Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Tuesday, March 16, 2010

Penjelasan 'layman' kepada artikel iman dan lojik

Penafian: Ini adalah jawapan layman dari seorang yang bukan ustaz. Untuk jawapan yang lebih tepat dan bernas, sila dapatkan dari mereka yang ahli.

--------------------
Artikel asal Iman dan Lojik

Asas kepada persoalan penulis adalah perlunya iman kepada seseorang Islam namun pada masa yang sama ia mestilah selari dengan logik. Penulis mengatakan bahawa hanya Al-Quran yang layak untuk menceritakan hal-hal yang tidak logik kerana ia datangnya dari Allah. Sedangkan hadith-hadith itu bukan dari Allah s.w.t. dan boleh saja ada yang tidak tepat bahkan palsu.

Memang wujud hadith-hadith yang daif dan palsu. Dan hadith-hadith tersebut telah disisihkan dan dihalusi supaya jelas di mana kecacatan itu berlaku, samada pada matan mahupun sanadnya.

Penulis mengatakan Sahih Bukhari adalah tidak setaraf dengan Al-Quran dari segi kemaksumannya. Dengan lain perkataan, Sahih Bukhari boleh saja timbul kecacatan (ie palsu/daif jiddan) disebabkan ianya bukan datang dari Allah s.w.t. Saya merasakan bahawa penulis bersangka bahawa perawi yang membawakan matan tersebut mungkin tersilap.

Untuk menegakkan argumen beliau, penulis membawakan hadith tentang Rasulullah s.a.w. yang maksum itu masih boleh disihir. Bantah penulis, Rasulullah s.a.w. adalah maksum, maka MUSTAHIL Rasulullah s.a.w. boleh disihir.

Di sinilah kesilapan fatal penulis dalam memahami diri Rasulullah s.a.w. sebagai pesuruh dan utusan Allah s.w.t. Allah s.w.t. berfirman,
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.(Surah al-A’raf: 188).
Rasulullah s.a.w. adalah makhluk seperti makhluk yang selainnya. Jika ada superpower pada Baginda s.a.w., itupun adalah semata-mata dengan kurniaan Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. juga adalah manusia biasa pada kebanyakan masa, sesuai dengan sebab Allah s.w.t. menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh ikutan.

Jika menggunakan logik, mengapa disusahpayahkan usaha membawa agama ini kepada Rasulullah s.a.w.? Bukankah lebih baik jika Rasulullah s.a.w. menggunakan jampi yang mana apabila digunakan, maka Islamlah si kafir yang didakwahkan. Tidak perlu Rasulullah s.a.w. berdarah-darah dibaling baru sewaktu di Taif atau dimaki hamun di Mekah. Mungkin Baginda s.a.w. cukup sekadar menuding jari, maka orang yang ditudingnya itu mendapat hidayah dan masuk Islam.

Disebalik ketiadaan superpower Rasulullah s.a.w. seperti yang diharapkan, ia sepatutnya mengundang persoalan tentang begitulah kehendak Allah s.w.t. dalam beragama iaitu pengorbanan. Jika Rasulullah s.a.w. diberi superpower dalam usaha agama, sebagai contoh, jampi tersebut, sudah tentu jejak langkah itu tidak dapat dilakukan oleh kita. Maka ramailah yang beralasan bahawa, kerja dakwah itu hanya Rasulullah sahaja yang layak kerana beliau ada superpower sedangkan kita tidak!

Kelemahan Rasulullah s.a.w. yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t. itu juga untuk menunjukkan bahawa sebesar mana pun seseorang manusia itu disisi Allah s.w.t., tetap dia seorang makhluk yang mengharapkan belas ihsanNya. Ini sudah tentu untuk mengelakkan Rasulullah diangkat terlampau tinggi hingga setaraf dengan Allah s.w.t. seperti yang telah terjadi pada orang Kristian yang mengangkat Nabi Isa a.s. sebagai anak Allah s.w.t. (nauzubillah)!

Keterlampauan superpower pada Rasulullah s.a.w. akan menyebabkan agama ini menjadi impossible untuk dipraktis! Itulah ketinggian hikmah Allah s.w.t. dalam meletakkan Rasulullah s.a.w. kepada benchmark manusia biasa. Supaya kita dapat mendapat contoh praktikal yang boleh diikut.

Saya percaya penulis bukanlah seorang yang menolak hadith tetapi telah timbul sedikit kekeliruan dalam memahami hadith-hadith yang dilihat sebagai tidak logik pada fikiran beliau. Dalam agama, kadang-kadang logik harus ditolak, bukan kerana ia tidak logik, tetapi logik kita tidak sampai kepada logik yang sebenar. Logik dalam agama, kadang-kadang tidak direct, tetapi berlapis-lapis yang memerlukan penelitian dan pemerhatian. Untuk kita yang tidak mempunyai keupayaan, gunakanlah alim-ulama kita yang ada. Jangan jadikan mereka idle tetapi manfaatkan ilmu mereka dengan soalan-soalan yang ilmiah.

Rujukan
http://drmaza.com/home/?p=1032

5 comments:

hainur hapis said...

Assalamualaikum

kita kene rujuk Alim Ulama berkenaan agama

agama adalah kehidupan kita

so utk urusan kehidupan kita

dunia dan akhirat , kita kene rujuk ulama Insya Allah


Assalamualaikum

kalau rujuk ulama, kita wat urusan dunia pun akan berjaya Insya Allah


kerana mengikut syariat yg ulama itu tetapkan Insya Allah

aLturkistani said...

1. makna maksum tu t'pelihara dari melakukan maksiat..bkn t'pilihara dari musibah..nabi ayub pn kne musbibah gk..n nabi2 lain juga..

2. kalo nk ikut logik, isra' mi'raj pn xlogik..

3. dalam quran takda ajar cara solat, tolong ajar cara solat ikut quran pls..

p/s: kata Ali r.a, "jika Islam mengikut logik, lebih aula sapu khuf pada tapaknya.."

eddeved said...

errr...yang paling penting, Allah berpesan, "jangan ikut orang, tapi ikutlah rasul"..."jangan ada pemimpin lain selain dari rasul"...err...masalahnya rasul dah tak ada...nak ikut siapa? maka ramailah yang ikut taghut...errr...solat tak diajar dalam Quran, tapi...penipulah kita kalau kita percaya syariat solat diturunkan hanya kenapa Muhammad SAW, padahal solat itu tiang agama. Macam mana Nabi Ibrahim masuk syurga sebab dia tak ada solat? errr...sebenarnya solat tu dah dibuat semasa zaman Nabi Ibrahim lagi...penipu aje kata Isra' Mi'raj baru ada syariat solat...buktinya Allah sendiri menyatakan Nabi Isa solat, Nabi Musa solat...dalam Surah Thoha Allah dah tekankan solat kepada Nabi Musa...errr...petunjuk bukan kepunyaan saya maka saya berani cakap yang benar mengikut Quran yang saya baca...salah saya mungkin dari bahasa yang kurang sopan...tapi Quran itu bahasa yang sopan maka BACA lah dengan nama Tuhanmu, Dia lah sahaja tempat kamu meminta...

eddeved said...

errrr...hadith, selayaknya menjadi rujukan macam sejarah dan manual sahaja, tak layak dibuat hukum, siapa yang berhukum selain dari hukum Allah maka neraka lah tempatnya...hukum Allah hanya dalam Quran, yang authoritinya telah dimaklumkan oleh Yang Maha Kuasa sendiri..."tidak ada syak lagi Quran ini sebagai petunjuk bagi orang yang (hendak) bertaqwa...ye, Muhammad saw telah disamatarafkan dengan Allah, lihat sahaja tulisan khat yang berganding-ganding...tapi...siapalah kita nak menyedarkan umat Islam ni? Allah yang layak memberikan petunjuk kepada mereka yang berakal fikiran...tiap-tiap tahun kita berarak mengagungkan Muhammad SAW, hampir sama jugak dengan tiap-tiap tahun ada perarakan menuju ke Gua Batu di Batu Caves, cuma bezanya kita tak cucuk-cucuk aje...ohh! ummat Islamku! errr...dalam Islam tidak bersandarkan logik semata-mata, salah tu...logik akal tak mampu mentafsirkan hal ghaib - IMAN ialah - percaya dengan yakin bahawa kita akan MATI dan berjumpa dengan ALLAH secara peribadi...

rakuban said...

klo mcm 2,mcm mn nk hukum kentut mnyebabkn batal solat?dlm al-quran ad bg taw ke psl perkara yg mmbatalkn solat?