Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Monday, October 04, 2010

Baraan

Apa itu baraan?

Aku pun tak dapat nak define maksud yang sebenar sebab aku sekadar ikut-ikut aje.

Baraan ialah satu aktiviti pada Hari Raya Aidilfitri di kampungku di Sungai Tengar, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam. Selalunya ia dilakukan pada 2 atau 3 Syawal.

Aktiviti ini ialah para peserta sesuatu kariah surau atau masjid, berkumpul pada waktu pagi di surau/masjid kemudian beramai-ramai menziarahi rumah peserta yang menyertai rombongan baraan tersebut.

Rumah yang diziarahi memang telah mengetahui akan program ini jadi mereka menyediakan juadah untuk rombongan.

Rombongan baraan pula selepas menikmati juadah, beramai-ramai mendoakan kesejahteraan isi rumah dan seluruh umat Islam.

Biasanya hanya peserta rombongan sahaja yang rumahnya akan diziarahi. Kalau tidak, rumah tersebut akan ditinggalkan. Cukuplah seorang wakil sahaja dari satu rumah.

Di kampungku, baraan ada tiga peringkat. Dewasa, muslimah dan pemuda yang biasanya dibuat pada hari yang berbeza. Biasanya dewasa pada Raya ke-2, pemuda pada raya ke-3 dan muslimah pada raya ke-4.

Oh ya, peserta wajib memakai baju melayu bersampin.

Rasanya ini adalah tradisi mereka yang berdarah Jawa. Anda bagaimana?

14 comments:

WanBeruas said...

Salam.trimas bro..meriah & banyak info yang diberi..:)

berteromber said...

orang johor panggil marhaban...
walaupun sekarang dah tak duk kampung...semua duk taman perumahan...tp tradisi ni masih di jaga...majoriti taman2 perumahan kat JB masih buat...lorong rumah aku buat rabu malam depan ni..

m taufiq a aziz said...

hari tu aku join baraan. err.. kira first time. pakai baju melayu.

tapi bila sampai, brader2 tu semua pakai sempoi je. tshirt kolar? ceh. nasib baik aku tak disuruh baca doa.

mr.kordes said...

igtkn nama band metal td..hehehe..

Dr. Bentara said...

Wan Beruas

thank you back for reading

-----------
berteromber,

bagus macam tu masih dikekalkan.

-----------
tawawfayakof,

Pakai baju melayu la baru melayu!

-----------
pakcik kordi,

OK gak tu bagi nama band

big said...

mmg tradisi wong jowo.. tmpat aku org tua2 buat mlm raya.. diorang citer dulu2 brtakbir kngkadang smpai nak subuh.. tp skang takat 1-2 pg je.. Cuma puas la bertakbir..

Skang ni rasanya mlm raya mane la nak bertakbir dok sibuk merendang dan melemang.. pagi raya pun kalau lmbat gi masjid, dtg smbahyang je la... Padehal mmg kita disuruh membesarkan Allah di pagi raya bukan mmbesarkan perut.. huhu..

alhafiz3d said...

Baraan ni bahasa jawa..
kat kampung aku setiap raya ke-2 setiap rumah mesti ada wakil ikut baraan/marhaban. Memang bagus bermaafan satu kampung sekaligus. Best dapat makan macam2.. petang tu jamban mesti penuh.. haha.. tu yg tak tahan tu.

Ziarah76 said...

zaman sekolah dulu2 pernah join kat kampung aku di Sungai Besar, Selangor. Ni kawasan sebelah la dgn Air Tawar, iaitu dlm daerah Sabak Bernam. Kawasan ni banyak jawa dan banjar.
Memang meriah. best...

Ohh orang Sabak rupanya encik Bentara...

Mudah-mudahan jd juara MySelangor

deaf-angel said...

yep ada tapi aku tak tahu apa dipanggil..

tapi kalo nak ada dress code ni, lermekkkk leceh ah haha

Ijau D. Koceng said...

ooo... aku ingatkan artikel pasal panas baran, sbb aku termasuk dlm golongan tu

kat swk ni ada satu tradisi waktu raya dinamakan "berlanggar meja" femes kat belah2 mukah... tp akupun xbrapa tau detail2nya

Nizam said...

kampung mak teman kat n9 pon masih amalkan tapi pada malam raya.ziarah rumah ke rumah bertakbir n bdoa utk tuan rumah.malam raya tu mmg hapening sebab malam tu ler nk lentang-lentung dgn stok mercun masing2.sronok sungguh.raya haji pon buat jugak.tu yg sronok bila balik kg mak.

absence said...

yeah kampung aku di batu pahat pon still ada lagi baraan ni, dipanggil baraan pasal ramai2 berarak, hehehe pergi dari satu rumah ke rumah utk marhaban.

kalau kat kg aku pulak mcm2 krew baraan ada, biasanya kalau yg bujang start raya ke 2/3, 2 hari je siap pasal makan pon simple2 minum air oren bodoh (botol mcm botol kicap warna itam tu), pastu ada budak2 sekoalh pagi punya baraan, budak sekolah agama punya baraan, org masjid punya baraan paling lama, kadang2 smp minggu ketiga raya baru abis, diorang buat mlm dan makannya for sure berat2 hahaha

seronok baraan ni, semua sebok nak tunjuk baju melayu baru masing2 (zaman kecik2 dulu la heheh)

anyway mmg tak ramai yg tau apa itu baraan, thanks mengenengahkan isu baraan ni

Unknown said...

xkira mana pun klu dah ada darah Wong jowo pasti ada kat kg2 jawa ni.. aku org tgkarang mmg best baraan nie.. memandangkan kat Kelantan xde so excited aku n anak2 aku nak blk tgkarang ikut baraan..

Unknown said...

xkira mana pun klu dah ada darah Wong jowo pasti ada kat kg2 jawa ni.. aku org tgkarang mmg best baraan nie.. memandangkan kat Kelantan xde so excited aku n anak2 aku nak blk tgkarang ikut baraan..