Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (77) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Tuesday, December 12, 2006

FARASU Pejuang Eastern Metal

Dianggotai oleh lima orang pemuda yang peramah lagi mesra (dengan kemasukan terkini, gitar kedua dengan nama timangan Auks), FARASU mengutarakan muzik Death Metal yang diimbangi dengan elemen thrash metal dan juga lenggok yang agak rockish. Mereka sebenarnya lebih senang jika diletakkan sebagai sebuah band tempatan yang memperjuangkan muzik Eastern Metal.

FARASU telah meriliskan sebuah EP bertajuk Black Moon Eclipse yang mengandungi 5 buah lagu baru-baru ini dan ini memerlukan sedikit ulasan kepada mereka yang tidak pernah mendengar akan muzik FARASU.

Sebagai permulaan saya mengkategorikan EP ini sebagai sebuah demo-CD disebabkan produksi yang lemah bukan sebagai sebuah rilisan umum yang sebenar. Ianya dirakamkan secara one-take dengan kemungkinan hanya sesi vokal dibuat secara berasingan. Ini menyebabkan produksi yang sebu dan tidak mantap.

Tetapi jika anda meletakkan produksi sebagai perkara kedua dan muziknya pada tempat teratas maka anda akan mendapati yang EP ini segar dengan melodi dan riffs yang rockish yang diimbangi dengan rentak drum yang keras supaya ianya masih kekal dengan genre Death Metal.

Saya berpeluang menemuramah pemain drum FARASU untuk bertanyakan 1-2 soalan mengenai apakah disebalik nama dan aktiviti band ini. Ditanya mengenai nama FARASU sendiri, beliau menjawab “ Farasu bermaksud kuda. Ia berasal daripada perkataan Arab-Farus..Nama ini aku dapat dari kisah pengembaraan Raja Suran ke dunia bawah laut yang telah mengembara dengan kuda ajaib/semberani yang bernama “Farasu al-Bahri”.Kisah ini boleh dibaca dalam Sejarah Melayu tulisan Tun Seri Lanang. Farasu secara simboliknya melambangkan keberanian, kemelayuan dan kekuatan…”

Negeri Sembilan bukanlah satu negeri yang terkenal dengan band Metalnya. Saya tidak ingat kali terkahir band metal mana yang pernah menempah nama dari negeri tersebut. Mungkin juga saya seorang yang pelupa. Apapun, kebelakangan ini sebuah nama yang agak menonjol dari negeri adat pepatih tersebut iaitu FARASU. “Memang tidak dinafikan amat jarang band yang muncul dari N9 samada mainstream dan underground. Sejak serbuan pihak berkuasa semasa gig “Wrath of the Eastern Steel” pd 3hb Disember 2005 lalu, scene metal N9 seperti telah mati. Buat ketika ini dan sepanjang pengetahuan aku, hanya Farasu dan beberapa band Metal dari Rembau yang masih aktif samada mengeluarkan demo dan persembahan gig. Lain-lain band metal di Seremban bagaikan membisu atau mungkin sudah tutup buku…mungkin takut diburu oleh pihak berkuasa…Untuk info semua, aku telah mewujudkan team penganjuran gig metal di N9 yang berpusat di Nilai bersama sahabat-sahabat sekolah pada akhir tahun 2002 yang kami namakan Nilai Loudblast Scene.Ia bertujuan mewujudkan sebuah scene metal N9 yg aktif seperti scene metal tempatan yg lain. Kami ingin menonjolkan band-band metal dari N9 disamping berkomunikasi dengan band-band metal lain. Hasilnya,kami telah berjaya menganjurkan gig dari tahun 2003-2005. Beberapa band N9 yang berjaya dicungkil seperti Hinazia dr Nilai, Destheria, Medieval dan Psychotic Sufferance dr Seremban, Diaghila dan Vantrical dr Rembau. Gig pertama anjuran kami, “Eastern Loudness” adalah yg paling dikenang kerana tanpa pengalaman yg kuat kami telah berani menjemput Sil Khannaz sbg killer band utk gig ni…."

Elemen Eastern Metal memang ketara dalam EP ini dan beliau tidak menafikannya tetapi adakah ini memang tujuan asal ataupun selera baru FARASU kerana EP ini bukanlah rilisan pertama mereka. “Idea penubuhan Farasu ini sebenarnya telah bermula sejak tahun 1997 dulu..tetapi hanya dapat direalisasikan pada tahun 2002. Ketika tahun 1996-98 lalu, pengaruh eastern metal rancak menguasai scene metal tempatan. Secara tidak langsung elemen eastern metal telah mempengaruhi pendengaran aku dan penciptaan lagu-lagu Farasu. Ini bukanlah suatu selera baru tetapi sebagai suatu kesinambungan jalan yang telah dirintis oleh As Sahar dan Langsuyr dahulu. Dari segi ilham riff, melodi dan susunan lagu Farasu adalah tersendiri dan tidak mencedok versi-versi eastern As sahar atau Langsuyr. Aku ingin menghasilkan lagu-lagu yang asli dari segi idea tanpa saduran dari lagu-lagu lain dan digabungkan dengan elemen-elemen Arabic, jawa, melayu dan mungkin keroncong! Elemen-elemen ini sebenarnya kalau bijak disusun dan diadaptasi bersama muzik metal, ia akan menjadikan sebuah konsep muzik yang kuat setanding muzik metal barat.”

Disoal mengenai produksi EP ini yang agak lemah beliau memberikan penjelasan, “Aku mengakui kelemahan Mcd ini dari sudut produksinya…kesilapan kami merancang masa sebenarnya. Masing-masing ingin menyiapkannya dalam batasan masa yg segera yang dipengaruhi oleh bajet kewangan. Tetapi secara peribadinya, aku berpuas hati dengan hasil rakaman dan telah bersedia untuk menerima pandangan,kritikan mahupun kutukan kerana setiap kelemahan akan segera dikenalpasti untuk persediaan rakaman material akan datang.”

Mungkin sesuatu dapat dipelajari dari pengalaman rakaman EP tersebut yang memungkinkan rilisan yang lebih mencengkam pada sudut produksi? “
Ia sebagai sebuah landasan mengenal kelebihan dan kelemahan Farasu dari sudut ilham penciptaan, mutu rakaman, persefahaman permainan dan komunikasi peribadi, penerimaan pendengar dan tahap keberanian…hahahahhaa. Segala kekurangan daripada produksi ini akan diperkemaskan dan dimantapkan utk rakaman materialterbaru kami. Mungkin dengan rahmat Allah swt, Mcd ini menjadi modal kami dikenali secara antarabangsa….”

Mengenai lagu-lagu yang terdapat di dalam EP tersebut, beliau menjawab, “
Melainkan Intro (sumbangan dr Azmaniakh Langsuyr), lagu-lagu dalam Mcd ini dicipta oleh aku sendiri dan lagu Invasion pula dicipta oleh Faizal. Aku mencipta lagu tidak mengira waktu asalkan ada masa dan idea mendatang, pasti susunan riff akan dibuat. Kebanyakan riff lagu aku mainkan dgn gitar kapok sahaja dan selebihnya dr segi susunan sound dan permainan akan dibincang bersama Faizal. Melodi nyanyian pula akan dibuat oleh Faizal. Ada juga riff lagu yg telah dibuat sejak tahun 1998 dulu…Cuma kali ni, ia dpt diguna pakai dlm susunan lagu.”Sudah tentu lirik tidak boleh dipisahkan dari lagu. Ianya suatu yang sangat berkait rapat dalam mendalami sesuatu band. “Lirik-lirik menyentuh tentang kemanusiaan, mistik, alam ghaib, ilusi dan misteri. Lagu “Gerhana Rembulan Hitam” berkisahkan pertempuran kuasa ghaib baik melawan syaitan, “Patrasari” pula berkisahkan ttg lorekan tradisional Nusantara yg berfungsi sbg pendinding/perisai melawan ilmu teluh/serangan syaitan, “Midnight Evil Spirit” menyentuh kisah roh wanita yg mati membunuh diri mencari bantuan manusia utk membebaskannya dr siksa ghaib utk ke syurga, “Gempita Mastika” ttg kedurjanan media cetak dan politik yg mempropagandakan isu Black Metal dan “Invasion” mengenai kisah penaklukan bumi oleh makhluk asing.”

”Komplot” menjatuhkan muzik Metal telah dicuba beberapa kali oleh media tempatan yang memerlukan beberapa tindakan usulan dari penggiat muzik Metal sendiri. Lain orang lain caranya dan sudah tentu lain pendapatnya. Untuk itu, beliau berpendapat “Untuk menyampaikan kebenaran secara ilmiah ttg muzik metal, kita memerlukan media yg kuat dari segi sokongan dan penulisan. Barulah penerimaannya dpt diketahui oleh masyarakat. Pada pandangan aku, wartawan-wartawan yg memburukkan muzik metal ini tidak mempunyai latar belakang ttg muzik tetapi hanya tahu menulis perkara-perkara hiburan. Itu sebab penulisan mereka ni berat sebelah dengan idea-idea kosong takde ilmu. Penyampaian info yg salah dengan sikap masyarakat yg percayakan media secara terus,menyebabkan terjadi salah faham ttg black metal. Ini termasuklah pemerintah dan politician kita yg sememangnya takde ilmu dan pengetahuan ttg muzik tersogok dengan maklumat palsu. Kita kena ada sebuah persatuan atau pertubuhan berdaftar utk komuniti muzik metal yg disokong oleh bdn kerajaan mcm Kementerian Kesenian atau Belia…barulah selamat.”

Dengan pendapat yang agak keras sudah tentu FARASU adalah sesuatu yang sangat penting bagi penggiatnya. “Farasu adalah cetusan minat aku kpd muzik metal dan ia akan berterusan sehingga tahap yg termampu. Dengan izin Allah swt, kalau boleh aku nak terus berkarya walau sampai umur 50 tahun tanpa mengabaikan tanggungjawab lain dlm kehidupan.” Lima puluh tahun? Satu yang agak panjang dan boleh dipertikaikan tetapi ini bergantung kepada perancangan selanjutnya. “Kami akan merakam lagu-lagu baru pd bulan Januari 2007 ni utk projek split album dgn sebuah band otai tempatan…kami juga akan mengadakan persembahan di Sarawak/Januari 2007 dan Indonesia pd bln Febuari 2007 ini. Selebihnya, kami akan terus berlatih untuk memantapkan persembahan dan permainan kami sebagai persediaan utk lain persembahan akan dtg…”

Band datang dan pergi tetapi dilihat apa yang ada, FARASU menyediakan sesuatu yang perlu diambilkira. Untuk melihat sejauh mana mereka pergi, hanya satu perkara yang perlu dilakukan iaitu tunggu dan lihat. Sementara itu, EP yang disediakan oleh FARASU boleh menjadi santapan tatkala menunggu berlakunya peristiwa itu.

http://www.myspace.com/farasu

Monday, November 06, 2006

NEGATION live in Bangkok

Hasil tulisan Madec (vokalis NEGATION di forum Metal Terus).

NEGATION
http://www.negation.tk
http://www.myspace.com/negationmalaysia
http://www.myspace.com/toolsntrade
--------------------------------

2.8) Tujuan kedatangan Negation ke Thailand sudah tiba. Gig akan start tak lama lagi!!!! Yeargggghhhhhhh!!!!!!!!! 6.30pm - Ramai org dah start masuk. Harga tiket Bhat$200 plus CD compilation band2 yg main gig ni. Byk gak tourist masuk dlm gig ni…masing2 nak tau mcm mana la performance mat2/mek2 u/g Asia ni gamaknya. Macam2 gaya & style mat2/mek2 u/g Thailand ni…secara amnya dorang dressing maut…..kemudian emcee gig ni naik ke pentas dan terus berceloteh…gua tak tau apa dia cakap tapi gua rasa mungkin dia cakap terima kasih (kap kun kap) kerana semua yg hadir. Band yg akan beraksi pada hari itu ada 7 band. 5 band Thailand, 1 S’pore & 1 M’sia.



First band – OPPORTUNITY (Chiangmai) – Band yg berunsurkan Speed Thrash Metal. Gua tak tengok ini band main sebab gua masih kat luar melihat environment Khaosan Road serta landscape body2 awek2 Thai dan kehalusan kulit keduak mereka…muahahahahahah!!!! So Madie yg amik gambor first band ni & dia kata ini band best banget main tight tapi crowd hanya sedikit nak mula menggila…si vocalnya nengok dari jauh muka mcm Azlanthor Langsuir…eh? Mcm mana plak dia ada kat sini? Tinggalkan preparation nak kawin November ni ke? Bior betui!!!..muahahahha…ada la iras2 skit aje mukanya…hehehehe


Second band – SYSTEM SUCKER (Bangkok) – Unsur2 Death Thrash Metal la skit2. Crowd sudah mula mengila2. Moshpit sudah mula berlaku & body surfing sana sini. Best band ni. Main tight and bassist plus guitarist asyik banging aje…..


Third band – G6OD (Chiangmai) – perghhhh…show dia powerful especially the vocalist. Lebih ke arah metalcore. Bebudak Thailand skrg tengah demam metalcore….death/black/grind tak byk sangat tapi hardcore kuat. Sungguh tight ini band dan vocalistnya membuat pelbagai aksi2 kemarahan siap tangan2 lagi. Tapi kalu nengok moniker band ni kat baju dia.. mcm perkataan GOOD…muahahaha…apa la band ni siap declare band sendiri GOOD…tergelak gua..tapiiiiii…gua memang marah dgn band ni sebab taruk moniker GOOD! Sebab apa? Setelah menyaksikan showmanship depa…patutnya moniker tu taruk GREAT!!! Memang GREAT showmanship dorang…much respect…crowd sudah jadi wild. Mosh pit tak berhenti, surfing berlambak!!!!


Fourth band – VOICELESS OF FEAR (Bangkok) – Extreme metal. Gua tak reti la nak label2kan jenis muzik dorang semua tapi ada ala2 Arch Enemy kot atau Death atau GoreGrind skit. Suara vocalist serupa mcm Lacerate yg main kat GEGARAN 1st dulu. Tight band with catchy songs. Showmanship tak se’intense’ mcm G6PD tadi tapi still crowd gila banget…apa dorang ni telan Singha satu container ke atau baru minum POWER ROOT dan menang MOTOR ka???!!!! Muahahaha……..Good performance!!!!


Fifth band – CANIVORA (Bangkok) – band organizer si Fa as a vocalist & guitarist. Sekali nengok macam si Aru (Nemesis/Koffin Kanser) pun ada si Fa ni Cuma Fa ni boyot gemuk je. Tiap kali mat2 u/g Thailand lalu dekat dia mesti dorang bagi tabik atau tunduk hormat…..pergghhh godfather u/g Bangkok ke apa dia ni? Band dia style & sound mcm Sepultura & Soulfly. Semua band members skillful musicians dan lagu2 dorang best banget. Ada gak bawak satu lagu cover Sepultura (ntah apa ke tajuknya..lupa plak gua). Guitar si Fa ni Jackson customs made. Bassistnya pakai jari & setiap lagu dia mesti buat muka garang kat crowd…heheheheh best best best…memang gempak ini Canivora. Depa akan turut main di Konsert D’Selatan #4 di JB hujung tahun ni… aaa..pegi nengok dorang perform kat M’sia nih…..


Sixth band – TRUTH BE KNOWN ( Singapore) – salah satu band jemputan dari luar hari itu selain Negation. Ahli2 band ni adalah bekas2 dari pecahan Narasimha (guitarist & bassist), Kaliyuga (vocalist), Bhellion (guitarist) and drummer gua tak ingat dia dari band mana ntah..,,ada laa….. Naik stage setelah Canivora dgn penuh confident. Mengeularkan sound yg best serta showmanship yg gempak sekali. Crowd dah buat mosh pit lagi sampai tak ingat dunia. Surfing sana sini. Permainan yg tight & professional. Bila time dorang bawak lagu Napalm Death (Suffer the Children) & Slayer (apa ntah lagu dia gua tak ingat), seluruh crowd terpekik terlolong mcm mak hilang anak…terlompat sana sini mcm cacing kena bakor…hahahaha….pendek kata…dlm beberapa saat lagi sure runtuh itu Immortal Bar….gitulah kehebatan band Singapore ini. Mereka juga membawakkan beberapa lagu sendiri and gua dengar ada la ala2 Slayer, Sepultura (before Chaos AD) tapi yg pasti memang sedap banget lagu dorang (check out their myspace (http://www.myspace.com/truthbeknownsg). Dalam masa band ni tgh sibuk perform, gua gi toilet jap sebab nak conteng muka pakai KIWI kasut gua bawak dari KL…muahahahahaha


Last band – NEGATION (Malaysia) – gua & the geng naik stage. Madie & Yore dok sibuk setting guitar masing2, Hezrie dok set-up drum dia, emcee dok sibuk celoteh kat atas stage sementara menunggu Negation sibuk setting barang, gua sibuk tampal banner kat bass drum Hezrie. Lepas abis pasang banner gua berpaling kearah crowd. Dengan muka berconteng satu garis kat muka gua, gua nengok every each one of the guys in the gig. Semua melopong apasal la mamat vocalist ni dok pandang2 mcm nak makan org…hahahahahah…..gua cuba ingatkan dlm diri gua bahawasanya band gua ni sedang bawak nama baik band2 M’sia atas stage tu dan hari ini gua cuba membuktikan band2 M’sia bukan sembarangan. Gua anggap stage tu gua in control. Nobody should take it from me and I can do whatever I want. Sebelum gig tu pun seluruh band members Negation sudah berjanji mau kasi all out showmanship, & kick all the asses in the venue until they won’t forget it for the rest of their metal life. Permainan sudah bermula, seluruh crowd terus menjadi wild and crazy to the core, mosh pit rabak sudah berlaku, body surfing sudah terjadi, crowd terpekik terlolong mcm hari kiamat…..puas nengok crowd macam gitu membuatkan gua lagi beraksi ganas dgn setiap memek muka gua keluarkan. Dlm tgh2 lagu2 kitaorg bawak, gua seperti biasa membaling t-shirt souvenir ke arah crowd…bernasib baiklah sapa yg dapat tu atau bernasib malanglah ia kerana mungkin baju tu dah terkoyak2 dik ditarik rebut2 oleh yg lain..heheheheh. Di bawah adalah list lagu yg kitaorg bawak serta gambor2 kitaorg beraksi atas stage pada gig ini.

- STAND UP (AND FACE THE WORLD)
- FREEDOM PROPAGANDA
- NEVERMIND THE DOG (BEWARE OF THE MASTER)
- DOOM
- MIGHTY DEVASTATOR
- TOWARDS THE FRONT
- ACTION DENIED
- JOURNEY OF EMPTINESS (new song)
- BETTER THAN YOU (new song)
- DAMN OBSOLETE (new song)
- DIGITAL FORTRESS (new song)
- BARKING TO THE HILL (new song)
- DESCENDENT OF STONES (new song)
- CAN YOU GET IT? (new song)
- FEAR IN GREATNESS (new song)
- AUTO-FIERCE MOTORHELL (new song)




Habis gig je & turun dari stage, ramai yg ajak bergambor. Perghh...culture shock kita org ini mcm. Tak pernah terjadi camgini kat kitaorg di mana2. Mungkin dorang appreciate apa yg kitaorg buat kat atas stage tadi kot dgn cuba berkomunikasi dlm Thai, buat beberapa perkara bersangkut paut dgn adat dorang, dan lain2 lagi. Banner kita org, bangle kita org, pick kita org, drum stick kita org, baju yg kita org tgh pakai, semua dorang nak ambik buat souvenir….perghhh..gilak apa ini Thai crowd. In the end kita org bagi drum stick, pick guitar and bangles shj kat dorang. Itu banner tak bole kasi oooo…..ini baju sedang pakai pun tak bole bagi ooo…kang terdedah plak perut yg boroi ni…hehehehe….

Sunday, October 22, 2006

DARK TRANQUILLITY live in Adelaide 16/9/06

Ah… ini merupakan gig pertamaku di Adelaide setelah hampir 3 bulan disini. Aku ketinggalan gig MUNICIPAL WASTE beberapa minggu yang lepas di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan aku sedikit kecewa. Ku harapkan gig ini dapat mengobat lukaku.

‘Doors open at 730pm’. Itulah yang dinyatakan pada iklan gig ini. Aku agak skeptik, samada aku perlu datang tepat pada masanya ataupun membuat anggapan ianya seperti gig-gig di Malaysia, iaitu cakap tak serupa bikin. Setelah mencongak-congak dan kebetulan waktu Isya’ di sini masuk pada pukul 731pm, maka aku membuat keputusan untuk menyelesaikan dahulu solatku dan kemudiannya barulah bergerak ke venue.

Lokasi gig ialah di Unibar, iaitu berada di dalam kawasan tempat aku sedang menuntut setakat ini. Maka tidak menjadi masalah bagiku untuk mencarinya. Sememangnya kawasan universiti ini open to public, malah ianya adalah sebahagian dari Bandar Adelaide. Maka Unibar yang terletak di dalam kampus, selain menjadi tempat rakyat tempatan menghabiskan masa, ianya juga menjadi salah satu venue utama untuk gig-gig seperti ini, local maupun international.

Ya, aku pergi seorang diri.

Aku sampai tepat jam 8pm di kawasan letak kereta. Menyangkakan yang aku agak terlewat untuk menyaksikan opening bands (band tempatan: Double Dragon dan Truth Corroded), langkahku dipercepatkan untuk ke Unibar. Ianya terletak di tngkat 5 di satu bangunan yang bernama Union Building, yakni, bangunan aktiviti pelajar-pelajar di sini.

Ternyata, ‘Doors open at 730pm’ itu sememangnya benar dengan maksudnya. 730pm sekadar pintu dibuka. Dan pada itenari yang ku lihat, show akan bermula pada jam 820pm dengan Double Dragon diikuti dengan Truth Corroded selepasnya sebelum Dark Tranquility mengambil alih selewat 10pm. Dengan sedikit masa yang ada, aku sekadar memerhatikan sekeliling. Ada dalam sekitar 200 orang yang siap sedia di situ. Ku cari-cari juga jika ada sesiapa yang ‘sekulit’ denganku. Agak hampa kerana yang ada sekadar peminat tempatan dan beberapa orang yang lain yang agak tidak tempatan tetapi masih tidak ‘sekulit’ denganku.

Oleh kerana keadaanku yang agak ‘pelik’ aku sekadar ‘hang-around’ di satu korner di dalam venue. Apabila orang bertambah ramai, dan aku disapa “Hey mate!”, aku pun berbual beberapa perkara dengan orang yang menegurku tadi.

DOUBLE DRAGON/TRUTH CORRODED

Kedua-dua band ini mempunyai elemen Metalcore yang kuat walaupun pada suatu ketika vokalis Double Dragon mengejek muzik ‘hardcore’ disambut dengan sorakan para hadirin.
Double Dragon lebih melodic dibandingkan dengan Truth Corroded yang lebih kepada riffs yang ‘chuggy’. Persembahan mereka agak bertenaga, dan aku agak enjoy melihatkan persembahan mereka dengan sound yang tip top. Selain dari persembahan mereka aku juga mengintai equipments yang mereka gunakan. Sayugia diberitahu, mereka membawa ampheads sendiri (Peavey 5150 dan Marshall – tak pasti model apa) yang kemudiannya disambung kepada full stack Marshall amps untuk kedua-dua gitar yang kemungkinan kepunyaan venue. Walaupun begitu, aku terlihat beberapa kotak equipments kepunyaan Derringers Music yang merupakan sebuah syarikat pembekal alat muzik tempatan.

Aku mengesyaki kedua-dua bands juga mempunyai drum set yang sendiri. Semasa Double Dragon beraksi, ada dua buah drum set. Satu digunakan untuk Double Dragon dan satunya di’reserve’ untuk Dark Tranquility. Selesai Double Dragon dengan setnya, drum set tersebut di alihkan yang kemudiannya diganti dengan satu set drum yang baru. Jika benar, maka level ‘profesionalism’ mereka begitu tinggi. Untuk drum set Truth Corroded, ianya dilengkapi dengan full-trigger drum set yang mengambil masa lebih 10 minit untuk proses ‘assembly’.


DARK TRANQUILITY

Setelah selesai kedua-dua band dengan persembahan yang bertenaga lagi bersemangat tibalah masanya untuk Dark Tranquility memulakan set mereka. Aku yang dari awal memang berada di row paling hadapan, menolak diriku supaya melekat pada ‘besi penghalang’ ruangan penonton dan stage, siap sedia dengan kamera digitalku untuk saat-saat yang kritikal.

Dark Tranquility mempunyai seorang technician di atas stage dan kemungkinan seorang soundman yang menjaga soundboard. Aku memerhatikan kerja yang dilakukan oleh technician tersebut. Bermula dengan soundcheck drum dan kemudiannya sound check untuk instruments yang lainnya, gitar, bass, keyboard dan juga microphone. Selain itu, monitors dipastikan agar memberikan bunyi yang sesuai di atas stage. Bukan itu sahaja, beliau juga menyediakan air dan tuala di atas stage, membuka setiap botol-botol air satu persatu dan meletakkan tuala pada tempatnya dengan penuh taat. Keseluruhan masa yang diambil oleh technician tersebut untuk menyelesaikan tugas beliau ialah hampir 20 minit. Dan selama itulah mataku terpacak melihat kegiatan beliau.

Apabila selesai, intro yang panjang dipasang sementara penonton makin berasak ke hadapan. Orang yang hampir 200 tadi kuperhatikan menjadi dua kali ganda antara 400-500 orang. Kekudaku dikemaskan agar tidak tertolak ke belakang memandangkan adanya kuisan dan pergerakan yang seolah-olah mahu mengambil tempat aku yang ‘tepat’ ini.

Ternyata persembahan dari ‘otai’ lebih menunjukkan kematangan dari band openers yang rata-ratanya amatur kalau tidak pun part-timer. Vokalis, Mikael Stanne mengawal penonton dengan jayanya. Bahkan beliau menjadi orang yang paling menonjol di atas pentas. Kawalan growl yang penuh perasaan diselangi dengan gaya-gaya selari dengan lirik yang disemburkan begitu menyemarakkan semangat. Sekali-sekala tangan dihulurkan kepada hadirin yang tidak lenguh-lenguh menghulurkan tangan untuk mencapai badan beliau. Sungguh persisten sekali, seteguh attitude beliau yang kental dengan kemeja lengan panjang hitam yang sinonim dengan Dark Tranquility. Buckle RUSH yang besar dengan seluar yang agak fit seakan-akan mengingatkan aku kepada penyanyi rock tahun 70 an.

Paling senyap tetapi penuh konsentrasi, sudah tentulah drummernya Anders Jivarp yang menghentak drum dengan konsistensi ala-robot. Setiap pukulan yang kalau didengar dari CD seakan-akan begitu payah, di-execute dengan on-the-dot accuracy. Walaupun seseorang itu bukan seorang drummer tetapi melihat beliau beraksi pun sudah cukup menarik dan menghiburkan.

Aku sebagai peminat gitar GIBSON Explorer, sudah tentu menumpukan banyak perhatian kepada Martin Henriksson, yang pada separuh pertama menggunakan gitar tersebut sebelum bertukar kepada GIBSON LP. Nampak gaya gitaris DARK TRANQUILITY menggunakan GIBSON. Pasangan beliau, Niklas Sundin pula menggunakan GIBSON SG.

Ah… pengalaman yang begitu menghiburkan. Mungkin gambar-gambar yang dipaparkan lebih bermakna dari tulisan yang sepanjang ini.



Tuesday, September 05, 2006

METALLICA Some Kind Of Monster DVD


Apakah yang membuatkan seseorang itu, atau dalam kes ini, satu band ini menjadi raksasa? Adakah jualan keseluruhan album yang mencecah 85 juta unit seluruh dunia, ataupun ego yang melebihi segala ego yang ada? Kedua-duanya adalah jawaban yang betul dan ianya terjawab dengan DVD ini.

METALLICA, satu nama yang sudah memasuki semua lingkup ruang yang ada. Tiada tempat yang bebas dari nama ini. Baik yang tua maupun yang muda. Baik yang peminat setia, pembenci setia ataupun yang menyalah labelkan mereka sebagai pengasas muzik Black Metal. Semua kenal akan nama ini.

Persoalannya, sejauh manakah perkenalan itu?

DVD ini seolah-olah merangkap segala persoalan tentang band rock terbesar di dunia ini. Hubungan persahabatan bermula sejak album Kill Em All dengan persembahan kecil di pub-pub hinggalah melewati arena yang terbesar di dunia, etika sebagai satu band rock n roll, harapan golongan korporat untuk album batu yang bakal terjual sejumlah jutaan unit, krisis dalaman yang menghantui individu berkenaan dan, pelbagai lagi jenis persoalan (perkenalan); hampir terjawab dengan DVD ini.

Ini adalah dokumentari yang berkisar tentang pembikinan album St Anger yang samada percaya atau tidak mengambil masa hampir dua tahun untuk siap. Begitulah juga proses rakaman dokumentari ini mengambil masa yang sama. Dari permulaan studio yang dipilih di bangunan tentera, kemudian berpindah ke lokasi lain akibat vibe yang tidak selari dengan nafas Metallica, kita dibawa bersama untuk menikmati, hari-hari yang berlalu bersama mereka.


Produser dan orang tengah (seorang pakar motivasi, yang dilantik oleh label) menjadi ‘integral part’ di dalam Metallica. Walaupun ianya sebagai pelakon tambahan tetapi kemunculan mereka begitu penting sekali demi untuk siapnya album St Anger. Produser, Bob Rock juga meletakkan line bassnya dalam album ini sementara ‘pakar motivasi’ bertindak sebagai penyejuk bicara, juru runding dan tukang pujuk jika berlakunya perbalahan antara Lars dan Hetfield.

Hubungan persahabatan kadang-kadang boleh menjadi begitu ‘superficial’ seolah-seolah mereka tidak kenal-mengenal sesame sendiri walaupun berada di dalam sebuah band yang sama melebih 20 tahun akibat dari satu fitrah manusia, iaitu ego. Ego ini hampir memusnahkan band ini dan bagaimana ianya boleh menyebabkan kerosakan yang sebegitu besar, dapat dianalisis melalui DVD ini.

Manakan tidak, apabila menawarkan jawatan bassist sebagai pengganti Jason Newsted kepada Robert Trujillo, mereka meletakkan harga US$1 juta dengan selamba. Jika wang ringgit sudah tidak menjadi masalah lagi kepada mereka, bolehlah kita agak-agak ego mereka sebesar mana.

Namun di sebalik itu, masih kelihatan semangat yang mendalam dalam diri mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka kepada label yang mereka telah letakkan janji dan juga kepada peminat yang setia menunggu. Album St Anger, yang penuh dengan suka duka, termasuklah kehilangan hampir setahun Hetfield di dalam pusat pemulihan akhirnya terjual juga. Bolehlah dikatakan bahawa intipati album St Anger ini adalah kronologi kepada dua tahun pembikinannya dengan bayangan lebih dari 20 tahun evolusi band ini.

Konflik, suka duka, ego dan satu pencapaian adalah antara elemen yang boleh disimpulkan dalam DVD ini yang merungkai apa itu sebenarnya METALLICA!

Monday, September 04, 2006

IRON MAIDEN A Matter of Life And Death

Seperti juga dengan album SEARCH yang terbaru, album ini juga ku tunggu dengan penuh debaran. Manakan tidak, antara banyak-banyak band, kedua-dua inilah yang selalu ku ekori. Walaupun ada ketikanya album mereka tidak seperti yang ku harapkan tetapi ia tidak menjejaskan harapanku kepada mereka. Setelah kembalinya Bruce Dickinson dan Adrian Smith di dalam dua album sebelumnya, Brave New World (BNW) dan Dance Of Death (DoD) (juga dengan album live Rock In Rio), kadang-kadang aku merasakan, inikah masanya mereka kembali jatuh? Dua album yang kuat dan kukuh, bagaimana mahu melepasinya dengan album yang seterusnya.

Ternyata debaran aku menipu diriku. Album ini terus meletakkan IRON MAIDEN sebagai band tersohor di lubuk kalbuku. Semenjak aku mengenali mereka dari album Powerslave pada tahun 1984 hinggalah sekarang, mereka tak pernah luput dari hatiku.

Bahkan yang memeranjatkan, aku berpendapat yang album ini melepasi album BNW dan DoD! Sekejap biar ku periksa kembali kenyataan ini samada ianya tiba-tiba keluar atau sesuatu yang aku yakini. Ya! Sangat ku yakin. Album ini lebih baik dari dua album sebelumnya.

Berbeza dengan kedua album tersebut, album ini lebih gloomy dan depressive. Kurang agresif. Lebih spiritual! Ah… nampaknya usia mula mengorak langkah di dalam Iron Maiden. Walaupun ianya mula terbibit semasa album The X-Factor bersama Blaze Bayley, konsep seperti ini seperti natijah kemunduran mereka (aku menulis dengan berhati-hati kerana pada diriku, zaman Blaze juga agak strong dan meyakinkan – mungkin pendapat majority tidak menyebelahiku). Elemen agresif mula timbul kembali setelah kembalinya Bruce dan Adrian.

Satu perkara yang agak mengejutkan, album ini, lantaran disebabkan elemen gloomy dan depressive yang nyata, seolah-olah membayangkan Blaze dengan bertopengkan Bruce! Ah… rasanya aku seperti mengigau tapi itulah yang aku rasa begitu kuat sekali setelah berulang-ulang mendengar album ini. Lagu The Reincarnation of Benjamin Breeg seolah-olah bertajuk The Reincarnation of Blaze Bayley. Mungkin itu perasanku sahaja. Adakah anda pun merasa begitu? Mungkin aku perlu minum kopi dulu sebelum meneruskan tulisan ini…

Ku ulangi, album ini padaku adalah antara album yang paling spiritual dalam sejarah Iron Maiden. Beberapa lagu yang berkisar tentang pengharapan spiritual terdapat dalam lagu The Pilgrims, Lord Of Light dan For The Greater Good Of God begitu kuat elemen spiritualnya. Steve Harris pun di dalam video The Early Days ditanya mengenai pegangannya, beliau mengaku beliau adalah Kristian. Namun tidaklah mahuku kaji lirik-lirik tersebut samada ianya menyoal dalam intonasi negative atau positive, yang pentingnya ia berkisar tentang spiritual. Ku rasa, pada satu tahap, banyak persoalan-persoalan yang sebelum ini dianggap remeh menjadi semakin penting apabila badan dimakan usia.

Trademark twin gitar (atau triple) yang menjadi asset paling berharga dalam setiap album mereka telah digunakan dengan baiknya. Aku senantiasa menunggu-nunggu sampainya di bahagian yang mana twin-gitar melodi ini dimainkan. Yang aku pasti dalam album ini, elemen tersebut paling baik dimainkan dalam lagu For The Greater Of God, disulami dengan korus Bruce. Teranyam dengan sempurna sekali. Maka, tidaklah menjadi satu yang menghairankan jika lagu ini juga menjadi lagu paling kusuka di dalam album ini.


Dengan album sebegini baik, tidak boleh ku jangka sampai bila IRON MAIDEN akan berterusan. Album mereka, paling tidak pun OK. Tiada album yang buruk. Untuk berada di atas ketinggian sebegini bukannya mudah (ah sekejap… gitar melodi twin yang sedap dah datang balik – aku sedang mendengarnya… fuh sedap sungguh!).

IRON MAIDEN, yang tidak pernah menghampakan. Sabar dengan karenah peminat yang pelbagai fe’el dan harapan. Kadang-kadang dicaci dan dikeji tetapi sebagai satu band yang telah diuji dengan masa dan pengalaman, itu bukan factor untuk berundur. Sebaliknya, disaji dengan satu album yang akan melembutkan hati mereka yang skeptik dan tidak ingin percaya terhadap band ini. IRON MAIDEN, kerana inilah korang tetap menjadi pujaan hatiku!


p/s: semua imej diambil tanpa kebenaran dari www.ironmaiden.com

Monday, August 28, 2006

SEARCH Gothic Malam Edan

Pertama kali aku dengar album terbaru Search ni, aku seakan-akan tergamam. Tergamam kerana tak tau nak kata apa. Bukan terkejut. Bukan kecewa. Rasa macam blanked out. Pertamanya, aku memang tak expect anything macam zaman Kid/Din sebab depa dah out. Album ni Hillary yang main gitar. Mungkin aku tak boleh nak jangka apa-apa pun sebab zaman Hillary bersama dengan Search dah berlalu hamper 20 tahun. Sekarang beliau kembali.

Track pertamanya, Memori Ana agak menggamamkan. Kerana kombinasi sound gitar dan bass yang berat. Lebih Metal dari rock kangkang. Tidak seperti yang ku harapkan apabila Hillary kembali kerana apa yang diwar-warkan oleh Search sendiri ialah mereka akan kembali kepada asas. Asas yang mana?

Namun ianya tidaklah mengecewakan. Mungkin kerana identity Amy masih kekal dan tegar dalam album ini. Ia segera mengingatkan kembali bahawa ini adalah Search. Walaupun aku terdengar bisikan, “ini bukan Search, ini album solo Amy”. Namun apabila ku teliti lagi, masih terdengar trademark Search (yang entah aku pun tau nak single out apa ianya).

Mungkin album ini agak depressive seperti zaman Karisma dan Rampage. Walaupun begitu, identity rockish dan guitar hook yang catchy masih menjadi elemen terpenting dalam album ini. Kehadiran ‘chairman’ M Nasir memang tak perlu dinafikan lagi. Lagunya memang sekali tangkap. Sekali dengar, aku tau, ini lagu M Nasir. Nampak formulationnya. Aku tak kira, apa orang nak kata tapi lagu M Nasir memang kelas dalam album ni.

Seperti album-album terdahulu, Search juga meneruskan tradisi eksperimental mereka. Pada lagu Ampun, permulaan sampler drum pada awal lagu begitu mengingatkan aku pada Dewa 19. Aku tidak mengatakan ini tidak baik tetapi ini menunjukkan yang Search tidak meletakkan diri mereka terhimpit pada dinding yang sama.
Tetapi dalam banyak perkara di dalam album ini satu saja yang aku rindui iaitu kombinasi gitar twin-attack Kid dan Din di mana pada verse yang sama Din menjurus ke satu arah sedangkan Kid memberikan bunga kepada rhythm Din (boleh paham?). Ini normal disebabkam hanya Hillary seorang sahaja yang memenuhi tempat Kid dan Din. Cuma lagu Yin & Yang sahaja yang aku dengar mempunyai elemen tersebut. Mungkin tidak cukup bagiku.

Produksi sound memang first class seperti album-album sebelumnya. Standard yang tinggi dengan adunan yang baik dan jelas. Ia tidak menyakitkan telinga apabila di pasang kuat menggunakan earphone.

Search telah kembali dan mereka tidak mengecewakan. Album ini walaupun tidaklah seperti yang diharapkan ketika Kid dan Din bersama tetapi masih meneruskan tradisi Kid dan Din dengan beberapa perubahan untuk menyelesakan kehadiran Hillary. Jadi, asas yang menjadi persoalan telah terjawab. Ini adalah asas Search sebagai band rock tersohor di Malaysia. Aku rasa Search mengambil langkah bijak dengan tidak menjadi retro kepada album Langit dan Bumi dan Mentari Merah di Ufuk Timur tetapi terus ke hadapan untuk relevan pada generasi Rock kini dan mendatang.

Thursday, August 24, 2006

BLACK METAL ITU MUZIK, AYAH PIN ITU AJARAN SESAT

Berikut adalah komentar yang ku tulis mengenai isu Black Metal yang telah disiarkan oleh Ekstrim.info http://www.ekstrim.info/main/modules/articles/article.php?id=13


Isu Black Metal sekarang sedang hangat diperkatakan sejak ia disensasikan oleh media. Antara isu yang dikaitkan dengan muzik Black Metal ialah ianya seperti satu golongan manusia yang menyembah syaitan dan menghina agama. Black Metal secara dasarnya disensasikan sebagai satu entiti seperti ajaran sesat. Ianya dikatakan mempunyai ajaran tertentu, mempunyai ketua dan mereka semua menyembah syaitan. Benarkah begitu?

1. Pertama sekali, perlu ditanya, apakah itu Black Metal? Adakah ianya muzik ataupun ajaran?

Kalau ianya satu ajaran, apakah ajaran-ajarannya? Kitab mana menjadi sumbernya? Siapakah tokoh ajarannya? Dan bagaimanakah cara ritualnya?

Jika ianya satu muzik, apakah bentuk muziknya? Siapakah pelopornya?

Yang boleh dijawab sudah tentu jika ianya muzik. Kita tahu secara amnya, muzik Black Metal itu dengan bunyian gitar dan paluan drum yang keras. Dan juga boleh disimpulkan yang muzik Black Metal dipelopor oleh VENOM melalui album yang bertajuk Black Metal. Kita dapat mensahihkan perkara ini kerana ianya muzik.

Tetapi jika kita mendefinasikan ianya sebagai ajaran, sila jawab soalan-soalan yang terpapar di atas. Jika ianya dianggap sebagai satu ajaran, sudah pasti tidak ada sumbernya yang sahih. Melainkan berkiblatkan kepercayaan-kepercayaan (dipercayai) dan perkataan-perkataan (dikatakan) media yang mensensasikan isu ini.

Jelasnya Black Metal adalah sekadar muzik yang keras dan bingit. Liriknya bertemakan kegelapan, mistik dan tahyul. Eh, Jangan terkejut ataupun, jangan buat-buat terkejut. Mengapa mesti terkejut? Bukankah mesej ini juga yang selama ini disensasikan oleh sebuah majalah tabloid sebelum ini? Cerita hantu kubur, hantu bungkus, manusia jadi batu, keramat dan dongeng. Dan tidakkah dengan mensesasikan isu kegelapan, mistik dan tahyul Black Metal ini adalah selari dengan konsep majalah tersebut?

Mesej tentang kegelapan, mistik dan tahyul bukannya satu yang asing bagi masyarakat kita. Cerita dongeng dan cerita orang tua-tua pun kadang-kadang penuh dengan mesej tersebut. Contoh mudah; jika memasuki satu kawasan hutan, bukankah kita pernah disuruh untuk meminta izin dari hantu jembalang yang dipercayai menghuni kawasan tersebut? Adakah ini Black Metal?

Begitu juga dengan filem-filem seram yang sekali tengok seolah-olah menyuruh kita mempercayai bahawa hantu syaitan itu berkuasa. Boleh membawa kebaikan atau mudarat. Bukankah ini satu yang berlawanan dengan akidah? Tidak payahlah saya menamakan filem-filem tersebut kerana bukankah kita juga yang menontonnya? Adakah ini juga Black Metal?

Beza antara medium yang disebutkan tadi; cerita-cerita, filem-filem dan muzik adalah kita sendiri! Ianya hanya sekadar cerita, filem dan MUZIK! Persamaannya adalah mesej yang disampaikan. Sedangkan mediumnya berbeza. Tetapi matlamatnya tetap sama. Entertainment!

Jika seseorang itu menyembah syaitan, minum darah kambing dan memijak Al-Quran, maka ini bukan muzik. Ini ajaran sesat!

Muzik dan ajaran sesat. Dua perkara yang berbeza. Ajaran sesat, benar begitu tetapi bukannya ajaran muzik (Black Metal).

2. Kebanyakan dari muzik moden yang dicelup dari Barat memang tidak sesuai dengan masyarakat kita. Tetapi apabila ianya dipersembahkan oleh segolongan dari kita sendiri ianya telah disesuaikan dengan jatidiri. Muzik rap dan hip-hop mengidolakan gangsterisme dan seks bebas di Barat. Tetapi adakah ianya benar disini? Sudah tentu tidak! Pemuzik-pemuzik rap dan hip-hop tempatan telah membawakan mesej-mesej yang bersesuaian dengan keadaan tempatan. Begitu juga dengan muzik Black Metal, ianya telah disesuaikan dengan keadaan tempatan. Jika di Barat Black Metal dipelopori oleh mereka yang tidak beragama, di sini ia tidak begitu! Band Black Metal tempatan yang dikenali ramai membawa mesej-mesej ketimuran, dongeng Melayu, anti-peperangan bahkan pro-Palestin! Jika muzik berat sebegini mempunyai mesej positif, adakah ianya boleh dikategorikan sebagai nasyid? Jika tidak, mengapa cabang muzik rap, hip-hop pula boleh diterima?

Betulkah begitu keadaannya di negara kita? BENAR! Jika anda sendiri yang menyelidikinya dan tidak bergantung kepada sensasi media, pasti anda akan menemuinya begitu.

Lagi satu, bukan semua muzik keras itu Black Metal. Baru-baru ini sebuah gig (konsert mini) di Kuala Lumpur telah diserbu atas sebab disyaki menganjurkan konsert Black Metal. Untuk pengetahuan anda, konsert itu tidak ada satu pun band Black Metal. Konsert tersebut ialah konsert Hardcore dan Metalcore. Beza tu!

Atau, adakah anda memang tidak menyukai muzik keras sebegini? Kalau anda tidak menyukai disebabkan ianya tidak sesuai dengan citarasa anda, tidak bermakna muzik ini perlu dihukum. Muzik juga seperti teknologi, ianya sentiasa berkembang. Dan muzik ini luas! Mungkin 10 tahun akan datang, penulis sendiri tidak akan dapat menghayati muzik yang wujud ketika itu, tetapi nasihat untuk penulis juga, sudah pasti penulis tidak mahu menghukum mereka semata-mata kerana penulis tidak memahami muzik tersebut.

Penulis bukanlah penyokong tegar muzik Black Metal tetapi penulis adalah peminat muzik Metal yang telah lama mendengar muzik sebegini. Dan salah satu cabang Metal ialah Black Metal sendiri. Tujuan artikel ini ditulis adalah semata-mata mahukan kebenaran. Pada sesetengah pihak, terutamanya golongan lebih 40an, mereka menyangkakan Metal itulah Black Metal dan Black Metal itulah Metal. Kita boleh tanya, apakah bezanya Black Metal dengan Thrash Metal? Apakah bezanya Heavy Metal dengan Speed Metal?

Akibatnya nanti, mereka yang tidak bersalah juga dicop sebagai pengikut ajaran Black Metal. Sedangkan berpakaian serba hitam, rambut agak panjang dan memakai t-shirt dengan gambaran band yang diminati itu adalah imej kebanyakan peminat Metal. Jika mereka ditahan kerana disyaki pengikut ajaran Black Metal, tidakkah huru-hara jadinya nanti?

Wednesday, August 23, 2006

KRENMAUT revived... as a blog?

Alhamdulillah

Aku telah email kepada Ajak Dethkren (Ultra Hingax Production) mengenai cadangan untuk menghidupkan kembali KRENMAUT zine dalam bentuk blog. Beliau bersetuju!

Untuk pengetahuan kalian, KRENMAUT zine sempat meriliskan dua isu semasa hayatnya pada tahun 1992-1994 (kalau tak salah) dan ia merupakan antara zine Metal underground terawal di Perak. Ketika itu editornya terdiri daripada aku, Ajak Dethkren, Bearkey (ex-Athortorgh, ex-Profane Creation) dan Rizal Hafez (Vulga -RIP). Isu 3 sempat berjalan di tahap draf sahaja kerana pada ketika itu hanya aku dan Ajak saja yang komited. Masalah timbul apabila usaha untuk mencetak secara professional tidak kesampaian menyebabkan ianya langsung tidak diriliskan.

Oleh dari itu, KRENMAUT edisi blog ini tidak mempunyai format tertentu. Tulisannya berbentuk bebas sesuai dengan suasana blog tetapi mengekalkan aliran Metal sebagai tajuk utama. Diharapkan blog ini akan mengandungi:


1. critiques

2. reviews

3. thoughts

4. ramblings

5. news analysis

Etc…

Walaupun begitu, ini tidak bermakna kami tidak akan menggunakan tulisan orang lain. Sebaliknya kami mengalu-alukan sebarang bentuk tulisan dan kami akan masukkan ke dalam blog ini jika sesuai. Kredit akan diberikan kepada penulis.

A new dawn in local Metal literature? Let’s hope so!

Friday, August 18, 2006

Satu introduksi

Assalamuallaikum

Tak tau lah ini dah blog ke berapa yang aku dah start. Semua tak menjadi. Mungkin kali ni menjadi. Sebab kali ini aku letakkan konsep muzik Metal dalam blog ni, dengan pengkhususan Metal scene tempatan. Walaupun sekarang ini aku berada di Adelaide (sambung belajar) tapi maklumat tentang gerakan scene tempatan aku dapat melalui http://forum.metalterus.com.my/ dan http://www.metalterus.com.my/. Aku aktif dalam forum tersebut dengan nickname Metal Muslim.

So dalam blog ini, mungkin aku akan letakkan pelbagai perbincangan, diskusi dan fikiranku tentang hal yang berkaitan dengan objektif blog ini. Aku akan cuba tulis sesuatu perkara dengan skop yang paling tepat supaya yang membaca tak salah faham.

Selalunya orang salah faham dengan tulisanku dalam forum. Selalunya bila masa bab “mengkritik”. Sesetengah orang mengatakan kritikan aku menjatuhkan sedangkan apa yang aku tulis menunjuk kepada bahagian yang dikritik dan kenapa ianya dikritik. Mungkin budaya “mengkritik” masih baru dalam scene tempatan. Lupakan dulu perkara ini. Ianya akan dikupas dengan lebih lanjut pada masa akan datang.

Blog ini adalah sekadar pandanganku sebagai peminat muzik Metal. Ianya tiada kaitan dengan LANGSUYR http://langsuyr.metalterus.com.my/ ataupun karierku sebagai seorang pensyarah. Aku meletakkan minatku aku ini tak lebih dari seseorang yang mempunyai hobi memancing. Dengan lain perkataan, aku adalah manusia biasa. Melakukan kesilapan di dalam mencari kebenaran. Well, bukan kebenaran sebenarnya sebab kita bercakap tentang muzik yang sebenarnya adalah subjektif. Tiada yang benar mahupun salah. Tetapi pandanganku, of course di dalam lingkungan seorang Muslim.

Sebagai penyokong kuat “gerakan” Eastern Metal, maka hal-hal berkaitan dengan eastern Metal juga akan menjadi topik hangat dalam blog ini. Tulisanku mungkin akan mempunyai format yang tidak formal, dan kadang-kadang mungkin agak analitikal.

Rasanya cukup sampai di sini sebagai permulaan. Jika ada di antara tulisanku ataupun perbincangan di dalam blog ini menarik perhatian kalian dan kalian ingin menggunakannya, jangan lupa memberi kredit kepada blog ini.

Wassalam!