Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Majalah. Show all posts
Showing posts with label Majalah. Show all posts

Wednesday, April 04, 2012

Wordless Wednesday: Newsweek THE BEATLES!

Dah beli ke? RM15. Jangan sampai menyesal jika terlambat ;)

Thursday, March 31, 2011

Majalah online percuma untuk drummer iDrum


They say that change is always good, especially if it is for the better. And, just how much better can it be than to be reading a fully interactive digital drum magazine?

The huge amount of video material contained here within iDrum features interviews with some of the finest players from around the world. You will also find plenty of tuition, designed to make you a better, smarter player. There will be reviews of the latest products as well as CD and DVD reviews. To help you get started with this new format we feature a ‘How To Use iDrum’ section so that you get the best out of this incredible digital magazine.

Just so we stay on the right track, feel free to contact us and let us know what you think of the features,
reviews and tuition that iDrum will carry.

On this website you will find information on the latest edition, blogs and a forum giving you the chance to interact with other readers of the magazine and build a great community of fellow drummers!

In the meantime, I sincerely hope that you enjoy this first edition of iDrum magazine.
Cheers,
Ian - Editor

Klik SINI.

Friday, December 26, 2008

Kerrang Legends issue: METALLICA

Selepas IRON MAIDEN, nampaknya METALLICA pulak jadi flavour of the month. Mana-mana je toleh, pasti nampak METALLICA. Especially majalah. METALLICA, METALLICA, METALLICA...

Majalah Kerrang! pun ambil kesempatan dengan publisiti tersebut, rilis sebuah isu khas untuk METALLICA. Kerrang! Legends bersama METALLICA.

Dalam isu khas ni, Kerrang! kupas dengan detail sejarah METALLICA sejak dari awal penubuhan sehingga berita mutakhir. Mungkin semuanya bukan original. Dan kalau die-hard, pastinya sudah tau kebanyakan cerita dalam kelambu METALLICA ni. Tapi bagi peminat amatur, pastinya ianya pembuka mata.

Evolusi METALLICA dari sebuah band garage menjadi band terbesar dunia pastinya satu keajaiban. Mereka bukan band tangkap muat seperti kebanyakan band yang dok ada sekarang ni. Mereka juga bukan band yang dicipta oleh produser dan syarikat rakaman. Mereka truely, ordinary guys... playing music. Alih-alih nasib menyebelahi mereka dan mereka jadi besar macam sekarang ni.

Of course, bukan nasib je. Usaha mereka pun dasat tu. Nak ikutkan Lars Ulrich tu senang-senang boleh ikut jejak langkah bapak dia jadi pemain tenis tersohor Denmark. Dan Hetfield errr... boleh jadi redneck koboi... Mustaine pula boleh stay jadi drug dealer sepenuh masa.

Pada aku, mereka begitu determined. Terutamanya dua teraju utamanya, Ulrich dan Hetfield.

First time METALLICA appear di Donington (Monster of Rock) di hadapan 80,000 penonton pada tahun 1985, diorang kena baling dengan botol dan sampah sarap dari crowd. Apa nak kata, headliner pun ZZ Top dan Bon Jovi. Muzik METALLICA masa tu kira alien. Nak pulak Hetfield jerit kat crowd, "If you came here to see spandex and f**kin' eye liner... this ain't the fuckin band!" Apa lagi... makin marah le crowd hehehe...

Sekarang amacam? Donington tu senang-senang je boleh kasi penuh dengan satu band je. METALLICA.

Of course kematian Cliff Burton adalah tragis. Boleh kata semuanya sepakat bahawa bangkitnya METALLICA sebagai fenomena kerana karisma beliau. Imej rebel dan don't care tu boleh kata banyak inspired dari beliau. Zaman tu, beliau pakai jaket jeans dan seluar bell bottom, sesuatu yang paling tak trendy masa tu. Nak ikut imej, memang tak sesuai. Tapi apa nak kata, beliau tak peduli apa orang kata.

Bayangkan album Load/Reload kalau Burton masih ada? Adakah beliau akan pakai ala mafia seperti bandmates yang lain?

Anyway, kemasukan Jason Newsted seolah-olah untuk meneruskan perjalanan METALLICA je. Tak lebih dari itu. Beliau masih jadi orang asing selepas beliau keluar dari METALLICA, 15 tahun kemudiannya. Album ...And Justice For All pun tak kedengaran langsung bassline Newsted.

Tapi lepas masuknya Newsted, nampak gaya memang METALLICA dah mula menjadi band paling besar di dunia. Main di arena. Dan masing-masing dok sebut nama METALLICA.

Namun pencapaian (jualan) album terbesar METALLICA sudah tentunya Black album. Terima kasih kepada produser Bob Rock. Of course, perubahan perlu dilakukan untuk dapat status macam tu seperti, Hetfield kena mula 'menyanyi' dan lagu-lagu yang lebih ear-friendly terpaksa dirakamkan.

Sell out? Mungkin ya, mungkin tidak. Terpulang kepada masing-masing nak buat kesimpulan.

Link luar yang paling kuat dan kontroversi, sudah tentunya dari Dave Mustaine (MEGADETH). Gitaris yang ditendang keluar kerana menumbuk Hetfield. Mustaine seolah-olah tidak dapat menerima keputusan dia dikeluarkan dan mana-mana bicara bila timbul pasal METALLICA, Mustaine dengan senang hati kasi sedas dua kat METALLICA.

Kalau 2-3 tahun mungkin la logik jugak. Ni sampai sekarang dok ada komentari begitu.

Jawab Mustaine mudah sekali, "Apsal korang tanya soalan tentang METALLICA? Aku jawab dengan honest la, kalau takde tanya, aku pun tak komen". Hehehe....


Experimental METALLICA, mula mendapat tentangan dari peminat setia mereka apabila rilisnya album Load dan Reload. Kalau setakat muzik aje boleh maaf lagi, tapi imej pun dah jadi macam band acapella, apa cerita?

Masuk album St Anger, baru la depa sedar balik. Ironinya, St Anger tu patut jadi album ganas balik tapi nampak tak menjadi. Bak kata Bob Rock, dia sendiri pun tak boleh buat apa, sebab apa yang METALLICA ada masa tu pun bukan worthy for release.

Tambah pula Ulrich dok nak saman semua yang download album METALLICA secara illegal melalui napster. Ia melonjakkan satu lagi status METALLICA selain the biggest band in the planet iaitu the most hated band in the planet.

Apapun, status mereka dari pemuzik garage kepada jutawan yang bermain muzik banyak menukar gaya hidup mereka dan apa persepsi mereka terhadap METALLICA sendiri. Ini terbukti dari mulut dan pe'el mereka sendiri seperti yang dinatijahkan dalam video Some Kind Of A Monster. Nak rakam album kena ada kaunselor yang dibayar US$40,000 sebulan? Huhuhu...

Memang sejarah METALLICA itu penuh dengan warna-warni. Tak tau warna apa selepas ini bila rilisnya album terbaru Death Magnetic dan masuknya bassist supremo, Rob Trujillo. Even bagi yang skeptik, masih boleh setuju yang dua perkara itu telah mengubah kembali METALLICA kepada landasan yang sepatutnya (terpulang kepada interpretasi masing-masing). But things look good...

Saturday, October 04, 2008

KERRANG Maiden Heaven issue

Hahaha... dah dua bulan baru sampai ke Australia isu ni. Jenuh tunggu. Nasib baik jumpa. Dah nak lupa dah (putus harapan). Click gambar untuk kasi lagi jelas.

Berbungkus cantik. So tak leh belek-belek kat kedai. Kena beli dulu baru bukak packaging.

Takde la ekslusif Iron Maiden isu ni. Sekadar artikel 2 pages (tak baca lagi). Gambar live Iron Maiden tetap menjadi pujaan hatiku.

Inilah CD yang menjadi rebutan peminat Iron Maiden seantaro dunia. Bakal menjadi rare sebab rilis HANYA melalui majalah Kerrang. Peminat Iron Maiden yang tak berkesempatan beli isu Kerrang ni, pasti tepuk dahi. Anyway, artwork ni dari pertandingan. Pemenangnya dapat le jadikan artwork dia sebagai cover CD ni. Tak salah aku, pencipta artwork ni dah menang beberapa kali buat artwork CD ni. Maybe semi-pro artist.

Tracklisting. Antara band mega dalam ni sudah tentunya METALLICA dan DREAM THEATER. Kalau ada MEGADETH pun bagus jugak.

CD dan inner inlay. CD design simple je eh. Kalau kasi print picture disc pun gerek.

Kredit kepada band yang appeared.

Untuk ulasan terdahulu dari fellow blogger, deaf-angel, sila layari SINI.

1. BLACK TIDE - Prowler - Not bad. Tapi gitar bunyi terlampau emmm... berat. Macam tak berapa sesuai pulak bunyinya. Tapi solo gitar menarik. Layering gitar tak menarik.

2. METALLICA - Remember Tomorrow - lagu warm-up sebelum Death Magnetic. Bila Metallica main lagu ni baru perasaan ada iras-iras Fade To Black dengan One dari segi dynamic lagu. Start slow, progressively heavier sampai klimaks. Maybe subsconciously masa Metallica buat lagu tu, Remember Tomorrow dah buried deep into their mind. Alih-alih terbit lagu tu dengan influens Remember Tomorrow. Tambahan riffs pada awal dan akhir lagu ni seolah-olah nak hint yang Death Magnetic memang banyak style cenggini.

3. AVENGED SEVENFOLD - Flash Of The Blade - Ni band muda yang pakai subang merata-rata kat muka eh? Gua tak berkenan style cenggitu hehehe... Lagu amacam? OK tapi just average kot walaupun lagu ni antara lagu rare Iron Maiden (tak pernah main live?). Vokal lembik.

4. GLAMOUR OF THE KILL - 2 Minutes To Midnight - Cover yang diexecute oleh gitarisnya dengan penuh feel tetapi kureng di bahagian vokalnya.

5. COHEED AND CAMBRIA - The Trooper - Apsal suara vokalis dia macam tu eh? Tak tau yang menyanyi tu lelaki ke perempuan. Quite irritating sekadar mendengar vokalisnya namun cover yang boleh tahan. Sedikit atas average.

6. DEVILDRIVER - Wasted Years - Waste of time!

7. SIGN - Run To The Hills - Interpretasi yang penuh dengan imaginasi. Aku tak menyangka yang lagu ini yang cheesy boleh menjadi begitu atmospheric dan berjiwa! Tahniah kepada Sign yang menghidupkan kembali lagu yang overused ini. Sign mengubah 180 darjah hala dan tuju lagu ini. Interpretasi paling kreatif di dalam kompilasi ini.

8. DREAM THEATER - To Tame A Land - Kalau buat perbandingan bass lines paling bagus dalam kompilasi ni camana? Siapa menang? Yeap, anda betul, sudah tentulah John Myung. Dalam kebanyakan bands dalam kompilasi ini seakan mahu menyembunyikan bunyi bass mereka, Dream Theater seolah-olah nak highlightkan bass John. Sudah tentu kekuatan utama Iron Maiden adalah basslines, maka apa nak disegankan lagi. James LaBrie pun begitu menyerlah vokalnya dalam track ini. Solo gitar berganti antara gitaris John Petrucci dan keyboardist, Jordan Rudess. Outstanding piece!

9. MADINA LAKE - Caught Somewhere In Time - Juga antara beberapa band dalam kompilasi yang menukar rupa bentuk lagu asal. Hilang terus mula gitar lagu asal dan diganti dengan riffs yang totally different. Yang dikekalkan hanya melodi vokal. Namun begitu, ia memberi satu alternative view terhadap lagu ini. Menarik untuk dikaji terus.

10. GALLOWS - Wrathchild - A TRIUMPH! Ini adalah track terbaik dalam kompilasi ni. Gallows menambahkan elemen agresif dan raw ke dalam original track dengan muzik punk/crusty mereka. Riffs asal walaupun sedikit berubah tetapi feelnya tetap sama. Seolah-olah kita kembali mendengar Wrathchild untuk kali pertama!

11. FIGHTSTAR - Fear Of The Dark - Cuba untuk mengekalkan kebanyakan riffs dan feel dan agak berjaya. Solo gitar yang menarik walaupun serupa tetapi ditambah dengan lebihan skill gitarisnya.

12. MACHINE HEAD - Hallowed Be Thy Name - Muzik dah best tapi vokal hancur. Memang tak sesuai ah lagu ni buat growl. Serupa macam versi Cradle Of Filth. Peliknya ada orang lagi suka versi CoF dari versi Iron Maiden sendiri. Memang pelik orang zaman sekarang ni.

13. TRIVIUM - Iron Maiden - Malang sekali vokal Matt yang meneran thrashy tak masuk dengan lagu ni. Menambahkan lagi keyakinan bahawa Trivium ni memang produk MTV.

14. YEAR LONG DISASTER - Running Free - agak punkish tetapi agak kureng sikit.

15. GHOSTLINES - Brave New World - Sesuai dengan lagu yang dipilih, Ghostlines mengubah lagu asal menjadi lagu ala prog rock 70an dengan bunyi moden. Juga antara outstanding track dalam kompilasi ini.

Wednesday, October 01, 2008

METAL HAMMER Thrash Metal special issue

Zaman thrash? Tu masa start aku darjah 6 first time aku dengar METALLICA Master Of Puppets. Kaset sorang senior dok kat kuarters balai polis dulu tahun 1987. Aku pinjam kaset tu 6 bulan! Boleh kata selang 3-4 hari dia mintak balik aku bagi alasan macam-macam. Itu la namanya pinjaman sampai lunyai.

Oh ye, zaman tu kaset pirate berleluasa. Bukan tak nak beli original. Memang takde!

Cover cenggini display kat newstand, mana boleh tahan beb. Striking habis. Terus ambil bayar kat kaunter.

Intro oleh Scott Ian (Anthrax). Mamat ni memang gua minat habis dulu. Beli VHS Speedy apa ke tajuk video (takde register pun kat wikipedia). Tapi video tu zaman Among The Living. Feveret moments dalam video tu, I'm The Man (datuk kepada Limp Bizkit - Metal campur rap/hiphop), Caught In A Mosh, Gung-Ho, Metal Thrashing Mad... Terus jadi trend gua pakai seluar half-cut bermuda masa tu. Gara-gara mamat ni la. Oh ye, sekitar tahun 89-90 (gua Form 1).

METALLICA memang influens habis kat member2 gua kat St Michael. Beberapa band telah ditubuhkan oleh budak-budak Form 3-5 masa tu. Main dasat! Setakat lagu Master Of Puppets tu memang khatam depa cover! Respek habis... la ni thrash lagi ke tak tau... Ada juga jumpa dah beranak pinak tapi sekali-sekala jamming gak kat studio hehehe....

Lars ni sebelum manusia jumpa drummer hebat-hebat macam Portnoy, Hoglan, Mikkey Dee etc... kira dia ni la paling kencang. Sekarang, malang manjang kena kutuk je sebab drumming dia mati takat tu je. Tak berkembang. Tapi influens dia memang kuat ah masa tu. Semua nak jadi Lars.

Gua dulu masa Form 2 buat band dengan classmates, (2 melayu, sorang India sorang Cina), konon gua nak jadi Hetfield la gitar/vokal. Tapi angan-angan melampaui kemampuan hehehe... Nama band gua? First band tu... SAUCY IMBECILES INC. (ambil sempena D.R.I.).

Dulu tak berapa hooked dengan MEGADETH. Mungkin sebab thrash style Abang Mus masa tu raw dan progresif. Gua dengan So Far, So Good, So What zaman tu entah la... best pun best, pelik pun pelik... tapi majoriti zaman tu kat Ipoh tak berapa into Megadeth.

Malang jugak kisah Abang Mus ni kena tendang keluar dari Metallica. Tapi kalau dia tak kena tendang, takde la Megadeth. Sudah rugi satu band tu. Zaman tu budak-budak lagi depa ni. Tak cecah 18 pun. So boleh imagine la... nak femes lagi, nak rekod album lagi, nak gig lagi... macam-macam hal.

Macam gua kata, zaman ni Megadeth tak berapa popular kat geng-geng gua. So album yang best ni pun overlooked la. Padahal memang best pun album nih.

Keratan gambar sekitar zaman thrash dulu-dulu...

Keratan gambar sekitar zaman thrash dulu-dulu... more

And more...

Cliff Burton! Sape yang main bass zaman tu semua nak jadi Burton. Kat Ipoh ada sorang brother ni, dah la iras-iras macam Burton; rambut, gaya pakai, lagak semua sebijik. Dia main dengan satu band cover Metallica, REDSHIP. Nama dia? Bali Burton. Last sekali jumpa a few years back kat Ampang, dia jaga studio jamming (tak salah XCess Studio, Ampang) tengah line up satu band Metal Melayu ala-ala XPDC camtu ah...

Sempat tengok video Cliff Em All masa ni. Memang best walaupun majoriti footage ambil dari fans juga jadi memang style bootleg la. Paling best, masa diorang perform For Whom The Bell Tolls kat mana ntah, open air dan waktu siang. Kamera fokus kat Burton. Lagak Burton main bass sambil tease dengan jari-jemasi beliau tu jadi ikutan cover band Metallica yang banyak dok ada kat Ipoh dulu.

Top 10 thrash metal albums ikut rating Metal Hammer. Gua tak setuju Death Angel kat situ. Patut letak Voivod atau Destruction kat situ. Forbidden pun macam tak sesuai. Testament gua prefer The New Order. Kreator gua prefer Extreme Aggression.

Top 3. Tepat dan puashati!

Saturday, June 14, 2008

CLASSIC ROCK Mick Wall & Ross Halfin special

Classic Rock is a magazine dedicated to the radio format of classic rock, published by Future Publishing, who are also responsible for its "sister" publication Metal Hammer. Although firmly focusing on key bands from the 1960s through early 1990s, such as Queen, Free, Deep Purple, Status Quo, AC/DC, Thin Lizzy, Led Zeppelin, Pink Floyd, Iron Maiden, Metallica and The Who, it also includes articles and reviews of contemporary and upcoming artists it deems worthy of note, such as The Answer and Wolfmother. Despite starting as a one-off project it has become one of the UK's best selling music magazines, and attracts much attention and respect of many of classic rock's biggest names. It recently published its 100th issue and now has a higher circulation than NME.

First time baca majalah ni. Itupun disebabkan Mick Wall & Ross Halfin special. Aku tak kenal Mick Wall tapi aku kenal Ross Halfin. Siapa Ross Halfin? Selak CD METALLICA korang, dan tengok siapa photographernya. Sekarang, kenal?

Belek dalam tengok, ada IRON MAIDEN pulak. Dengan rakusnya terus ke page IRON MAIDEN. Artikel tentang Rock In Rio 1985! Mesti beli!
Mick Wall & Ross Halfin sebenarnya sidekick - seperti yang diintro oleh editor Classic Rock ni - pada tahun 80an. Mick Wall sebagai penulis di dalam majalah KERRANG! sementara Ross Halfin adalah jurugambar rock paling renowned masa tu. So apabila ada event penting, seperti Rock In Rio ataupun interview dengan individu yang terkenal dengan ego ie; Ritchie Blackmore dan Axl Rose, Mick Wall seolah-olah menjadi the trusted people of the media.

Mick Wall punya gaya penulisan, macam baca novel. Bermula seakan-akan novel yang kemudiannya bertukar menjadi interview atau ulasan situasi. Gaya penulisan dia hebat. Kelakar dan detail. Dan brutally honest. Sekali dah baca intro dia, memang hooked terus.

Axl Rose (Guns N Roses) kutuk Mick Wall, KHAS dalam lagu Get In The Ring (Use Your Illusion II). Well, kalau dah baca tulisan Mick Wall, memang padan bebenor la. Dia ni BRUTALLY honest! For example, baca tulisan dia tentang Poison dan Motley Crue... huhuhu... sadis!

Eventually, Mick Wall dipecat oleh Kerrang atas pressure satu band yang mengatakan kepada ketua editor, "You'll never get anything from us, unless the 'problem' is removed". Sapa band tu? Guns N' Roses. And he was fired.

On the other hand, Ross Halfin pun sadis gak. Dia ni macam photographer ego sikit. Walaupun dia punya hasil kerja outstanding tapi at the same time dia ni pun ego macam artis gak. So no wonder, banyak band yang ban dia ni. Contohnya, band kata, kalau Ross Halfin ada ambik gambar masa show, band akan tarik diri. Dasyat dia punya pengaruh.

Anyway, cerita pasal IRON MAIDEN Rock In Rio, sebenarnya dia tulis overall show tu. Dia dengan Ross, dibayar oleh sponsor untuk ke Rio buat liputan. Mula excited, tulis Mick, bila dah sampai rasa nak balik. Kutuk habis kat Brazil. Panas kata dia. Dan penuh dengan petty crimes.

Ross Halfin pun ada tulis sikit snippet. Dia kutuk zaman Maiden masa tu. Pakai outfit warna-warni hehehe... dia kata, pakai la macam Metallica, all black ke. Aku rasa, dia pun sekarang kena ban dengan IRON MAIDEN kot?

Hajat dihati nak baca IRON MAIDEN je, tapi melarat keseluruhan majalah. Antara band yang Mick Wall kutuk = Poison dan Motley Crue. Dalam artikel Poison, dia tulis, dia dijemput untuk cover show Poison masa tu. Tapi entah macamana, dia dengan Ross kena kurung kat bilik persalinan sampai 3 jam. Show pun habis. Pening kepala. Kata suruh cover show, tapi bila sampai venue kena kurung pulak hehehe...

Interview dengan Ozzy pun best. Berkisar ketika Ozzy kena charged dengan Sharon (isteri) dengan tuduhan cubaan membunuh. Actually, Ozzy terlampau mabuk. So, polis datang rumah, tangkap dia masuk jail 3 hari lepas tu dia masuk rehab. Media pun tuduh la bukan-bukan. Kata Ozzy gila la, nak bercerai la. Ozzy pun jemput la Mick datang tempat rehab tu (250GBP per day) untuk ekslusif interview dan explain kat public what really happened.

Memang best ini isu. Novel cum majalah rock gitu. Aku tak tau apa cerita Mick Wall ni sekarang. Masa tahun 80an dia aktif dulu, umur dia awal 20an je. Start jadi jurnalis masa umur belasan tahun lagi. Macam cerita Almost Famous yang best tu.

Err... aku google tadi kejap, nampak macam Mick Wall masih aktif menulis. Not in magazine, tapi buku, quote "
not about rock music but about rock life!" Layari sini http://www.mickwall.com/home.htm. Ada blog pulak tu http://www.mickwall.com/blog/blog.php Good...

Ross Halfin pun being busy now, I guess. Layari ROSS HALFIN.