Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Tuesday, August 31, 2010

Salam Merdeka!

Paling kurang pun, kita hargai cuti hari ini; kalaupun tak menyambutnya.

Kemungkinan aku berada di kalangan majoriti; iaitu mereka yang dilahirkan selepas 1957.

Jadi kami ini tergolong antara salah satu:

1. Golongan yang memahami kemerdekaan dan menyambutnya dengan cara yang betul.
2. Golongan yang memahami kemerdekaan dan menyambutnya dengan cara tak betul.
3. Golongan yang tidak memahami kemerdekaan dan menyambutnya dengan cara yang betul.
4. Golongan yang tidak memahami kemerdekaan dan menyambutnya dengan cara yang tak betul.

Aku pun tak tahu, di mana letaknya aku.

Harap-harap aku tak jatuh pada kategori ke-4. Kategori 1, dah tentu bukan aku.

Mungkin kategori 2, itupun kalau apa yang aku faham tentang kemerdekaan itu sama dengan definisi umum.

Apapun kategori anda, selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-53!

Thursday, August 26, 2010

Peristiwa mercun di petang puasa

Kebiasaan aku balik ke rumah, singgah kedai grocery dulu, beli ais.

Pelik juga. Peti ais kat rumah 2 meter tinggi, ais tak cukup-cukup. Hari-mari mau ;)

Aku bawak bungkusan ais ke kaunter - seluk kocek nak keluarkan RM1.50 untuk 2kg ais.

Brader kat belakang - bertanya kepada nyonya kaunter,

"Mercun takde jual ke?"

Aku pandang ke belakang. Dia sedang mendukung anak. Aku kira umur anaknya dalam 2-3 tahun. Dia tak peduli pandangan aku. Dia mengharap jawapan dari nyonya kaunter.

"Takde la"

"Eh, itu hari ada?"

"Ada orang sudah komplen"

Elok!

Mercun ni bukan membakar duit je. Malah membakar tangan, mata, telinga bahkan nyawa. Dia tak baca ke?

Kes 1
Kes 2

Sudah-sudahlah tu bro...

Ke arah MALAYSIA BEBAS MERCUN DAN BUNGA API!!!

Wednesday, August 25, 2010

WACKEN 2010 bersama rakyat MALAYSIA - Part 1

Penulis dan pelapor dan penghangguk kepala : Azmul Fadhli (AbeLee)

Wacken Open Air adalah sebuah pesta musik heavy metal paling besar didunia, ia merangkumi musik2 dari genre2 dan subgenre heavy metal bermula dari yang paling slow hingga kepaling laju dah ekstrim.ianya diadakan di Wacken sebuah kampong yang industrinya bergantung kepada ternakan lembu susu,ianya terletak di utara jerman dinegeri Schleswig-holstein.untuk maklumat lanjut sila tengok Wikipedia.

Bab 1 : Syndrom Pra Wacken

Ianya sejenis syndrome yang dialami oleh mat2 metal sebelum ke Wacken iaitu mendengar album2 dari kugiran2 heavy metal yang digemari contohnya Iron Maiden.metallica,carcass,bolt thrower dan sebagainya…sambil melakukan aksi2 air guitar diatas katil dengan seganas mungkin.Persiapan untuk keWacken juga mula dibuat iaitu menyediakan makanan khemah dapur dan menjahit patches2 kugiran yang diminati serta mengilat boot…

Bab 2 : Tetamu Dari Jauh

Aku menerima kunjungan beberapa teman dari Malaysia dan Singapura antaranya adalah..Abg Ajak dethkren, Mat Mean,Abe Naim,Nazri Kubur,Bearbee, Madec Negation,SidicImpiety,Cikgu matt,Hafiz muntahkedarah,Gee,Amerblackgoat,Abg Man Assault, Blacklianglianglahadth, Jakpadissected… mereka semua true Metalheads…SALUTE!!!!!

Bab3 : Hari Pertama (4 ogos 2010)

Ini adalah kali kedua aku menghadiri festival Wacken,yang pertama dulu prnah aku hadiri pada tahun 2008 ketika iron maiden mengadakan tour somewhere in the time dan merupakan persembahan kugiran iron maiden pertama dan terbaik pernah kusaksikan.Kami mula bertolak dari Airport Hamburg dengan menaiki bas yang disediakan hanya untuk kewacken sahaja…distesen bas aura Heavy Metal sudah mula dirasai dgn melihat metalhead2 dari seluruh dunia memperagakan uniform metal yang bermacam ragam berserta patches2 dari kugiran yang brutal tak hingat pnya dari doom metal hingga ke brutal death metal…ada yang berambut panjang ada yang berambut pendek,ada yang botak,ada yang berkulit gelap,cerah,putih ,sawa matang….tidak lupa juga gadis2 metal yang menggoda…peluang ini tidak dilepaskan oleh mat2 metal Malaysia bergambar bersama ciki2 yang gebu2 berbangsa
Caucasian.

aku lupa perjalanan mengambil masa berapa lama,aku rasa dalam sejam lebih kot,kami tiba dan beratur untuk mengacip tag lengan dan mengambil fullmetalbeg yang disediakan…didalam fullmetalbeg terdapat berbagai2 cenderamata2 dedicated to heavy metal fans..ketika beratur crowd dari tanah melayu mula berinteraksi dgn crow2 berbangsa orang putih yang komferm tgh mabuk kawsat pnya…aku pn sibuk berinteraksi dgn pakcik2 dan makcik yang lebih aku senangi bertutur dalam bahasa jerman…xlupa juga berkenalan dengan pasangan suami isteri yang menyatakan bahawa wacken open air adalah tmpat mereka mula jatuh cinta…dan tiap2 tahun hadir untuk meraikan ulangtahun perkahwinan mereka di wacken…

kami mula mendirikan khemah di campsite yang disediakan.tibanya malam hari kami mula mengorak langkah ke festival area..aku pn dah lupa2 sikit jalan maklumlah malam gelap pastuh 2 tahun lepas pergi and pnya lah besar tmpat campsite tuh…band pembukann malam tersebut adalah mambo kurt…banyak betul instrument diorang main..aku tgk sikit jer …aku menghabiskan banyak masa di Metal shop membeli tshirt2 dari kugiran yang kugemari.

hari pertama campsite dipenuhi dengan sorakan dan laungan WACKEN!!!!..esok festival akan bermula pada jam4…buat masa skrang kami tido dulu untuk charge energy untuk headbanging keesokan harinya.

AKAN BERSAMBUNG………

Monday, August 23, 2010

"Gaji" isteriku RM1000

Isteriku adalah bekas pelajar MRSM Muar - tempat di mana kami pertama kali bertemu.

Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia, dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda (CGPA aku menang hahaha...).

Malangnya ketika beliau graduate, zaman ekonomi meleset tahun 1999. Sama kes macam aku. Aku sambung peringkat sarjana di UTM. Dan kami bertunang. Dia tak dapat menggunakan ijazah beliau untuk pekerjaan yang sesuai, jadi dia bertuas sebagai guru sandaran. Begitulah, sehingga kami diijab kabul. Aku makan duit elaun sebagai pelajar sarjana yang buat penyelidikan, dia jadi guru sandaran.

Masa mula masuk rumah sewa bersama (kos rendah), rumah tu memang clear, kosong, yilek apa pun takde.

Cuma Allah s.w.t. bagi kami rezeki, aku buat part-time consultancy, dapatlah buat duit muka Proton Wira 2nd hand.

Bayangkan, rumah kosong tapi kereta Proton Wira (masa tu kira canggih la Wira Aeroback spec UK ni kan, hahah...).

Dalam bilik tidur pun, pakai tilam bujang aku je (jap, nak gelak guling-guling...).

Kemudian aku dapat tawaran kerja sebagai tutor di Universiti Putra Malaysia. Dari Johor Bahru kami pindah ke Balakong. Pada waktu yang sama, isteri mengandung anak yang pertama.

Kami buat keputusan supaya isteri tak payah cari kerja. Cukuplah aku yang tanggung semua. Gaji tutor pun gaji tutor laaaaah!

Alhamdulillah fast forward sampai sekarang, dia tak kerja. Tak kerja kat luar. Tapi kerja hakiki beliau ialah surirumah.

Gaji dia sekarang, BERSIH - RM1000. RM200 dia bagi kat ayah dia, RM300 dia bagi kat mak dia. RM500 dia suka apa nak belanjalah!

Kadang-kadang dia terkesan dengan kawan-kawan dia yang bekerja. Ikut survey dia, dia rasa dia sorang je yang tak kerja dan jadi surirumah sepenuh masa.

Cepat-cepat aku sedarkan dia - BERSIH RM1000 tu, takde cukai pendapatan. "Boss" hakiki adalah suami, takde fitnah di tempat kerja, takde sosial di tempat kerja tak tentu hala, dok rumah terpelihara aurat etc etc...

RM1000 itu bersih untuk dia. Duit belanja dapur lain kira tu wehhhh...

Dan paling best aku kata - TAKDE PIKIR HUTANG!

Hutang biarlah aku sorang yang fikir, usaha dan tak tidur malam. Kau tidurlah lena-lena wahai isteriku dengan RM1000 itu. Fikir dan usahamu untuk keluarga itu sudah cukup membebankan.

Kadang-kadang aku pau juga (sebab gaji bersih) - dapat la belanja makan Pizza Hut ;) Tapi selalu juga aku yang kena pau balik - apa boleh buat - aku kena goda.

Oleh sebab itu, dia ambil keputusan, malas nak kerja luar (sebab dia tau RM1000 tu bersih dan ada peluang kenaikan gaji pada masa hadapan). Walaupun kadang-kadang makcik-makcik di kampung mengeluh, "Ijazah gantung kat dinding je..."

Aku? Aku niat sedekah. Sebab lama dulu aku dengar kuliah dari Ustaz Ismail Kamus - sebaik-baik sedekah ialah kepada keluarga rapat. Paling rapat siapa lagi? Isteri le...

Apapun kami bersyukur atas rezeki yang diberi Allah s.w.t. Moga ditambah lagi nikmat dunia dan akhirat. Amin!

Sunday, August 22, 2010

SPACE GAMBUS EXPERIMENT: Live video!


Recorded live at National Art Gallery
Kuala Lumpur Malaysia


Live at Solaris Black Box


Live at Silveritage Ipoh

NOISICIAN:

Kamal Sabran: Sampler/Noise
Zulkifli Ramli: Gambus/Oud
Fasyali: Rebab
Dagu Berbulu: Drum
Munis Musa: Xylophone/Radio
Elly Rocker: Bass
Andri Iskandar: Guitar Noisescapes
Bentara: Guitar Dark Ambient
Haneem Kaydeen: Guitar Noise
Aizat Tarmizi: Guitar Noisescapes
Pyan Ehem Ehem: Noise Feedback

Saturday, August 21, 2010

SLASH III: Temuramah

Rupa-rupanya di bilik hotel penginapan Slash pun ada ruang menunggu?

Dua checkpoints yang kena lepas. Satu dikawal oleh organizer (sekadar fabrik sebesar tali pinggang yang ditarik menghalang perjalanan) dan satu lagi oleh krew Slash sendiri (caucasian berbadan besar, memandang ke hadapan sambil bersedekap di dada - dan berkepala botak), mengawal pintu kaca tidak telus di belakangnya.

"No autograph"

"No photographing"

Bisikan yang aku dengar beberapa meter di hadapan.

Salah seorang dari wakil media yang sama kelompok dengan aku bersembang dengan rakan sepejabatnya. Sambil mengeluarkan buku autobiografi Slash yang mungkin baru dibeli sempena temuramah ini. Mungkin beliau ingin menunjuk betapa dalamnya penyelidikan yang telah dibuat untuk temuramah ini - dan aku pasti ini ditujukan kepada aku kerana aku perasan mata beliau ada menjeling kepadaku. Ini menambahkan keresahan aku. Apa yang aku tau tentang Slash?

Aku pun bukanlah peminat tegar Slash. Aku tak minat pun Guns N Roses selain dari lagu-lagu hits kebiasaan seperti Sweet Child O Mine, Knockin' On The Heaven's Door dan sebagainya. Semasa demam GnR dulu, aku di MRSM. Aku Mat Underground masa tu. Apa-apa yang tidak underground, aku akan cebik mulut. Dan aku tak pernah peduli dengan album-album Slash post-GnR. Slash N Snakepit, Velvet Revolvers adalah nama yang aku dengar tetapi tak berahi langsung untuk ambil tahu. Sehinggalah album solo pertama Slash, diterima dari Universal Music. Sekali dengar dan WOW, ini sudah bagus!

"OK guys... come in..."

Bodyguard berbadan sasa mengenepikan dirinya, sambil membuka pintu kaca tidak telus itu. Aku, Nazri ROTTW dan beberapa lagi masuk ke dalam.

"How are you..." Slash menghulur tangan bersalam.

Aku tersengih dan menjawab sesuatu yang aku pun tak tau apa yang aku jawab. Perkataan tersebut keluar tak keluar dari mulut dalam kelam kabut aku menyambut tangan Slash dan juga mencari kerusi yang sesuai untuk aku duduk. Kumat kamit aku tidak dipedulikan Slash yang menghulur tangan untuk bersalam dengan wakil media yang lainnya.

Ruang tersebut agak kecil. Meja makan kaca yang muat 8 orang itu diduduki oleh Slash di satu hujung sebagai tuan rumah. Di sebelah kanan beliau, wakil media dari majalah Konsert. Aku duduk di sebelah beliau. Jadi jarak aku adalah dua kerusi di hadapan Slash. Nazri ROTTW di sebelah kiri Slash. Dua orang wakil media yang lain berderetan di sebelah Nazri ROTTW.

Ikon dunia tersenyum. Berkaca mata hitam yang menghalang dari matanya dari dilihat dari luar (gelap terus). Bertopi signature seperti kebiasaannya dan berbaju lengan pendek. Kumis janggutnya tidak bercukur, mungkin tak sempat atau mungkin mahukan imej memberontak. Rambutnya hitam tetapi kumisnya keputihan menzahirkan usianya. Fizikalnya, agak memeranjatkan sedikit kerana tidaklah setinggi mana. Dan tidak sebesar mana. Mungkin sama tinggi dengan aku.

Buat seketika kami dari wakil media terdiam. Siapa yang nak mula menyoal?

Aku tak berapa dengar soalan yang pertama dari wakil media Konsert tetapi ia ada berkait dengan amplifier signature Slash yang sedang dibikin oleh Marshall yang akan dirilis tak lama lagi.

"Bila saya berfikir tentang album solo ini, saya mahu merealisasikannya untuk peminat. Ini kerana menurut perbincangan online antara peminat ialah mereka bercakap tentang amp yang saya gunakan untuk album Appetite For Destruction dan mereka mahu membuatnya sendiri. Saya pun tak tahu menahu (mengenai amp tersebut) tetapi peminat-peminat; mereka telah mengumpulkan segala maklumat blueprint untuk menghasilkan amp ini. Ramai juga yang berminat dengan gitar yang saya gunakan ketika itu. Jadi saya pun pergi kepada sumber gitar tersebut dan menghasilkan gitar model Slash yang saya gunakan untuk merakamkan semua lagu dalam album tersebut. Selepas itu saya berjumpa dengan mereka di Marshall dan berbincang tentang amp yang saya gunakan untuk album tersebut. Itulah yang telah kami lakukan. Santiago, pegawai yang berurusan dengan saya di Marshall, duduk bersama-sama dengan saya dan saya membawa track raw dari album tersebut, terus dari master-tape dan kami mendengarnya bersama-sama dan mula merekabentuk amp itu berdasarkan kepada sound yang kami dengar. Saya pun tak perasan keunikan sound saya dalam album tersebut tetapi peminatlah yang menyedarkan saya. Sebenarnya saya menggunakan prototype kepada amp itu dalam 3 show kebelakangan ini sebelum ianya akan dirilis secara rasmi. Dan bunyinya memang sedap! Ia akan dirilis pada November 2010. Bentuknya pun agak lain dari yang lain. Ianya ol-skool seperti model tahun 50an. Dengan huruf yang kecil, panel berwarna perak tidak emas seperti kebiasaan dan twin cabinet."

Yang seterusnya berkait dengan soalan yang ingin aku tanya iaitu samada beliau ada menggunakan multieffects di dalam rakaman album solo beliau. Ya, aku bertanya soalan yang kedua!

"Saya ni ol-skool dan saya tak berapa suka menggodek-godek benda dan benci nak mengubah-ubah perkara yang detail dan ini tidak menarik perhatian saya. Mungkin orang lain lebih teknikal. Kalau bunyinya bagus, saya biarkan ia kekal macam tu. Saya menggunakan yang asas saja. Seperti band saya sebelum ini, bass gitar... dan saya tak banyak guna efek cahaya... saya tak gilakan pedalboard dan itu juga sebab saya menggunakan sistem rakaman tape."

Wakil Konsert kembali dengan soalan seterusnya, yang mencadangkan program Slashfest (seperti Ozzfest) memandangkan dalam album solo ini ramainya artis yang berkoloborasi dengan beliau.

"Kalau ambil kira semua perkara, bunyinya memang menarik tapi setakat ni saya tak pernah terfikir lagi. Ozzy dah ada Ozzfest dan memang menarik pun. Begitu juga dengan Motley Crue dengan Cruefest. Memang bagus kalau boleh buat macam tu dengan lineup yang menarik kerana saya masih tak jumpa lagi lineup yang boleh saya katakan sebagai lineup terbaik lagi. Tapi mungkin juga lineup yang saya pilih tidak akan menjadi pilihan ramai! Tengoklah nanti!"

Peluang aku lagi, yea! Aku bertanya tentang keadaan beliau yang solo sekarang dan mempunyai kuasa penuh terhadap apa yang mahu dilakukan berbanding dengan zaman dengan band yang mempunyai ramai kepala.

"Takdelah masalah sangat... emm... Apa yang saya lakukan ialah memudahkan keadaan. Kami bergerak dengan crew yang kecil, soundguy, lighting guy dan beberapa technicians. Memang bentuk kerangka je dan keluar bermain sebagai band rock n roll. Malangnya ini sangat *%#&$ komplikated untuk sesetengah orang untuk melakukan ini (bunyi menyindir). Situasi sekarang ialah saya sekarang boleh cakap, inilah perkara yang kita akan lakukan, nampak tak (bunyi menyindir)? Itulah apa yang berlaku sekarang dan ia berjalan lancar. Saya masih menganggap sekarang ini saya masih dengan sebuah band dan saya tidak meletakkan diri saya lebih tinggi dari orang lain. Saya menganggap kami sekarang seperti satu organisasi yang masing-masing berpegang kepada ideal yang sama dan saya memberi kredit kepada semua yang terlibat dalam merealisasikannya. Untuk band yang lain, saya terpaksa mengadap kepada seseorang atau pengurus... (sedangkan sepatutnya ia dapat dipermudahkan). Jadi, memang seronok dan mudah sekarang ni.

Soalan seterusnya dari awek dari media apa aku tak tau. Dia bertanya tentang koleksi gitar yang dimiliki oleh Slash samada diinsurans atau tidak.

"Ye... dalam skim insurans payung (umbrella insurans - haha tak tau nak translate camana). Saya tidak ada insurans khusus untuk satu-satu gitar."

Giliran NST untuk menanyakan soalan beliau.

"Lagu terakhir? Lagu terakhir jika saya akan mati hari ini? &%$* negatifnya soalan (sambil tersenyum). Tak tahu... mungkin Paradise City"

Nazri ROTTW bertanya mengenai harapan asal Slash untuk mendapatkan vokalis Radiohead untuk album solo beliau tetapi tidak tercapai.

"Saya bukannya mahukan beliau tetapi mahukan stail beliau; falsetto yang tinggi dan saya menyatakan nama beliau kerana saya mahukan stail yang sebegitu dan saya menjumpainya dalam Rocco De Luca. Ia adalah pertembungan yang menarik. Kalau nak dapatkan penyanyi Radiohead, mungkin agak komplikated. Lagu tersebut saya cipta dengan gitar akustik dan menggunakan teknik finger-picking. Dalam banyak-banyak lagu yang rancak itu saya ada menyimpan lagu-lagu yang lembut kerana saya sukakan banyak stail dan bila saya cipta lagu itu memang ideanya untuk mendapatkan vokal sebegitu. Seorang sahabat telah datang tanpa mengetahui yang saya mahukan vokal stail sebegitu, dan dia berkata - kau patut dengar penyanyi ni Rocco De Luca - yang mana saya tak pernah dengar siapa dia ni. Jadi dia bawa album Rocco kepada saya dan bila saya dengar saya katakan, inilah vokal yang saya mahukan untuk lagu ini (Saint is a Sinner)"

Giliran aku lagi!!! Bukan giliran sebenarnya, aku yang potong giliran (aku oportunis). Aku nyatakan tentang ramainya personaliti yang terlibat dalam rakaman album ini terutamanya nama-nama besar seperti Ozzy Osbourne, Iggy Pop dan Lemmy. Aku bertanya apa pandangan beliau terhadap nama-nama besar ini?

"Dan Alice Cooper sekali (aku tertinggal nama ni hahaha - Abang Ben)... Keempat-empat mereka memberikan impak yang sangat besar dalam pembentukan muzik saya sejak saya kecil lagi. Dan saya mengenali mereka pun dah lama sebagai kawan. Oleh kerana vokal mereka memang sentiasa berlegar dalam kepala saya, maka beberapa lagu memang saya cipta - seperti lagu ni memang sesuai untuk Ozzy dan lagu ni untuk Iggy Pop. Ia muncul secara semulajadi. Saya merakam dengan mereka dulu, bermula dengan Ozzy, Iggy, Lemmy dan Alice sebelum penyanyi-penyanyi lain kerana saya kenal mereka lebih dari yang lain. Dan saya boleh terima kritikan dari mereka lebih baik dari orang lain (ketawa)."

Wakil media dari Konsert pun tak melengah-lengahkan masa untuk bertanya soalan seterusnya mengenai stail gitari yang bermacam-macam. Beliau mahukan nasihat dari Slash, petua untuk kekal dalam indutri muzik sebagai gitaris dan bagaimana mencipta stail tersendiri.

"Saya telah melakukan ini dah lama dan sejak dari kecil lagi, saya bermain - rock n roll berintikan blues yang asas. Saya pun tidak tahu kenapa saya boleh kekal sampai macam sekarang. Bila gitaris lain - bila Eddie Van Halen muncul, beliau memang dahsyat - semua orang melompat dan mengambil stail beliau. Tapi kebanyakan dari mereka terlupa perkara yang menyebabkan Eddie hebat iaitu tone beliau dan rock feel beliau bukan semata-mata apa yang dimainkan beliau jadi ramailah yang mengikut teknik beliau yang dahsyat itu tetapi terlupa tentang perkara yang asas. Kebanyakan mereka tidak dapat sound mereka sendiri iaitu sound yang dapat menjadi trademark mereka.Saya rasa itulah yang patut difokuskan - mencari sound anda - kerana itu adalah kesinambungan kepada personaliti anda. Apa personaliti anda itu sama penting dengan note yang anda petik. Saya tahu ramai gitaris yang tidak tahu apa sound mereka dan mereka tidak mempunyai 'suara' sendiri."

LAST QUESTION - pengumuman dari organizer.

Dengan cepat aku mengambil peluang. Aku bertanya - jadi apakah selepas rock n roll. Mungkin ada benda lain yang mahu dilakukan selepas rock n roll?

"(Tersenyum) Rock n roll ialah sesuatu yang anda akan terjun ke dalamnya dan ia adalah sebahagian dari jatidiri anda. Ia bukannya lifestyle secara keseluruhan tetapi lebih kepada mekap. Jadi saya akan kekal sebegini."

Habis!

Tak semena-mena wakil media Konsert mengajak Slash mengambil gambar. Aku terkejut. Eh, kata tak boleh ambik gambar? Apa lagi, aku pun tak lepaskan peluanglah!

Jangan jeles

Dalam kelam kabut tu aku lupa yang aku patut gunakan DSLR untuk ambil gambar ni. Henset pun hensetlah!

Sekali dapat autograph pada muka depan CD.

Kami berjabatan dan keluar. Aku berlagak American (walaupun acuan aku Aussie) - sambil berjabat tangan aku kata "Thanks mannnn..." (lidah US).

Macam mimpi!

Oh, patutlah wakil Konsert tu banyak tanya mengenai sound gitar. Rupa-rupanya beliau adalah Rithan, gitaris hebat Deja Voodoo Spell, yang pernah berkongsi pentas dengan Steve Vai!

(bersambung)

Friday, August 20, 2010

IRON MAIDEN dalam NST 20/8/2010

IRON MAIDEN keluar NST hari ni (klik imej untuk paparan lebih besar):

Sejak beli semalam, baru sempat dengar sekali full-swing dan beberapa kali secara random. Setakat ni, lagu yang paling melekat, Coming Home (Smith/Harris/Dickinson).

Riff mula lemak berkrim. Walaupun pattern riff tersebut bukan tak pernah dibuat orang, tetapi cara chord-progression yang disulam oleh Adrian, memang ada twist sikit. Selepas riff yang agak rancak tu, tiba-tiba muzik diperlahankan dengan plucking gitar dan vibe yang terasa adalah seperti lagu Children of the Damned (album The Number of The Beast), Revelations (album Piece Of Mind), Wasting Love (album Fear of The Dark) dan 2 A.M. (The X-Factor).

Mood lagu sangat atmospheric. Gitar melodinya syahdu, sesuai dengan lirik yang bertemakan kepada perjalanan sekelompok manusia ke planet yang lain (tafsiran zahir). Secara batiniah pula, aku suspek lagu ini mengenai perjalanan manusia dari dunia ini ke alam akhirat (ya, orang bukan Islam pun percaya akan ini jadi ianya tidak pelik). Untuk tidak menjadi bias, Dickinson menulis;

Over borders that divide the earthbound tribes,
No creed and no religion,
Just a hundred winged soul

Winged soul - kepercayaan subconcious orang Barat (dan banyak budaya manusia) bahawa kematian boleh menjadikan mereka seperti malaikat yang berkepak.

Solo gitar bermula dengan Dave Murray. Pada aku, ini adalah antara solo beliau yang terbaik sejak sekian lama. Beberapa album kebelakangan ini, susah nak pilih solo beliau yang memorable tapi dalam lagu ini, memang tidak syak lagi. Solo beliau kemudiannya disambut oleh Adrian Smith dengan trademarknya yang memang kita sudah kenal baik. Janick Gers nampaknya menjadikan dirinya latar belakang sahaja untuk album ini; tiada solo.

Vokal Bruce memang menyentuh perasaan sampai tahap meremangkan bulu roma. Aku dapat rasakan yang Bruce pun merasa ini adalah track yang paling penuh dengan emosi yang mengarahkan naluri beliau memberikan 110% dalam lagu ini. Drum Nicko juga sangat lembut terutama pada permainan ride cymbals (memang dia terkenal dengan kelembutan ini pun sejak dari dulu).

Ini akan menjadi lagu feveret dalam live show. Chorusnya membayangkan suasana satu stadium akan menyanyi bersama. Teringat semasa menonton secara live di New Zealand, kami (penonton) menyanyikan lagu-lagu IRON MAIDEN dengan penuh perasaan dan sekali-sekala pandang memandang sesama kami, seolah-olah kami berduet sesama kami. Priceless!

------------
Peminat IRON MAIDEN tanahair, apa lagi? Bila lagi nak beli CD IRON MAIDEN yang original?

Thursday, August 19, 2010

Sudah rilis... apa lagi?

Yang bergebang kata IRON MAIDEN sana IRON MAIDEN sini;  hentak-hentak meja sampai nak terkeluar bijik mata...

Ni ha...

dah rilis dah pun.

Beli kat kedai, keluar kedai terus snap gambar dan pos kat facebook. Tak nyempat-nyempat. Nak eksen punya pasal. Review menyusul kemudian selepas puas dengar.

Sila dapatkan di kedai CD berhampiran. Kalau kedai tu takde takde, hentak-hentaklah meja sampai nak terkeluar bijik mata...

TAKKAN DOWNLOAD JE KOT? AIYAAAA...!!!

Puasa dah, tapi tak solat pulak dah...

Aiyaaaa... serupa macam curi ayam tapi sembelih takut daging haram la kot?

----------------------


Barangsiapa berpuasa tetapi meninggalkan solat, bererti ia meninggalkan rukun terpenting dari rukun-rukun Islam setelah tauhid. Puasanya sama sekali tidak bermanfaat baginya, selama ia meninggalkan solat. Sebab solat adalah tiang agama, Dan orang yang meninggalkan solat hukumnya adalah kafir. Orang kafir tidak diterima amalanya. Rasulullah S.A.W bersabda : 

"Perjanjian antara kami dan mereka adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir. " (HR. Ahmad dan Para penulis kitab Sunan dari hadits Buraidah radhiallahu 'anhu) At-Tirmidzi berkata : Hadits hasan shahih, Al-Hakim dan Adz-Dzahabi menshahihkannya.

Jabir radhiallahu 'anhu meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda:
(Batas) antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR. Muslim, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Tentang keputusan-Nya terhadap orang-orang kafir, Allah berfirman :
"Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan. " (Al-Furqaan: 23). 

Maksudnya, berbagai amal kebajikan yang mereka lakukan dengan tidak karena Allah, nescaya Kami hapus pahalanya, bahkan Kami menjadikannya sebagai debu yang beterbangan.

Demikian pula halnya dengan meninggalkan solat berjamaah atau mengakhirkan solat dari waktunya. Perbuatan tersebut merupakan maksiat dan merupakan ancaman yang keras. Allah Ta'ala berfirman:
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya" (Al-Maa'un: 4-5). 

Maksudnya, mereka lalai dari solat sehingga waktunya berlalu. Kalau Nabi S.A.W tidak mengizinkan solat di rumah kepada orang buta yang tidak mendapatkan orang yang menuntunnya ke masjid, bagaimana pula halnya dengan orang yang pandangannya tajam dan sihat yang tidak uzur? 

Berpuasa tetapi dengan meninggalkan solat atau tidak berjamaah merupakan pertanda yang jelas bahwa ia tidak berpuasa kerana mentaati perintah Tuhannya.Jika tidak demikian, kenapa ia meninggalkan kewajiban yang utama (solat)? Padahal kewajiban-kewajiban itu merupakan satu rangkaian utuh yang tidak terpisah-pisah, bahagian yang satu menguatkan bahagian yang lain. 

Catatan Penting:
Setiap muslim wajib berpuasa kerana iman dan mengharap pahala Allah, tidak kerana riya' (agar dilihat orang), sum'ah (agar didengar orang), ikut-ikutan orang, toleransi kepada keluarga atau masyarakat tempat ia tinggal. Jadi, yang memotivasi dan mendorongnya berpuasa hendaklah karena imannya bahwa Allah mewajibkan puasa tersebut atasnya, serta karena mengharapkan pahala di sisi Allah dengan puasanya.
Demikian pula halnya dengan Qiyam Ramadhan (shaiat malam/tarawih), ia wajib menjalankannya kerana iman dan mengharap pahala dari Allah, tidak kerana sebab lain. Kerana itu Nabi S.A.W bersabda :
"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu, barangsiapa melakukan solat malam pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan barangsiapa melakukan solat pada malam Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Muttafaq 'Alaih). 

Secara tidak sengaja, kadang-kadang orang yang berpuasa terluka, (keluar darah dari hidung), muntah, kemasukan air atau bersin di luar kehendaknya. Hal-hal tersebut tidak membatalkan puasa. Tetapi orang yang sengaja muntah maka puasanya batal, kerana Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa muntah tanpa sengaja maka tidak wajib qadha' atasnya, tetapi) barangsiapa sengaja muntah maka ia wajib mengqadha' puasanya." (HR.Imam Lima kecuali An-Nasa'i) (Al Arna'uth dalam Jaami'ul Ushuul, 6/29 berkata : "Hadits ini shahih.") 

Orang yang berpuasa boleh niatkan puasanya dalam keadaan junub (hadas besar), kemudian mandi setelah terbitnya fajar. Demikian pula halnya dengan wanita haid, atau nifas, bila sedar sebelum fajar maka ia wajib berpuasa. Dan tidak mengapa ia mengakhirkan mandi hingga setelah terbit fajar, tetapi ia tidak boleh mengakhirkan mandinya hingga terbit matahari. Sebab ia wajib mandi dan solat Subuh sebelum terbitnya matahari, karena waktu Subuh berakhir dengan terbitnya matahari.

Demikian pula halnya dengan orang junub, ia tidak boleh mengakhirkan mandi hingga terbitnya matahari. Ia wajib mandi dan solat Subuh sebelum terbit matahari. Bagi lelaki, wajib segera mandi, sehingga ia dapat solat berjamaah. 

Di antara hal-hal yang tidak membatalkan puasa adalah: pemeriksaan darah, (Misalnya dengan mengeluarkan sample (contoh) darah dari salah satu anggota tubuh) suntik yang tidak dimaksudkan untuk memasukkan makanan. Tetapi jika memungkinkan- melakukan hal-hal tersebut pada malam hari adalah lebih baik dan selamat, sebab Rasulullah S.A.W bersabda :
"Tinggalkan apa yang membuatmu ragu, kerjakan apa yang tidak membuatmu ragu." (HR. An- Nasa'i dan At-Tirmidzi, ia berkata: hadits hasan shahih)

Dan beliau juga bersabda :
"Barangsiapa menjaga (dirinya) dari perkara subhah maka sungguh dia telah berusaha menyucikan agama dan kehormatannya." (Muttafaq 'Alaih)

Adapun suntikan untuk memasukkan zat makanan maka tidak boleh dilakukan, sebab hal itu termasuk kategori makan dan minum. (Lihat kitab Risaalatush Shiyaam, oleh Syaikh Abdul Azis bin Baz, hlm. 21-22)
Orang yang puasa boleh bersiwak (berus gigi) pada pagi atau petang hari. Perbuatan itu sunnah, sebagaimana halnya bagi mereka yang tidak dalam keadaaan puasa.

 oleh: Ustaz Zuriat Haji Omar

Wednesday, August 18, 2010

Ulasan: NICK JONAS & THE ADMINISTRATION Who I Am CD

Dalam mengharungi CD dari artis yang beratus dan beribu, jarang kita dapati sesuatu yang mengejutkan.

Contohnya begini, ambil satu CD, pandang mukadepan CD tersebut dan sambil mengangkat kening dan mencebik mulut, hati anda berkata... OK...

Tapi bila anda mula memainkan CD tersebut, bulu roma anda meremang dan anda jatuh ke dalam sesawang perangkap lagu-lagu yang dimainkan.

Anda sudah kena jerut. Dan ketika itu anda mengatakan, WOW!

Perasaan itu aku alami dengan CD Nick Jonas ini.

Pertamanya, aku tau dia adalah Nick Jonas dan Jonas Brothers yang terkenal dalam Disney Channel tu. Jadi, aku kata, OK, lagu kanak-kanak... apa nak harap sangat. Aku salah rupanya.

Ini album adalah 10 tahun ke hadapan jika anda membayangkan Nick Jonas bersama dengan Jonas Brothers. Cuma suara dia je yang sama. Muziknya elitist dan mengamalkan prinsip muzik sebagai seni bukan sekadar menambahkan tebal poket.

Ini mungkin disebabkan faktor band iringan Nick iaitu The Administration yang terdiri daripada pemuzik-pemuzik seasoned yang penuh dengan pengalaman. Pengalaman suka duka dalam meninjau kehidupan bermuzik band iringan tersebut inilah yang banyak meninggalkan kesan dalam album ini.

Bluesy, funky dan pada beberapa tempat juga jazzy. Vibenya adalah tahun 80an ketika funk bermahkota dan R&B versi Michael Jackson afro menjadi siulan serata dunia. Elemen raw rakaman yang disiapkan dalam masa 8 hari juga menambahkan kecantikan album ini menjadikan susunan lagunya minimalis tanpa ada silap mata yang cuba ditunjukkan.

Oh bunyi hammond yang menyebabkan aku cair!

TERSANGATLAH RECOMMENDED!

1.     "Rose Garden"       Nick Jonas     3:34
Track yang lembut tapi sangat sesuai untuk menjadi lagu mula. Bluesy dengan bunyi gitar wah yang cukup lemak.

2.     "Who I Am"       Nick Jonas     4:05
Lagu reaching-out Nick mungkin. Liriknya, antara lain berbunyi "I want someone to love me for who I am." Ye la, kot ada yang nakkan harta juta-juta beliau pada waktu yang sangat muda (lahir 1992 tu). Sebagai lagu, tak sesuai dengan tajuk album kerana kurang menangkap.

3.     "Olive & an Arrow"       Nick Jonas     4:59

Satu lagi track bluesy yang slow and easy. Suara lunak Nick dibalut dengan petikan gitar tanpa overdrive dan layaran hammond yang berhantu. Sungguh emosi.

4.     "Conspiracy Theory"       Nick Jonas     3:47
Rockin! Riff gitar yang melekat ke kepala. Suara Nick yang mengada-ngada (budak yang baru pecah suara) menambah lagi tarikan lagu ni.

5.     "In the End"       Nick Jonas, Greg Garbowsky, P.J. Bianco     4:52

Lagu ballad minimalis. Bermula dengan petikan gitar dua tali yang disambut dengan melodi vokal Nick dan seterusnya ditemani dengan hammond berhantu. Bluesy dan jazzy.

6.     "Last Time Around"       Nick Jonas, Garbowsky, Bianco     4:07
Lagu feveret aku! Rentak pantas dengan gitar overdrive tak cukup. Bunyi tambourine menambahkan lagi elemen funky. Perhatikan riff gitar ketika break yang disambut dengan anggukan Nick "That feels good...". Riff ini aku dengar berulang-ulang! Simple tapi efektif.

7.     "Tonight"       Nick Jonas, Joe Jonas, Kevin Jonas, Garbowsky     4:19
Mungkin satu-satunya lagu yang pop dalam album ini yang menyebabkan lagu yang paling tidak menarik di dalam album ini.

8.     "State of Emergency"       Nick Jonas, John Fields     3:34
Funk dan blues dalam satu lagu. Vibe 70s dan disco yang diadaptasi supaya dapat dimainkan dengan gitar, bass dan organ minimalis. Siap dengan vokal high-pitch ala-ala Michael Jackson. Hentakkan kaki anda!

9.     "Vesper's Goodbye"       Nick Jonas, Bianco     3:11
Lagu paling balada. Penuh dengan emosi. Muzik minimalis yang efektif untuk mengangkat perasaan.

10.     "Stronger (Back On the Ground)"       Nick Jonas, Leeland Mooring, Jack Mooring     4:54
Lagu filler. Memang elok letak pada posisi terakhir.


Last Time Around


Rose Garden


-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

Tuesday, August 17, 2010

Berbuka apa kita hari ni?

Tahun ni, memang takde selera langsung nak ke pasar ramadan.

Jadi, wife aku tanya, "Nak masak apa?

Aku jawab, "SURPRISE ME!!!"

Setakat ni, sungguh menyelerakan! Lihat imej di bawah... (semuanya homemade and hand-made by my lovely wife).




Amacam... world class tak? Nak cuba resepi boleh layari http://perutkenyang.blogspot.com/

Monday, August 16, 2010

Seksi kesihatan

Artikel kesihatan.

Artikel asal http://thestar.com.my/health/story.asp?file=/2010/8/15/health/6846567&sec=health

Artikel untuk yang telah bernikah secara sah sahaja. Sebagai membantu blog Swinging Bowl (terkenal dengan artikel yang daring) yang sedang berada dalam keadaan bingung.

Diterjemah oleh google translator (dengan sikit olahan supaya faham)

------------------------

Seks adalah baik untuk kesihatan anda, serius.
KITA telah datang jauh sejak hari-hari ketika seks itu dianggap sebagai kewajipan. Saat ini, seks telah memasuki kesedaran utama dan menjadi sebahagian muzik dari budaya dan media.  Semakin, kemajuan perubatan dan komersil menemukan cara untuk membuat seks lebih baik dan untuk menyelesaikan masalah seksual bagi manusia.
 
Seks adalah fundamental dalam struktur masyarakat - bukan hanya untuk pembiakan, tetapi juga merangkumi perilaku orang emosional dan sosial, dan hubungan kita satu sama lain.

Sekarang, ada hujah lain untuk kepentingan seks - hujah kesihatan. Kita mungkin sudah mempunyai beberapa idea bahawa seks adalah baik untuk kesihatan fizikal, mental dan emosional, tetapi ada bukti yang lebih saintifik sekarang.

Baik untuk stres
Studi telah menunjukkan bahawa air mani boleh bertindak sebagai antidepresan. Dalam sebuah kajian mahasiswa di New York, dijumpai bahawa perempuan dalam kajian yang pernah berhubungan seks tanpa kondom menunjukkan tanda-tanda depresi lebih sedikit berbanding wanita yang menggunakan kondom atau menjauhkan diri dari seks.
 
Namun, ini sama sekali tidak dimaksudkan untuk mendorong perempuan dan laki-laki untuk berhubungan seks tanpa kondom, kecuali mereka berkahwin atau dalam hubungan monogami jangka panjang. Jika tidak, seks tanpa perlindungan dengan pasangan yang berbeza akan menyebabkan kerosakan lebih untuk kesihatan melalui risiko penyakit berjangkit seksual.
 
Namun, pengeluaran dari orgasme juga dipercayai menjadi faktor menenangkan yang boleh membantu mengurangkan stres dan menggalakkan tidur lebih baik.
 
Ada juga alasan untuk percaya bahawa perempuan akan mendapatkan keuntungan lebih dari keintiman fizikal dan seks dengan pasangan, berbanding untuk mencapai orgasme tanpa pasangan.
 
Ini juga mempunyai kesan pusingan - seks akan menyebabkan berkurangnya stres dan suasana hati yang lebih baik, yang kemudian akan mengarah pada seks lebih banyak.

Mengurangkan kesakitan
Orgasme adalah ubat penghilang rasa sakit yang kuat kerana menyebabkan tubuh melepaskan hormon yang disebut oksitosin, serta endorphines, sebelum dan semasa orgasme. Bahan kimia alami mengurangkan kecemasan dan ketakutan, serta menekan isyarat rasa sakit dari otak.
 
Sebuah kajian menunjukkan bahawa ketika wanita mengalami orgasme, batasan toleransi dan merasai kesakitan meningkat secara signifikan dengan 74,6% dan 106,7%. Ini adalah berita baik bagi perempuan yang sering menderita sakit kepala, sakit artritis dan PMS.
 
Sehubungan dengan rasa sakit, seks juga boleh dipercayai untuk membantu menyembuhkan luka lebih cepat, kerana peranan oksitosin dalam regenerasi sel-sel tertentu.
 
Baik untuk jantung
Ketika datang ke seks dan jantung, orang selalu berfikir bahawa seks adalah lebih mungkin menyebabkan serangan jantung, terutama pada lelaki yang lebih tua.
 
Ini adalah sedikit deongen kerana sangat jarang berlaku dan tidak hanya disebabkan oleh seks. Bahkan, kajian menunjukkan bahawa seks membantu menurunkan tekanan darah dan bahkan dapat melindungi dari stroke kerana kemampuannya untuk mengurangkan tahap stres.
 
Kesihatan jantung lelaki juga boleh mendapatkan keuntungan dari seks, seperti yang ditunjukkan dalam kajian Inggeris pada lelaki yang disimpulkan bahawa hubungan seksual yang kerap mungkin menawarkan beberapa perlindungan dari serangan jantung fatal.
 
Seperti semua bentuk lain aktiviti fizikal, seks juga boleh membakar kalori. 30 minit dari seks membakar 85 kalori atau lebih. Ini mungkin kedengarannya tidak banyak, tetapi menganggapnya sebagai bonus untuk kegiatan menyenangkan, dan alasan yang baik untuk meningkatkan frekuensi dan durasi hubungan seksual!
 
Baik untuk prostat
Berikut manfaat bagi orang lain: perlindungan dari kanser prostat. Semakin bahwa laki-laki ejakulasi, semakin rendah risiko kanser prostat.
 
Sebuah kajian epidemiologi besar dari 30.000 orang di Amerika Syarikat mendapati bahawa lelaki yang ejakulasi antara 13 dan 20 kali sebulan mempunyai 14% lebih rendah risiko kanser prostat daripada lelaki yang ejakulasi rata-rata, antara empat dan tujuh kali per bulan untuk sebahagian besar kehidupan dewasa mereka. Risiko menurun bahkan lebih banyak kepada lelaki yang melakukan ejakulasi dari 21 kali ke atas, sebulan.
 
Baik untuk awet muda
Seks bukanlah ramuan ajaib untuk awet muda, tapi jika ini boleh mengarah pada semua manfaat di atas, maka mungkin anda akan pergi jauh dalam meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan fizikal dan mental, dan membantu untuk mengelakkan penuaan awal serta penyakit kronik yang melemahkan.
 
Dan jika mempunyai hubungan seks baik dalam hubungan yang stabil dan bahagia, maka manfaat yang diperolehi tidak boleh diukur.

Di atas semua, jenis sihat seks dalam, seks yang dilindungi, terutama jika anda tidak berada dalam hubungan monogami jangka panjang.
 
Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar is a consultant obstetrician & gynaecologist (FRCOG, UK). Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar adalah doktor kandungan perunding & ginekolog (FRCOG, Inggeris). For further information, visit www.primanora.com . Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi www.primanora.com . The information provided is for educational and communication purposes only and it should not be construed as personal medical advice. Maklumat yang diberikan adalah untuk pendidikan dan tujuan komunikasi sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan peribadi. Information published in this article is not intended to replace, supplant or augment a consultation with a health professional regarding the reader's own medical care. Maklumat yang diterbitkan dalam buku ini tidak dimaksudkan untuk menggantikan, menggantikan atau menambah berunding dengan profesional kesihatan mengenai rawatan perubatan sendiri adalah pembaca. The Star does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this column. The Star tidak memberikan jaminan tentang ketepatan, kelengkapan, fungsi, kegunaan atau jaminan lain dengan kandungan yang muncul di medan ini. The Star disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information. Bintang menolak semua tanggung jawab atas kerugian, kerosakan hotel atau kecederaan peribadi mengalami secara langsung atau tidak langsung dari ketergantungan pada maklumat tersebut.
 
 

Sunday, August 15, 2010

Ulasan: BON JOVI 7800° Fahrenheit CD

Album kedua BON JOVI ini menimbulkan konflik kepada band sehingga mereka sendiri tidak mahu mengaku bahawa ini adalah salah satu sejarah rakaman. Alasan yang diberikan adalah kerana ianya tidak pada standard yang dikehendaki. Ini diakui sendiri oleh majoriti peminat BON JOVI.

Namun disebalik huru hara ini, album ini tetap terjual hingga sejuta unit!

Dengan jualan begitu pada album yang tidak diakui, maka kita boleh bayangkan bagaimana bentuk jualan yang terhasil pada album yang diiktiraf. Itulah BON JOVI, gergasi hard rock dan AOR.

Setuju dengan pendapat majoriti pendapat peminat dan band sendiri, aku berpendapat album ini sangat lemah. Berbanding dengan album sebelumnya, yang dimulakan dengan penuh semangat (lagu Runaway), permulaan album dicuba dengan lagu yang sama rancak tetapi kurang menyengat. Boleh dikatakan tiada satu lagu pun yang boleh melekat di kepala. Ini sesuatu yang pelik untuk band seperti BON JOVI.

The Price Of Love adalah lagu rancak yang sepatutnya menjadi lagu mula sedangkan lagu Only Love adalah balada alasan untuk memenuhkan album yang serupa dengan lagu Silent Night. Cuma yang mungkin agak istimewa ialah lagu Tokyo Road, yang mungkin berstrategi untuk menyauk sedikit pasaran muzik yang besar di Jepun (sesuai pada tahun tersebut 1985 - mereka mengetuai tour di Jepun).

Produksinya pun tidak banyak berbeza dengan album yang pertama. Ini sudah tentu tidak menolong dalam mengangkat martabat album ini.

Maka tidak hairanlah, hanya baru-baru ini saja lagu daripada album ini dimainkan secara live - 20 tahun selepas rilisnya!

Ini adalah versi special edition:
Bon Jovi re-releases their classic studio albums as "Special Editions." Each of the band's first 10 albums--Bon Jovi, 7800° Fahrenheit, Slippery When Wet, New Jersey, Keep The Faith, These Days, Crush, Bounce, Have A Nice Day and Lost Highway- will feature the original studio album tracks plus era-specific live recordings included as bonus tracks. The bonus live tracks include songs taken from sound checks and concerts held in venues from all over the world, ranging from 500-seat theatres to massive football stadiums. Each "Special Edition" collection features new packaging, including images from each period, and new liner notes documenting the band's success through each stage of their twenty-five year career, as well as reproductions of laminated tour credentials. Additionally, each "Special Edition" will provide fans with the ability to gain "backstage access" to The Bon Jovi Virtual Tour Experience -- a website being created to offer exclusive virtual content, including photos, tour memorabilia and additional live audio tracks.

Pakej yang ditawarkan sudah cukup untuk meliurkan bukan saja peminatnya yang kental bahkan peminat yang baru. Aku sendiri enjoy menggodek benda-benda yang disertakan di dalam pakej ini.

*Tetapi awas! Jika anda mahu membeli barangan BON JOVI dengan diskaun melalui web yang disematkan sekali di dalam CD ini, maka anda akan kecewa kerana mereka tidak menerima sebarang order dari Malaysia (selamat duit aku!)

1.     "In and Out of Love"       Jon Bon Jovi     4:26
2.     "The Price of Love"       Bon Jovi     4:14
3.     "Only Lonely"       Bon Jovi, David Bryan     5:02
4.     "King of the Mountain"       Bon Jovi, Richie Sambora     3:54
5.     "Silent Night"       Bon Jovi     5:08
6.     "Tokyo Road"       Bon Jovi, Sambora     5:42
7.     "The Hardest Part Is the Night"       Bon Jovi, Bryan, Sambora     4:25
8.     "Always Run to You"       Bon Jovi, Sambora     5:00
9.     "(I Don't Wanna Fall) To the Fire"       Bon Jovi, Bryan, Sambora     4:28
10.     "Secret Dreams"       Bon Jovi, Sambora, Tico Torres, Bill Grabowski     4:54

2010 Special Edition Bonus Tracks

   1. In And Out Of Love (Japan Tour 1985)
   2. Only Lonely (Japan Tour 1985)
   3. Tokyo Road (Live At Rio de Janeiro 1990)



-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

Saturday, August 14, 2010

Ulasan: BON JOVI CD

Album pertama Bon Jovi pada tahun 1984. Untung. Sebelum mendapat peluang merakamkan album ini, Jon Bon Jovi adalah pekerja di sebuah studio rakaman yang dijaga oleh saudara beliau, Tony Bongiovi (nama pun nak sama). Di sinilah beliau merakamkan beberapa demo sebelum mendapat perhatian dari syarikat rakaman Mercury untuk merakamkan album ini.

Rupa-rupanya Jon Bon Jovi bermula dengan rakaman solo dahulu. Kemudian barulah band Bon Jovi ini dilengkap dengan gitaris Richie Sambora, Tico Torres dan beberapa orang lain yang tidak kekal lama. Ini adalah tipikal produk syarikat rakaman. Namun, album ini majoritinya dicipta oleh Jon Bon Jovi dan Richie Sambora, yang memberikan sedikit keyakinan bahawa adanya identiti asli dalam band ini. Malah. lagu She Don't Know Me merupakan satu-satunya lagu yang tidak ditulis oleh band ini.


Sembilan lagu yang dirakamkan ini adalah sesuai dengan zaman tersebut. Kualiti rakaman yang boleh-lah dan suara muda Jon Bon Jovi (berumur 26 tahun ketika itu). Namun acuan muzik Bon Jovi sudah pun termeterai di dalam album ini. Rock yang bakal menggamatkan pentas-pentas dunia dengan lagu-lagu yang mudah cerna dan korus yang berjangkit.

Namun sesuai dengan album permulaan, motif sebenar yang cuba dibentuk masih lagi mentah dan tidak tercabar dengan reaksi peminatnya. Oleh sebab itu, album ini tidak disanjung seperti album yang kemudiannya seperti Slippery When Wet.

Namun pada aku, elemen rock yang memberontak lebih mendasar di dalam album ini (dan album-album awal Bon Jovi) sebelum mereka menjadi terlampau komersil. Lagu-lagu yang di dalam album ini pun tidaklah dikenali sangat melainkan lagu Runaway.

Ini adalah versi special edition:

Bon Jovi re-releases their classic studio albums as "Special Editions." Each of the band's first 10 albums--Bon Jovi, 7800° Fahrenheit, Slippery When Wet, New Jersey, Keep The Faith, These Days, Crush, Bounce, Have A Nice Day and Lost Highway- will feature the original studio album tracks plus era-specific live recordings included as bonus tracks. The bonus live tracks include songs taken from sound checks and concerts held in venues from all over the world, ranging from 500-seat theatres to massive football stadiums. Each "Special Edition" collection features new packaging, including images from each period, and new liner notes documenting the band's success through each stage of their twenty-five year career, as well as reproductions of laminated tour credentials. Additionally, each "Special Edition" will provide fans with the ability to gain "backstage access" to The Bon Jovi Virtual Tour Experience -- a website being created to offer exclusive virtual content, including photos, tour memorabilia and additional live audio tracks.

Pakej yang ditawarkan sudah cukup untuk meliurkan bukan saja peminatnya yang kental bahkan peminat yang baru. Aku sendiri enjoy menggodek benda-benda yang disertakan di dalam pakej ini.

*Tetapi awas! Jika anda mahu membeli barangan BON JOVI dengan diskaun melalui web yang disematkan sekali di dalam CD ini, maka anda akan kecewa kerana mereka tidak menerima sebarang order dari Malaysia (selamat duit aku!)

1.     "Runaway"       Jon Bon Jovi, George Karak     3:50
2.     "Roulette"       Bon Jovi, Richie Sambora     4:41
3.     "She Don't Know Me"       Mark Avsec     4:02
4.     "Shot Through the Heart"       Bon Jovi, Jack Ponti     4:25
5.     "Love Lies"       Bon Jovi, David Rashbaum     4:09
6.     "Breakout"       Bon Jovi, Rashbaum     5:23
7.     "Burning for Love"       Bon Jovi, Sambora     3:53
8.     "Come Back"       Bon Jovi, Sambora     3:58
9.     "Get Ready"       Bon Jovi, Sambora     4:08

2010 Special Edition Bonus Tracks

  1. Runaway (Live Le Zenith 1988/11/20)
  2. Roulette (Live BBC Friday Rock Show)
  3. Breakout (Live Super Rock '84)
  4. Get Ready (Live Japan Tour 1985)




-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

Friday, August 13, 2010

Kasih sayang sebenar dalam mengatasi masalah anak luar nikah

Masalah anak luar nikah dan seterusnya buang anak sekarang menjadi masalah yang sangat besar kepada negara. Lebih malang lagi, majoritinya adalah di kalangan orang Melayu yang beragama Islam.

Perbincangan, debat dan ulasan telah banyak dibuat, baik di dada akhbar, media elektronik dan ruang internet. Mereka-mereka yang prihatin telah mencadangkan pelbagai dasar untuk mengatasi masalah ini. Terkini, cadangan untuk meletakkan kesalahan membuang anak di dalam kategori cubaan membunuh dan membunuh yang boleh membawa kepada hukuman mati.

Dari penilaian kasar penulis, golongan majoriti yang terlibat dalam masalah ini adalah golongan remaja. Dan seperti yang diketahui, zaman remaja inilah berlakunya pergolakan di dalam diri. Mereka berfikiran idealis. Apa yang dilihat, dirasa dan difikirkan cenderung kepada ransangan kimia di dalam diri yang berkecamuk.

Dalam proses hubungan percintaan dua remaja, kasih sayang yang dirasakan seperti kasih sayang yang tiada tandingannya. Ia dirasakan seperti kasih sayang yang suci dan murni. Segala pergerakan, perbuatan dan perhatian tertumpu kepada kasih sayang tersebut yang akhirnya diakhiri dengan seks luar nikah.

Semua ini didasarkan kepada kasih sayang. Yang sebenarnya, kasih sayang itu adalah palsu. Kasih sayang yang didasarkan oleh reaksi kimia (hormon) di dalam diri yang disimbahi dengan bisikan-bisikan makhluk yang telah dijanjikan rejaman oleh Allah s.w.t.

Seorang sahabat telah memberikan sepotong ayat al-Quran yang di dalamnya terkandung maksud kasih sayang yang sebenar:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Rum:21)


Dari ayat tersebut dapat kita perhatikan bahawa kasih sayang yang sebenar itu datangnya dari Allah s.w.t. Dan ianya hanya akan datang apabila lelaki dan wanita itu menjadi suami dan isteri yang sah. Tidak terdapat mana-mana di dalam al-Quran (mengikut sahabat tersebut) yang mana Allah s.w.t. mengatakan yang Allah s.w.t. mencipta kasih sayang antara lelaki dan wanita. Bukan sahaja Allah s.w.t. menjadikan kasih sayang antara suami dan isteri, malah Allah s.w.t. menjadikan belas kasihan sekaligus.


Dengan sebab kasih sayang dan belas kasihan dari Allah s.w.t. itulah juga jarang berlaku antara suami dan isteri, kes pembuangan anak. Apatah lagi membuang bayi yang baru dilahirkan.

Pasangan yang belum berkahwin merasakan mereka hebat kerana berjaya mencipta kasih sayang yang sebenarnya kasih sayang yang mereka cipta dan sangka sebagai suci murni itu adalah ilusi dan olok-olok sahaja. Padahal yang sebenarnya, kasih sayang yang sebenar-benarnya hanya Allah s.w.t. sahaja yang mampu meletakkan dalam hati-hati manusia. Dan syarat untuk mendapatkan kasih sayang yang sebenar itu HANYALAH apabila pasangan tersebut berkahwin dengan sah!


Pada pendapat penulis, kasih sayang yang sebenar datang dengan pakej. Pakej itu adalah tanggungjawab yang mana ianya tiada dalam hubungan yang bukan suami isteri. Pakej itu termasuk cinta, hak suami dan isteri, kasih kepada anak, kemahuan untuk hidup bersama selama-lamanya, keazaman untuk menghadapi susah senang bersama-sama, cita-cita untuk sama-sama masuk ke dalam syurga dan sebagainya. Apabila ditilik setiap satu perkara dalam pakej tersebut, nyata, ianya tidak ada dalam hubungan yang bukan suami isteri. Jika adapun terlintas, ia hanyalah satu lintasan dan bukan satu keazaman. Ini kerana, keazaman itu HANYA terpahat apabila mereka menjadi suami isteri.


Oleh yang demikian, perhatikanlah baik-baik ayat al-Quran di atas. Sesungguhnya, Penciptalah yang Maha Mengetahui luar dalam apa yang diciptanya. Janganlah kita terpedaya dengan sesuatu yang tidak tulen. Janganlah diserahkan jiwa dan raga kepada pasangan anda yang belum menjadi suami/isteri yang sah. Fahamilah bahawa kasih sayang yang anda cipta sebelum perkahwinan itu adalah ilusi, olok-olok, menipu yang kemungkinan besar disebabkan oleh keadaan hormon anda yang tidak seimbang dan bisikan-bisikan halus yang hanya mahu membinasakan anda.

Selalulah berjaga-jaga.

Thursday, August 12, 2010

Gaji minimum di Malaysia

Akhir-akhir ini kita sedang melihat debat tentang gaji minimum di Malaysia. Ada yang menyokong dan ada yang membantah. Secara logik, yang menyokong adalah golongan pekerja dan yang membantah adalah golongan majikan.

Gaji minimum ialah:
is the lowest hourly, daily or monthly gaji that employers may legally pay to employees or workers. Equivalently, it is the lowest wage at which workers may sell their labor. (link)
bayaran minima per jam, per hari atau per bulan yang mana pihak majikan perlu bayar kepada pekerjanya secara sah menurut undang-undang. Ataupun, gaji minimum yang mana para pekerja menjual tenaganya untuk bekerja. (terjemahan ringkas)

Gaji minimum ini biasa kita lihat dilaksanakan di negara maju. Semasa aku di Australia contohnya, aku dapati gaji minima untuk pekerjaan sebagai cleaner (pencuci) ialah lebih kurang AUD$20 sejam. Ia juga adalah gaji minima untuk pekerjaan di dalam kedai makanan fast food seperti McDonalds dan KFC. Pengalaman aku menjadi tutor di University of Adelaide adalah lebih kurang AUD$60 sejam untuk setiap kelas tutorial.

Gaji minimum ini adalah gaji yang registered dengan kerajaan tempatan. Jadi boleh saja ia tidak diisytiharkan terutama apabila pekerja dan majikan sudah berpakat. Jadi ada juga restoran persendirian yang gaji minimumnya adalah AUD$10 sejam (seperti sebilangan kecil kedai pizza persendirian).

Di Malaysia, argumen yang mengatakan ia tidak sesuai dilaksanakan ialah kerana negara ini adalah labour intensive. Berbeza dengan negara maju yang tidak labour intensive. Contoh: kalau pekerja digaji RM400 sebulan, dengan RM4000 sesebuah syarikat dapat mengambil 10 orang pekerja. Bandingkan jika gaji minimum adalah RM1000, maka 4 orang saja dapat diambil bekerja. Sektor yang terkesan ialah perladangan, pertanian dan pembinaan.

Yang keduanya ialah kebaikan ini lebih kepada foreign workers yang ramai di Malaysia. Ini mengakibatkan RM disalur keluar. Berbillion RM akan dihantar keluar negara.

Ketiga, sistem yang sedia ada yang memberikan kenaikan gaji berdasarkan kepada produktiviti. Contohnya seorang penjual kereta dengan gaji RM500 dapat mencapai gaji RM3000 sebulan berdasarkan kepada hasil jualan.

Bila difikirkan balik untuk minimum wage ini dapat dilaksanakan di Malaysia, negara perlu menukar sistem ekonomi labour intensive ini. 4 orang yang bekerja seperti contoh di atas dapat melaksanakan kerja 10 orang. Bukan bermakna 4 orang tersebut bekerja dengan lebih berat, tetapi baki 6 orang tadi dapat diganti dari segi keupayaan teknikal ataupun dengan cara kerja yang lebih moden dengan menggunakan mesin.

Oleh itu, ia perlu bermula dari awal iaitu sejak dari zaman sekolah lagi. Pelajar yang tidak ada kesungguhan dalam bidang akademik perlu diberi peluang untuk mengambil sistem pelajaran yang melibatkan kemahiran. Sekolah vokasional dan teknikal perlu diperbanyakkan dan perhatian yang khusus perlu diberikan supaya ia sejajar dengan keperluan negara.

Pada masa yang sama, syarikat perlu mengadaptasi teknik terkini dalam bidang masing-masing. Biasanya ia menggunakan mesin-mesin dan peralatan canggih. Walaupun kos mula adalah tinggi, tetapi pada jangka masa panjang, pulangannya lebih baik dari menggunakan pekerja yang banyak.

Kita mengambil ramai pekerja asing adalah disebabkan kita tidak mahu mengadaptasi teknologi terkini. Jika kita lihat di negara-negara maju, rakyat tempatan menjadi sumber utama majikan untuk menjana sektor pertanian, perladangan dan pembinaan. Ini disebabkan teknik terkini yang mereka gunakan tidak lagi labour-intensive.

Yang akhirnya, benefit itu kembali kepada negara. Rakyat tempatan bekerja dan berbelanja di dalam negara.

Sistem yang ada (argumen ketiga) iaitu tambahan gaji berdasarkan kepada produktiviti di atas sangat tidak adil. Contoh yang diberi di atas kepada penjual kereta hanya sesuai kepada mereka yang bergantung kepada jumlah hasil jualan dan komisen. Sudah tentu ini tidak dapat digunakan di dalam sektor pertanian, perladangan dan pembinaan!

Pada aku, sistem minimum wage ini sangat memberi manfaat kepada rakyat negara ini. Kita mungkin tak merasa kerana kita selesa dengan gaji yang kita terima sekarang (yang sudah tentunya di atas paras gaji minimum). Cuma bayangkan rakan-rakan dan saudara-saudara kita yang menerima gaji RM500 sebulan dan terpaksa mengharung kehidupan yang serba mahal sekarang ini.

Wednesday, August 11, 2010

Ulasan: Despicable Me CD


Aku pernah berminat mendengar album soundtrack tapi yang jadi muzik latar (yang mengikut perjalanan filem dari mula sampai akhir). Contoh: filem 1492 yang mempunyai soundtrack yang berhantu. Dan sudah tentu tidak dilupa, soundtrack filem Star Wars. Ataupun The Last of the Mohicans.

Soundtrack begini agak kurang sikit. Yang outstanding sikit mungkin Batman oleh Prince. Album Batman ni memang bergetah dan aku melekat dengan soundtrack tersebut begitu lama. Prince memang hebat! Untuk kategori rock/Metal, mungkin AC/DC Who Made Who yang kebanyakan lagunya digunakan untuk filem Maximum Overdrive (muzik latar sesuai dengan tajuk filem).

Untuk filem keluarga dan target audience adalah kanak-kanak, mungkin agak lebih komplikated. Ia tidak boleh terlampau kanak-kanak hingga menjauhkan pendengar yang berumur dan tidak boleh terlampau dewasa yang boleh menjauhkan pendengar yang lebih muda.

Untuk itu soundtrack filem ini agak berjaya. Muzik pop dengan suntikan hip hop ringan menjadi sajian CD ini. Liriknya juga adalah bersih dari perkataan-perkataan yang sesuai. Dan untuk menambahkan citarasa keanak-anakkan, di silangi dengan sampler suara-suara kecil dan kartun.

Lagu-lagu di dalam soundtrack ini didominasi oleh Pharell (aku tak kenal siapa) 4 buah lagu. Sebuah lagu klasik dari Bee Gees (You Should Be Dancing ni bisa menggoyangkan pinggul) dan sebuah lagu untuk setiap artis pada yang lain.

Yang aku musykil sikit, macamana Robin Thicke punya lagu boleh celah dalam album ni.

1. Despicable Me    -Pharrell   
2. Fun, Fun, Fun    -Pharrell   
3. I'm On A Roll    -Destinee and Paris   
4. Minion Mambo    -The Minions   
5. Boogie Fever    -Sylvers   
6. My Life    -Robin Thicke   
7. Prettiest Girls    -Pharrell   
8. Rocket's Theme    -Pharrell   
9. You Should Be Dancing    -The Bee Gees       
10. The Unicorn Song    -Agnes



-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.