliau menziarahi kawannya, seorang jaded metaller. Setelah mengadjust, beliau hadir ke rumah penulis beberapa minit sebelum maghrib dan penulis menghidangkan beliau Nasi Ayam Adelaide sebagai kenangan beliau paling berharga di Adelaide.

Beliau menceritakan pengalaman-pengalaman gig beliau di Dublin, mengumpul merchandise etc. Paling penulis jealous, beliau sempat menonton IRON MAIDEN semasa A Matter of Life and Death tour, yang mana IRON MAIDEN membawa lagu-lagu di dalam album AMOLAD in its entirety! Baju tour IRON MAIDEN yang didesripsikan oleh beliau malam itu, melelehkan air liur penulis tanpa disedari.

Oh, mat Death Metal memang begitu. Mukanya takde rupa langsung macam mat Death Metal. Muka mereka antara lain seperti muka seorang medical doctor dan pensyarah. Tu kadang-kadang menyebabkan mereka-mereka yang tau, terkejut besar sampai ada yang mati terkejut! Paling tak pun, mulut terlopong dan muka bertukar jadi hijau! Kepada mereka-mereka ini - hahahaha...

Setelah hampir 2 jam beramah mesra, Wanwarlock meminta izin untuk pulang. Ah sungguh bersopan santun mat Death Metal ni. Mungkin kerana beliau membawa isteri dan dua anaknya? Oh tidak, Death Metal itu sekadar muzik yang diminati, tidak mengubah selain dari halwa telinga.

Sebelum berpisah, berlaku pertukaran cenderamata. Penulis menghadiahkan beliau LANGSUYR Asyik CD dan LANGSUYR Live At Planet Hollywood VCD kepada beliau yang diterima dengan senyum lebar sampai ke telinga. Sebagai balasan, penulis pula menerima sebuah poster peta New Zealand.

Namun begitu, gambaran baju tour IRON MAIDEN Amolad di Dublin itu masih segar di ingatan. Bro, tak nak tolak ke baju tu kat gua?

Monday, October 20, 2008

HELLOWEEN CD Singles collection

I am collecting HELLOWEEN singles. Here are the list as published by wikipedia. If I am missing something from the list, let me know. The one that I have is stated as GOT IT!

1986 Judas GOT IT!
1987 Future World GOT IT!
1988 Dr. Stein GOT IT!
1988 I Want Out GOT IT!
1989 I Want Out Live GOT IT!
1991 Kids of the Century GOT IT!
1992 Number One GOT IT!
1993 Windmill
1993 When the Sinner GOT IT!
1993 Step Out of Hell INCOMING!!!
1993 I Don't Wanna Cry No More INCOMING!!!
1994 Mr. Ego
1994 Where the Rain Grows GOT IT!
1994 Perfect Gentleman GOT IT!
1995 Sole Survivor GOT IT!
1996 Power GOT IT!
1996 The Time of the Oath GOT IT!
1996 Forever and One (Neverland) INCOMING!!!
1996 Forever and One Live
1998 I Can INCOMING!!!
1998 Hey Lord!
1999 Lay All Your Love on Me
2000 If I Could Fly
2000 Mr. Torture GOT IT!
2003 Just a Little Sign GOT IT!
2005 Mrs. God GOT IT!
2006 Light the Universe
2007 As Long as I Fall

Saturday, October 18, 2008

DREAM THEATER Chaos In Motion 2DVD + 3CD Deluxe Collector's Edition

First time aku dengar yang DREAM THEATER nak rilis DVD ni, aku bergegas ke laman rasmi mereka. Ada dua versi yang DT rilis, ordinary 2DVD dan spesel edisi 2DVD + 3CD. Terus aku nak booking yang spesel edisi... tengok2 kata DAH HABIS!

Frust aku...

Kalau spesel edisi ni keluar kat eBay sure mahal punya... aduh... Lantas aku lupakan dulu pembelian ni.

Hinggalah beberapa hari lepas, aku ziarah JBHifi. Tiba-tiba terpandang DVD ni. Dalam dua versi seperti yang kunyatakan tadi. Tanpa membuang masa, aku sambar la yang spesel edisi ni. Pelik gak, kata dah sold out tapi dalam JBHifi aku tengok banyak lagi.

Rupa-rupanya yang ni Australian pressed. Dirilis oleh Roadrunner Australia. Peh, nasib baik. Kalau tak, melepas den...

Overall content, korang boleh baca kat bawah nanti. Sekarang ni apa-apa musical DVD yang aku beli, yang first aku nak tengok ialah documentarynya. Dalam DVD ini ada satu dokumentari 1jam 30minit yang sangat menarik. Ianya menceritakan perjalanan tour Chaos in Motion ini (yang berdurasi selama setahun!).

Dokumentari dibahagikan kepada beberapa part. Ia dimulakan dengan pengenalan kepada band members dan komentari masing-masing terhadap masing-masing. Diorang ni 'family man' rupanya. Diorang tak tour sekali terus. Maksimum diorang limit, 4 minggu away. Lepas tu mesti kena balik rehat dengan family. Pe'el ni, crew diorang sangat-sangat appreciate. Kata diorang, DT ni not like other rock bands.

Lepas tu masuk part yang mana, kita diperkenalkan dengan crew tetap tour ni sambil menyorot kerja-kerja rutin mereka. Interesting. Bila tengok baru la kita tau yang tour ni bukan all fun sebenarnya. It's a real job. Macam engineer pergi site bikin bangunan. How much serious is that? Sama la macam kerja-kerja crew ni. Very professional and dedicated.

Lepas tu kita dibawa kepada produksi stage, sound, lighting semua. Sambil-sambil tu crew pun cerita la pengalaman-pengalaman diorang yang best/tak best semua.

The actual live performance aku tak tengok lagi. Aku tangguhkan dulu sebab aku dah tengok diorang perform kat Adelaide dulu (LAPORAN SINI).

Overall, nice packaging walaupun aku harapkan ada booklet datang sekali dengan pakej ni (takde sebenarnya). Dokumentari pun best. Adrenalin aku pun boost up masa dibawa part a few minutes before entering the stage. Aku dapat rasakan betapa berdebarnya nak menghadap penonton. Ikut pengalaman sendiri pun bersama Langsuyr. Nak naik stage tu memang adrenalin tahap tertinggi! Tapi bak kata Jordan Rudess (keyboard), lepas beberapa lagu, jadi normal balik dan fokus terhadap instrumen. Kalau adrenalin memanjang high je sepanjang show, mana ada manusia boleh tahan beb.

Disc One:
"Around The World In 180 Minutes" Live Concert Footage
1. Intro / Also Sprach Zarathustra
2. Constant Motion
3. Panic Attack
4. Blind Faith
5. Surrounded
6. The Dark Eternal Night
7. Keyboard Solo
8. Lines In The Sand
9. Scarred
10. Forsaken
11. The Ministry Of Lost Souls
12. Take The Time
13. In The Presence Of Enemies
14. Schmedley Wilcox:
1. Trial Of Tears
2. Finally Free
3. Learning To Live
4. In The Name Of God
5. Octavarium

Disc Two:
* "Behind The Chaos On The Road" Documentary
* Promo Videos:
1. Constant Motion
2. Forsaken, Forsaken (In Studio)
3. The Dark Eternal Night (In Studio)
* Live Screen Projection Films:
1. The Dark Eternal Night (N.A.D.S)
2. The Ministry Of Lost Souls
3. In The Presence Of Enemies Pt. 2
* "Mike Portnoy Stage Tour"
* "Mike Portnoy Backstage Tour"
* Photo Gallery

PLUS:
* 3 CD's containing the live 14 tracks featured in the DVD set
* Expanded artwork and more

MEGADETH Trust CD single

Antara lagu komersil Megadeth yang gua minat, Trust dari album Cryptic Writings. Yang ni versi Holland pressed. Ada satu lagi versi dari US dan gua masih mencarinya. Kalau lu ada terjumpa kat garage sale mana-mana, silalah belikan untuk gua. Versi US tu ada dua lagu je. Yang ni ada 4.

Trivia dari Realm of Megadeth:
The song is about a painful relationship that Dave had:

"I could tell you a lot about it, but no matter how I justify it, it's not going to come across as painful as it was. Many times, I've had beautiful relationships destroyed by being led astray. I'm not going to say I am perfect or without blame, but I think singing about it is maybe a healing process going back into my life." (Mustaine, 1997).

"Well, you know it's in my contract [laughing] that one song on each Megadeth record has to start off with drums." (Menza, 1997)

"Weird song, but it was our first #1 song at US rock radio. The 'classical' middle section was part of a song called 'Absolution' that I had written for Countdown... We demoed 'Absolution' for Countdown... and again for Youthanasia but it didn't get used until 'Trust'. For some reason we always remembered the piece and kept coming back to it. My lead solo was one that Dann Huff and I loved, but Mustaine didn't like much. We had long discussions about it and finally we kept it." (Friedman, 2002)

The orchestral interlude in the song is done by the string section of the Nashville Symphony Orchestra.

This song was nominated for a "Best Metal Performance" Grammy in 1997, but lost to Tool's Aenima.

"Trust" was also released in a Spanish version, with Dave singing parts of verses and choruses in Spanish.
Ceh... kalah dengan Tool pulak dah. Best ke Tool (gua tak pernah dengar pun)?

Sementara lagu A Secret Place pun not bad. Feel dan vibe sama macam lagu Trust jugak.

CD Trust (Holland)
1. Trust
2. A Secret Place
3. Tornado of Souls (live)
4. A Tout Le Monde (live)


MEGADETH Trust


MEGADETH A Secret Place

Untuk koleksi MEGADETH singles gua, kat SINI.

Friday, October 17, 2008

Karnival Eid Fitri di Wandana 12/10/08

Ahad lepas telah diadakan Karnival Hari Raya yang dianjurkan oleh Burc College di Gilles Plains. Event ni macam annual dah. Tahun lepas pun ada. So ramai la masyarakat Islam berbilang bangsa yang turut serta. Komplen gua cuma stall makanan je tak banyak. Takat ada jual jagung rebus je. Tokey Swinging Bowl pun ntah mana tak buka stall pun kat sini. Tapi bagus jugak tak buka, kalau idak habis duit gua (anak semua kelaparan - gua bawak bekal je dari rumah).

Kat Malaysia mungkin takde event macam ni nak sambut Eid. Tapi kat sini mungkin perlu atas beberapa sebab. Antaranya nak gather orang Islam sekitar Adelaide dan kemungkinan juga nak syiarkan yang Islam itu tolerans.

"1, 2, 3 jalan... 1,2,3 jalan... kiri kanan, kiri kanan... phewiitttt... awek!"

"Hi... saya Joe"
"Saya yang dibelakang, James..."

"Weeeee...."

"Hello arnab..."
"Bukan arnab la dik... ni kam... beng! "

"Tinggal kenangan... Gagal segala impian... Tinggal bertanya... Erti sejati" wakil gomen direquest oleh hadirin untuk mendendangkan sebuah lagu.

"Gua silap event ke apa ni..."

"Issyhhh... sape kameraman ni haaaa... asyik ambil gambar I je..."
"Sudahla... jangan perasan... takdenya dia amik gambar you... dia amik gambar I..."

Sekitar karnival...

Lagi persekitaran...

Alam sekitar...

"Hi, saya Labi... dah dik... tolonglah letak gua balik... gua gayat ni..."

Monday, October 13, 2008

I can write your name in KANJI

(Intro seram... lagu Reek Of Putrefaction - CARCASS)

You want? $2 please...

Yes... $2 and I can write KANJI for you...

Kaaaannnnnjjiiiiii.... twooooo dolllaarrrrggghhhhhh....
(Bill Steer low guttural growl...)

Dah siap cu... $2 je...

Nama apa cu...? Erra Fazira? Apsal muka tak rupa macam Erra Fazira? Ooooo... Erra Fazira celup... hihihi (uhuk...huk.. hukk..)... $2 please...

Susah juga nak mengeja Erra Fazira ni... Tukau nama lain boleh cu? $2 please....

Busking bukan main muzik je. Tulis kanji pun boleh. Kalau gua terer tulis jawi, ada keinginan gak busking camnih... Kencang gak gua ingat dalam 10 minit gua perati ada 5 orang clients.

I can write your name in JAWI!!!

Saturday, October 11, 2008

CARCASS Live In Adelaide 10 Oktober 2008

Lutfie dah sebulan excited nak tengok gig ni. Gua rilek je (tipu...). Tapi gua tak le beria sangat sebab nak tengok pun atas dasar walking down the memory lane. Nevertheless, album selepas Necroticism ke atas, memang feveret. Zaman 100% grindcore tu, aku dengar zaman tape trading. Sound dubbing atas kaset yang sebu ditambah dengan kualiti rekoding zaman tu menyebabkan ia kurang menjadi perhatian gua. Namun lagu Reek Of Putrefaction, Exhume To Consume dan beberapa lagu yang catchy dalam dua album pertama tu masih gua hafal melodinya.

Err... siapa Lutfie? Rujuk gambar di bawah...

"Eh... malam ni gua ada study group... balik lambat sikit..." - banyak la lu punya study group Lutfie!
"Nnnggggg...." Abang Ben

Manakala HQ adalah venue yang pertama kali gua masuk selepas beberapa venues yang sebelumnya yang kurang memberansangkan (dari segi setting dan kualiti sound). Lepas gua jemput Lutfie dari tempat persembunyiannya, gua pun head up terus ke venue. Parking, nasib baik senang dapat, just a few block.

Gua malam tu pakai macam skinhead (sebab kepala skinhead). Seluar 3/4. Baju Athotogh dengan baju cikano lengan panjang. Kasut Fila hitam berstokin putih. Lutfie pakai baju Metallica And Justice For All dia (manjang pakai baju tu je gua tengok.. sayang le tu). Masa beratur nak masuk venue tu gua perasan gua lain sikit sebab baju Athotoghtu putih sedangkan crowd boleh kata semua all black. Ada security check macam kat airport tu. Baru gua teringat venue ni few months back ada shooting. Bikie punya geng. Lutfie kena check id sebab event is 18+ above je. Gua dah siap sedia dah kot gua kena tahan gak, gua nak seligi kepala security tu.

Tempat tuju first sekali bila masuk venue sudah tentunya merchandise booth. Ramai gak yang beratur ada dalam 10-15 orang depan gua. Malang, t shirt tour Carcass tak memberansangkan tapi bak kata pepatah lagi, yang penting itu memori. So gua beli la jugak. Dapat long sleeve, yang short sleeve ada size S je. Size S kalau gua pakai nampak la pusat gua, bahaya tu takut ada yang tergoda. Terpaksa la gua beli size L lengan panjang tapi mahal $10 dari yang short sleeve.

TZUN TZU memulakan permainan dengan Death Metal ala Nile mereka dengan saduran Japanese (Nile -> Mesopotamia). Honestly, gua tak le into Death Metal macam ni tapi disebabkan gua selalu lepak dalam forum band ni, gua pun jadi teringin nak nengok. Overall, not bad cuma bukan gua punya taste la kan.

"Londeh pulak seluar tengah-tengah syok ni..." TZUN TZU

Next ialah DOUBLE DRAGON (sungguh original nama band ni hehehe...). Depa main ala-ala The Haunted macam tu tapi gua rasa macam lean lebih kepada Metalcore walaupun mereka beria-ia mengaku true Metal. Sound depa best. Bunyi gitar padat! Tapi bak kata pepatah, gua nak nengok CARCASS la.

"wargghh... wargghh... blurrghhhaaahhhh..." DOUBLE DRAGON

A few minutes before CARCASS naik stage, crowd yang tadi berselerak mula tertumpu ke depan stage. Oh lupa nak bagitau, HQ ni venue best. Ada iras-iras Hippodrome kat Ipoh tu. Ada multilevel crowd area; moshpit, tempat lepak-lepak dan paling special ada satu ruang kat luar yang open air kot ada orang rasa nak pengsan ke boleh keluar kejap ambil angin. Sambung balik, crowd dah jerit-jerit gitu. Budak-budak remaja la yang bising ni. Kejap lagi gua suspect mesti jadi violent mosh pit ni so gua ke tepi-tepi sikit. Walaupun budak-budak remaja tapi badan macam badak sumbu masing-masing.

"Oi... psstt... gua pesan pizza tu dah sampai?" Jeff Walker of CARCASS

Gua teruja nak tengok Mike Amott dengan gitar Dean yang baru diendorse beliau asalnya. Tetapi bila nampak Bill Steer, gua terus mengalihkan pandangan gua kepada Bill. Sebab? Bill punya stail 70s habih. Seluar bootcut, baju sendat, gitar LP ESP dengan rambut kelepet panjang. Lenggok pun memang hippies. Bayangkan, mat hippy main grind. Cun habis. Dah tu solo beliau makin mantap le pulak. In fact, personal opinion gua, even better dari Mike Amott malam tu dari segi melodi, tone dan cleanliness. Cun seh....

Hangguk jangan tak hangguk... Jeff Walker + Mike Amott.

Jeff Walker pulak, tidak lagi berambut drag. Malam tu gua baru perasan dia ni agak rendah orangnya. Ada la selang-selang lagu tu dia buat lawak British (nasib baik gua paham sikit-sikit). Beliau nampaknya enjoy main and having fun throughout the set. Kadang-kadang dia berdepan dengan Mike, kadang-kadang beliau menyendeng kat Bill. Paling mahal gua rasa, gitar bass bentuk LP tu. Klasik sungguh. Gua tengok Jeff dengan Bill ni memang takde ropa main band grind lagenda. Nampak macam mat hippies je dua-dua ni.

"(apsal gua rasa macam Joe Wings lak ni)" Bill Steer of BANGKAI.

Gua sepanjang set, gua hanging out je kat tepi-tepi tu. Sekali je gua masuk moshpit (perasan muda) masa lagu Corporal Jigsaw tu. Habis gua kena tanduk, campak, terhentak, tersiku dek badak-badak sumbu kat moshpit tu. Lagu belum habis, tekak gua rasa kering habis. Gua paham, itu queue gua suruh keluar sebelum gua diangkut keluar (pengsan). Gua dok tepi-tepi je la lepas tu.

(ada sorang mamat badak sumbu ni baju belakang tulis Hate Core. Banyak-banyak tempat, depan gua juga dia berdiri membelakangkan gua sambil cekak pinggang. Kejap-kejap dia masuk moshpit. Lepas tu dia break, mesti nak berdiri depan gua cekak pinggang. Kadang-kadang pulak tiba-tiba je dia headbang. Headbang normal takpe jugak. Ni jenis headbang hayun kepala sampai kebelakang... huhuhu... kot terkena muka gua, gua yang karam dulu... - nasib baik dia caloo tempat lain kalau tak gua teringin jugak nak seligi kepala dia (acah je)).

Acara bersilat dengan gitar (bakal dipertandingkan di peringkat antarabangsa).

Gua bergerak dua tiga spot untuk perati gelagat dan nak dengar sonic quality venue ni. Gelagat yang gua perati, ada 2 orang pangkat pakcik yang layan Carcass malam tu. Gua estimate umur 50+. Sorang tu macam dah takde gigi. Terus gua teringat kartun Atuk kat majalah Ujang tu. Dah tua tapi rock (kes ni, grindcore). Separation antara umur agak jelas. Yang muda belia semua kat moshpit. Yang dah sizen dan jaded berdiri tegak tengok dari jauh. Sekali sekala henjut-henjut juga kepala tapi henjut hensem la. Gua paham, terlebih henjut, esok memang kejang la tengkuk. Umur dah lanjut, otot kurang fleksibiliti.

Ni CARCASS ke LED ZEPPELIN? Gaya 70s habis! Jeff and Bill.

"Ooohhh mak ai... dahaga gila - bila nak abis nih..."

Sonic quality venue memang best. Gua rasa paling best setakat gua pernah tengok gig kat venues macam ni. Gua rasa patut next time kot ada band international datang, main kat sini. Sound memang sedap.

2 minutes to midnight (macam lagu IRON MAIDEN tu), CARCASS mengakhiri persembahan mereka dengan sorakan approval dari crowd yang puassss... Sambil campak2 pick gitar, botol air dan stick drum gua teringat matlamat Lutfie datang, nak dapatkan pick ke stick tu. Moga-moga dapat le Lutfie oi. Gua kata kat Lutfie, lu orang muda jangan ikut gua. Nanti gua nak lepak belakang kalau lu enjoy dok kat barricade, jangan lu rasa susah hati pulak. Moga selamat la Lutfie oi kena henyak kat barricade tu. Janji gambar show cun sudah, boleh masuk blog krenmaut.

"ceh... dah sejam nunggu pizza tak sampai2 lagi... (hangguk hangguk)"

"Joe Wings, saat akhir kehebatanmu dalam genggamanku!!!" Bill Steer

BANGKAI atas stage


Venue pun dah diterangkan, maka gua cari Lutfie dan cepat-cepat gua bergambar dengan Don TZUN TZU (dan beli 2 rilisan mereka dalam bentuk CD). Sempat jugak gua fast chatting dengan mate gua, Dave (senior Adelaide Metal umur dah 40+ - no melody in Death Metal please motto - PhD in Literature ke apa dia ni dia bagitau gua dulu - sekarang kijer as a relief teacher je heheh... tapi gaji best).

"Hmmmm...." Don TZUN TZU
"Nngggggg..." Abang Ben

"Nnnngggg..." Abang Ben dan Dr. Davedeath berduet...

Overall, a nice show. Kalau ada show camni kat HQ gua rasa kena pergi pasal tak sakit hati sound tak best.



kredit gambar dan video - LUTFIE