Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Hidup di Adelaide. Show all posts
Showing posts with label Hidup di Adelaide. Show all posts

Wednesday, January 06, 2010

Entry terakhir dari Adelaide

Semalam ada jemaah dari Sydney datang ke masjid Wandana. Aku duduk dengan mereka lepas solat maghrib. Dengar bayan. Masa doa penutup, aku jadi sebak.

Rupa-rupanya aku akan meninggalkan bumi Australia ni setelah 3.5 tahun.

Orang-orang terdahulu dari India dan Arab telah datang ke Tanah Melayu di abad ke 15. Motif mereka; ikut pendapat pertama - berniaga (utama) dan bawa agama (kurang utama). Pendapat kedua - bawa agama (utama) dan berniaga (kurang utama). Apa pun pendapat yang dikemukakan, satu perkara yang TAK boleh dinafikan ialah asbab mereka datang ke Tanah Melayu yang mengenalkan kita kepada Allah s.w.t. Jika tidak, mungkin kita adalah penyembah tok pekong. Ataupun terseleweng dengan fahaman bahawa Tuhan itu mempunyai anak (nauzubillah).

Itu yang membuatkan aku sedih.

Aku datang ke bumi Australia dengan tidak membawa agama. Aku tak buat kerja agama. Aku lupa dan leka.

Sedangkan aku tau bukanlah ijazah aku ini yang akan menyelamatkan aku di akhirat kelak. Bukan status aku sebagai orang yang pernah belajar di Australia yang akan memuliakan aku di khalayak para malaikat.

Bukan! Bukan! Bukan! Ianya tiada nilai disisi penghuni di langit.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali-Imraan:185)

Kejayaan yang aku letakkan dihadapanku berbeza dengan kejayaan orang-orang terdahulu.

Orang-orang yang terdahululah yang telah berjaya. Agama tidak pernah dilupakan walau dimana mereka berada. Fikir mereka, bagaimana agama ini boleh tersebar. Bagaimana seluruh manusia boleh kenal SIAPA pencipta mereka.

*mengeluh sedih dan takut*

Tuesday, January 05, 2010

Penat nak balik ke tanahair

Penat sungguh...

Penat menyiapkan 2 chapters tesis aku sebelum meninggalkan Australia. Aku bawak 2 chapters terakhir ke Malaysia untuk disiapkan. Moga boss di ofis ada belas kasihan kat aku. Kalau tak, abis lebur 2 chapters tu tak siap.

Penat mengemas rumah. Kerja buruh. Angkat sampah, buang sampah. Nak buang sampah-sampah tu pun kena ada kupon. Kupon dihantar April lepas so dah hilang. Makcik jaga kaunter tu sibuk nak check rekod. Tak tau pakai excel rupanya. Aku kata, click on edit then click on find. Put my name there and it will direct to my record. Jumpa terus. Dia ucap terima kasih. Entah berapa puluh tahun dia dengan excel dan buat cara yang susah. Alhamdulillah aku jadi good citizen hari ni. Hati gembira kerana berjaya tolong orang.

Penat memikir. Nak arrange semua supaya selesai dengan baik. Bond sewa 4 minggu moga dapat balik (dengan syarat agent rumah puashati rumah dalam keadaan baik). Lepas tu nak plan apa boleh buat dengan 7 hari (lepas touchdown) yang tempat kerja aku bagi untuk prepare diri sebelum reporting for duty... nak beli kereta (Chery Eastar yea..), beli perabot, beli peti ais etc etc... nak masukkan anak dalam sekolah.

Rumah ni dipindahmilik kepada satu keluarga dari Malaysia yang baru sampai. Anak 4 juga macam aku. Banyak benda tolak kat dia termasuk kereta. Kepada Abang dan Kakak sekeluarga - selamat bergelumang di Australia.

3.5 tahun di Adelaide. Cukuplah tu.

Seminggu ni memang penat. Seminggu akan datang pun penat juga.

Aku dah jadi Superman, Batman dan Spiderman. Lepas ni kena jadi Ultraman, Ben 10 dan Transformers pulak.

Friday, January 01, 2010

Sibuk!!!

Sibuk nak balik ke tanahair... 7/1/2009.

Nak makan KFC!!!

Thursday, December 24, 2009

Bersama koala di Cleland Wildlife Park

Setelah sekian lama kena pujuk dengan wife, akhirnya hari ni aku menyerah kalah.

Kita ke Cleland Wildlife Park, yea!

Dari rumah mengambil masa dalam 30 minit drive nak sampai. Merentas Adelaide Hills, perjalanan yang mendaki bukit bukau dan jalanraya seumpama ular melingkar.

Negara maju macam Australia ni bab conservation of wildlife dan environment memang le maju. Sistematik dan teratur. Malas nak komplen pasal Malaysia ;)

Kalau nak ke sini, pakai baju tebal sikit sebab sejuk. Kat bawah tadi panas tapi bila sampai kat Park ni, rasa sejuk. Grrr... aku ingat panas sampai ke atas. Outfit aku summer.

Berbeza dengan Adelaide Zoo, kat sini binatang-binatangnya dibiarkan bebas (kecuali yang menggigit le).


Tiket untuk family (2 adults + 2 children = $43.50) tambah anak pompuan above 4 years old = $9 (dan yang bongsu = free) so jadi berapa eh... tolong tekan calculator.


Masuk-masuk gate je ada keeper tengah demonstrate ular kat pengunjung. Ular sawa ke apa aku tak sempat nak tangkap.

Emu yang dibiarkan bebas berkeliaran.

Itik-itik exotic yang terkedek-kedek manja datang apabila dihulur makanan (yang dibeli di kaunter $3 sepeket)

Tasmanian Devil! Ala binatang yang dalam kartun Looney Tunes tu... Dia punya mengilai memang setan habis! Takut wooo... malang sekali masa ni depa dok tengah senyap.

Meh la wehhh... jangan la segan-segan... Datang jauh ni...

Luas juga Park ni. Dalam brochure, amik masa 3 jam nak cover semua. Memang betul pun. Aku tertipu dengan map. Nampak kecik je, padahal luas.

Kangaroo antara binatang yang menarik perhatian. Ye la, menatang native Australia. Tempat lain mana nak cari?

Yang ni jinak sikit. Kangaroo dan joey (anak kangaroo). So sapa nickname joey tu, elok le tukar ;)


Dalam hati ada taman bunga....

Potoroo. Dibiarkan merata kat park ni. Wife aku geli. Tiba-tiba je muncul tengah jalan. Imagine, tikus sama size dengan arnab tiba-tiba melompat tengah jalan. Tapi aku rasa cute lak. Nak bela boleh?

Koala. Satu lagi menatang native Australia yang tak leh nak cari kat tempat lain. Antara cita-cita wife aku kat Australia ni. Nak pegang koala. Sudahla... amik gambar orang tak cun. Gambar dia, I amik cun (tuju kat wife). Tak nak letak kat blog I (sambil toleh tempat lain). Nak merajuk lak rasa...

Cute kan? Rasa nak peluk-peluk je. Tapi kami dibenarkan untuk sapu-sapu kat belakang bawah je. Pantang koala ni sapu kat muka/kepala. Macam kita juga la. Tiba-tiba orang datang dari mana tiba-tiba sapu kepala kita, tak mengamuk?


Suka la tu (tuju kat wife)...

Sapa lagi suka?

Banyak-banyak menatang kat sini, aku rasa wombat ni la paling brutal dari segi penampilan. Rupa dia ni macam kucing + tikus yang overweight ataupun yang telah mutated. AWAS, they bite!

Sumaiyyah dah serender. Aku OK je... nak round lagi sekali pun no hal!

Ohhh nikmatnya peluk suamiku ;)

Oh nikmatnya menggesel replika kaki bewak!


Sibuk la Isa... Bapak nak posing solo pun tak leh... (nota: baju Dream Theater tour)

Wednesday, December 16, 2009

Monday, December 14, 2009

Pneumonia or Asthma?

Anak aku yang bongsu, Isa (english name: Jesus), 2-3 hari ni batuk kuat.

Sebelum ni batuk macam tu juga. Pergi jumpa doktor. Doktor suspek asthma. Bagi ubat asthma. Alhamdulillah reda. Apa? Korang tak tau asthma pebende? Malas nak explain.

Kali ni kena bagi ubat yang sama, tak kurang-kurang pulak batuk. Makin teruk ada la. Terutamanya malam. Susah betul dia batuk. Sampai terdesak bahu dia ketika batuk. Imagine, budak tak cukup 3 tahun batuk macam tu.

Akhirnya, aku bawak ke Tea Tree Surgery klinik pagi tadi. Doktor kata mungkin asthma. Mungkin pneumonia. Dia tak boleh nak decide. So beliau refer ke Benson Radiology untuk X-Ray.

Aku balik. Beberapa minit kemudian, doktor tu call aku kat rumah. Dia dah tengok X-Ray tu dan dia suspek pneumonia iaitu agak kritikal berbanding dengan asthma. Dia kata, better pergi ke Modbury Hospital, Emergency Department. Kelam kabut le aku. Kali ni aku pergi bawak wife pulak sebab ada kemungkinan kena admit.

Doktor kat Modbury Hospital pun tengah buat testing nak determine apa penyakit. Ikut X-ray pun tak berapa jelas.

Penyudahnya... kena admit. Bermalamlah wife aku dengan Isa di hospital. Tiadalah bantal pelukku malam ni... (rasa syahdu pulak).

Tapi menunggu di hospital, satu penyeksaan. Hampir 4 jam menunggu untuk admittance. Memang kat sini emergency kena tunggu lama. Ramai orang komplen. Aku dah lupa kat Malaysia camana. Rasa aku takde la lama macam ni. Ke camana?

Moga Isa sihat esok insyaAllah. Kalau takde perubahan dia kena transfer ke Women & Children Hospital pulak. Berat punya kes.

Wednesday, December 09, 2009

Sumaiyyah graduate!

Anak ke-3 aku dan sorang-sorangnya anak pompuan aku, grad hari ni!

Grad pre-school le. Grad special. Patut dua tahun. Ni baru setahun. Grad pasal dah nak balik Malaysia.

Aku tak pergi, wife je yang pergi. Maklumlah, busy man.

Sumaiyyah ni ada dua karekter. Karekter kepoh dengan karekter senyap. Dia kepoh bila kat rumah. Pantang aku duduk atas sofa, dia dok sebelah aku lepas tu cakap tak berhenti-henti. TAK BERHENTI-HENTI.

Tapi kat sekolah, dia senyap. Tengok je la kat gambar tu. Ekspresi pun takde. Sampai sekali tu sekolah hantar surat kat aku suruh bawak dia pergi jumpa child psychologist. Aku buat donno je sebab aku tau, dia kat rumah... kepoh!







Tiga-tiga cikgu muka sama je aku tengok. Konfius kejap.

Akibatnya, 6 bulan di pre-school ni, dia rapat dengan cikgu-cikgunya (terutama yang baju merah kat atas tu). Pantang berenggang sikit, menangis.

Tapi 3-4 minggu yang lepas, dia dah mula cakap dan berinteraksi. First time dia berinteraksi dengan cikgu, kecoh pulak pre-school tu. Cikgu tu laporkan kat wife aku dengan reaksi sungguh gembira. Macam menerima berita yang baik yang ditunggu lama.

So Sumaiyyah ambil masa 6 bulan untuk percaya pada seseorang. Lama tu, baru keluar beberapa patah perkataan. Kalau tak, senyap je. Main angguk geleng je. Padahal English dia la antara paling bagus antara adik beradik.

6 bulan nak percaya kat orang tu... Sapa-sapa nak merisik tu, aku bagi tau awal-awal ye. 6 bulan baru keluar beberapa patah perkataan!

So kami pun dah nak balik Malaysia. Cikgu tu la yang sedih sebab dia paling rapat dengan Sumaiyyah.

Takpelah Sumaiyyah... nanti cari cikgu baru, k?

Sunday, December 06, 2009

Fikir random mingguan 30 Nov-6 Dec 2009

1. Seminggu tak pergi Uni sebab mengemas barang nak angkut ke Malaysia. Kotak free dapat dari Rundle Mall. Setiap Selasa selepas 6pm, kedai-kedai kat situ semua buang kotak-kotak untuk dikutip oleh council workers. Aku dengan wife sapu dulu kotak-kotak tu.

2. Barangan muzik, Zoom G9.2tt multieffect telah terjual kat sorang mamat di Sydney. Line 6 POD X3 Live sedang nego dengan mamat Adelaide. Gitar GIBSON Flying V ada sorang sahabat dah booking. Tinggal dua bijik gitar kat Malaysia nak dijual, GIBSON Explorer dan ESP MII. Selesai. Boleh pencen main muzik!

3. Checklist barang beli sini nak bawak balik: Walker dah beli sebijik, nak mencari sebijik lagi untuk mak belah aku dan wife. Microwave, aku tak pasti mana murah beli kat sini ke kat Malaysia? Online info Malaysia memang hampeh, takde info langsung. Bab online shopping ni aku rasa Malaysia 5 tahun belakang Australia. Cerek elektrik (besi) dan kuali Tefal pun dibeli. Aiyoo... troli pasar pun beli jugak! Tak tau le lepas ni apa nak beli lagi. Tinggal 2 hari je sebelum shipping!

4. CD penting-penting aku dah separate dengan CD yang tak penting (for sale). Thanks to Lutfie kerana membelikan aku beg CD dari Malaysia. Nanti aku dump jewel cases yang tak pakai kat rumah ko ye Lutfie?

5. Rumah di Tronoh, seorang sahabat baik dah tengokkan. Nampaknya kami kembali ke kawasan banglo Tronoh yang dulu kami sewa. Harga pun OK tak naik-naik, stay at RM400 per month. 4 bilik, 2 bilik air dan laman luas le sikit sebab banglo kan.

6. Arrgghhh banyak lagi benda tak setel ni.... arrrgghhhhh....

7. DVD mingguan. He Was A Quiet Man, Christian Slater tak rupa Christian Slater dah. Cerita not bad tapi agak slow 6/10. G.I. Joe., hampeh jalan cerita terlampau kanak-kanak padahal rating M (for Mature audiences) 6/10. Pride & Glory memang best. Kisah korupsi polis. Edward Norton masih mantop! 8/10. Ice Age 3 pun best jugak. Sid the greatest! 8/10. Igor agak mengecewakan. Tengok pun tak habis 5/10. Public Enemies kisah Robin Hood zaman Depression agak so-so. Kurang aksi kot 6/10. Papadom punya jalan cerita tak logik laaaaa... melampau sungguh sayang anak sampai begitu sekali? 5/10.

8. Youtube mingguan...

Saturday, December 05, 2009

Para Vista Primary Annual Concert 3/12/2009

Hari Khamis 3/12/2009 lepas sekolah anak-anak aku buat konsert tahunan. Konsert tahunan aktiviti tradisi setiap sekolah. Macam sekolah-sekolah kita di Malaysia jugak. Tiga anak aku bersekolah sama di Para Vista Primary.

Di samping itu, ada jualan makanan kutip derma. Wife aku ambil tanggungjawab masak nasi lemak dengan kawannya. Dia masak, bungkus lepas tu letak kat gerai. Laku juga. 46 bungkus, masa kami nak balik tu tinggal 3 bungkus je. Tapi orang sekolah salah terjemah. Tulis fried rice. Patutnya Coconut Rice. Baru la exotic sikit.

Konsert buat tengah padang sekolah. Sound system tip top punya diorang sewa. Family yang nak tengok kena bayar tiket $2 sorang. Takpelah, untuk sekolah juga $2 tu. Tu tak kira modal nak prepare event yang mahal juga tu.

Layan gambar je la eh...

Anak no 3, Sumaiyyah (pre-school)...

Dia ni pemalu sikit kat sekolah. Kat rumah lain, petah bebenor cakapnya. So biasa muka dia takde ekspresi kalau kat public. Macam mental ;)

Adeh... senyap je...

Stage betul punya stage... built by professional! Sumaiyyah sedang diuja oleh cikgu kelas.

Selain dari anak murid, cikgu pun excited tu...

Ok... beres... turun stage!


Anak no 2, Ismail (Reception)

Dengan Cheyenne... minah ni selalu nyendeng kat Ismail. Apabila ditanya mengenai Cheyenne ni, beliau menjawab "I'm friend with everyone!" Bagus, bagus... jangan komit awal-awal ;)

Somebody tengah kacau Cheyenne dan Ismail. Terus Cheyenne melawan... Ismail cool je. Kasi awek je la handle.

"Please do not disturb US!!!" Jerit Cheyenne

"You say that again, I'll smack you!", Ismail dah mula nak temper...

Dikir Barat ke? Tak lah...

Hip hip hooray!


Anak sulung, Iman (Year 3)

Teka... mana satu Iman? Dia paling "cerah" kat situ ;)

Cikgu kata, pakai pakaian tradisional. Tu yang pakai baju melayu tu.

Striking sungguh baju melayu merah, sampai gelap muka Iman ;)

Nasib baik takde talent atas stage... Jangan jadi macam bapak ye...

Gambar-gambar sekitar konsert...

Open air festival wooo...

Mak bapak yang excited mengambil gambar anak-anak...

Gitar hero... influence Uli Jon Roth, Steve Vai, Satriani, Petrucci dan Malmsteen...

Menari bawah stage...

Band cikgu... padanlah sound system tip top, cikgu pun dasat main muzik. World class!

Lagi mak bapak...

Budak-budak menunggu giliran nak perform

Crowd

Menghadap stage