Kan?
Persoalan seterusnya ialah kenapa mereka berbuat demikian?
Malah ada yang angkat kerusi dan letak di hadapannya sebelum bersolat.
Yang kami maksud dengan sutrah adalah sesuatu yang diletakkan si mushalli (orang yang shalat) di depannya. Bisa berupa tongkat, kayu, atau ina-in , dan sebagainya, yang dimaksudkan untuk membatasi tempat shalatnya, sehingga tidak ada seorangpun yang bisa menyertainya dan memungkinkan baginya untuk bisa melaksanakan shalat dengan thuma’ninah tanpa dilewati oleh manusia atau hewan yang bisa memutuskan atau mengganggu shalatnya itu.Jadi agak penting juga untuk kita yang bersolat menyediakan sutrah. Terlebih penting untuk orang yang tidak bersolat untuk berhati-hati dengan orang yang sedang solat supaya tidak melanggar sutrah orang yang bersolat kerana ada larangan keras terhadap orang yang melintasi orang yang sedang bersolat.
لو يَعْلَمُ الْمَارُّ بين يَدَيْ الْمُصَلِّي مَاذَا عليه لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا له من أَنْ يَمُرَّ بين يَدَيْهِ قال أبو النَّضْرِ لَا أَدْرِي أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أو شَهْرًا أو سَنَةً
Ertinya : Sekiranya seorang yang melalui di hdapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat) nescaya untuk berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini, berkata perwai : aku tidak tahu samada Nabi menyebut EMPAT PULUH hari atau bulan atau tahun" ( Riwayat Al-Bukhari)إذا صلى أحدكم إلى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ من الناس فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بين يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هو شَيْطَانٌ
Ertinya : Apabila seorang kamu sedang solat dan mempunyai sutrah menghalangnya, dan jika tiba-tiba ada orang yang ingin mencerobohi hadapannya maka hendaklah ingin menegahnya, jika ia (yang ingin menyeberang) enggan berhenti, hendaklah kamu bersungguh menghalangnya kerana ia adalah Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari) Tamat - nak fiqh lebih lanjut dan hukum-hakam, boleh le tanya ustaz-ustaz ataupun google sendiri. Krenmaut bukan blog agama sebab penulisnya bukan ahli agama. Sekadar berkongsi pengetahuan (disclaimer)
---------------------
Oleh itu:
- Selesai solat Jumaat tu, berhati-hatilah sedikit bila bergerak tu supaya kita tak melintas depan orang yang sedang solat. Tunggu kejap pun takpe. Apalah sangat benda yang kita nak kejar tu jika dibandingkan dengan amaran dari Rasulullah s.a.w.
- Kalau kita solat, jangan solat dikawasan laluan orang ramai contohnya tepi pintu nanti menyusahkan orang nak lalu. Sebaliknya, carilah kawasan yang dah ada sutrah seperti belakang tiang ataupun depan dinding. Kalau takde, carilah kawasan yang agak-agak orang tak buat laluan.
- Kata Ustaz Zaharudin, kita yang langgar sutrah orang seolah-olah kita ni kurang ajar dengan Allah s.w.t. kerana pada waktu solat, Allah s.w.t. memberikan tumpuan kepada orang yang solat. Tamsilnya, kita tengah sembang dengan Raja secara berhadapan, tiba-tiba ada sorang mamat mana ntah, tiba-tiba mencelah lalu antara kita dan Raja. Rasa nak flying kick, kan?
Lain maklumat cari sendiri bro... takat ni je yang aku tau dan amalkan. Kalau ada tambahan, sila-silalah kongsi... yo!!!
2 comments:
sam,TQ sebab kongsi ilmu ini..alhamdulillah...
jazakallah khair
Post a Comment