Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Wednesday, October 20, 2010

Konsert Iron Maiden di Indonesia



Peluang kepada peminat IRON MAIDEN tanahair! Kumpul duit dari sekarang. Selain itu khabar angin juga sedang melanda di forum official IRON MAIDEN bahawa show di Singapura juga MUNGKIN akan berlangsung!


JAKARTA 18 Okt. - Kumpulan rock heavy metal terkenal, Iron Maiden akan mengadakan konsert di Jakarta dan Bali pada Februari 2011, kata penganjur.

Jurucakap Original Production, Tommy Pratama berkata, konsert di Jakarta dirancang sama ada pada 17 atau 18 Februari tahun depan, manakala di Bali pula, tarikh yang dicadangkan adalah pada 19 atau 18 Februari tahun depan.

"Mereka (Iron Maiden) telah bersetuju untuk mengadakan konsert di sini," katanya seperti yang dipetik oleh portal berita tempatan, tempointeraktif.com.

Iron Maiden ditubuhkan sebagai sebuah kumpulan muzik pada 1975 di Britain.

Sementara itu, pengurus kumpulan Iron Maiden, Rod Smallwood memberitahu akhbar The New York Times, album terbaru kumpulan itu, The Final Frontier berjaya dijual sebanyak 800,000 salinan di seluruh dunia setakat hujung Ogos lalu.

Penjualan keseluruhan album kumpulan itu sejak 30 tahun terlibat dalam dunia muzik kini berjumlah 85 juta salinan.

"Kumpulan muzik rock yang lain perlu banyak belajar daripada Iron Maiden. Mereka sangat mementingkan hubungan dengan peminat dan setiap kali mengadakan persembahan, mereka hanya mahu melakukan yang terbaik untuk peminat, bukannya untuk mengejar populariti," kata Smallwood.

Ketua Pegawai Operasi EMI di Eropah, David Kassler pula berkata, album The Final Frontier merupakan yang paling sedikit dimuat turun secara haram di Internet.

"Anda mungkin menjangkakan ramai yang mahu memuat turun lagu Iron Maiden secara haram di Internet tetapi sebaliknya yang berlaku.

"Ini kerana mereka menghargai hasil seni Iron Maiden dan mahu memiliki album asli kumpulan itu untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga mereka," katanya. - AGENSI
SUMBER

7 comments:

Ijau D. Koceng said...

aku suka ayat ni...

"Anda mungkin menjangkakan ramai yang mahu memuat turun lagu Iron Maiden secara haram di Internet tetapi sebaliknya yang berlaku.

"Ini kerana mereka menghargai hasil seni Iron Maiden dan mahu memiliki album asli kumpulan itu untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga mereka
"

klu singapore, mcm ada hati aku nak pi tgk~

Nizam said...

kalo kat spore teman pon berhajat juge nk pegi.once in life time la kot.

segitujuh said...

nak ikut!

Nerzhul said...

yay!!

deaf-angel said...

borak2 ngan kawan aku, aku cakap Tennis center ler, kawan aku cakap mana boleh? Ni Maiden konpem Senayan. Satu Indon turun.

Siot, Senayan, tengok bolasepak je aku dah rasa ngeri ngan dorang nye welcome to hell,
kalo Maiden, its going to be a crazy nite.

Aku tak pergi ah MM kat indon, nak pergi, tapi tak boleh ah ahhahahaha.

joey glider said...

tak dapat lah nak pergi..jauh bukan main..

ya, setakat download memang amat merugikan.

imagine CD yang kita beli itu jika terjaga baik, besok dah tua boleh tunjuk sama anak cucu..apa influence musik kita..

sama macam bapak aku , bila aku terjumpa kaset2 Mahavishnu Orchestra,Tom Jones,Lennon dan The Clash dalam kotak kasut yang dia sembunyikan bertahun lama dalam rumah.

zan said...

Bangga menjadi statistik 1 daripada 800,000 tu..