Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)
Showing posts with label Ulasan. Show all posts
Showing posts with label Ulasan. Show all posts

Sunday, November 05, 2017

Ulasan: AUDREY HORNE Youngblood CD


Saya jangkakan anda pasti tak kenal band ini. Saya pun ingat-ingat lupa. Saya mengenal band ini seawal album pertama pada tahun 2005, No Hay Banda. Mungkin sebab album pertama itu tak berapa menangkap, maka dilupakan. Hinggalah suatu hari beberapa bulan lepas saya tertonton klip video mereka. Wow! Sila tonton dibawah.



Super-duper kick ass hard rockin' song!

Sejak dari tontonan ini, album dicari dan akhirnya Youngblood berada dalam tangan.

Untuk yang tidak kenal, Audrey Horne adalah band supergroup Norway sebenarnya. Paling dikenali oleh peminat ekstrim Metal, dianggotai oleh Arve Isdal (ENSLAVED) dan Thomas (SAHG). Namun mereka tidaklah semenarik tarikan album ini.

Album ini dipenuhi dengan irama hard rock bersadurkan blues rancak yang sangat American, walaupun band ini dari Norway. Tiga lagu pertama; Redemption Blues, Straight Into Your Grave dan Youngblood sudah cukup memberi isyarat bahawa CD ini perlu dipusing terus. Dari rancak, mid-pace hinggalah blues rock yang menggoyangkan kepala.

Kekuatan album ini sudah tentulah muziknya, ditambah dengan attitude perwatakan bersahaja anggota band. Bayangkan. Dengan attitude begitu dengan duo-gitar Gibson Les Paul londeh ke lutut dan vokalis yang grunge suaranya memainkan irama blues rock rancak yang keluar dari amp Marshall. Hook melodi dan korusnya begitu melekat dengan sekali dengar sudah boleh menyebabkan kita sama-sama menyanyi bersama.

Ini bukan band moden memainkan irama moden. Bahkan ini adalah band retro terperangkap di zaman moden. Pengaruh Thin Lizzy sangat kuat kedengaran di samping kedengaran juga detikan Lynyrd Skynyrd di beberapa tempat. Juga terdapat pengaruh glam rock 80an yang sangat halus. Semua ini dikemaskini dengan produksi dan sound yang mantap, seolah-olah dirakam dan dikeluarkan dari alatan analog semata.

Jika anda memerlukan sesuatu yang segar dan baru dari rutin kebiasaan, ini adalah album untuk anda. Ia mengujakan dan menggembirakan citarasa dan warna muzik diri saya maka saya berharap ia juga memberikan kesan yang sama kepada anda. Sebahagian dari website ulasan juga seia sekata dengan saya seperti contoh, website Angry Metal Guy yang sangat susah nak bagi rating 4.5/5. Untuk album ini, saya juga setuju dengan rating yang diberi dengan tambahan 0.5 lagi.

Tracklist
1    Redemption Blues    4:37
2    Straight Into Your Grave    3:50
3    Youngblood    4:36
4    There Goes A Lady    3:52
5    Show And Tell    4:48
6    Cards With The Devil    4:08
7    Pretty Little Sunshine    3:42
8    The Open Sea    4:24
9    This Ends Here    3:52
10    The King Is Dead    5:13
11    I Wanna Know You (Bonus Track)    3:14
12    This Ends Here - Demo (Bonus Track)    3:59
13    The Open Sea - Demo (Bonus Track)    4:18

Friday, October 27, 2017

Ulasan: AL FARABI BAND We Have Landed CD


Nasyid metal? Ya, nasyid metal. Sesuatu yang pernah saya tulis pada tahun 2008 dulu (sila ke http://krenmaut.blogspot.my/2008/07/sudahkah-anda-bersedia-dengan-nasyid.html). Akhirnya telah direalisasikan oleh Al Farabi Band dengan sempurna. Ianya adalah - way of life.

We Have Landed ialah album kedua (saya sebenarnya yang tertinggal kapal). Dan sebenarnya AL FARABI BAND telah agak lama tertegak di persada muzik tempatan dengan genre nasyid metal ini. Cuma disebabkan nasyid adalah kontra kepada metal dari pelbagai segi, maka mereka agak tenggelam; kurang dikenali oleh peminat muzik metal tempatan.

Apapun, bagaimanakah dengan muziknya? Ya benar metal dengan perspektif muzik menjurus kepada heavy dan power metal. Nasyidnya lebih kemelayuan (bukan arabic). Namun untuk mengatakan muziknya adalah tulen original adalah agak berlebihan. Disebalik itu, liriknya lebih menonjol dengan elemen Islamik yang positif. Mungkin ada satu dua tempat yang liriknya bersifat menyindir/menghukum namun keseluruhannya bersifat positif dan menaikkan semangat Islamik para pendengar.

Produksi adalah cantik dan berkualiti tinggi. Saya difahamkan bahawa studio rakaman yang juga milik band ini menggunakan peralatan analog (kebanyakannya). Maka tidak hairanlah, bunyinya keluar jelas dan agak warm didengar.

Selain dari kelebihan nasyid dan metal; album ini juga menampilkan variasi elemen muzik. Ia bukan straightforward metal. Yang biasa dengan muzik metal pasti akan dapat mendengar pelbagai riffs dan rentak yang memberi homage  kepada Metallica, XPDC, Cromok dan sebagainya. Tanpa was-was lagi, album ini sangat disyorkan kepada peminat muzik metal. Tak tau la kot peminat nasyid boleh masuk dengan muzik metal? Berapa banyak punya metal daaaa...

Sam Cromok kata belilah!

Thursday, April 13, 2017

Ulasan: PYOGENESIS A Century In The Curse Of Time CD (2015)

Ramai yang tak sedar tentang comeback band Pyogenesis yang dahulu kala zaman tok moyang terkenal dengan album Ignis Creatio (1992) sebelum menjadi merapu untuk album-album seterusnya. Ulasan ini sehati dengan saya. Best!

http://www.metalinjection.net/reviews/album-review-pyogenesis-a-century-in-the-curse-of-time

Mereka menggabungkan elemen death/doom metal awal mereka dan menggabungkan elemen pop/punk terkemudian.

Ya, saya telah mendapatkan boxsetnya. Album pertama dari trilogi. Mendengar album ini mengingatkan kembali kepada mini album pertama mereka. Produksi album pun autentik seperti mini album. Hasilnya ialah lagu-lagu berentak metal yang super catchy!  Album kedua untuk siri trilogi ini pun telah dibeli. Menunggu masa untuk sampai ke pangkuan.



Limited fanbox edition including:
- "A Century In The Curse Of Time"
- stamped tinplate with cover artwork
- metal pin
- signed autograph card
- hand-numbered certificate of authenticity

"Touch The Sky (When Darkest World Reached Dawn)" is a bonus track.

Sample lagu: https://www.youtube.com/watch?v=b-vaXUHGS7c

Wednesday, April 05, 2017

Lords of the Land 2017, Glasgow, UK (1 April 2017) Part 2

Sila baca Part 1

VENOM INC
Saya agak skeptikal dengan penubuhan Venom Inc tanpa Cronos. Bagaimana mungkin Demolition Man (vokal/bass) dapat menandingi persona Cronos, walaupun Demolition Man diapit oleh Mantas (gitar) dan Abaddon (drum). Ternyata perasaan sinis saya salah. Set Venom Inc adalah antara set yang menarik pada malam ini. Bukan saja Demolition Man mempunyai persona tersendiri, bahkan beliau berjaya menerajui Venom Inc sepertimana ia patut ditafsirkan kepada penonton. Mantas sudah gempal namun Abaddon nampak tidak nampak perubahan dengan spek hitam rayban beliau.

Set mereka juga menarik dengan lagu-lagu hits sepanjang zaman seperti Welcome To Hell, Black Metal, Sons of Satan, Live Like an Angel (Die Like a Devil), Witching Hour, Don't Burn the Witch, Rip Ride, Warhead dan sudah tentu diakhiri dengan lagu tema, Countess Bathory. A truly night to remember this one!


Venom Inc

Venom Inc

Tengok Abaddon... memang tak berubah.

Demolition Man. Suprisingly full of stage presence.


MARDUK
Masa set Venom Inc habis, saya terpaksa keluar venue untuk solat dan rehat. Kaki dah tak tahan berdiri. Baru terasa umur dah lanjut dan kederat tak semampu niat. Bila dah lega dan sedia untuk gig balik, Marduk sudah hampir separuh set mereka. Saya tidak rugi apa-apa sebenarnya kerana saya tidak meminati mereka dan set mereka pun tidak ada apa yang menarik pun. Plain dan simple saja. Part menarik mungkin apabila penyanyi Primordial naik ke pentas untuk berduet. Beliau lebih menarik untuk ditonton.

Marduk

Marduk

Marduk

Marduk

Marduk

PRIMORDIAL
Proudly Irish! Membawa muzik dengan semangat Irish. Muziknya pelbagai lenggok antara celtic folk dan black metal dan berjaya dibawa dengan baik di atas pentas. Vokalisnya A.A. Nemtheanga, mempunyai penguasaan pentas yang total, berpakaian sesuai dengan muzik dan mempunya karekter yang menarik. Jika sebelum ini saya mendengar album Primordial secara sekali lalu, lepas ni kena dengar betul-betul. Memang benar, persembahan di atas pentas boleh membuka mata buat kali kedua.

A.A. Nemtheanga. Power dia ni.

Primordial

Primordial

Primordial. Tu dia...

Primordial

Primordial

MAYHEM
Saya mengaku, saya hanya mendengar album De Mysteriis Dom Sathanas saja dan bukan yang lainnya. Kerana tarikan kepada Mayhem hanyalah kerana adanya Euronymous. Maka alangkah terkejutnya saya kerana set Mayhem pada malam ini adalah memainkan album De Mysteriis Dom Sathanas in its entirety! Sebab itulah announcement sebelum Mayhem mula, ialah untuk tidak menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar dan video.

Atmosfera Mayhem memang paling menggerunkan. Semua anggotanya berkelubung (macam Nebiras hehehe). Light pentas dimalapkan. Asap disembur. Dan nyanyian Attila Csihar meremangkan bulu roma. Necrobutcher walaupun cuba menampakkan kegerunan muzik Mayhem tapi nampak juga senyuman sebab teruja dengan reaksi penonton yang pelbagai (biasale kan, mesti ada penonton yang over the top, nak pulak dah mabuk).

Saya tak pasti kenapa album De Mysteriis Dom Sathanas dimainkan sepenuhnya. Nak kata anniversary, baru 23 tahun. Kalau 25 tahun, ada juga logiknya. Ada sesiapa tahu sebabnya?

Ini orang memang gila! Attila Csihar.

Mayhem

Necrobutcher dan Mayhem

Ghul ni sekali pandang ada iras macam Uli Jon Roth sebab misai tebal :)
AUTOPSY
Band utama malam ini sudah tentulah, Autopsy. Ini adalah gig pertama di Scotland setelah 27 tahun tak menjengah. Sudah tentulah band dan peminatnya teruja. Saya pun bukanlah peminat Autopsy tetapi aura malam ini telah masuk ke dalam diri. Sound pun mantap, bahkan mungkin sound paling mantap pada malam ini. Vokal dan main drum sekali harung nampak begitu mudah bagi Chris Reifert walaupun umur mungkin dah cecah 50.

Autopsy

Autopsy

Autopsy

Chris Reifert dan Autopsy
Show selesai 12am. Bas ke Edinburgh 130am. Menapak kembali ke stesen bas. Sampai stesen bas layan tengok orang mabuk menjerit, maki hamun dan yang nak bertumbuk pun ada. Syukur le saya ni bukan geng mabuk ;)

PENONTON











Foto kredit fb.me/SnapGotYou

Tuesday, April 04, 2017

Lords of the Land 2017, Glasgow, UK (1 April 2017) Part 1


Jadi... setelah beberapa lama menghilang dari dunia blog, saya kini berada di SCOTLAND (tepuk tangan)!!! Dua bandar sebenarnya, Edinburgh dan Glasgow. Jarak antara keduanya tak lepas dua marhalah pun. Naik bas sejam dua puluh minit je.

Anyway, what a good dates to be in these two cities. Sebabnya, ada LORDS OF THE LAND 2017 pada 1 April di Glasgow dan METAL SCOTLAND 2017 pada 1-2 April di Edinburgh. Saya terpaksa pilih 2 April di Edinburgh kerana di Glasgow ada...

 
Tu dia... tengok band hebat-hebat semua!
Oleh kerana saya bermukim di Edinburgh, maka kena naik bas ke Glasgow. Bas banyak jadi tak perlu risau.

Dah mula nampak geng baju hitam. Agak2 deme kenal ke baju NECROTIC CHAOS?
Jarak stesen bas ke venue Barrowland Ballroom lebih kurang 1 km lebih sikit. Ada bas ke sana tapi saya ambil keputusan untuk jalan kaki saja. Boleh singgah kedai mana2 yang menarik. Kita kan bermukim saja. Melancong.

Tiba-tiba terserempak kedai rekod. Terpaksa singgah. Record Fayre namanya. Malangnya koleksi rock/metal tak seberapa. Banyak punk. Mungkin menarik kalau saya luangkan lebih banyak masa.




Perjalanan diteruskan ke venue. Sampai-sampai memang dah beratur. Ada dua queue. Satu queue untuk mereka yang dah ada tiket. Lagi satu untuk mereka yang cuma ada confirmation notes (beli online dan mau tukar kepada tiket sebenar). Saya berada di queue kedua. Lebih lambat prosesnya.

Kaum takde. Yang ada kaum tempatan dan European saja hehehe...

OK tanpa membuang masa, inilah ulasannya.

ROTTEN SOUND
Tirai dibuka dengan ROTTEN SOUND dari Finland. Memang otai sebab saya kenal band ini 20 tahun dahulu tapi tidak pernah menjadi pengikut. Set mereka simple. Satu-satunya band grindcore untuk festival ini maka mereka adalah agak 'terkeluar' sikit dari tema festival. Namun mereka memberi tenaga yang sepatutnya kepada penonton dan respons dari penonton pun sama.

ROTTEN SOUND

ROTTEN SOUND
ROTTEN SOUND

MEMORIAM
Ramai yang menunggu band ini kerana mereka adalah serpihan dari BOLT THROWER. Bahkan mereka mengaku sendiri sebagai band tribute kepada BOLT THROWER. Namun set mereka adalah agak bencana kerana sound yang tak berkualiti. Mulanya bunyi bass tak keluar. Kemudian saya rasa mix kepada sound tak balance. Bunyi besar yang sepatutnya terhasil tidak menjadi. Ini sangat penting kerana muzik Memoriam adalah slow/mid-pace yang memerlukan bunyi besar untuk berkesan. Apapun, rasa bertuah kerana dapat melihat Karl Willets dan Andy Whale secara berdepan. Ya, mereka dah tua hahaha. Karl lenggoknya seperti Biff Byford (SAXON) dengan rambut putih dan mimik muka. Malang sunggu set mereka tak menjadi malam ini. Namun nampak kegembiraan sebab sambutan kepada mereka tidak berbelah bagi.


Kar Willets, penyanyi asal Bolt Thrower

Bolt Thrower... eh, Memoriam

Memoriam
Memoriam

ACID REIGN
Old-school thrash metal dari UK yang aktif pada tahun 1985-1991 dan kembali aktif pada tahun 2015 dengan beberapa siri konsert dan rilisan kecil. Ramai yang terlepas pandang band ini termasuk saya kerana tenggelam oleh band thrash metal yang lebih ternama.

Namun setlist mereka mengejutkan kerana semua anggota band aktif di atas pentas. Bukan saja aktif, mereka juga kelakar dengan beberapa aksi yang mencuit hati. Vokalis, dengan nama H, berlari kesana-kesini. Umur dah cecah 50an kot. Tapi aktif macam umur 20an. Malangnya, beliau saja anggota asal. Dan melihat dengan keaktifan beliau, kita dapat faham kenapa tinggal dia seorang. Memang tak larat nak ikut pe'el. Kena cari anggota band yang dapat bersaing dengan beliau;

"Finally the rebooted line up is complete, it's taken nearly two years but I can honestly say it's been worth the wait. Typically we're doing things differently to everyone else as where they reformed (and believe me we tried) we are now rebooting. Everyone in the band has Acid Reign in their DNA, some of the guys knew the band back in the day and some didn't but everyone is on the same page and we can't wait to get out there and show the world how much it has been missing us."

Acid Reign

Acid Reign

H... aktif gila atas pentas
DRAGGED INTO SUNLIGHT
Nak kata band black metal pun mereka tak berapa nak mengaku tapi setting mereka memang black metal sebab lighting gelap, ada lilin, ada tengkorak kepala kambing dan sebagainya. Suasana mysterious gitu. Dan mereka di atas pentas pun membelakangi penonton sepanjang set. Dah le lighting disengajakan gelap, ahli band pula membelakangi penonton, maka saya yang tak kenal band ni pun terpinga-pinga. Mereka mengharapkan suasana, emosi dan set bersama dengan sonic-violence mereka dapat memberi kesan kepada penonton. Mungkin berhasil namun tidak pada saya.

Dragged into Sunlight

Dragged into Sunlight

Dragged into Sunlight. Tu dia... membelakangi penonton sepanjang set. Depa dok jamming sesama mereka saja ke?

Untuk ulasan seterusnya; Venom Inc, Marduk, Primordial, Mayhem dan Autopsy silla KLIK SINI.


Foto kredit fb.me/SnapGotYou