Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Dari Myspace. Show all posts
Showing posts with label Dari Myspace. Show all posts

Tuesday, April 22, 2008

Dari Myspace... PREDICATE NOT DEFINED... Dakwah dalam Metal?

Dari Myspace menjemput bands baru untuk dipromote. Memudahkan bands dari menghantar promo pack kepada Krenmaut untuk direview. Gunakan internet secara maksimum! Sebelum anda mengontek, pastikan myspace dah cukup dengan lagu, info etc supaya mudah nak buat ulasan. Kalau tak ulas, jangan marah maupun merana, aku sibuk daaaa (kerja aku bukan Krenmaut je hahahahah), takpun tak cukup kriteria...
--------------------------------------------

Sesuatu yang tak boleh dinafikan tentang Predicate Not Defined (PND) ialah mereka adalah satu band yang mempunyai etika kerja yang mantap. Kerja keras. Pernah suatu ketika, kalau tak salah aku, mereka mempunyai senarai gig hampir dua bulan berturut-turut, untuk setiap minggu. Boleh bagitau aku band Metal mana yang sanggup? Gig pun bukan semua bayar, kan?

Muzik mereka, masih boleh dibahaskan. Tetapi bukan untuk ruangan ini. Yang nyata, apa yang mereka lahirkan kadang-kadang un-Metal kepada mereka yang Metal. Namun, itu bukan masalah bagi mereka kerana muzik itu, Metal termasuk, adalah sesuatu yang universal dan boleh (jika tidak perlu) diterokai. Dan ini adalah sesuatu yang berani kerana mereka terpaksa mengharungi batasan-batasan yang dibuat oleh kelompok yang sudah biasa dengan 'sheep-mentality'.

Unik dan berani. Itulah PND. Tanpa melupakan bahawa prinsip asas muzik sebagai menghibur. Oh, ye, mereka mencari gitaris. Ada berani?

Apa objektif masa pendek dan panjang PND?
objective masa pendek : untuk menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti, memantapkan permainan dan skill individu dan juga mencari contact2 organizer untuk satu advantage untuk gather fans. Dalam masa yang sama, kami perlu mempromosi band di homeground supaya scene di tpt asal ini akan rasa confident dan buleh menganggap predicate not defined sebagai satu idola dan peransang untuk band-band baru lebih serius dan improve.

objective masa panjang : of course la utk spread out predicate not defined globally. Dgn target untuk 5 tahun akan datang, kami berharap untuk memberi satu takrifan baru dalam muzik metal yang buleh attact public / masyarakat kita yang masih ada sikit bad impression dgn muzik keras. Metal yang keras, tegas, beretika dan jujur tanpa prejudis.

band as a branding product - salah satu matlamat kami, mempromosikan predicate not defined sebesar mungkin dan menggunakan saluran media, gig, etc, dan merchandise management.
tujuan sebenar aku: predicate not defined akan menjadikan populariti untuk mendekatkan setiap pendengar dan fans kepada yang hakiki, kembali kepada tuntutan agama, melalui lirik-lirik ketuhanan dalam setiap lagu kami - berdakwah melalui metal.

Apa yang lebih penting? Lagu sedap atau lagu original? Huraikan.
Biar aku huraikan satu2 dulu.
lagu sedap: lagu yang dekat di hati pendengar, tanpa mengira genre, selama ia memberi satu kepuasan kepada pendengar.
lagu ori : menggunakan riff / irama tertentu dan menggabungkan ia mengikut acuan individu / band lalu terhasillah so called 'lagu original'


Pada aku, dua2 penting. lagu yang sedap ada kebaikan kepada band kerana crowd menyukai lagu yang sedap. lagu yang sedap tapi x original / copy bulat akan menyebabkan perdengar rasa tertipu. Walaupun lagu tu sedap ala2 maiden, tapi lebih baik diorang dengar iron maiden itself. lagupn sekarang pendengar lebih bijak dari apa yg kita sangka. lagu yang original baik untuk menonjolkan band dari kelompok genre tertentu. Original tapi x sedap - wasted. jadi gunakanlah kebijaksanaan untuk menghasikan lagu yang 'original' dan 'sedap'

Senaraikan alatan muzik yang digunakan sekarang.
Saya (azwi) menggunakan gitar ESP LTD Viper50 (grey), gitar FERNANDEZ green lefty, digital
effect DIGITECT RP150.

Adi menggunakan bass Ibanez custom made - rare series 4 strings dan bass effect Korg AX5-B.

Amy menggunakan beberapa set promak drumstick dan tama iron cobra dwin pedal.

Apa masalah utama industri muzik tempatan. Bagaimana ia memberi kesan kepada PND.
Buat masa ini, kami merasakan industri semakin baik dan berkembang. Cuma perkembangan hanya di kawasan yang spesifik tanpa mempedulikan wide area. contohnya, band2 kl akan mendapat expose yang lebih dari media / etc, berbanding band2 luar kl. masalah yang sama berlaku pada peluang bermain gig.

2 faktor utama yang saya boleh cakap ialah:
SCENE / CROWD - no doubt skrg crowd kl lebih open dari crowd luar kl, mereka support suma band yang main x kira genre, berbanding crowd luar kl yang kebanyakannye cuma support kawan (bukan semua). scene kl lebih berani dan ada inisiatif mencari tpt2 gig baru unutk menganjurkan gig berbanding scene luar kl, walaupun sebenarnya potensi crowd luar kl lebih besar. sepatutnye mereka x perlu takut, jgn ada sifat mengikut / tunggu dan lihat, kerana benda2 tu merugikan diri sendiri. Band2 baru perlu lebih serius dalam pengurusan live show (performance dan musicianship basic skill)

MEDIA - media perlu lebih bijak. perlu memahami scene betul2, beri takrifan sebenar, attraction, dan penjelasan yang relevan dalam setiap genre muzik yang ada di malaysia, supaya masyarakat x salah tafsir. Perlu expose band metal, punk, hardcore, selain indie pop band skrg ni.

Apakah akhirnya yang diharapkan dari PND sebelum tutup buku (yang hidup pasti akan mati).
Harapan, jadikan predicate not defined sebaris dengan band2 besar / legend / pioneer pada masa akan datang. predicate not defined sebagai icon rujukan / diskusi ilmiah dan collector's item untuk generasi masa depan. Predicate not defined sebagai usaha dakwah yang berkesan.


http://www.myspace.com/predicatenotdefined
http://www.predicatenotdefined.cjb.net/

Thursday, March 27, 2008

Dari Myspace - INCARCERATE

Dari Myspace menjemput bands baru untuk dipromote. Memudahkan bands dari menghantar promo pack kepada Krenmaut untuk direview. Gunakan internet secara maksimum! Sebelum anda mengontek, pastikan myspace dah cukup dengan lagu, info etc supaya mudah nak buat ulasan. Kalau tak ulas, jangan marah maupun merana, aku sibuk daaaa (kerja aku bukan Krenmaut je hahahahah), takpun tak cukup kriteria...
--------------------------------------------

Death Metal/grindcore Dari Pasir Mas, Kelantan, Malaysia.

line up:
BUJO - VOCAL
AIDX - DRUM
KEMMA - GUITAR
ACAP - BASS

CONTACT:

JOHARI BIN MOHD HANAFI ZAID,
LOT 703 KB. JIAS,
17000 PASIR MAS,
KELANTAN.


Contact no:
Aidx - 017 9755886


Aku sempat beli promo CD diorang ni masa gig Ressurection lepas. Harga RM4 (RM1 lebih dari flyer pasal ada orang tengah, ambik upah RM1). Packaging minimal. CDR dibalut dengan kertas fotostat. In a way bagus jugak sebab ianya adalah promo. Otherwise, tak puas sebab minimal. Muzik brutal berkahak. Sound pun average je. But it's a good start sebab dengar bagus dan tight.


Website: http://www.myspace.com/incarcerateinfinite

Monday, March 24, 2008

Dari Myspace - SYMBIOTIC IN THEORY

Dari Myspace menjemput bands baru untuk dipromote. Memudahkan bands dari menghantar promo pack kepada Krenmaut untuk direview. Gunakan internet secara maksimum! Sebelum anda mengontek, pastikan myspace dah cukup dengan lagu, info etc supaya mudah nak buat ulasan. Kalau tak ulas, jangan marah maupun merana, aku sibuk daaaa (kerja aku bukan Krenmaut je hahahahah), takpun tak cukup kriteria...
--------------------------------------------

Gerek seh!!! Dah lama kita tak dihidangi dengan band teknikal Death Metal camnih. Sejak... sejak... eh sejak bila kita ada band teknikal pure camnih? Probably NECROTIC CHAOS, tapi depa lebih kepada brutality. Ni lain... ni macam Necrophagist ataupun Theory In Practice.

Best of all, band ni datang dari Seremban. Seremban yeop! Aku ingatkan datang dari belah-belah Meshuggah sana!

Untuk appreciate komposisi lagu mereka yang dah mantap, mereka memantapkannya lagi dengan merakamkan album (bakal) mereka di Jakarta, Indonesia. Memang sungguh-sungguh punya band ni. Tu pasal sound gempak. Gitar bunyi mencengkam. Drum padu. Vokal menerjah. Pinching gitar bunyi lemak sungguh. Solo gitar pun gila slurpy!

Hidup Indonesia! Errr... hidup SIT!

Kalau promosi bagus dan betul, kemungkinan la, kemungkinan depa ni dapat deal baik punya dari label overseas. Tu la malang sikit kat Malaysia ni, ideologi muzik tertutup. So band cenggini kena faham, rekoding dan lagu yang bagus is not even half the struggle yet. Promosi kena kuat! Kalau tak masuk dalam archive je la nanti.


Layari SYMBIOTIC IN THEORY <--- ada dua lagu from upcoming album!

Dari Myspace - SAMARITAN

Dari Myspace menjemput bands baru untuk dipromote. Memudahkan bands dari menghantar promo pack kepada Krenmaut untuk direview. Gunakan internet secara maksimum! Sebelum anda mengontek, pastikan myspace dah cukup dengan lagu, info etc supaya mudah nak buat ulasan. Kalau tak ulas, jangan marah maupun merana, aku sibuk daaaa (kerja aku bukan Krenmaut je hahahahah), takpun tak cukup kriteria...
--------------------------------------------


SAMARITAN jangan disalahkan jika menyerupai SAMARTARY, at least pada namanya. Setakat itu aje la persamaan SAMARITAN dengan SAMARTARY, ejaan yang yang hampir sama. Namun tidak pada lainnya.Menariknya, mereka agak rapat akhir-akhir ini, lihat sahaja pada ruangan komen mereka, saling bertegur sapa. Mungkin ada memorandum persefahaman selepas ini?

Influence SAMARITAN sangat jelas. Tanpa ragu-ragu lagi. ROTTING CHRIST (RC). Dua track dari myspace mereka ini sangat jelas. Apabila kedengaran riff yang pertama sahaja cukup untuk menjadi bukti.

Tetapi, they did it good. So good that I've been rotating the songs again and again. Sound pun bagus. Dan liriknya dalam bahasa ibunda, bukan Greece, tapi Melayu. Solo lagu Demonstratif tu killer ahhh! Kasi lagi cun sikit bakal menjadi ending solo paling mencengkam dalam sejarah ahahaha...

Tanpa maklumat yang jelas tentang penubuhannya di dalam myspace, sekadar berasal dari Guar Chempedak, Kedah. Maybe in the future mereka boleh masukkan lebih banyak info tentang band sendiri, memudahkan pelawat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Buat masa ini, menunggu demonstari di dalam myspace dirilis menjadi CD.

Layari SAMARITAN <-- 2 lagu streaming kat sini!