Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Wednesday, January 23, 2013

Thursday, January 17, 2013

On short hiatus

In preparation for:

1. FRGS application
2. Yayasan UTP research grant application
3. JV on developing new product with Australian based company - possible Technofund research grant application.
4. Book chapter writing under Woodheads publishing.
5. New semester has just started.

I'll write something when I have the time (and mood).

Tuesday, January 08, 2013

Ulasan: PARADISE LOST Draconian Times


Draconian Times adalah sebuah album ikonik Paradise Lost kontra kepada album sebelumnya bertajuk Icon. Antara jasa album ini kepada muzik metal adalah berjayanya mereka menggabungkan beratnya heavy metal dengan kemistikan muzik goth yang bergabung menghasilkan muzik goth metal. Saya tidak bermaksud ini adalah pertama goth metal tetapi menekankan kejayaan album ini kerana album Icon sudah bunyinya begitu. Gegendang telinga kita pasti cair mendengar bisikan keyboards pada awal lagu Enchantment dan selitan Hallowed Land. Gitar melodi signature Greg Mackintosh memang sentiasa ada di setiap lagu, menganyam melodi yang tersedia. Disebalik kejayaan album ini, datang pula dilema kerana selepas dua album sebegini, sudah tentu selamanya tidak boleh berterusan sebegini. Apakah seterusnya? Paradise Lost mengambil langkah untuk melembutkan lagi nada muzik goth metal sehingga menjadi terlampau poppy pada album-album seterusnya. Bukanlah nak komplen tapi itu adalah realitinya dan bukan semua orang gembira dengan halatuju sebegitu. Bahkan ada yang mahu kekal selama-lamanya dengan Draconian Times dengan mendengarnya tanpa jemu lagi dan lagi.

Monday, January 07, 2013

Ulasan: BLUE CHEER Vincebus Eruptum


Yang menyebabkan kita mahu mendengar album ini adalah dalam album ini adanya lagu cover Summertime Blues (Eddie Cochrane) yang dikatakan sebagai lagu pertama dalam genre Heavy Metal. Bukan itu saja malah punk rock, stoner rock, grunge dan juga doom metal. Sebabnya adalah kerana semasa is dirakam pada tahun 1968, tiada band lain yang menggunakan bunyi gitar berat seperti dalam album ini. Siap dengan bending melampau yang menjadi stail ruji band heavy metal (dan subgenre yang lain) masa kini. Dengan ini saya sahkan yang memang lagu Summertime Blues adalah seperti yang diwar-warkan. Selain dari lagu itu, Blue Cheer sebenarnya adalah band psychedelic dan blues. Namun disebabkan bunyi gitar distorted yang berat menyebabkan kita menjadi keliru, eh blues ke heavy metal ke. Yang kelakarnya, lagu bertajuk Blues berbunyi Heavy Metal sedangkan lagu Rock Me Baby pula berentak blues. Tapi kita boleh maafkan kekeliruan ini kerana mereka adalah pioneer dan biasanya pioneer have no clue what they were doing until someone tell them so. Kepada golongan taliban muzik rock dan heavy metal, mengetahui asal usul adalah seperti layaknya roh kepada badan; wajib didengar dan dikaji akan album ini.

Friday, January 04, 2013

Ulasan: Liquid Tension Experiment 1


LTE adalah projek muzik ex-drummer Dream Theater, Mike Portnoy ketika beliau masih dalam band tersebut dan sebelum Jordan Rudess masuk. Ini menjadikan kita seolah-olah mendengar album Dream Theater yang "back to the future" dengan syarat kita tidak mengetahui apa bunyi Dream Theater pada masa akan datang (pada masa itu - saya harap anda faham). Asalnya Portnoy mahu mencari gitaris lain (antara calonnya Steve Morse, Dimebag Darrell) tetapi penyudahnya, John Petrucci juga yang ambil bahagian. Ini menyebabkan muka yang asing dari Dream Theater yang mencebur diri dalam projek ini ialah Tony Levin yang agak terkenal dengan instrumen chapman stick. Apa muziknya anda tanya? Seperti yang dikatakan tadi, ianya adalah dalam acuan Dream Theater tetapi ditambah dengan acid (bahan-bahan khayalan) - dan tiada vokal, instrumental semata-mata. Agak mencabar juga untuk mendengarnya terutama kepada mereka yang baru nak mengenal muzik prog rock/metal tetapi kita yang lebih makan garam tau bahawa apabila adanya gandingan Petrucci/Portnoy pastinya ada sesuatu yang sedap dalam bahan ramuannya. Tiada arah tertentu tetapi sekadar mengalir bersama dengan arus tetapi sekali-sekala menjunam ke dalam juram - itulah analogi yang dapat saya berikan untuk album ini. Mesti cuba dengar!

Thursday, January 03, 2013

My band DIED

To all of you Krenmaut readers, I want to introduce to you my band DIED.




You can read more about the band here:

http://diedband.blogspot.com/
DIED facebook

To all UTP students who were asking me when I am going to perform, please visit the links especially the facebook (like it!) for updates. DIED is planning huge for 2013... make sure you participate!



Ulasan: TIAMAT Clouds

Sejarah Tiamat adalah berwarna warni tetapi dalam banyak-banyak album, Clouds adalah album yang klasik kepada ramai orang, termasuklah saya. Ini adalah album transisi dari Tiamat yang Black/Death kepada Tiamat yang gothic. Hasilnya adalah gabungan Black/Death dan Goth - keras tidak terlampau keras dan lembut tidak terlampau lembut. Ia menjadi santapan mat metal yang mahukan sedikit kelembutan tetapi tidak mahu bunyi gitar berdistort hilang dari pendengaran dan vice versa bagi peminat Goth. Ia jua adalah langkah keramat bagi Tiamat yang agak ketinggalan dengan muzik Black/Death mereka yang bukannya lawan kepada ledakan Swedish Death Metal sekitar akhir 80an. Ini menyebabkan mereka menjadi pioneer kepada gabungan muzik Black/Death dan Goth yang diteruskan untuk beberapa album selepas ini. Lagu-lagu pilihan, yang menjadi saksi kepada ayat-ayat saya ini, antaranya adalah In A Dream, A Caress of Stars, The Sleeping Beauty dan Scapegoat. Genius.

Tuesday, January 01, 2013

Gig banyak band atau sikit band?

Maaf tajuk agak mengelirukan tetapi ia disengajakan untuk mengajak anda membaca artikel ini.

Jika anda seorang pengekor scene muzik Metal underground tempatan, pasti anda akan perasan fenomena ini. Saya pun tidak pasti bila berlakunya perubahan ini tetapi katalah kita ambil tahun 2000 sebagai sempadan perubahan tersebut. Sebelum tahun 2000, gig tempatan biasanya dianjurkan dengan band paling banyak, dalam lingkungan 5-6 buah. Selepas tahun 2000, jumlah 10 band yang main dalam sesebuah gig adalah satu perkara biasa.

Saya utarakan fenomena ini dalam sebuah group tertutup di laman sosial facebook. Saya katakan bahawa sesuatu gig yang menawarkan jumlah band antara 5-6 adalah yang paling optimum. Ada banyak sebab. Antaranya, masa yang diluangkan untuk gig sebegini tidak melampaui batas kesabaran manusia. Jika diambil 40 minit sebagai masa persembahan satu band (termasuk masa setting) dan 1 jam untuk band utama, maka jumlah masa yang dihabiskan untuk gig tersebut adalah sekitar 4.5 hingga 5 jam saja. Yang menyokong pendapat saya juga teringat zaman itu jika gig itu mula sekitar 2pm, maka sebelum maghrib sudah selesai semuanya. Ini memberi peluang kepada penonton untuk berehat pada malamnya. Untuk penonton yang mungkin sedang belajar di mana-mana pusat pengajian, masa ini adalah amat penting.

Katalah untuk setiap persembahan adalah 30 minit dengan 10 minit untuk setting, maka ia memberi ruang kepada penonton untuk ambil angin sebentar sementara menunggu persembahan bermula. Ini penting kerana band yang membuat persembahan mahu ditonton. Begitu juga penonton, mahu menonton kesemua band disebabkan duit yang telah dihanguskan untuk membeli tiket. Kedua-dua belah pihak, band dan penonton akan berpuashati kerana band ditonton dan penonton menonton. Perkara ini jarang-jarang berlaku apabila terlampau banyak band yang bermain sampaikan band kadang-kadang merayu supaya penonton tidak keluar. Pastinya penonton perlu keluar kerana persembahan sudah melewati 6-7 jam. Mereka pun perlu ambil angin. Jika terlampau letih, ambil angin ini lebih lama. Mungkin yang ditonton sekadar 3-4 band dari 10 band yang ditawarkan.

Anda pasti pernah merasa satu show yang bermula sekitar jam 3-4pm yang berakhir sekitar jam 12am. Apa perasaan anda? Penonton rasa letih, band yang menunggu giliran pun letih! Ini bukan show Ozzfest yang mana band melepak di dalam hotel sambil menonton TV menunggu telefon dari organizer untuk bersiap-siap sejam sebelum show. Band yang main hampir kesemuanya melepak di kedai mamak berdekatan 5-6 jam (untuk band dalam senarai terkemudian) untuk menunggu giliran. Semangat pun hilang.

5-6 band adalah nombor yang realistik dan optimum. Pada zaman tersebut, biasanya band dicampurkan antara yang dikenali dengan yang kurang dikenali. Biasanya 3-4 band yang dikenali dan 2-3 band yang kurang dikenali tetapi mahu diketengahkan. Umum faham bahawa penonton mahu menonton band yang mereka minat dan biasanya yang diminati pastinya yang telah dikenal. Pada masa yang sama, penonton juga mahu "dikejutkan" dengan band baru. Inilah yang dirasakan menjadi daya penarik kepada sesuatu gig bukannya jumlah band yang banyak yang membawa semak.

Jika ini dapat dilaksanakan dan penonton  yang datang mengharapkan kepuasan (dan mereka pun tau akan puas), maka jualan tiket akan lebih banyak. Apabila jualan tiket lebih banyak, maka organizer pun tidak rugi. Backline yang lebih berkualiti dapat disewa. Dan paling penting, band pun dapat dibayar. Diambil kesemua faktor ini menjadikan kualiti gig itu lebih tinggi. Bandingkan dengan sesuatu gig yang kurang pembeli tiket, band yang banyak dan sistem backline yang hampas, bukan saja penonton tak puashati bahkan band dan juga organizer sendiri kerana rugi.

Nombor dalam jumlah band ini bukan sekadar nombor. Ia perlu dilihat dari perspektif keseluruhan yang memberi kesan kepada sambutan sesebuah gig iaitu kepuasan yang haknya adalah dari pemegang saham iaitu organizer, band dan penonton. Walaupun istilah gig masakini ialah dengan band yang lebih 10 buah tetapi rentak baru yang lama perlu dilakukan kembali. Jika kepuasan ini tidak dapat dinikmati dari gig yang 10 band, maka logiknya jumlah band perlu dikurangkan berdasarkan kepada hujah-hujah di atas. Melainkan jika datangnya hujah kontra yang dapat mematahkan dengan hujah yang telah diutarakan yang setakat ini tidak dapat saya kesan baik dari organizer, band mahupun penonton semasa berdiskusi di group tertutup tersebut.

Mungkin dengan datangnya tahun baru 2013 ini kita akan dapat melakukan sedikit anjakan paradigma dalam hal ini.