Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Tuesday, October 19, 2010

Konsert RedOnBlack: SEARCH, WINGS dan ELLA


SUMBER

Konsert RedOnBlack yang sangat dijakun-jakunkan oleh aku dah pun selamat dilalak teriakkan hari semalam.

Macam ramai yang dah tau la kan Konsert ni ada suara-suara otai lama,jadi memang tak pelik la aku menjerit melompat-lompat masa mula-mula dengar SEARCH,WINGS dan ELLA nak datang kuantan kan.Nak nak pulak last dierang datang perform kat Kuantan berpuluh tahun lepas.

(tapi wings pernah perform konsert SEMPOERNA tahun 2004 kat stadium itu jugak,dan aku ada!).Jadi aku rasa aku ni antara yang bertuah la kot sebab dapat tengok Amy perform kat kuantan.hah! bile lagi wok nak tengok Amy nyanyi kat kuantan! entah-entah setahun dua lagi dia takleh perform dah,jadi macam yazid.hehe ini bukan doa okeh! RM57 untuk seumur hidup! Tadakhal la!! :P

Konsert ni dah dilalakkan dekat Stadium Darul Makmur,Kuantan. Dalam tiket mahal ni ade tulis yang show akan start pukul 8.45malam.Hah start 8.45malam,tapi pukul 4petang aku dah ketar-ketar kepala tunggu nak tengok show nih! Masa aku tengah kursus tu sumpah aku tak fokus lansung! sebab nak tunggu Amy punye phewiiiiiiitttt punye pasal.haha.

Habis je azan isyak,terus aku sembahyang.Huh jarang sekali aku sembahyang tepat pada waktunya ni.haha tapi macam tak kena je kan menyegerakan pahala untuk mengejar neraka.
masya allah!

Sampai-sampai sana pukul 8.20malam,aku tengok dah berjujut-jujut orang beratur.berdisplin sungguh anak pahang! Tak cakap banyak,terus aku tarik epik(kawan aku) masuk line sebelum benda tu melarat panjangnya sampai ke johor.Timing aku memang cantik,cun melecun! elok je aku jengah kat padang,Ella baru nak keluar.Dengan rakusnya aku terus tinggalkan kawan aku kat belakang.Aku pegi depan,menyelit untuk ke depan stage sorang diri.haha kau taknak ikut kan?bukan aku tinggal.hoho

ELLA
  • Betul ke dia ni umur dah setengah abad?botox ke?
  • liangliut die memang amboi amboi amboi!
  • Aku bukan diehard fan ella jadi aku lupa opening dia nyanyi lagu apa
  • Permata biru dia memang power!
  • Pelayaran dia memang buat aku macam tengah belayar la.
  • Dua Insan Bercinta pun layaaaaaannnnnnn
  • Suara dia memang superd lagi tapi..
  • Ella tanpa tulang kadang-kadang mengjengkelkan
  • Setiap gap lagu,Ella akan dihiasi dengan jeritan2 " ELLA JOM KAPEL!" " ELLA JOM KAWIN!" "ELLA I LOVE YOU"
  • aku lupa dia nyanyi lagu apa sebab time ni aku sebok tolak2 orang sebab aku nak duduk depan!
Turn Ella habis sementara,dia nyanyi dalam 4,5 lagu.
Tirai stage ditutup semula..

beberapa minit lepas tu dengar ada bunyi-bunyi soundcheck,semua menjerit2 macam kena histeria.
Suara Awie kedengaran memanggil-manggil crowd yang ada dalam separuh padang masa tu.
Tirai stage turun semula perlahan-lahan sambil crowd jerit HO! HO! HO! HO! HO! HO! dengan tangan berlambangkan rock kapak diudara! serong sekejap masa ni.

WINGS
  • Tirai dah turun habis,dah nampak Black tengah ketuk-ketuk dram,Eddie tengah syok layan senjata bertali dia,sekejap lepas tu Joe keluar sambil goreng2 macam goreng pisang dah! masa ni dierang tengah main intro GEMURUH.Time tu aku jadi bertambah jakun! Awie tak keluar lagi tapi crowd dah pandai2 nyanyi bait-bait GEMURUH.Selambakodok je dierang.Then Awie keluar,semua dah terkinja2! Awie introduce pulak partner die dalam GEMURUH,Amy search. WOOOOOOOOOOOO!!!! sekuat hati aku jerit!hahaha.Lagu ni di singalong dengan power sekali!
  • Habis je gemuruh,Amy keluar.Wings go on!
  • Awie cakap konsert ni ada kelainan kan?kelainannya dierang banyak main lagu yang tak boleh berheadbanging.
  • Taman rashidah utama versi live memang pertama! cantik!
  • Joe punya Riffs memang buat aku ralit tengok dia even aku tak reti pon main benda alah tu.hahaha
  • Awie banyak bergurau! tak betul-betul onform! aku kurang puas hati
Aku dah start malas menaip dah ni.
hahahaha jadi aku akan ringkaskan seringkas-ringkasnya!

SEARCH
  • Amy keluar sambil tangannya buat lambang segitiga,hah freemason habis! sambil lagu isabella tengah main! wuuu 1st song,Issabela! sumpah lazat!
  • Search pun bawak lagu-lagu slow je.mungkin nak orang singalong je kot.
  • Tapi tetap ada pelesit kota! nak tercabut kepala aku hangguk2 kepala!
  • Pawana! huuuu steady habis wa cakap lu!!!!
  • Gadisku!!!seri mewangi bagai disiram selautan kasturi!!!! aku tengah gila masa nih!
  • Ditambah lagi pula dengan Meniti Titian Usang..haduih sangat terbaik weh!
Bla bla bla bla bla pastu ada medley pulak

Medley Wings,Search & Ella
  • Okeh part ni memang style sebab semua bergabung.Boleh tengok Awie bertemu dengan Amy jadi ape.Ujang Berlawan dengan Black jadi apa.Joe dengan Kid goreng jadi sedap ke tak sedap.
  • Tapi part ni memang dah nampak 3-3 yang pegang mic ni main2,syok sendiri.boleh pulak main gurau2 sama dia je tak habis-habis.aiseh!
  • yang aku ingat lagu yang dimedleykan,Misteri Mimpi syakila,sejati,Rozana,Opera hidup banyak la tapi aku tak ingat.hahahahaha
  • Part ni memang best.tak tipu tapi aku lupa,kenapa aku lupa nih!

Sesi Joe Wings Vs Kid Search
  • Habis je medley,terus semua lampu dioff,masa tu ingat show dah habis.memang rasa nak mengamuk sebab tak puas lagi.hohoho
  • dalam 5min lepas tu,Kid keluar sambil pegang flying-V dia dengan rokok dimulut.Sambil sedut asap dia kasi goreng kaw punye. Ini Memang COOL!
  • Time ni semua senyap,kenapa dierang senyap tu aku pun tak paham
  • Then Joe wings pulak keluar pegi depan stage,sambil kasi goreng padu punye,mau lawan Kid!
  • Joe & Kid silih berganti main tali gitar dia dengan penuh gaya,cool dan sumpah terbaiknya.
ini segmen last dah..

Wings,Search & Ella lagi
  • Lepas habis je Joe & Kid bertarung,3 3 ni masuk semula untuk part last.
  • Lagu R'N'R versi paling panjang dierang main. lagu ni dierang main sampai habis show.
  • apa yang panjang? kenapa panjang? sebab ada session YEAH!YEAH! bersama crowd yang lama+ Lawan tarik highnote antara Amy,Awie& Ella.
  • habis terus.aku malas tulis dah ni



KONKLUSI

Overall untuk konsert ni aku cuma boleh bagi 3setengah bintang.Aku tak jumpa klimaks untuk konsert ni.kenapa? Sebab takde DERAP KOMANDO,takde HUKUM KARMA,takde FENOMENA,takde BAZOOKA PENAKA,takde ISI ATAU KULIT,takde..semue ni takde jadi element of rock tu cam kureng jah..

Ber'crowd'kan orang yang berusia memang membosankan.hahaha.

Tapi aku still berpuas hati dengan konsert nih,konsert ni still ade UMPPPPPPHHHHHH!!!

p/s: 1) mereview dalam keadaan mata separa buka
2) Dambakan konsert seperti RTW 8.Konsert terbaek aku!
3) Bila orang kuantan nak jadi sporting cam orang jepun ha? korang sumpah
tak sporting.hoho

4 comments:

zan said...

Review yang longgar sangat ni. Sana-sini bocor. Kena counter balik la nampaknya ni...hmmm

Elly Rocker said...

"Ber'crowd'kan orang yang berusia memang membosankan.hahaha."

sebab search, wings dan ella bukan lahir dari generasi bangfes.

Dr. Bentara said...

heheh... ini je rebiu yang aku boleh jumpa online. Belasah je.

Zo Ahmad said...

haha sori ya :)
mmg xpndai bab2 nak review2 nih..
sbb klu tajuk asl review ni pon mmg dah ltak tjuk REVIEWTAKSEDAP :)

ye ye mmg msih mude :)
tp crowd mse DoubleTrouble lg gmpak :)
yg tue2 pon headbanging :)