Katakunci
Sunday, March 08, 2009
Inspirasi dari nasyid bersama Halim BROTHERS
(Gua banyak terkolap main gitar... lupa chord huhuhu... Harap-harap ramai yang jahil muzik masa tu...)
Kalau Ustaz Zuhri (pegawai MSD) yang dulupun ada pengalaman bernasyid di Morocco tu terpikat dengan persembahan Halim BROTHERS, memang sempoi le. Mana la tau kot kena buat show kat Sydney, Canberra, Perth, Melbourne ke... Gua janji gua praktis betul-betul lepas ni hahaha... Ustaz Zuhri tetamu kehormat semalam along 2 other VVIP; MSD guy and PETRONAS education punya orang.
Video? Malas ah gua nak upload hehehe...
Anyway, bercakap dengan projek yang dah lepas ni, gua inspired. Menggitarkan lagu nasyid. Dari lagu BROTHERS tu yang gua alih-muzikkan; keyboard-based kepada gitar-based. Lebih-lebih lagi, Halim BROTHERS pun ada depan mata. Boleh la gua realisasikan nasyid versi gitar ni (gua nak kasi label Metal nanti, dapat banyak surat bantahan pulak).
Dalam masa beberapa jam, gua berjaya menyiapkan track asas untuk projek ni. Gua namakan lagu tu sebagai GAZA. Ada dua part yang nyata dalam lagu tu. Part Halim BROTHERS kena masuk vokal ialah part gitar 'clean'. Part gitar distortion dibiarkan as it is. So lu orang boleh la berangan melodi vokal tu nak letak camana. Bebas untuk dipikirkan. Bebas untuk dikaraokekan, dengan melodi sendiri, dengan lirik sendiri.
Tokey swinging bowl, muka ensem je tak boleh jalan. Suara kena ensem dulu. Sila audisi dengan Halim BROTHERS. (Jangan lupa CD gantung kat leher, ikut style 4U2C)
Dengarkan... GAZA! http://www.soundclick.com/bands/default.cfm?bandID=727810
Wednesday, March 04, 2009
Untukmu Teman... pun tidak berapa BROTHERS
Anyway, lagu kedua dah siap... sila dengar dan komen. Komen panjang-panjang pun tak apa.
Lagu UNTUKMU TEMAN http://www.soundclick.com/bands/default.cfm?bandID=727810
Tuesday, March 03, 2009
Teman Sejati versi tak berapa BROTHERS
Rekoding raw je ni. Gua malas nak tweak bab latency ni. Ala kadar je.
Gua biasanya kalau start projek memang terus hook. Tu yang jadi lama tu. Godek sana, godek sini. Tambah sana, buang sini.
Tapi ini le hasilnya. Sila komen eh... oh ye, projek gua dengan Halim BROTHERS... BUKAN Metal. Sekadar mengpop Indonesiakan lagunya.
"Lebih baik jadi Mat Pop Indon..."
Click http://www.soundclick.com/bands/default.cfm?bandid=727810 untuk streaming lagu. Sori takde vokal.
Sudah dengar kalu, kasi komen eh...
Nak nasyid sangat... ha... amik!!!
Then semalam gua dapat panggilan, "Amacam? Dah prepare?"
Aduh duh duh... Halim BROTHERS sudah call. Lu tak kenal sape BROTHERS? Memang lu tak nasyid ah!
Halim BROTHERS ajak aku a few weeks ago nak buat small show sempena budak-budak baru datang ke Adelaide ni. Nak nyanyi ala karaoke tak best katanya. So, better ada gitar ke, tabla ke. Gua pun gatal mulut nak join. Padahal gua tak reti main lagu slow-slow ni waaaa...
Halim BROTHERS buat PhD kat sini, ini education.
So malam tadi, selepas hampir setahun di'keranda'kan, gua terpaksa la mengeluarkan kembali senjata ampuh gua.
Yeap, it's a GIBSON! And it's a Flying V!
Can you imagine? Flying V in nasyid show?
Nak bunyi apa? Cengkerik? Ayam? Beruk? Siren ambulans? No problem (riak efekwi)
Gua tau, ni amp bass... Nak buat camana, emergency. Amp gitar lama dah gua jual.
Final setupHarap-harap sempat. Sabtu ni dah nak perform. Dengar cerita ada VVIP datang nengok hahaha... Jangan terkujat tengok gitar Flying V ni sudah!
Gua berkira-kira macam nak pakai t-shirt IRON MAIDEN je ni... (Halim dah pening dah tu hehehe...)
Sedang menunggu tokey Swinging Bowl ajak main lagu 4U2C pulak. Katanya nak busking kat Rundle Mall.
Friday, July 18, 2008
Sudahkah anda bersedia untuk Nasyid Metal?
Nasyid (Arab: أناشيد) merupakan nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah dan yang seumpamanya.
Pada awalnya nasyid membawakan alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih daya saing dalam bidang seni.
Selalunya nasyid lebih gemar didendangkan dengan alat muzik tanpa tali, namun mengikut beberapa pendapat ulama fiqh perkara memainkan alunan nyanyian nasyid dengan alat muzik bertali seperti gitar dan piano adalah dibenarkan. - wikipedia
Aku dah lama bercita-cita membuat lagu berentak Metal tetapi liriknya berunsurkan nasyid. Dengan band aku yang dulu (Langsuyr) ini mungkin tidak sesuai. Aku berfikir, mungkin boleh dengan projek solo.
Eventually, aku buat juga beberapa lagu. Yang menjadi, satu lagu ni yang ku beri tajuk Kronikologikal. Berbelit lidah menyebutnya?
Semua rakaman dibuat di dalam bilik study dengan menggunakan instrumen dan software. Yeap, I'll take all the credits since I am the one who was playing. Aku bukan professional jadi maafkanlah kualiti rekoding yang agak amatur.
Tapi, sudahkan dunia nasyid bersedia untuk ini? Aku serahkan kepada kamu untuk menilainya. Link untuk download di bawah. Segala bentuk komen (bertamadun) amat dihargai!
Lagu: Bentara
Lirik: Bentara
Pergolakan dua kuasa
Yang mahukan pemerintahan
Medannya seketul daging
Di dalam kedaifan tubuhmu
Jiwa kacau memikirkan
Bertemunya dua keperluan
Memilih satu keputusan
Yang mengolah landasanmu
Pergolakan yang berterusan
Menggelegak di dalam jiwa
Adakalanya kau benar
Adakalanya kau salah
Di dalamnya ada perasaan
Yang asal tercipta untukmu
Pabila salah kau rebah
Pabila benar kau bersyukur
Andainya hitam kau sesat
Tidak nampak cahaya yang dihujung
Seperti benda yang kotor
Ianya perlu dibersihkan
Namun tatkala kau lemah
Ingati maksud kau diciptakan
Serahkan segala urusanmu
Kepada yang Maha Berkuasa
Insani, kau lemah, kau daif
Insani, kau tidak mengetahui
Insani, tunduklah, sujudlah
Insani, kau perlukan peringatan
Jangan kau tertipu dengan mainan
Dunia yang terhias dengan seribu kecantikan
Anak isterimu bakal menjadi
Pendakwa terhadap keputusanmu yang lalu
Harta kekayaan yang kau miliki
Tiada manfaat jika hanya memuaskan nafsumu
Awas terhadap usiamu
Kerana tidak dia menjamin keselamatanmu
Solo: Bentara
http://rapidshare.com/files/130612103/Kronik.zip
http://www.megaupload.com/?d=9UUHI0X0