Saya dan isteri tidak menyambut hari lahir masing-masing kerana ia tiada makna. Juga insyaAllah, kami harap tiada antara zuriat kami yang sambut hari kematian kami pula.
Yang kami sambut ialah hari yang bermakna bagi kami iaitu Hari Ulangtahun Perkahwinan kerana inilah hari yang penuh dengan makna. Sebanyak mana kami gotong royong untuk keluarga ini, dan kekal kukuh di dalam ikatannya, maka memang wajar ia disambut.
Ianya adalah kerja keras. Pemahaman. Ulangkaji. Tolak ansur. Budi pekerti. Tanggungjawab. Ujian. Dugaan. Kejayaan. Ketawa. Senyum. Sedih. Dedikasi. Tunjuk ajar... macam-macam hal. Cinta tidak boleh datang dan berdiri dengan sendiri tetapi perlu dibaluti dengan pelbagai rempah ratus untuk memastikan ianya kekal utuh.
Tahniah (ucap pada diri sendiri dan isteri). You've made it this far!
Dengan sokongan anak-anak; Isa, Sumaiyyah, Ismail dan Iman (korang ni posing la senonoh sikit... ih ih ih...). Oh lupa, juga baby dalam perut wife ;)