Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Friday, October 08, 2010

My Selangor Story: Hari 5 - Tropicana Medical Centre - Frames - Sunway Lagoon - Haven - Casahana

My Selangor Story: Hari 5

VOTE FOR KRENMAUT

Lagu latar: The Loneliness of the Long Distance Runner (IRON MAIDEN)

Semalam hari santai dan rehat. Hari ni, hari kirrrjjaaaaa... (awas entry terpanjang dalam KRENMAUT)

Kami bersarapan di Atrium Cafe, di hotel penginapan kami. Boleh tahan tapi sesuai dengan jumlah bintang yang diterimanya. Tetapi apabila kita dah selalu breakfast di hotel-hotel maka kita tak terasa teruja sangat. Lebih kurang sama je.

Yang menarik minat aku sudah pastinya juadah daging - cold meat. Dan juga western breakfast. Apajadah la nak makan nasi lemak hahaha...

Joe makan roti canai pagi ni. Kegemaran dia. Muka pun dah seiras.

-------------
TROPICANA MEDICAL CENTRE

Temuramah berasingan bersama pegawai TMC boleh dibaca DI SINI.

Ini adalah antara destinasi yang menarik. Sesuai dengan naiknya industri "health tourism" sekarang ini. Malaysia menjadi antara destinasi utama dalam industri ini disebabkan kosnya yang murah dibandingkan dengan negara lain.

Bukan saja disebabkan kos, malah kepakaran pun melebihi jangkaan.

Hospital ini letaknya di kawasan yang tenang dan bersih iaitu di Kota Damansara. Persekitaran kawasan hospital juga nampak tenang tanpa kelam kabut jalanraya ataupun kenderaan yang berebut mencari ruang meletak kereta. Lokasi yang menenangkan ini sudah tentu memberikan suasana yang kondusif kepada pesakit yang membuat rawatan disini.

Kami disambut oleh Puan Hayati Abdul Rahman (Pengurus Akaun) dan Encik Alan Chin (Pengurus Pemasaran). Mereka berdua nampak bersemangat menerima kami sebagai tetamu dan layanan yang mereka berikan pun sangat bagus.

Kami sebenarnya seperti hilang arah. Maklumlah, melawat hospital? Sesuatu yang paling tak terfikir jika kita sebut tentang pelancongan. Tetapi percayalah, lawatan di hospital ini meluaskan pandangan kami. Itu belum masuk sesetengah peserta yang telahpun bercadang untuk membuat lawatan kedua sebagai pesakit nanti!

Kami difahamkan bahawa hospital ini terkenal dengan sistem rawatan kekeluargaan terutama untuk pasangan yang sukar untuk mendapatkan anak. Oleh sebab itu, hospital ini mempunyai satu jabatan khas yang mana mereka yang mempunyai masalah ini dapat diberi perhatian sepenuhnya.

Kepakaran hospital ini dalam menangani masalah kurang subur pesakit bukan sahaja mendapat sambutan di dalam negeri malah di luar negeri sekalipun. Maka tidak hairanlah, bersebelahan dengan kaunter pendaftaran ada bilik menunggu khas untuk mereka yang datang dari luar negara.

Apabila ditanya tentang kemudahan untuk keluarga pesakit yang mungki datang dari jauh, pihak hospital mengatakan bahawa mereka akan ditempatkan di hotel penginapan khas untuk memudahkan mereka menemani pesakit.

Selain dari itu, alatan yang terkini dan tercanggih telah dijadikan aset untuk menggerakkan hospital ini. Antara lain, kami diberi demonstrasi mesin scan 3D canggih yang dapat membuat X-Ray secara 3D. Menurut pihak hospital, ini adalah mesin X-Ray 3D paling canggih di dunia dan salah satunya hanya boleh didapati di hospital ini.

Kami mendapati hospital ini selain dari menawarkan khidmat perubatan tercanggih, ia juga mementingkan keselesaan pengunjungnya. Ini dapat dilihat dari ruang dan bilik yang bersih dan tersusun rapi.

Mungkin hospital swasta ini jauh dari kemampuan majoriti rakyat tempatan tetapi bagi yang mampu, kenapa tidak mencuba TMC ini?

"Excellent!" Joe mengakhiri lawatan dengan persetujuan.


Jumpa kami di facebook!

Puan Hayati Abdul Rahman (Pengurus Akaun) dan Encik Alan Chin (Pengurus Pemasaran)

Bloggers yang berkeyakinan tinggi tidak mempunyai sebarang penyakit ;)

Ambil gambar saja. Once broken considered sold!

Sila masukkan syiling untuk mendapatkan air tin bergas.

"Apa? Oh tak... kami tak merawat binatang peliharaan disini... terima kasih" Begitulah sabarnya Puan Hayati menjawab segala persoalan kami.

Posing sihat.

Inilah dianya... 3D X-Ray yang canggih... komputer ini tidak pernah digunakan untuk berfacebook atau bertwitter!

Macam hotel punya kemas daaa...


Sibuk sikit di jabatan sakit kanak-kanak


Masuk dalam mesin ini dan anda akan ditranspod ke planet Marikh!

Bukan facebook!


Ini lebih canggih dari Fitness Centre.


+++++++++++++++++++
Frames Sunway Pyramid

Selepas lawatan ke hospital tadi, kami kembali ke Sunway Pyramid dan untuk makan tengahari, kami disajikan dengan makanan dari FRAMES.

Letaknya bersebelahan pintu masuk utama Sunway Pyramid berdekatan dengan hentian teksi.

Layout restoran ini menarik kerana ia menyajikan bingkai-bingkai fotografi di dindingnya. Ini kerana tema restoran ini ialah - fotografi. Malah FRAMES juga menganjurkan pertandingan fotografi.

Ironinya, aku terlupa mengambil gambar juadah yang disediakan. Samada terlalu sedap atau terlalu sibuk berhuha dengan Joe and co.

Aku memilih menu Stuffed Chicken Roulade. Rasanya yummy dan persembahannya menyelerakan.

 imej diatas diambil dari (imej source).

 Kami sibuk mengorder sampai aku terlupa ambil gambar.

 Menu yang disajikan kepada kami. Kena pilih salah satu dari main dish.

Sajian yang aku order - Stuffed Chicken Roulade (imej source)

-------------
Sunway Lagoon

"Horay!!!" jerit Joe sambil meloncat-loncat.

Aku pun meloncat sama. Seumur hidup aku, inilah pertama kali aku masuk Sunway Lagoon *sambil menutup muka, malu*

Dan sebab itu aku rasa macam jadi anak-anak balik. Aku lupa aku perlu mengambil gambar untuk membuat laporan di blog.

Maklumlah, n00b, pertama kali. Sama la dengan Azuan pun. Dan Joe!

Selepas meniti titi gantung paling panjang di Malaysia, aku terus simpan bag kamera aku di ruang simpanan.

Dan aku READY TO ROCK!

Tempat pertama yang aku masuk ialah Lynton V Harris Scream Park. Bahasa melayunya - RUMAH HANTU hahaha... tak guna. Aku ditolak ke hadapan oleh sekelompok geng Pak Arab.

"You'll be the hero" kata Pak Arab tu.

Memang tak boleh jalan. Walaupun kita dah tahu semua pelakon hantu tu bukan hantu dan mereka tidak akan menyentuh pengunjung tetapi rasa dup dap dup dap jantung bergema kuat.

Kami tak sabar nak sampai ke penghujung. Tak larat nak terkejut hahaha...

Next - kapal melayang (maaf aku tak tau nama sebenarnya). Ia berbentuk kapal besar dan ia dihayun depan-belakang hingga 180darjah. Iaitu, apabila berada pada 180darjah, mereka yang berada di dalam kapal kepalanya tegak ke bawah! Nak terkeluar isi perut! Kaki sampai menggeletar.

Aku, Azuan dan Joe mencuba semua yang ekstrim dalam Amusement Park. Antara yang telah kami cuba ialah roller-coaster, bot junam dalam air dan pelbagai lagi. Memang menarik!

Malang sekali masa tidak mengizinkan. Kami cuma dapat lebih kurang 3 jam saja di dalam Sunway Lagoon.

Pada kiraan kami, kami perlukan lagi 3 jam untuk mencuba kesemuanya.

Tapi maaf, bungey jump kami tak berani hahaha...

Yang pastinya insyaAllah aku akan kembali. Kali ini dengan mengangkut isteri dan anak-anak.


From alternate entry close to Sunway hotels... a long way down! Tak sabar wehhh... (Joe berlari anak sambil turun escalator)

Naik ni best... tapi sekali round je? Aiyaaa... bagi la 3-4 round!

Mana mau pigi? Luas bapak Lagoon ni.

Gayat... kata Joe sambil merangkul erat pinggul Azuan.

Aku siap menari lagi... pengakuan manusia paling tak gayat di dunia.

Banyak nak try ni... masa ada ke?

"Bro... campak la burger tu kat sini... gua lapar ni... takpun lu campak diri sendiri kat dalam... hahaha..." kata si harimau sambil ketawa dalam hati.

Errr... yang ni Joe dan Azuan naik. Aku tak join.



+++++++++
HAVEN RESTAURANT

(temuramah bersama Encik Anan - pemilik restoran, boleh dibaca DI SINI)

Malam terakhir - Joe dan Azuan mula nampak kesedihan. Beberapa hari kebelakangan ini, mereka agak rapat. Nyaris Joe bertukar roommate. Aku berbaik sangka.

Aku malas nak melayan mereka berdua.

Ceritanya, lokasi tak berapa jauh dari hotel (Hulu Langat je) tetapi disebabkan traffic jam dan sesat, perjalanan menjadi dua jam setengah! Aku musafir so aku boleh jamakkan Maghrib dan Isya. Bagaimana yang lain? Aircond dalam bas aku rasa panas bila memikirkan hal ini. Penganjur sila ambil perhatian.

Lokasi sungguh menarik, di puncak tertinggi di kawasan ini, jadi kita akan disajikan dengan pemandangan indah lampu neon dari bandaraya Kuala Lumpur. Pemandangannya - breath-taking!

Kami disambut secara VVIP oleh Haven.

Selesai menandatangani buku pendaftaran, kami mula menikmati suasana restoran di atas bukit ini.

Dan menu untuk makan malamnya pun superman dan ultraman! HEBAK!

Untuk pembuka selera kami disajikan dengan pelbagai jenis juadah. Tetapi yang paling memantulkan pandangan ialah lobster! Aku tak pasti apa masakannya cuma ianya berkrim (dengan krim) dan rasanya memang nak kunyah lidah sekali! Yummy!

Untuk hidangan utama, kami diberi beberapa pilihan. Sudah tentulah aku memilih juadah yang tak pernah aku rasa iaitu Tulang Rusuk Lembu (tapi tiada dalam menu di laman web mereka? Strange...). Besar bapak. Lama nak menghabiskannya sebab menunggu yang telah masuk perut terhadam - dan juga menikmati kesedapannya.

Kami juga dihibur oleh persembahan solo akustik vokal dan gitar oleh Razlan dari One Night Service.Cuma seleksi lagu kurang sesuai kot walaupun persembahannya mantap.

"Gua nak Seruan - Lefthanded" jerit Joe sambil melontar devil's horn ke udara.

Kami lepak lama sungguh sampai mata Azuan merah menyala akibat berjaga malam (beliau tidur awal biasanya di rumah). Aktiviti diteruskan dengan karaoke tanpa minus one oleh kami, pengunjung yang dah buat restoran ni macam rumah kami sendiri hahaha...

Sebelum pulang ke hotel, kami menerima ole-ole berbentuk sekaki payung HAVEN dan sekotak kuih bulan (4 ketul) dari CASAHANA. Malang sekali, kami tidak mengenali CASAHANA dengan lebih dekat kerana tiada program khusus dalam tour ini untuk mengenali mereka selain dari sekotak kuih bulan ini. Kuih bulan yang diterima ada mempunyai cop JAKIM halal 100%. Jadi tahniah kepada CASAHANA kerana prihatin terhadap perlunya makanan halal untuk peserta Islam dalam tour ini.

Setakat ini memang juadah di HAVEN terbaik. Suasana pun terbaik. Tahniah!

TEMURAMAH BERSAMA HAVEN RESTAURANT BOLEH DIBACA DI SINI

Setting bagus!

Bloggers berlagak cool tapi perut keroncong untuk ana dah tu...

Ruang makan yang luas dan simple.

"Apa ni?" tanya Joe dalam keadaan mulut penuh mengunyah.

"Esok boleh makan", kata Azuan sambil menyeluk 3-4 butir ke dalam poket.

Meleleh....

Cantik tak pemandangan dari puncak tertinggi ini?

Air liur mula meleleh ke dada Joe...

"Silakan sentuh kalau berani"

Air liur dari dada sudah mula sampai ke lutut Joe...

Bro... you rules tapi main la lagu Stairway To Heaven (LED ZEPPELIN) ke, Aku Penganggur (SUDIRMAN) ke, Aces High (IRON MAIDEN) ke, I Will Kill You (Cannibal Corpse) ke...

Mengalahkan kenduri kawin...

Semua dan *beron melayan mengantuk la tu...

(beron adalah istilah mat rock gugusan Manjoi yang bermaksud - tidak waras)

Kumpulan hiphop-punk-Metal-keroncong yang bakal menggegarkan negara - THE SKODENG! (Azuan - vokalis/biola/kompang/karipap, Iman - penari/joget lambak/ronggeng, dan Abang Ben - gitar/drum/keyboard/xylophone/sitar/seksofon/trombone/ayam goreng)
gambar cilok dari SINI.

Gambar last sebelum pulang.


Kami kembali ke hotel kepenatan. Aku dah tak larat nak buat apa-apa dah.

Joe hilang dari kamar. Malam ni dia jadi roomate Azuan. Lantak.

p/s: lega, gambar skandal... selamat ;)
----
SPONSORS:












3 comments:

ziarah76 said...

pjg sungguh N3 ni, tapi mmg best2

Azuan said...

TErbaik kumpulan The Skodeng bakal mengeluarkan single terbaru Keroncong Bujang Lapok featuring mamat gitaris dekat Haven and Iman.

Macam ada kurang satu gambar la plak...

Fathoni said...

mana boleh naik kuda pusing tu, ada sana tampal, budak umur 12 tahun maksima bole naik.