Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Wednesday, March 03, 2010

Taklim rumah 30 minit

Pebende tu?

Cari buku yang cerita tentang kelebihan amal (contohnya Fadhilat Amal karya Maulana Zakariya Al-Kandahlawi) atau buku Muntakab Hadith (susunan Maulana Yusof Al-Kandahlawi) dan baca di dalam rumah bersama keluarga setiap hari.

Amalan ni dah lama buat tapi pendek sangat, 5 minit macam tu. Dan selalu juga miss sebab sibuk.

Setelah mesyuarat dengan wife kami azam nak buat 30 minit tiap-tiap hari, insyaAllah. Everyday selepas Isya (except Rabu dan Khamis - lepas maghrib).

Kawan-kawan yang masih blur macam mana ia dilaksanakan, biar aku explain sepintas lalu.

  • Beli buku yang dinyatakan di atas.
  • Mesyuaratkan dengan isteri, bila waktu sesuai untuk buat (waktu sesuai ialah waktu dimana satu keluarga dapat dikumpulkan).
  • Baca buku tersebut ikut bab.
  • Agih-agihkan bacaan supaya dapat cover semua bab dalam kitab tu.
  • Habis baca, tutuplah dengan tasbih kifarah (apa tu? tanya le ustaz)

Persoalannya, kenapa nak buat? Tengok TV, lepak lagi best.

TUJUAN TAKLIM:
Untuk kita mendengar berulang-ulang kali kalamullah dan kalamur rasul kisah-kisah sohabat dan kisah para salafus soleh sehingga Allah taala mengurniakan kepada kita NUR yang akan mendatangkan hidayah sejati, semangat dan kekuatan untuk kita mengamalkan secara sempurna akan perintah-perintah Allah mengikut cara Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

Allah dan Rasulnya arahkan kita supaya banyakkan ibadat dalam rumah. Dengan amal ibadat dan dakwah, maka rumah jadi selamat dari gangguan syaitan. Juga, rumahku syurgaku punya konsep dapat terlaksana. Bukannya bertambah amalan lagha (tengok TV, main game etc).

Dipaparkan kat bawah kitab Fadhail Amal dan Muntakhab Hadith (kulit buku mungkin berbeza-beza, tapi carilah yang dikarang/susun oleh Maulana Zakariya dan Maulana Yusuf rah.)



p/s: takde ke videoklip taklim yang buat kat rumah?

14 comments:

Ijau D. Koceng said...

teringat aku time student usm dulu (12 thn yg lps) rumah sewa duk 10 org, 2 drpnya tabligh (dan aku yg plng jahil hahaha)

tp tiap2 mlm (kecuali sabtu ahad) pkl 10 kitorg akan bkmpl ramai2 buat taklim ni 10-15 mnt. 1 mlm 1 hadis, bergilir2 baca hadis dan moral of the story.

tp biasanya lps abis taklim ni ramai2 layan tape wrestling sewa kat kedai video hahaha... nostalgia

devourmentofsouls said...

insya-Allah akan dilaksanakan..
lately pengurusan masa yg salah rasanya membuatkan aku tak berjemaah dgn anak2. hidup rasa kelam kabut. kena kembali ke pangkal..

cadangan dari ustaz tempat aku turut dibuat taklim ni dgn family kita yg lebih besar, umpama dgn adik beradik, mak ayah. tapi mungkin lebih sesuai bila cuti sekolah atau kenduri bila ahli keluarga yg lebih besar balik bersama.

Abang Ben said...

Ijau,

nanti buat dengan family,

------------
devourmentofsouls

Yang terpenting, buat dengan isteri dan anak2.

Solat fardhu jemaah bagi lelaki ialah di masjid BUKAN rumah tau!

devourmentofsouls said...

ye betul.. huhu
rendahnye tahap iman..

ابن زين الرمباوي said...

muzakarah adab ta.lim skali...

ibnu dinar said...

taklim dapat menghapuskan majlis lalai kat rumah gua..... astro dah mcm membazir coz jarang sekali tgok tv

razman razali said...

aku pon azam nak buat 30 minit..hari2,sampai aku xde lg..amin..

berteromber said...

azam..azam..

teringat masa aku kerja kat co. pertama aku dulu..lepas abis meeeting..boss cakap kita sudahi dgn surah al-asr dan tasbih kifarah...aku yg jahil ni ternganga...apa tu tasbih kifarah...tanya rakan2 sekerja yg lebih senior...rupanya dorang pun tak tau...bertahun2 pergi meeting dan dengar perkataan tasbih kifarah tapi tak tau...dan tak nak ambik tau...hmmm...
bukan nak cakap orang...aku pun selalu begitu...azam..azam..

hainur hapis said...

Assalamualaikum

muzakarah 6 sifat ( di buat skali ye)

Insya Allah, ana azam


p/s : laporan mesyuarat KL terbaru
org lama SP ckp : muzakarah 6 sifat perlu juga di buat Insya Allah

hainur hapis said...

boleh dptkan thesis mengenai kitab fadhail amal di blogkarkun


link kt atas sekali

http://blogkarkun.blogspot.com/

ziarah76 said...

muzakarah 6 sifat jgn lupa. Aku selalu tertinggal yg tu

Abang Ben said...

muzakarah tu tunggu dulu hehehe... step by step ;)

azharjaafar said...

fadhail amal tu kena pakai yang cover warna biru.. yg cover cam gambar kat atas tu, terjemahan kisah sahabat dan fadilat zikirnya masih terjemahan lama..

cover biru; direct translation oleh maulana sri petaling dari urdu ke melayu..

kitab taklim lama; translation dari urdu ke english kemudian ke melayu..

seorangnenektua said...

Lepas taklim kitabi,sekali sekala bapa kena bagi bayan masthurat.Jangan lupa halqah Quran dan mesyuarat harian. Family nenek pun buat lepas isyak.tapi sekarang kena buat berdua aje.anak anak dah bertabur!