Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Beli rumah. Show all posts
Showing posts with label Beli rumah. Show all posts

Saturday, July 26, 2008

Dah beli rumah?

Situasi 1

"Bro, gua nak beli rumah ah. Umur dah lanjut dah ni takut merempat pulak!" sms seorang sahabat gua dari Malaysia. Selalu gak gua bersms dengan sahabat gua ni bertanya khabar.

Sahabat gua ni bukan le tua pun. Umur tak cecah 30 lagi.

"Rumah RM90K, bayar RM500 selama 30 tahun." Sms seterusnya dari beliau.

Gua jawab, "Kalau lu mampu, beli la. Kalau tak mampu, duduk rumah sewa pun bukan berdosa."

"Lu boleh la cakap macam tu... Gua EPF masa pencen pun berapa je. Lu boleh la, EPF berjuta!" reply kawan gua nih. Ceh... memandai je speculate EPF gua. Gua pun tak tau berapa. Kalau ada pun jauh la macam langit dan bumi nak sampai juta tu.

Sahabat gua ni dirahsiakan identiti.

---------------------------------
Situasi 2

"Dah beli rumah?", tanya seorang sahabat.

"Belum", kata aku.

"Bila nak beli?" tanya dia balik.

"Entah..." aku jawab dengan malas.

--------------------------------
Aku rasa bab beli rumah ni, situasi biasa kot. Maksud aku, perbualannya. Orang macam aku yang masih menyewa ni selalu le kena tanya. Tanya je takpe, tapi bila jawab "tak beli" dan "entah" tu reaksi si penanya dengan muka terkejut, terbeliak mata tu yang tak tahan tu heheheh...

Macam kat ostolia ni pun kalau bukak suratkhabar, bab jual beli rumah ni dia punya seksyen punya la tebal. Orang ramai pun sibuk cerita pasal beli/jual/sewa rumah. Rumah pun melambung naik harga. Sampai tak mampu nak beli. Aku tengok harga pun terbeliak mata.

Aku bukan tak nak beli rumah. Tapi rilek ah dulu. Apa kelam kabut? Parent aku pun masa dok kerja dulu dok rumah sewa. Walaupun nasihat kat aku "Kamu dah kerja, cepat-cepat beli rumah, jangan jadi macam kami ni menyewa je." Tapi in the end, terbina juga sebuah rumah kat Sabak Bernam lepas pencen. All paid in cash guna duit pencen.

Lagi sorang sahabat pulak, dia ada tanah kat kampung. Masa kerja ni, dok menyewa. Ada duit lebih dia bina sikit-sikit. Dia kata, by the time dia pencen, siap la rumah tu. Dia kerja polis pangkat rendah je. Respek dia ni. Abis kerja, dia round satu kawasan surau dia kot jumpa budak-budak muda, dia ajak pi masjid waktu solat.

I guess, persamaan parent aku dan sahabat aku ni ialah mereka tak berhutang bab rumah. Kontra dengan trend masa kini, mari berhutang beli rumah!

Aku rasa disebabkan trend masa kini, ramai orang terkesan bab cara beli rumah ni. Seolah-olah that's the only way to buy a house (berhutang). Ataupun rasa dunia gelap gelita la sangat kalau tak beli rumah ni.

Aku rasa, aku nak try ikut jejak langkah parent dan sahabat aku. Kalau mampu la. Niat? Tak nak berhutang. Walaupun berhutang cara Islam.