Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label cuti-cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti Malaysia. Show all posts

Friday, March 30, 2012

Park Royal Kuala Lumpur

I attended the Deepwater Well Engineering course for 5 days which was held at Park Royal Hotel, Kuala Lumpur.

The breakfast and lunch is OK since the hotel is managed by Pan Pacific Hotel so no complain on that department. I have no grudge anyway. Internet is free. Malls everywhere. What more can you ask for?

My room

Cute bath and toilet.

I love it when no other buildings blocking the sun.

Super extra large bed. Notice the three pillows (meaning it can fit 3 adults! Must be very convenience for some?)

The view outside, nice. Mostly populated by mat and minah soleh. Whenever the sun is bright, it will be full. When it is cloudy, not so many.

Corporate rate RM345 per night

Tuesday, September 28, 2010

Chicks, monkeys and nerds... the Malaysian way!

Tour My Selangor Story selesailah sudah.

Sekarang aku terdampar di Coffee Bean Sunway Pyramid. Check out pukul 12pm dan bas ke Tronoh jam 330pm.

Alasan yang kukuh untuk meng-yuppie dan meng-wifi di Coffee Bean sementara menunggu waktu yang sesuai untuk ambil teksi dan ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Aku - yuppie terlampau di Coffee Bean.

Malam tadi majlis penutup memang happening habis. Dibelanja makan sampai tersandar macam ular sawa. Beef ribs besar bapak dengan lobster ihsan dari Haven Restaurant (nanti ada entry khas insyaAllah). Apa nak lagi. Kat Australia dulu pun tak mampu nak makan lobster tu.

Aku harap Amelia Tan, organizer event tak lupa nak pos kat aku voucher. Malam tadi dia janji nak bagi voucher special untuk aku dan family.

Pada sesi ucapan akhir para peserta yang diwajibkan sebagai one-liner, aku berkata,

"Chicks, monkeys and nerds... the Malaysian way!"

Aku cilok dari "Sex... and rock n roll, the American way!", kata-kata hikmah (hampeh) dari Gene Simmons di dalam dokumentari The Decline of the Western Civilization Part 2: The Metal Years.

"Baik aku jadi nerds dari jadi monkeys..." kata Iman, salah seorang peserta (thanks for the blogging tips bro!).

Aku dari start event aku dah gelar budak-budak ni nerds. Padahal aku pun nerds jugak. Ceh!

Aku rock n roller la bang! *aku menjerit dalam hati sambil menghirup Ice Blended Mocha*

Full event posting soon! Macam-macam hal dok jadi!

Azuan (peserta berbaju oren) berduet lagu Hammer Smashed Face (Cannibal Corpse) bersama artis residen di Uptown Shah Alam.

Sunday, September 26, 2010

Seorang yuppie di Coffee Bean!

Aku pun tak boleh nak pikir benda yang aku buat ni, pernah aku pandang sinis sebelum ni.

Meng-wifi di Coffee Bean!

Dengan ketayap dan berbaju IRON MAIDEN sambil menyedut ice blended yang aku tak pasti aku order perisa apa.

Aku order Ice Blended Vanilla sebenarnya. Aku order secara rambang. Aku rasa Vanilla mesti tak salah. Ada ke rasa vanilla yang hampeh?

"Bang, tak nak try ni ke &%#$ #&$... ice-blended ada, panas pun ada." Kata adik gemuk di belakang kaunter sambil menunjuk gambar di depan kaunter.

"Sedap ke?" Aku berlagak regular customer. Padahal ini mungkin kali ke-2 kot seumur hidup menyendeng di Coffee Bean. Dahi aku kerutkan dan mulut aku sengetkan ke bawah. Mungkin ini gaya regular customer.

"Sedap bang... try la" senyum adik gemuk. Dalam hati dia mungkin kata, brader ni sure datang dari Tronoh.

"OK... bagi saya regular!"

Dan aku sekarang rasa macam yuppie. Cool. Hebat. Maklumlah, aku di Sunway Pyramid. Dalam Coffee Bean. Dan ber-wifi!

Aku cuba melupakan bahawa aku ada tugas besar. Nak kena masuk entry untuk pertandingan My Selangor Story. Rilek aaa... tarikh akhir submit 4/10/2010. Competitors pun jenis hebat-hebat. Ada 29 bloggers yang lain masuk. Lagipun hari ni, organizer bagi free and easy. Esok nak berendam dalam Sunway Lagoon.

Dapat 2nd last pun dah kira satu kejayaan dah tu bagi aku!

Dengan sape tu?

Sunday, September 12, 2010

Vote for KRENMAUT!!!

Salam semua...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Aku perlukan sokongan kalian untuk vote blog ini 5 STARS DI SINI!!!


Entrynya DI SINI




Ini adalah sempena My Selangor Story punya contest.


VOTE WEH!!!

Wednesday, September 08, 2010

Entry untuk MySelangorStory



Dalam dunia blog, saya dikenali sebagai Abang Ben. Saya berumur 35 tahun bersama isteri dan kami dianugerahkan dengan 4 cahaya mata yang comel-comel belaka. Mula memblog sejak tahun 2006 ketika saya berada melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD di Adelaide, Australia.

Walaubagaimanapun, minat menulis sejak dari umur 15 tahun dahulu cuma cara menulis tu, mungkin kurang dikenali oleh orang awam. Saya menulis untuk fanzine. Apa itu fanzine? Boleh rujuk definisi fanzine DI SINI. Fanzine yang pertama bernama KRENMAUT yang mula diterbitkan pada tahun 1992. Kemudiannya apabila melanjutkan pelajaran di UTM, saya memulakan METAL TERUS fanzine pula pada tahun 1998. Kedua-dua fanzine itu berkisar kepada muzik Metal keras!



Oleh kerana fanzine itu adalah kerja DIY, maka susah nak dikekalkan. Bayangkan, dari mencari bahan, menyusun dan membuat salinan - dari A to Z - semua dibuat sendiri! Maka tak hairanlah ianya berkubur (KRENMAUT dengan 2 isu dan METAL TERUS dengan 7 isu).

Kedatangan internet memberikan lebih fleksibiliti. METAL TERUS telah diadaptasi oleh peminatnya sehingga ia menjadi portal muzik Metal di Malaysia (DI SINI) dan menjadi inspirasi kepada forum Metal tersohor dan terbesar di Malaysia iaitu Metal to Metals (nick saya, Metal Muslim).

KRENMAUT seterusnya saya adaptasikan sendiri kepada bentuk blog untuk meneruskan minat saya dalam menulis. Ia lebih fleksibel dan bukan sahaja berkisar kepada muzik Rock/Metal sahaja. Ia juga merakamkan pengalaman percutian dan pelancongan. Paling menarik, sudah tentulah trip saya ketika backpacking ke New Zealand menonton band terhebat di dunia ini, IRON MAIDEN (juga dicetak dalam majalah ROTTW isu 146). Lain-lain termasuklah percutian sekeluarga Adelaide-Canberra, memetik buah ceri dan strawberi, melawat taman binatang dan pelbagai lagi.

Kembalinya saya ke tanahair, saya cuba menulis tentang tempat-tempat peranginan di Malaysia sejak 6 bulan lalu yang boleh anda layari DI SINI (memang tak banyak lagi sebab baru mula).

Selain itu, antara sejarah aktiviti seni saya ialah:
1.    Bekas pemain gitar LANGSUYR - (Mat Metal tempatan MESTI kenal band ini) yang pernah merilis sebuah muzik video yang menarik bertajuk SUNUT.
2.    Bekas pemain bass VOCIFERATION ETERNITY.
3.    Koloborasi dengan SPACE GAMBUS EXPERIMENT.
4.    Sedang menyiapkan projek avant-garde Metal, TRO-NJO-I.
5.    Projek muzik dalam bilik, BENTARA.

Dan pelbagai lagi aktiviti kecil-kecilan sini dan sana. Oh ya, sebelum lupa. Nama seni saya ialah Bentara (dahulunya Batara Guru).

Blog saya juga telah diiktiraf oleh Universal Music Malaysia sebagai salah satu pengulas rilisan artis-artis naungan syarikat tersebut. Juga menjadi wakil  media blog untuk menemuramah gitaris terhebat dunia - SLASH (baca DI SINI).

Layaknya saya untuk dipilih untuk menyertai 29 bloggers lain untuk pertandingan ini adalah kerana keunikan Krenmaut blog, yang mengumpulkan peminat muzik Metal seluruh Malaysia. Majoriti pengunjung tetap adalah mat/minah rock/metal sendiri. Ya, walaupun bilangan kami kecil secara relative, tetapi kami kuat (small but strong)!

Undi untuk saya - 5 STARS!

Slash di Kuala Lumpur

Kapal korek Batu Gajah

IRON MAIDEN, New Zealand

Cleland Park, Adelaide, Australia


Thursday, July 01, 2010

Sesi membesarkan perut

Bersempena outstation aku yang lepas... dengan isteri tercinta... berdua je tu hahaha... menginap di Pan Pacific JB selama 4 malam.

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Restoran (warung atau benteng) tepi pantai. Tak ingat nama. Tapi kami duduk kat kedai yang display paling banyak lauk. Masakan kampun yang menyelerakan ditemani humidity pantai yang bantu kipas nafsu makan.

Lauknya, ikan patin masak asam + terung sambal + telur asin + kerang rebus + ABC. Selera habis. Paling mantap masak ikan patin tu. Total RM16 je.


Banafee Village, JB
Orang JB pasti tau. Kami makan selama dua malam kat sini.Tagline dia yang aku ingat, masakan best harga warung. Environment bagus dalam restoran ni. Ada seksyen open air (beratap) dan closed (aircond) - boleh le duduk kat mana-mana yang berkenaan. Hatta, dalam pondok pun ada! Juga ada pentas untuk live music. Beberapa bulan yang lepas, pemain gambus (aku suspek dari Iran) dan sekarang gitar akustik dengan lagu-lagu slow rock Inggeris.

Harga OK gak. Malam pertama kami makan lamb chop + sup tulang merah + banana splits + drinks = RM50++. Malam kedua kami makan fish & chips + (aku tak ingat) + drinks = RM30++.

DJ tu ada buat peraduan. Jawab soalan World Cup 2010. Naik ke pentas dan jawab lepas tu dapat hadiah. Asalnya soalan untuk wanita tapi takde sapa yang nak jawab, aku angkat tangan terus naik pentas dan jawab. Soalannya? Selain dari South Africa, negara apa yang sama group. Kacang. Aku bukak internet via handphone dan jawab. Yea! Menang buku nota dua biji dengan ball pen hahah...

Seoul Garden, JB
Paling best aku rasa. Konsep buffet. Hidangan BBQ dan steamboat. Masak sendiri atas meja. Drinks free flow. Ruang buffet makanannya terdiri dari bahan BBQ (ayam lebih 10 jenis, daging lembu, daging kambing dan ikan total aku rasa cecah 40 jenis), steamboat (pelbagai jenis fishballs, meatballs, udang, sotong, kerang, mussels, sayur), dessert (aiskrim, ABC, cendol, buah-buahan etc) dan air yang free flow (soft drink, juice).

Sendat gila perut lepas makan ni, nak balik hotel pun merangkak-rangkak laki bini. Harga RM70++ untuk dua orang.

Tak terliur tengok, tak tau la.
Muka rakus dan bernafsu terpaksa dihaluskan untuk posing depan kamera.
Pan Pacific Hotel, JB
Breakfast free la sekali dengan bilik. Tapi wife aku belanja sebab kondisi percuma untuk aku je. Maklumlah, kita kan sambil kerja sambil rilek-rilek gitu. Seksyen makanan terdiri daripada western (daging, kentang dan keju) dan oriental (nasi lemak, roti canai, mee, bubur nasi etc). Kegemaran aku, western la. Cheese section rules!

Harga sorang ialah RM32++. Tapi bila dah 4 hari rasa jemu sebab tak berapa nak tukar menu.

Hari ke-4 sarapan yang sama. Nak senyum pun kelat-kelat sikit. Notis - cheese yang dimakan terlebih dahulu. Macam-macam rasa cheese ni sebenarnya. Kadang-kadang rasa terkejut bila rasa. Best. Ada thrill.

Makan roti canai pun kecur air liur ke sayang? Mentang-mentang la kat Pan Pac. Notis - jubah raya tahun ni yang dibeli semalamnya tapi tak sabar-sabar nak pakai.

Durian Batu Pahat
Tepi jalan ketika nak kembali ke Kuala Terengganu. RM5 sekilo. Beli dua biji. Tak habis makan. Bukan sebab tak sedap tapi kenyang. Isi memang ranum, lemak dan meleleh! Dua biji sederhana besar = RM15.


Apa tengok-tengok? Makan la!

Wednesday, June 30, 2010

Walking the Memory Lane - MRSM MUAR 20 Jun 2010

Outstation ke JB untuk melawat student praktikal, kali ini aku gunakan dengan sepenuhnya.

Anak-anak ditinggalkan di Kuala Terengganu. Isteri yang di KT, naik bas pada malamnya aku jemput sebelum subuh di Medan Gopeng dan terus bertolak ke JB.

Sebenarnya tiada cadangan nak singgah ke MRSM Muar. Keputusan dibuat beberapa kilometer sebelum exit tol Pagoh. Lagipun check in hotel Pan Pacific JB jam 3pm. Waktu itu baru 10am. Satu keputusan yang bijak.

Aku di MRSM Muar pada tahun 1991-1992. Isteriku, cuma setahun, 1991. Tahun itulah waktunya aku terpikat padanya. Gara-gara tarian Melayu yang ditarikan oleh isteriku ketika itu. Terus jadi syok tengok. Dan mula terbayang-bayang. Gila bayang.

Strategi aku ketika itu, jadi secret admirer (SA). Jumlah kelas yang tak cukup menyebabkan kami yang berada di Tingkatan 4 bergerak mencari kelas kosong. Isteri aku dari batch lama, ada kelas sendiri. Ada ketikanya kelas aku menumpang kelasnya apabila mereka ke makmal.

Masa itulah aku bagi nota dan kadang-kadang menconteng (dengan pensel) pada bukunya. Mula tak tahu, rasa thrill. Bila dah tau dan orangnya ialah aku, jadi lain cerita pula.

Malang sekali, masa itu, isteriku begitu ngeri dengan aku. Dia kata, masa tu, bila nampak aku dari jauh, cepat-cepat dia alih route jalan. Tak nak terserempak.

Apa nak kata, masa itu aku tersangat....lah berbeza. Kurus mengalahkan papan lapis. Dan penampilan brutal dan ganas. Gelaran aku di sana sebagai THRASHER, tentulah bersebab, ye tak?

Cuma rakan sekelas, Enida Daud (si comel lote) yang mungkin kenal aku lebih dari penampilan luaran. Sebab itu, dia tolong cucuk-cucukkan aku pada isteri masa tu.

Namun masih tak berjaya.

Pendaftaran baru masuk Tingkatan 5 aku sambut dengan penuh keghairahan. Selama seminggu aku tercari-cari, ke mana perginya isteri aku. Rupa-rupanya, dia telah berpindah ke MRSM Kuala Terengganu!

FRUST GILA!!!

Untuk itu, di satu sudut hati aku jadi mat jiwang layang lagu rock. MEGA Takdir dan Waktu. Muzik please!

Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri

Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah...
Aku tau, keseluruhan lagu ini menggambarkan dua orang bercinta dan berpisah sedangkan aku yang syok sendiri je. Tapi aku buat-buat seperti dia pun tengah bercinta dengan aku. Apa-apalah Labu!

Maaf, jadi sentimental pula entry ni. Patut cerita tentang MRSM Muar ni. Eh, cerita aku dan isteri juga sebahagian kecil dari cerita keseluruhan, ye tak?

Apa penyudahnya? Camana boleh jadi isteri sedangkan masa tu aku dibenci? Sudahlah dibenci, putus hubungan pula. Itu kena sambung lain siri hahaha...

Alumni MRSM Muar sekalian yang dah belasan, puluhan tahun tak jengah, nikmatilah gambar-gambar ini. Malang sekali, PakGad berpesan, boleh ronda dalam kereta je tapi tak boleh jejak kaki keluar disebabkan hari tersebut adalah hari pelajar-pelajar kembali ke kampus.


Thrasher yang tak berapa thrash dah.


Ada ke bangunan ni dulu? Rasanya ada baru buat sebab ikut memori kat sini le kami amik kertas SPM.


 Ini dewan banyak sejarah. Tempat konsert, qiamullail, main badminton all in one!

 Laluan sebelah dewan menghala ke library. Pun banyak kisah suka dan duka cewahhh...

  Tempat bercinta (dating) petang-petang. Kat sini aku pernah berdating dengan wife. Aku syok sendiri. Wife aku tak syok pun masa tu. To my wife, tempat ni aku berdating dengan ramai orang selepas U ;)


 LEGEND!!! Tiap-tiap hari minggu mak bapak datang nak jumpa anak masing-masing kat sini. Aku jadi AJK tukang announce kat mic. Suara sampai ke setiap asrama. Juga tempat aku mengorat sorang awek ni (lepas wife aku pindah sekolah). YOU KNOW WHO YOU ARE hahaha!!!

 
Rumah warden. Ketua warden dulu Baim panggilannya. Sekali aku kantol rambut panjang (alahai rambut depan bela panjang sampai ke dagu tu...) dia panggil masuk dalam rumah nak gunting. Dia kata, "ko tengok gambar aku tu". Gambar dia buat degree kat overseas. Rambut mengerband dia panjang nak cecah dada. CIS!!!



Tangki air. Pernah budak-budak buat kolam renang. Gila. Kan ke air ni buat minum semua?
 Signboard. Ni dari dulu dah ada rasanya ni!

Nampak tak alley tu. Sebelah tu kelas aku la tu! Sc10! Menyesal tak turun dari kereta untuk ambil gambar dalam kelas. Menyesal! Menyesal!

Monday, April 26, 2010

Kapal korek di Batu Gajah

Orang Ipoh kalau tak pernah tengok kapal korek depan mata, memang belum true orang Ipoh!

Oleh sebab itu, selepas 35 tahun jadi warga jati Ipoh, semalam baru la sempat nengok depan mata. Tu pun sebab kawan datang dari Penang. Aku dok pikir-pikir mana la nak bawak diorang ni pergi.

Lokasinya tak berapa jauh dari pekan Batu Gajah. Bayaran RM5 untuk dewasa dan kanak-kanak RM3. Rezeki kami hari tu, tak kena charge pun untuk kanak-kanak. Jimat tu sebab kanak-kanak yang bersama kami berjumlah 4 + 3.

Google dengan tajuk tin dredging mine batu gajah untuk mengetahui lebih lanjut dan lokasi. Aku pakai GPS Nokia N82 pun ada tunjuk jalan.


Entrance...

Information centre. Agak daif. Walaupun receptionistnya cuba memberikan khidmat yang sepatutnya tetapi bilik agak suram. Model agak tidak bermaya. Mungkin kalau lebih interaktif lagi baik.

Tersergam gagah! Satu ketika menjadi kebanggaan negara. Sekarang sekadar memori silam.


Ada sesuatu yang menyebabkan rupanya menggerunkan. Aku terbayangkan bunyi bising dan garau yang merobek gegendang apabila ianya dihidupkan.


Patah kaki. Sebelah bahagian kapal korek ini sudah tenggelam. Mujur ia mencecah dasar lombong, kalau tidak terus tenggelam.

Mungkin satu ketika dahulu, pekerjaan sebagai buruh lombong timah menjadi rebutan setiap pemuda negara. Mungkin juga ramai bakal mertua mencari menantu yang bekerja di sini.


Ianya juga merupakan satu engineering feat! Besar dan gagah adalah satu ciri sedangkan complexity-nya juga merupakan satu ciri lain yang hebat.

Ada sesiapa plan nak buat horror movie berdasarkan suasana kapal korek? Ciri-ciri seram dah sedia ada!


Jalan cerita mudah, sekelompok remaja bercuti dan sedang membuat kajian tentang sejarah Batu Gajah. Antara tempat yang mereka lawati ialah kapal korek ni. Little that they know when they first stepped into this monster... *bunyi seram*


Rupa-rupanya kapal korek ni ialah breeding ground for mutated swamp monster... eeeekkkk!!!


Apapun, memori kapal korek perlu dijaga. Tanpanya, mungkin sejarah Lembah Kinta menjadi hambar (macam tempat-tempat lain, cerita apa yang ada? hehehe...)


Jadi rakyat Ipoh, especially yang BORN IN IPOH! Wajib bawak seisi keluarga ke sini untuk mengenal sejarah!


Dan penggerak seni Ipoh kena buat something related to kapal korek. Siapa lagi?


Jangan biarkan tinggalan sejarah ini terus jadi tinggalan...


Aku dah habis idea nak tulis apa dah...


Awas... security level kat sini virtually zero. Kalau bawak anak-anak kecil, kena jaga mereka betul-betul. Kalau hilang, tercampak masuk dalam lombong, tersepit etc... sendiri tanggung!


Hidup Ipoh!

Hidup kapal korek!