Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Niagara Falls. Show all posts
Showing posts with label Niagara Falls. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Melancong ke Niagara Falls Part 10: Thousand Islands

Final part untuk sesi Thousand Islands. Bagi yang baru menuruti siri ini, sila klik pada "Labels" di penghujung entry ini untuk menuruti dari mula.



Nampak macam stail Dutch. Mungkin pemiliknya ada darah Dutch.

Kat sini kita boleh turun dan melawat pulau yang besar ini. Siap ada warung tu.
Kerja Maksym lagi memaksa posing.

Kadang-kadang binaan dibina tetapi tiada penghuninya. Dijadikan generator dan sebagainya.

Masing-masing sibuk bergambar. Tipikal tourist ;)

Maksym! Kenapa masih memaksa?

I wish I am the owner of this!

Nampak jambatan pendek tu. Separuh berada dalam Canada (dengan bendera) dan separuh lagi USA. Jadi boleh loncat-loncat. USA Canada USA Canada.

Lagi suasana di atas bot.

Hari mendung. In fact, memang hujan pun. Nasib baik hujan turun ketika dah penghujung.

Port memancing?

Cun

Agak-agak ada empunya ke pulau seketul batu ni?

Pasangan dari UK. Sedang honeymoon di US. Si isteri accent memang UK habis ala-ala Simon Pegg sebab born in bred in the UK. Si suami masih ada pelat India.

Monday, August 15, 2011

Melancong ke Niagara Falls Part 9: Thousand Islands

Masih di Thousand Islands... Layan gambar je la ye.


Besar sungguh Lake Ontario ini.

Teringat cerita Fantasy Island.

Mungkinkah ini resort?

Ha... kat sini kita boleh turun. Tapi biasalah kami yang dalam tour ni, agenda tak masuk. Kami mempunyai masa yang ketat.

Kata tour guide kat atas pulau ini macam-macam aktiviti boleh buat. Kalau tak salah, ada muzium/library mini.

Nampak tak rumah kecil di atas pulau kecil tu? Ada cerita kelakar. Seseorang telah membinanya untuk mak mertua beliau. Memang kecil sungguh. Tak boleh melangkah keluar melainkan kaki akan jejak pada air. Samada dia sayang mertua dia (sebab bina rumah atas pulau) atau saja aniaya (rumah kecil di atas pulau yang kecil), sila buat andaian sendiri.

 Close-up!

Di kawasan padat pulau.

Ada bot, tanda owner ada di pulau. Summer vacation le katakan.

Pasti ada cerita hantu kat sini kan? Tapi tour guide takde pulak cerita.

Rumah besar camni di atas pulau, sah millionaire.

Kata tour guide, pulau ni tak berapa mahal sangat. Yang mahal ialah nak hantar elektrik melalui kabel dasar tasik. Ikut kaki panjang. Satu kaki kalau tak salah dalam $20-30. Kalau dah berbatu-batu, tak cecah juta?

Design kureng sikit kan?

Belayar lagi...

Lagi...


Mana rumah? Belum bina?

Bersambung...

Saturday, August 13, 2011

Melancong ke Niagara Falls Part 8: Thousand Islands

Dari Rochester kami terus ke Thousand Islands yang mengambil masa hampir 3 jam untuk sampai. 
The Thousand Islands is the name of an archipelago of islands that straddle the Canada-U.S. border in the Saint Lawrence River as it emerges from the northeast corner of Lake Ontario. They stretch for about 50 miles (80 km) downstream from Kingston, Ontario. The Canadian islands are in the province of Ontario, the U.S. islands in the state of New York. The islands, which number 1,793 in all, range in size from over 40 square miles (100 km2) to smaller islands occupied by a single residence, to even smaller uninhabited outcroppings of rocks that are home to migratory waterfowl. The number of islands was determined using the criteria that any island must be above water level all year round, have an area greater than 1 square foot (0.093 m2), and support at least one living tree. (wikipedia)


Saya pergi tanpa expectation apa-apa sebab tujuan utama ialah ke Niagara Falls dan itu telah terlaksana. Ini adalah sebagai bonus saja.

Yang menarik tentang pulau-pulau di sini ialah ia dimiliki oleh individu. Seperti lot tanah, ia dibuka untuk dijual. Ketika dijual hampir seratus tahun dahulu, harganya tidaklah mahal. Malah, untuk beberapa pulau yang nampak tak berapa elok tu, sangat murah.

Sekarang ia menjadi summer house untuk mereka (yang kaya).

Perkara pertama yang perlu dilakukan apabila turun dari bas ialah berposing. Ini semua salah Maksym!

Kedua, mencari toilet. Queue wanita sudah tentu panjang. Kenapa? Lelaki senang je hala ke dinding kan? Wanita lebih elaborate ;)

Adakah saya bercita-cita mempunyai bot laju seperti di belakang ini?

Bot yang akan membawa kami sudah sampai. Jam 11am.

Melabuhkan diri.

"Sam, it is your boat!" kata Maksym kepada saya. "Oh yes, please get in" jawab saya.

Warm up sebelum belayar.

Off we go!

Kami mula rapat kepada pulau-pulau yang ada.

Nampak rumah-rumah yang kiut miut dan comel tu? Semuanya di atas pulau-pulau kecil. Dan ia rumah betul!

Bot rapat dengan pulau. Sah orang kaya yang memiliki pulau ini.

Banglo di atas pulau. Tidakkah ini menjadi angan-angan manusia?

 Lagi rumah di atas pulau yang lain. Biasanya satu pulau, satu rumah.

 Di atas pulau yang lebih besar. Syarikat bot yang lain yang beroperasi. Bukan Sam's.

 Best kan ada rumah di atas pulau?

Antara pulau ke pulau sudah tentu kena naik bot. Kalau Hari Raya Aidilfitri, tak meriah?

Bersambung...

Thursday, August 11, 2011

Melancong ke Niagara Falls Part 7: Bermalam di Rochester

sambung lagi...

Kami bermalam di bandaraya Rochester, hampir dua jam dari Niagara Falls. Rochester pula terletak antara Niagara Falls dan Thousand Islands yang menjadi destinasi seterusnya (lihat map). Anyway, takde apa aktiviti dibuat di Rochester selain dari tidur. So entry ni letak gambar bilik hotel je la ye.


Badan pun dah berminyak dan kami pun dah letih. Nasib baik hotel yang kami menginap OK. Saya berkongsi bilik dengan saudara Maksym. Queen size bed pula tu. Memang lena tak ingat la.






Bandaraya Rochester dari tingkap bilik.

Bandaraya Rochester dari tingkap bilik.