Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, December 04, 2014

Beberapa posisi Ismail

Ismail: Bapak, pasang lagu.

Bapak: Lagu apa?

Ismail: Emmm... Dream Theater.

Bapak: OK...

(Pilih kat rak cd beberapa ketika... hmmm apa album mau pasang ni?)

Playing DREAM THEATER A Change Of Seasons CD.

 


Dah tidur, saya akan usher dia masuk bilik dan ruang ini kembali menjadi milik saya :)

Friday, July 11, 2014

Isa no 1



Alhamdulillah. Anak ke-4 saya yang berumur 7 tahun bernama ISA telah mendapat no 1 dalam kelas Tahun 1. Perasaan gembira ini saya kongsikan dengan rakan blog sebab saya sendiri tak pernah seumur hidup dapat no 1 di dalam alam persekolahan.

Dan ini adalah salah satu JOY sebagai seorang Bapak.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang lain kerana memberikan sokongan dan platform yang sesuai untuk Isa mendapat keputusan ini. Semoga kejayaan ini berterusan dan menjadi inspirasi kepada yang lain untuk berjaya.

Selain dari berbangga, sebagai Bapak kepada budak ini, dahi pun berpeluh sebab nak mengkotakan janji hadiah no 1 *selidik dompet secara perlahan-lahan*

Monday, October 28, 2013

Gig: Upin & Ipin Live at UTP 26/10/13

Crowd mula ke depan

the moshpit

Kejap lagi nak stagedive. My son on the stage!

Fangirl tak jadi fan tengok Upin (ke Ipin) besar sangat. Dalam TV nampak kecik je.

Thursday, November 01, 2012

Surat Bapak


Lately I've been busy with work outstation. I guess, this kind of situation was rare 10-15 years ago? Time changes and so do the scope of work.

Even the next few weeks I have to plan properly for outstation. The kids were unhappy. Obviously they though I went for holidays (see pic above by Sumaiyyah) such as my last trip to Surabaya attending a conference.

Last night, Ismail cried knowing I am going to the US next month for another business trip. He asked if he could follow and giving me his piggy bank for the money. I told him that it is not possible as I am going not for pleasure. I wish he could understand.

For that, I also have to plan for a real vacations at the end of the year. Though I cannot pay much for an overseas trip but the time spent together that counts. Any suggestion for a trip for 5 kids (9months old to 12y.o.)?



Wednesday, August 29, 2012

Wordless Wednesday: Mama dan Papa

 Sudahkah anda mendoakan untuk Mama dan Papa anda?

Sunday, July 01, 2012

Aquaria KLCC





Saya tahu aquaria bukanlah satu tempat yang unik. Banyak negara yang dah ada.

Ada orang berkata dengan sinis, kita meniru Singapore yang bertahun-tahun lebih awal sudah membinanya.

Tetapi apa-apa jenis aquaria memang menyeronokkan. Sekurang-kurangnya kita tidak perlu pergi jauh untuk menikmatinya. Harga tiket memanglah mahal tetapi berbaloi.

Cuma tak boleh selalu. Setahun sekali mungkin.


Wednesday, June 27, 2012

BBQ


Semasa di Adelaide, Australia - aktiviti BBQ adalah the way of life. Ini kerana Australian berBBQ di musim panas.

Orang Melayu di Adelaide berBBQ tak kira musim. Keempat-empat musim berBBQ.

Berbeza dengan Malaysia. Malas sikit.

Tetapi sekali-sekala malas tersebut terpaksa dilawan apatah lagi anak-anak 5 hari bertanya, "Bapak, bila nak buat BBQ?"

Friday, December 09, 2011

Cencurut dalam jug

Cencurut ni dah beberapa minggu menyorok dalam rumah.

Tiba-tiba bila anak buka peti ais, cencurut tu ada dalam jug air! Bagaimana dia boleh jatuh masuk dalam jug tu DAN di dalam peti ais, hanya Allah s.w.t. yang Maha Mengetahui.

 The cencurut.

 Sedang fikir nak buat apa dengan cencurut ni

Apa kata kalau kita minum air cencurut?

Tuesday, December 06, 2011

Rumah updates

Dilema rumah 3rd world countries... sepesen je.

Porch besar... boleh tambah beli 14 biji kereta (mainan) lagi haha...

Check kot nak jadi tanah runtuh ke...

Bila la nak masuk entah... *sigh*

Tuesday, November 29, 2011

Air show di Subang Skypark 27 November 2011

Sebenarnya Isa (yang bongsu) batuk dan isteri pun tak berapa sihat. Tapi mereka nak pergi juga (saya pun). Jadi redah juga. Bermalam di rumah adik perempuan di KL.

"Semangat kuat, badan tak lalu", kata saya kepada isteri.

"Kerana anak-anak...", jawab isteri. Perjalanan dari Tronoh ke KL dia muntah 2 kali dalam kereta. Maklumlah, 6 bulan mengandung.

Semasa mencari tiket masuk yang saya tak nampak kaunternya, saya bertanya kepada seorang lelaki.

"Assalamuallaikum, mana nak beli tiket?"

"Nak tiket? Nah saya ada extra 4 keping. Kaunter kat sana..."

Dapat tiket free. Jazakallah khair. Kat kaunter beli satu je lagi tiket RM5. Isa bawah 6 tahun masuk percuma.

Oleh kerana ada yang tak berapa sihat, kami habiskan masa sejam setengah je di situ. Overall, tak berapa menarik sangat. Kapal terbang dan helikopter in display kurang 20 biji. Nasib baik ada daredevil show (one pilot) yang buat kita menganga tengok ke langit.









Ismail

Err..

Isa

Saturday, October 22, 2011

Ulangtahun Perkahwinan ke-12


Saya dan isteri tidak menyambut hari lahir masing-masing kerana ia tiada makna. Juga insyaAllah, kami harap tiada antara zuriat kami yang sambut hari kematian kami pula.

Yang kami sambut ialah hari yang bermakna bagi kami iaitu Hari Ulangtahun Perkahwinan kerana inilah hari yang penuh dengan makna. Sebanyak mana kami gotong royong untuk keluarga ini, dan kekal kukuh di dalam ikatannya, maka memang wajar ia disambut.

Ianya adalah kerja keras. Pemahaman. Ulangkaji. Tolak ansur. Budi pekerti. Tanggungjawab. Ujian. Dugaan. Kejayaan. Ketawa. Senyum. Sedih. Dedikasi. Tunjuk ajar... macam-macam hal. Cinta tidak boleh datang dan berdiri dengan sendiri tetapi perlu dibaluti dengan pelbagai rempah ratus untuk memastikan ianya kekal utuh.


Tahniah (ucap pada diri sendiri dan isteri). You've made it this far!

Dengan sokongan anak-anak; Isa, Sumaiyyah, Ismail dan Iman (korang ni posing la senonoh sikit... ih ih ih...). Oh lupa, juga baby dalam perut wife ;)

Sunday, October 09, 2011

Masa berkualiti hujung minggu

Tidak. Masa kualiti bukan lepak rumah dan masing-masing buat hal masing-masing.

Masa kualiti ialah -

1. Sarapan kat luar ramai-ramai satu family.
2. Bersiar-siar di taman tasik UTP (bagi makan ikan)
3. Bawa ke ofis (saya pun tak faham, anak-anak suka sangat nak pergi ofis bapaknya)

Walaupun cuma 3 jam, tetapi memang rasa puas.

 Pagi yang nyaman. Jarang nak dapat pagi yang tak panas macam hari ini.

 Apa yang pelik hehehe...


 Playground untuk kanak-kanak pun ada.

 Feeding time!

 Ikan apa ek? Saya buta spesies ikan.

 Kat ofis.

 Malu la... kata Ismail

Isa dengan Sumaiyyah memang peminat setia ofis Bapak.

Wednesday, September 14, 2011

Tunggu kunci rumah


Siap juga akhirnya. Tunggu kunci rumah dalam masa terdekat ni.

Tesco pun dah nak siap. Secret Recipe pun dah bukak. Dalam 10 tahun lagi rasanya jadi macam bandar Skudai, Johor le nampaknya.  Skudai tu pun sebab ada UTM. Sini ada UTP, UiTM dan bakal dibina Kolej Perubatan. Memang kawasan ni telah dirancang oleh kerajaan negeri untuk menjadi education hub.

So sementara keadaan sekeliling tenang, nikmatinya. Nanti dah sibuk - boleh fikir nak beli tanah dusun pula. Tapi jarang kes orang bandar jadi orang kampung but we'll see.

Lokasi: Bandar Universiti, Seri Iskandar.


Thursday, July 21, 2011

No 5

Tak boleh nampak apa pun.

Tapi, ianya no 5. Be strong my love.

Kepada pembaca Krenmaut, please make doa for my wife dan kandungannya.

Monday, May 02, 2011

Berkuala di Parit Baru

 Posing URTV untuk Mama Juwie...

 Tiada adegan tak senonoh berlaku...

 Tranquility...

Isa (habit sekarang pakai baju sejuk tengah-tengah panas - sekarang kat Adelaide sedang menuju ke winter)...

*Parit Baru ialah sebuah pekan kecil (hampir koboi) yang terletak beberapa km dari Sungai Air Tawar. Sungai Air Tawar pula terletak 15km dari Sabak Bernam.