Saya adalah pemuja Uli Jon Roth. Pemujaan ini telah berlaku sejak pertama kali saya mendengar petikan gitar dia bersama Scorpions ketika umur saya sekitar 8-9 tahun. Biasanya pada umur begini, apa yang kita puja ketika itu akan melekat sampai bila-bila.
Apabila mendengar berita bahawa beliau akan merakam kembali lagu-lagu Scorpions, itu sudah cukup mengujakan. Timbul juga kerisauan, kerana harapan menggunung tinggi, adakah rakaman semula ini cukup baik? Manakan tidak, kerana diketahui beliau tidak pernah lagi memainkan lagu Scorpions berpuluh tahun lamanya.
Nampaknya kerisauan ini juga dikongsi oleh beliau tetapi dari perspektif berbeza. Risau UJR ialah, bagaimana untuk merakamkan kembali lagu-lagu tersebut tanpa terasa membuat kerja yang sia-sia. Apa perlu dirakam semula benda yang sama? Untuk itu UJR mengambil keputusan untuk merakamkan semuanya secara live. Dewan besar disewa dan rakaman dibuat secara live tetapi tanpa penonton. UJR menggunakan 2 gitaris tambahan untuk menampung kekewaan Tokyo Tapes dulu, banyak lagu yang tidak dapat dimainkan secara live kerana lagu-lagu asalnya menggunakan layer gitar yang banyak.
Maka hasilnya ialah sebuah album kembar yang mantap; tanpa perlu kerja-kerja menggilap berlebihan di dalam studio rakaman (kerana ini adalah album "live"). Sudah tentu lagu-lagu tersebut tidaklah 100% sama dengan yang asal, bahkan UJR memasukkan komponen yang sepatutnya ada tetapi tidak ada masa itu. Dan mengenali beliau, segmen extended guitar juga merata di dalam album ini.
Saya fikir ini adalah terjemahan yang baik. Tatkala dahulu beliau bersama dengan lain-lainnya terpaksa berkompromi tetapi kali ini beliau memerintah keseluruhan produksi album. Ini selari dengan gaya Yngwie J Malmsteen dalam proses rakaman. Maka yang terbit dari album ini adalah kesemuanya yang dimahukan oleh UJR.
CD ini datang dengan liner notes panjang lebar yang ditulis oleh UJR tentang idea rakaman semula, metodologi rakaman dan kerja keras yang dikerahkan untuk menghasilkan album ini. Ini adalah album yang wajib ada pada semua peminat Scorpions dan UJR.
Reading the 1988 interview while listening to 2007 album. Whatever that
were told by Mr Schenker and Mr Jabs still hold water to this day in
terms of Scorpions way of making music. That is why I think, they have
stayed strong for so long, even when the insistence of retiring for a
few times came out. For that, I am glad to be exposed to When The Smoke
Is Going Down back in 1982. I was 7 at that time.
1. "Steamrock Fever" (Rudolf Schenker, Klaus Meine) 3:37 -Selepas tiga album dimulakan dengan lagu yang keras dan menampar muka, album ini dimulakan dengan lagu yang lebih radio-friendly dan agak komersil bunyinya. Melodinya mudah. Untuk peminat yang sensitif dengan perubahan ini pasti akan berasa sedikit kecewa. Tidak hairan juga kerana ini adalah album terakhir Uli Jon Roth bersama Scorpions. 6/10
2. "We'll Burn the Sky" (Schenker, Monika Dannemann) 6:26 -Pelik juga apabila didapati pencipta lagu ini adalah Monika (yang bakal menjadi isteri Roth) sedangkan Roth sendiri tidak masuk campur dalam menulis lagu ini. Tetapi seolah-olah Roth membayangi Monika, sentuhan dan aura Roth agak jelas kedengaran. Lagunya menggabungkan bahagian meleweh dan rancak dengan melodi klasikal. Solo Roth juga begitu menusuk kalbu. Namun begitu, terdapat kekurangan yang menyebabkan ianya agak hambar antaranya, ketiadaan klimaks baik dari struktur lagu mahupun solo Roth. 8/10
3. "I've Got to Be Free" (Roth) 4:00 -Lagu ini sinikal. Roth meluahkan perasaan beliau yang dirasakan dibelenggu dengan hala tuju Scorpions ke arah muzik hard rock yang lebih komersil sedangkan beliau mahukan eksperimentasi dan klasikal. Juga Roth membuktikan bahawa beliau juga membikin lagu hardrock komersil seperti yang dikehendaki tetapi dengan ulitan yang sukar didapati waktu itu. Namun persoalan yang timbul adalah tidakkan Klause Meine perasan bahawa lirik yang beliau nyanyikan adalah ketidakpuashatian Roth terhadap Scorpions? 7/10 4. "The Riot of Your Time" (Schenker, Meine) 4:09 - Lirik lagu ini berkenaan dengan firasat mereka bahawa seorang raja rock yang lahir pada tahun album ini dirilis yang kemudiannya pada tahun 1995 akan menakluki dunia (dengan muzik atau senjata, saya tidak pasti). Nyata firasat ini sekadar firasat tetapi mahu juga kita selidik siapa beliau ini, tidak begitu? Lagu ini meneruskan kesinambungan lagu Steamrock Fever yang agak hambar. Jika tidak kerana lirik menjadi penyelamat, sudah pasti kita akan mengelak untuk mendengar lagu ini. 6/10 5. "The Sails of Charon" (Roth) 5:16 - Roth sebenarnya mahu menyimpan lagu paling gempak untuk album terakhir agaknya? Lagu ini terlampau sedap, mengasyikkan dan membuka ruang-ruang baru terhadap orientasi genre rock dan metal. Sungguh phenomenal! Bukanlah sebelum ini tidak pernah ada inidividu dan band rock lainnya yang menyuntik elemen padang pasir dan phrygian dalam lagu mereka tetapi gaya yang dibentuk oleh Roth dan Scorpions dalam lagu ini membuatkan hati kita tersentap pada pendengaran pertama. Ia melekat. Ia juga menyerlahkan lagi kehebatan Roth tentang apa yang boleh dilakukan dan dibentuk oleh beliau untuk muzik hardrock. Ini adalah lagu wajib untuk mereka yang mahu berjinak-jinak dengan Roth untuk dinilai. 10/10 6. "Your Light" (Roth) 4:31 - Akur dengan hala tuju Scorpions, Roth sekali lagi membikin lagu yang agak komersil pada pendengaran kita. Namun stamping Roth pada album ini tidak boleh dinafikan dengan chording dan progression riffs yang luar dari tempurung kebiasaan. Namun ia tetap tidak boleh mengubati peminat beliau yang mahukan elemen klasikat dan psychedelic, hatta mungkin yang mahu Roth sendiri menyanyikan lagu yang diciptanya. 7/10 7. "He's a Woman - She's a Man" (Schenker, Meine, Herman Rarebell)3:15 - Sedang Roth meninggalkan jejak dan cap jari beliau untuk album terakhir ini, Schenker dan Meine mula menampilkan maksud hardrock Scorpions versi baru dalam album ini. Lagu ini adalah blueprint lagu-lagu Scorpions berentak hardrock untuk album seterusnya tanpa Roth. Bahkan jika diletak lagu ini untuk album Lovedrive (1979) pun tidak mengapa. Dikatakan lagu ini dibenci oleh Roth bukan kerana lagunya tetapi liriknya yang androgyny dan mungkin juga ada serbuk pro-gay, hasil pena drummer baru, Herman Rarebell. Tetapi jika ditolak kesemua elemen ini, lagu ini sebenarnya menarik dengan melodi dan struktur yang menampar muka juga. 9/10 8. "Born to Touch Your Feelings" (Schenker, Meine) 7:40 - Lagu balada yang melebihi 4 minit sudah tentunya bukan lagu balada kebiasaan. Pasti ada kepelikan. Begitulah sifat lagu ini. Peliknya Roth tidak masuk campur dalam pembikinan lagu ini tetapi kebanyakan tandatangan dan pe'el Roth wujud. Mungkin ini lagu selamat tinggal kepada beliau? Tidak dapat dipastikan tetapi lagu ini antara yang menarik selain menjadi satu-satunya lagu balada rock dalam album ini. 9/10
Setelah dua album bersama Uli Jon Roth (In Trance dan Fly To The Rainbow), SCORPIONS mula menampakkan ciri-ciri SCORPIONS yang kita kenali sekarang. Elemen progresif dan psychedelic yang ditunjukkan oleh kedua-dua album sebelumnya (atau tiga, jika kita masukkan sekali album Lonesome Crow) telah ditransformasi kepada hard-rock tepat ke muka.
Dan kerana ini, SCORPIONS makin dikenali ramai. Ditambah lagi dengan kulit album yang kontroversi - gambar nude budak bawah umur, yang kena dengan tajuk. Namun, tajuknya tersirat maksud yang tidak seksual iaitu the death of innocence. Walaupun apa pun penafian yang dibuat, kulit album asalnya tetap mengundang kontroversi (yang disengajakan kerana selepas-selepas ini kulit album SCORPIONS memang seksual). Mengakibatkan kulit album ini diharamkan di US, UK dan banyak lagi negara. Kontroversi ini berlanjutan hingga sekarang. Kecuali di Jepun - satu-satunya tempat nak mendapatkan CD dengan kulit album asal ini (bersedia untuk membayar harga premium).
Peliknya, kulit album ini bukan kerja SCORPIONS, tetapi syarikat rakaman mereka.
Kulit album yang terpampang di sini adalah yang telah ditapis.
Kita letak isu kulit album ketepi dan ayuh bongkar isi kandungan CD ini. Menawarkan 9 buah lagu dengan 6 lagu rancak dan selebihnya slow rock. Seperti dua album sebelumnya, Uli Jon Roth turut menyumbangkan vokal utama untuk 2 buah lagu, Hell-Cat dan Polar Nights.
Secara keseluruhan, album ini memang rocking. Sesuatu yang berterusan untuk beberapa dekad selepasnya - walaupun dengan tiadanya Uli Jon Roth. Dan ini juga menjadi sebab mengapa Uli Jon Roth keluar akhirnya kerana tidak bersetuju dengan hala tuju SCORPIONS yang straight-forward.
1. "Pictured Life" (Meine, Roth, Schenker) – 3:21
Saya teringat suatu masa dahulu ketika jukebox merupakan satu mesin penarik pelanggan di kedai-kedai makanan. Masukkan 20 sen dan pilih lagu dari puluhan 7" yang ada di dalam jukebox tersebut. Lagu Pictured Life ini merupakan lagu kegemaran saya. 20 sen dari mak dan terus mencari lagu ini. Mudah saja kenapa - jeritan gitar intro Uli yang begitu menggemuruhkan jantung ketika itu - bunyinya sungguh luarbiasa pada pendengaran kanak-kanak umur 8 tahun ketika itu. Ditambah dengan korus - Into the ROCK! yang menaikkan semangat. Lagu perfect untuk merimaskan telinga pelanggan restoran lain ketika itu hahaha - 10/10
2. "Catch Your Train" (Meine, Schenker) – 3:32
Seolah-olah tidak puas dengan kepanasan yang dimulakan oleh Pictured Life, kehangatan diteruskan dengan lagu Catch Your Train. Dengan mudah kita dapat memahami kenapa suara Meine pada ketika itu ditiru oleh ramai rockers pada ketika itu. Suaranya tinggi tetapi dengan kekerasan yang diagungkan oleh ramai wannabees - sesuatu yang selalu dicuba tetapi jarang sekali berjaya. Solo gitar Uli berulitan di merata tempat dan seperti biasa ia dinotakan dengan baik sekali tanpa melupakan intonasi dan keberkesanannya di dalam lagu. Lagu ini tidak pernah menghampakan mereka yang mendengarnya pertama kali atau kali ke 3462 kali. 10/10
3. "In Your Park" (Meine, Schenker) – 3:39
Trademark balada slow rock SCORPIONS yang kita kenali sekarang, pada pendapat saya, bermula dengan lagu ini. Ini adalah lagu balada seperti yang kita kenali dalam album Lovedrive, Animal Magnetism dan Blackout. Elemen psychedelic dan progresif yang diterajui oleh Uli - seolah-olah dihapuskan sama sekali. Yang tinggal cuma gitar solo beliau yang ekslusif itu. Dan liriknya - I want to walk in your park, coz I'm alone - I want to walk in your heart, where are you I don't know - memang bestest. Tujukan kepada sesiapa saja, pasti beliau akan jatuh cinta. 10/10
4. "Backstage Queen" (Meine, Schenker) – 3:10
SCORPIONS moden di sini tetapi saya dapat merasakan sedikit kekacauan - oleh Uli. Tambahan gitar yang diadun di atas riffs utama saya rasa semuanya idea Uli. Beliau masih mahukan elemen psychedelic itu tetap ada dan tidak hilang terus. Ini menghasilkan satu lagu yang agak mengelirukan dan out-of-place dalam album ini. Mungkin lagu filler yang tidak disengajakan. 7/10
5. "Virgin Killer" (Roth) – 3:41
Apabila Uli (Roth) mengambil kredit keseluruhan untuk sesebuah lagu dalam album SCORPIONS, kita boleh mengagak bagaimana bunyinya. Cuma dalam lagu ini, saya merasakan Uli merasa tertekan dengan hala tuju baru yang ditunjukkan oleh bandmates mereka yang lain maka beliau pun mula mencipta lagu yang hard-rock secara lurus. Sudah tentunya, riffs utama yang dicipta tentulah bukan sesuatu yang kita selalu bayangkan untuk band hard-rock; dengan running single string merata-rata, bukan tipikal power chord. Ah... tak kira berapa kali kita mencuba nak menjerit korus You're a demon... pasti kita akan gagal dan bertambah kita tabik kepada keupayaan vokal Meine. 8/10
6. "Hell Cat" (Roth) – 2:54
Berbeza dengan lagu Virgin Killer, kali ini Uli mengawal secara keseluruhan termasuklah vokal-Hendrix beliau. Satu-satunya lagu yang mengekalkan stamping Uli secara totaliti. Suara mengada-ngada beliau dikekalkan dengan lirik yang merapu. Kerangka lagu ini kompleks dari segi susunannya. Setiap instrumen berfikir sendiri dan bergabung untuk menghasilkan lagu ini berbanding dengan semua instrumen diarah dan digabungkan. Jadi kita akan mendapati, untuk produksi semula lagu ini (semasa sesi jamming) - ia menjadi satu KPI yang agak sukar untuk dilaksanakan. Sebab itu lagu ni pendek? 9/10
7. "Crying Days" (Meine, Schenker) – 4:36
Lagu balada rock dengan pengaruh klasikal.Bunyinya seperti lagu di abad ke 18 tetapi dengan update di tahun 1970an. Yang membuatkan saya terfikir - kita sebenarnya cuma membuat update kepada sesuatu yang telah dibuat lama dahulu. Apapun, solo gitar Uli menangis di beberapa tempat di dalam lagu ini. Mendayu-dayu. Hebat sungguh Uli dalam projection perasaan beliau ke dalam nota-nota yang diterjemahkan oleh gitar beliau. 9/10
8. "Polar Nights" (Roth) – 5:04
Samada anda gitaris baru mula atau gitaris nak pencen, anda semua harus bersetuju dengan saya. Solo mula oleh Uli Jon Roth - mengambil kira tahun berapa lagu ini dirakamkan - adalah antara solo gitar yang paling melelehkan air liur. Camana la dia boleh buat begitu dengan whammy barnya pada tahun 1977? Dan solo-solo beliau di merata tempat dalam lagu ini adalah klasik! Sukar nak diterjemahkan di dalam kata-kata. Anda perlu menelitinya sendiri. 10/10
9. "Yellow Raven" (Roth) – 4:58
Crying Days dengan pengaruh klasikal 10 kali ganda. Kenapa? Kerana Uli (Roth) mengawal keseluruhannya. Apabila selesai lagu ini, kita sudah boleh menterjemah sebab Uli akhirnya keluar dari SCORPIONS. Kiasannya sudah terpapar di dalam album ini. Yellow Raven adalah lagu yang mendayu-dayu ditambah dengan tangisan gitar Uli, menambahkan kesyahduan. Suara Meine pun hahaha memang ikut konsep. Lembut semacam. 9/10
The original version of the album cover, photographed by Michael von Gimbut, clearly showed the cover model's bare breast hanging down towards the guitar. Later releases have the breast blacked out so that it is not visible. This is the first of many Scorpions album covers that have been censored.
Apa yang ada di tangan Abang sekarang ialah CD versi Jepun. LP replica. Jadi, kalau adik-adik beli LP Scorpions ni, adik pergi kedai fotostat, suruh tokey tu fotostat kecik dalam 25%, dapat la adik CD macam ni. Semuanya (rasa Abang la), sama macam LP cuma tang CD tu je yang CD. Untuk pengetahuan adik-adik sekalian, LP replica ni sekarang jadi trend masa kini. Album-album klasik semua depa nak replikakan.
Cuma bagi Abang, album ni memang klasik. Sebagai peminat SCORPIONS zaman Uli Jon Roth (UJR) tersohor, Abang tak boleh melepaskan peluang untuk mendapatkan replika ini. Lagipun, covernya 18SX (heheheh). Kat wikipedia tu ada versi yang dicensored.
Klasiknya album ni sebab banyak lagu-lagu dalam album ni pernah (dan masih) menjadi kegilaan Abang. Masa kecik-kecik zaman jukebox tu, pantang ada syiling 20sen, mesti nak taruk kasi dengar Scorpions satu. Dulu masa parents Abang bawak makan luar kat warung, kalau ada jukebox, Abang mintak 20sen, pasang lagu Scorpions. Happy sungguh masa tu. Maklumlah, kat rumah takde kaset player. Ada pun, radio FM je. Malam apa ke, FM Stereo ada rancangan Pilihan Bersama tu, kalau ada request lagu Scorpions, fuh... memang gila happy la Abang.
Masa tu Abang kalau dapat kaset Scorpions mesti happy gila punya. Budak-budak lain suka dapat toys Thundercats kot.
1. "Dark Lady" – 3:25 (U. Roth) - Lagu intro yang heavy. UJR sebagai vokal utama sementara Klaus Meine sekadar membacking vokal high pitch picit bontot. Solo dan lead melodi gitar UJR memang kencang lagi ganas walaupun vokal mengada-ngada dan gatal beliau merobek jiwaku. Influensi Jimi Hendrix agak ketara. 4/5
2. "In Trance" – 4:42 (R. Schenker/K. Meine) - KLASSSIIKKK!!!
But I'm in a tranceHey baby tell me can't you hear me callingI'm in a tranceI take too much in the Saturday nightHey... HeyHey baby tell me can't you hear me callingI'm in a tranceI wanna try to stop this life
adik-adik tau lagu ni pasal apa? Pasal orang hisap dadah. Zaman ni boleh kata kat negara Barat pemuda-pemudinya majoriti tengah eksperimen dengan ganja, heroin, LSD dsbgnya. SCORPIONS pun tak terkecuali. So lagu ni kira macam lagu kecewa la. So tengah-tengah kecewa tu, layan dadah la pulak baru rilek... Ceh apa punya lirik daaa... tapi lagu memang best!!! Jauhi dadah macam Abang. Feveret jukebox 20sen. Tu pasal Abang nak bagi 6/5!!!
3. "Life's Like a River" – 3:50 (U. Roth/R. Schenker/C. Fortmann) - Lagu ni pun klasik! Satu yang adik-adik kena paham dengan SCORPIONS ni. Depa orang Jerman. So English boleh tahan terabur. Walaupun begitu, tetap mereka berjaya. Jadikan ini sebagai pedoman. Jangan sebab adik-adik boleh Yes No je dengan English menghalang adik dari untuk berjaya. Eh apa Abang punya point eh... Oh ye, tajuk lagu ni kelakar, tapi masih boleh jadi lagu klasik. Kalau translate, Hidup Ini Bagaikan Sungai (hehehe...). 5/5
4. "Top of the Bill" – 3:22 (R. Schenker/K. Meine)- waduh waduh... lagi lagu klasik adik oiii... Jeritan Klaus Meine dalam lagu ni Abang jamin kalau adik-adik nak tiru, sure terkeluar anak tekak punya. Gila punya jerit. Adik-adik nak tau, Amy Search punya influence, pakcik Klaus Meine la. Apa? Amy Search tak cakap pun? Sudah la... Abang tengok Amy Search seperti sekali imbas ikan di air, ku tau jantan betina. Anyway, lagu ni pasal rock star. Tak tau la tuju kat sapa (depa sendiri la, sapa lagi). 5/5
5. "Living And Dying" – 3:18 (R. Schenker/K. Meine) - Lagu ni kira macam balada nusantara versi Heavy Rock la kot. Slow gitu tapi gitar distortionnya tetap keresssss! Oh ye, masa kecik-kecik dulu, Abang mana la paham lirik pasal apa. Sekarang pun malas nak paham. Yang penting, lagu mesti best. Abang rasa lagu ni pasal hidup dan mati la kot wakakaka... Anyway, lagu ni kira so-so je la. Maybe lagu filler. 3/5
6. "Robot Man" – 2:42 (R. Schenker/K. Meine) - KLASIKKK lagi... aiyooo... Itu intro gitar UJR buat macam robot tu memang garu kepala la camana masa tu dia boleh buat. Sekarang mungkin tak heran la kan. Tapi masa zaman tu, zaman Star Wars baru masuk panggung dan orang dok nganga tengok light saber menyelubungi kegelapan Deathstar, UJR pulak datang dengan bunyi gitar yang pelik macam ni. Memang truely sifoo UJR nih. 5/5
7. "Evening Wind" – 5:02 (U. Roth) - Satu lagi lagu balada dalam album ni. Malang sekali adik-adik, tak berapa mencengkam. Kalau terjemah bahasa kita, Bayu Petang. Macam lagu Datin Rafeah Buang pulak ye tak? 3/5
8. "Sun in My Hand" – 4:20 (U. Roth) - KLASIK LAGI!!! Punya la klasik, masa Abang jadi promoter Nebiula Production bahagian luar negara beberapa tahun dahulu, Abang buat kompilasi Prog Rock/Metal yang berjaya mengumpulkan beberapa band antarabangsa dalam kompilasi tu. Abang namakan kompilasi tu sempena nama lagu ni. Mungkin antara adik-adik ada yang membelinya. Kalau nak mencari sekarang, good luck kalau jumpa. Bestnya lagu ni sebab melodi gitar UJR yang mengada-ngada tu. Kata kawan Abang, "miang". Memang, apabila adik-adik mendengar lagu tu, rasa miang sikit. Oleh itu, berwaspada! Jangan jadi miang tengah-tengah public kalau dengar lagu ni dengan iPod kalian. 5/5
9. "Longing for Fire" – 2:42 (R. Schenker/U. Roth) - Lagu ni antara best dan tak best. Kadang-kadang dengar, best. Kadang-kadang lain pulak rasa nak skip je lagu ni. Cuma selalunya yang menyebabkan Abang gagahkan jugak dengar pasal gitar solo lagu ni oleh pakcik UJR kita ni memang best. Listen to believe kata orang Bota. 4/5
10. "Night Lights" – 3:14 (U. Roth) - Another lagu balada. Kepelikan UJR dengan influence neo classical dah muncul dalam lagu ni. Errr... bukan neo-classical, tapi neo-symphonaire. Apa benda tu? Ntah, Abang pun main taram je. Sila rujuk kepada yang pakar (wikipedia). Pakcik UJR ni (bagi Abang, untuk adik-adik dah pangkat Tok Ayah kot), lepas Scorpions dia jadi artis solo dan lagu-lagu dia semuanya jadi macam neo-symphonaire (susah benor nak ngejanya pun!). Namun begitu, bagi Abang, lagu ni paling weak dalam album ni. Tapi itu tak menjadi masalah bagi Abang untuk memberi rating 3/5 jugak. Nak bangkang? Sila buat blog sendiri muahahaha...
Sebagai mengakhiri kuliah kita hari ni, Abang sajikan lagu In Trance untuk adik-adik semua. Maaf, Abang dah geledah satu youtube mencari ori video SCORPIONS dengan UJR (ori 1975 lineup) tapi takdak! Sori ah dik ye... Satu je permintaan Abang. Masa solo lagu ni kan, kasi BLAST itu speaker. Gila best!
Hari ni brrrr... sejuk seyy... Tangan dan jari jemari rasa kebas bila exposed. Bila bernafas keluar asyap hehehe... Masa kecik-kecik dulu jakun ah sikit kalau pi Cameron Highland, boleh keluar asap dari mulut. Tapi tu la, iklim mediterannean ni takde salji. Alang-alang sejuk kasi salji terus la ye tak?
1. Kena ingat... Kerrang! isu 17 July kena beli sebab dapat free Maiden Heaven tribute CD! Kena ingat! Kena ingat! Yang kompem masuk kompilasi ni ialah DREAM THEATER (To Tame A Land) dan Machine Head (Hallowed Be Thy Name).
Sekarang mana-mana pun IRON MAIDEN ah!
01. BLACK TIDE - Prowler 02. METALLICA - Remember Tomorrow 03. AVENGED SEVENFOLD - Flash Of The Blade 04. GLAMOUR OF THE KILL - 2 Minutes To Midnight 05. COHEED AND CAMBRIA - The Trooper 06. DEVILDRIVER - Wasted Years 07. SIGN - Run To The Hills 08. DREAM THEATER - To Tame A Land 09. MADINA LAKE - Caught Somewhere In Time 10. GALLOWS - Wrathchild 11. FIGHTSTAR - Fear Of The Dark 12. MACHINE HEAD - Hallowed Be Thy Name 13. TRIVIUM - Iron Maiden 14. YEAR LONG DISASTER - Running Free 15. GHOSTLINES - Brave New World 2. Rudolph Schenker, the greatest rhythm guitarist of all time! Pada aku la kan. Anyway, dalam CD Platinum Collection aku terjumpa satu lagu Scorpions yang aku tak pernah dengar. Banyak juga lagu yang tak dengar sebenarnya tapi peliknya lagu ni sedap. Lagu Scorpions yang sedap tak aku dengar ni kira rare la. So aku check la balik, tak jumpa. Not from an album. Only recently bila aku dengar balik remastered version of Animal Magnetism (AM) CD, eh... ada pulak lagu ni. Album asal takde. So aku google sikit. Oooo... rupa-rupanya ini single dari album AM!
Suara vokal bukan suara Meine (vokalis). Suara sedap pulak tu, macam angelic sikit gitu. Check - rupanya Schenker yang nyanyi hahaha... tak sangka dia nyanyi. Sedap pulak tu. Kalah la Uli Jon Roth hehehe... Anyway, check out lagu Hey You kat bawah. Pasti melekat!!!
fan buat khas video ni tribute to Rudolph Schenker, the greatest rhythm guitarist in the world! The Flying V man!
Hey you, I'm in love with your eyes And the sound of your name Hey you, I'm in love with your smile And the way you're dressed today
Hey you, well I like the way you walk Just like a star moves on stage Hey you, well I like the way you talk You're really calm for your age
I really die, you're driving me wild I really die, I'm in love 100 times I really die, you're driving me wild I really die, I'm in love 100 times to be your lover
Hey you, I said you know what's going on Do you know what I mean? Hey you, daddy wants you back home This school is up to me
I really die, you're driving me wild I really die, I'm in love 100 times I really die, you're driving me wild I really die, I'm in love 100 times
biru - suara Rudolph Schenker merah - suara Klaus Meine
Memang gerek ah LP ni... gambar besar puas dilihat. Thanks kepada Record Fair tempohari, gua dah terbeli LP nih... (Laporan penuh).
IRON MAIDEN A Matter Of Life and Death double LP (sealed) Limited Edition.
Tertanya-tanya gua, apa la ada kat dalam. Nak bukak sayang. Lagipun gua belum ada turntable lagi. Tunggu ada turntable baru gua bukak ah.
IRON MAIDEN Can I Play With Madness/The Clairvoyant 12" 2xEP (sealed) The First 10 years.
Ni pun lagi satu LP yang masih berbungkus. Sayang nak bukak. Lukisan lawa seyyy...
IRON MAIDEN The Clairvoyant/Infinite Dreams 12" 2xEP The First 10 years.
Yang ni not sealed. So boleh bukak. Memang cun gambar kat dalam tu. Artwork pun makin jelas kelihatan berbanding dengan dalam CD.
METALLICA Kill Em All 180grams 2-LP (limited 5000 copies only)
Ni spesel edisi. 180gram ni gua tak paham tapi versi ni sebabnya dia punya 'groove' kat LP tu di'groove' 2 kali lagi panjang. Maksudnya, instead of playing guna 33RPM speed, kena pakai 45RPM. Dengan lain kata, detail dari LP ni lebih detail. Sebab itu, instead of semua lagu boleh fit in satu LP, yang ni kena ada dua LP baru muat semua lagu. Paham ke gua explain ni?
Paling senang nak explain bak kata kawan gua, beza VCD dengan DVD ah... habis cerita. VCD boleh simpan 700MB data, then DVD boleh simpan 4GB data gitu.
SCORPIONS Lonesome Crow LP
Klasik! Walaupun album pertama ni Uli Jon Roth tak join lagi tapi still rulez sebab ada unsur-unsur prog sikit. Tak sangka boleh jumpa ini LP. Murah lak tu (banding dengan yang kat atas).
Lama sebelum munculnya guitar virtuoso seperti Joe Satriani, Steve Vai, Yngwie J Malmsteen, Marty Friedman dan sebagainya, tersebutlah kisah seorang gitaris German yang baru menganggotai SCORPIONS.
Beliau ialah ULI JON ROTH.
Mungkin dalam Scorpions, kita lebih mengenali Matthias Jabs dari Uli Jon Roth disebabkan Jabs bersama Scorpions ketika band itu menuju kepada komersialisme. No disrespect to Mr. Jabs, beliau ada kekuatan sendiri dan beliau sendiri adalah gitaris hebat.
Tapi bila kita berbicara tentang Uli Jon Roth, kita berada di dalam dimensi yang lain.
Untuk entry kali ini, kita sekadar berbicara mengenai Uli Jon Roth dan album pertama beliau bersama Scorpions, FLY TO THE RAINBOW.
Selepas rilisnya album Lonesome Crow, yang mana gitaris utamanya ialah Michael Schenker (adik kepada Rudolph Schenker), Scorpions terpaksa mencari gitaris yang baru untuk menggantikan Michael Schenker. Namun Michael ditarik oleh UFO ketika mereka tour bersama.
Muncullah Uli Jon Roth; yang sangat berinfluensekan Jimi Hendrix di dalam Scorpions. Beliau membawa influense itu kepada tahap yang lebih tinggi, mengeksploitasi bunyian gitar yang lebih keras dan menggunakan sistem tremolo yang kuno pada Fender Stratnya untuk mendapatkan bunyi yang lebih menggerunkan. 1. Speedy's Coming (Rudolf Schenker, Klaus Meine) – 3:33 ialah opening track album ini yang sangat ganas. Mulanya dengan 'growl' tremolo Uli Jon Roth yang kemudian disambut dengan stroke drum Jurgen Rosenthal. Vokal Klaus Meine untuk lagu ini pada gua setaraf dengan keganasan vokal Death/Black Metal ketika ini. Raw dan energetik! Dengarkan tarikan korus Meine yang inhuman itu. 9/10
- semua muka stim dadah hehehe... perhatikan seluar bootcut dan joget kaki Klaus Meine yang 70s tu hehehe... Oh ye, Rudolph Schenker dah pakai Gibson V sejak dari dulu lagi (Flying V man). Versi video ni ada lain sikit dari album. Tak pasti rekoding ni miming ke atau memang live.
2. They Need A Million (Rudolf Schenker, Klaus Meine) – 4:50 bermula dengan intro akustik klasik yang kemudiannya disahut oleh vokal Klaus Meine. Lagu ni pelik sebab ada rupa macam Spanish punya joget. Gua pun tak pandai nak describe tapi kalau dengar betul-betul dia punya riffs gitar combined dengan groove drum tu, memang Mediterranean punya influense. 7/10
3. Drifting Sun(Ulrich Roth) – 7:40 adalah lagu nukilan gitaris hebat kita ni. Bukan itu sahaja, beliau mengambil alih tugas Klaus Meine sebagai vokalis utama dan meletakkan En. Meine kita sebagai backing je. So part yang perlu tarik tinggi high pitch tu, kedengaran la suara Meine. Influense Jimi Hendrix kedengaran pada lagu ini iaitu vokal berselang dengan fill in guitar solos (sape yang dah biasa dengan Jimi Hendrix pasti faham). Uli Jon Roth memang banting habis tremolo Fender Strat dia dalam lagu ni. Memang ekstrim gila. Dan gua kagum dengan cleanliness solo beliau. Dan keganasan bunyi gitar beliau juga gua kagumi. Ini tahun 1974 beb. Gua pun lahir setahun lepas ini album rilis. Kena dengar untuk percaya!!! 10/10 4. Fly People Fly (Rudolf Schenker, Klaus Meine) – 5:02 Ahh... lagu ni. Guitar intro yang sangat terikat kemas dalam memori gua.Takkan lu orang lupa kot. Kalau makan kat warung zaman 80's dulu, selalu ada jukebox dengan singles/7", pasti lagu ini ada sekali. Feveret! Gua tak pasti nak letak lagu ni dalam kategori apa. Nak kata ballad, tak ballad. Maksud aku tak mendayu seperti yang kita selalu dengar. Solo Uli Jon Roth dalam lagu ni memang kvlt habis. Gua ingat masa kecik-kecik gua dan Azmaniac (of Langsuyr) main air-guitar bersama dengan lagu ni. Masa solo, kami dua-dua menyolo. Tak boleh tahan deh. 10/10
5. This Is My Song (Rudolf Schenker, Klaus Meine) – 4:14 Solo intro ni Azmaniac gelarkan sebagai bunyi gatal/miang hahaha... gua setuju dengan deskripsi beliau. Lagu ni rilek sikit. Tapi solo Uli Jon Roth tetap meng-uli. Uli Jon Roth memang tak bagi chance punya. Maklumlah, album pertama. Kot tak sempat dengan album kedua, at least dapat show kehebatan dalam album ni. 7/10
- Uli Jon Roth pakai gitar Firebird instead of Fender Strat. Mungkin kerana lagu ni tak perlukan tremolo bashing. Jorgen Rosenthal, drummer hebat tapi malang main satu album je. Stail Jorgen memang progresif zaman tu, banyak stroke tak boleh duduk diam. Muka stim dadah ahli band kesemuanya kekal hehehe...
6. Far Away (Rudolf Schenker, Michael Schenker, Klaus Meine) – 5:39 Lagu ballad yang masih belum betul-betul ballad. Ada resemblance dengan lagu In Trance (dalam album In Trance - kemudiannya). Probably lagu paling weak dalam album ini tapi masih tak boleh diletakkan sebagai worse song semata-mata kerana solo gitar Uli Jon Roth dengan wah yang dasat tu. 6/10 7.Fly to the Rainbow (Michael Schenker, Ulrich Roth) – 9:32 Haaaa... pandai mereka meletakkan klimaks pada akhir album. Lagu epik ini dimulakan dengan akustik guitar work yang berselirat. Tak pasti sapa yang main. Uli ataupun Rudolph. Rudolph pun dasat bab akustik ni. Anyway, selepas beberapa ketika akustik tersebut, Klaus Meine memasukkan vokalnya dengan gaya yang 'angelic' untuk appreciate melodi akustik yang berselirat tersebut. Apabila masuk main riffs, solo melodi Uli Jon Roth pun masuk. Memang masuk sungguh melody line Uli ni. Gua rasa dia ni ada sense of melody yang accurate ah. Tapi highlight sebenar lagu ini ialah apabila masuk part intermission kat tengah ketika overall lagu menjadi slow dan psychedelic. Part ini dibacking dengan bunyi organ (Hammond?) dan Uli Jon Roth menggentel ala Jimi Hendrix. Ada beberapa layer gitar Uli Jon Roth ketika ini. Uli Jon Roth sendiri menyanyikan bait lirik ketika ini seolah-olah sasterawan membaca sajaknya yang syahdu. Tempo dan suasana lagu menjadi hangat kembali lebih kurang seminit sebelum habis. Uli Jon Roth untuk ultimatenya menghayun dan menyeksa tremolo Fender Stratnya untuk mendapatkan bunyi yang sangat-sangat mengkagumkan! Gila best! 10/10
- takde original video. Ini adalah Uli Jon Roth solo tahun 2006 bersama dengan gitar kvlt beliau, Sky Guitar (gitar custom made - 7 strings dipakai even sebelum popular dengan Steve Vai).
Aku expect yang boxset ni datang dengan liner notes dan gambar-gambar rare tapi malangnya takde. Namun sebab semangat Scorpions masih membara, aku akan simpan CD ini. Lagipun, memudahkan aku nak dengar melalui iPod, lagu-lagu the best of ni. Tak payah lagi nak shuffle. Packagingnya dalam bentuk jewel case jumbo, so memang susah le nak susun kat rak CD.
1 In Trance (4:41) 2 Crying Days (4:37) 3 Pictured Life (3:22) 4 He's a Woman - She's a Man (3:14) 5 Coast to Coast (4:41) 6 Lovedrive (4:50) 7 Is There Anybody out There? (4:19) 8 Holiday (6:30) 9 Another Piece of Meat (3:33) 10 Make It Real (3:50) 11 Zoo (5:29) 12 Hey You (3:46) 13 Blackout (3:49) 14 Can't Live Without You (3:45) 15 Now! (2:33) 16 Dynamite (4:12) 17 (CD 2) No One Like You (3:55) 18 (CD 2) Bad Boys Running Wild (3:55) 19 (CD 2) Still Loving You (6:09) 20 (CD 2) Big City Nights (4:08) 21 (CD 2) Rock You Like a Hurricane (4:12) 22 (CD 2) Coming Home (4:59) 23 (CD 2) Rhythm of Love (3:48) 24 (CD 2) Believe in Love (4:49) 25 (CD 2) Passion Rules the Game (3:59) 26 (CD 2) Can't Explain (3:21) 27 (CD 2) Living for Tomorrow (7:13) 28 (CD 2) Wind of Change (5:12) 29 (CD 2) Send Me an Angel (4:32) 30 (CD 2) Alien Nation (5:43) 31 (CD 2) No Pain No Gain (3:53) 32 (CD 2) Under the Same Sun (4:52) 33 (CD 3) You and I (Album Version) (6:14) 34 (CD 3) Does Anyone Know (Album Version) (5:56) 35 (CD 3) Wild Child (4:15) 36 (CD 3) Where the River Flows (4:10) 37 (CD 3) Edge of Time (4:17) 38 (CD 3) When You Came into My Life (New Version) (4:26) 39 (CD 3) Moment in a Million Years (3:39) 40 (CD 3) 10 Light Years Away (3:53) 41 (CD 3) Eye to Eye (5:05) 42 (CD 3) Mysterious (5:28) 43 (CD 3) Aleyah (4:20) 44 (CD 3) Moment of Glory (5:07) 45 (CD 3) Here in My Heart (4:18) 46 (CD 3) When Love Kills Love (3:40) 47 (CD 3) Deep and Dark (3:39) 48 (CD 3) Remember the Good Times (Rerro Garage Mix)