Nissan Grand Livina.
Satu bulan setengah menunggu baru dapat. Tadi nampak iklan Grand Livina kat suratkhabar, MPV terlaris tahun 2009 (kategori seat 3 row). Aisey, aku ingatkan tak ramai beli. Penuh la Grand Livina kat jalanraya lepas ni.
Masa memilih, aku dah test drive Chery Eastar (yang merupakan 1st choice masa kat Australia lagi), Proton Exora, Perodua Alza, Toyota Innova, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina. Grand Livina aku test paling last.
Chery Eastar dan Toyota Innova pada aku terlampau besar tak berapa sesuai dengan anak-anak aku yang kecil. Proton Exora aku rasa macam enjin bunyi kuat sangat dan rasanya size besar tak sepadan dengan 1.5 cc. Perodua Alza, interior rasa macam tak berapa best. Aku prefer Avanza sebab size sesuai dengan enjin dan size tak terlampau besar .
In fact, aku dah bayar deposit RM3K untuk Avanza yang mana akhirnya aku cancel selepas aku test drive Grand Livina. Grand Livina aku rasa menepati citarasa aku. Size yang tak besar, enjin yang sepadan dan tak rasa macam "van" sangat bila masuk dalam.
Smooth driving. Aircond walaupun blower kat depan je (+blower kecik kat 2nd seat) tapi aku rasa memadai. Tambahan pula bentuk yang agak sporty dengan tambahan bodykit Impul.
Aku nak ulas panjang-panjang, tak reti. Kalau bagi aku CD sekeping, bolehlah aku ulas panjang-panjang.
Salesman Toyota kata aku boleh dapat refund RM3K tu, tapi dah nak masuk dua bulan check tak sampai lagi, apa sudah jadi? Minta nasihat sikit.
14 comments:
kena rajin folo-up ngan salesman toyota tu.
aiseh, mana shot interior?
utk pengetahuan abg ben, GL ni mmg berlambak2 kat KL.
takpe jemz... kat tronoh masih tak melambak2 lagi ;)
Akhirnya dapat jugak kereta baru...
Ok la tu...kejar..jgn tak kejar salesman Toyota tu...
tahniah bro,
Masa nak beli Avanza dulu, sebenarnya tertunggu2 GL masuk tapi belum sampai2. Masa tu di Indon dah ada GL, Msia belum lagi.
Tunggu punya tunggu, jadinya tak larat tunggu sebab Wira aku selalu meragam, last2 beli je Avanza sbb ada offer lebih baik, full skirting, 1.5 baru keluar etc...
Kalau ada GL masa tu, aku beli GL jugak.
Sekarang pakai apa2 je sampai reput... (azam).
mpv memang kena dgn rona putih yg cantik, sedondon dgn flying v dan explorer...
suci dalam gebu (bukan debu).
nih ulasan ko pon dh mcm tahap salesman toyota gk nih
mana leh nak compere alza ngan livina..alza tu utk org2 yg xmampu nak beli livina la..(mcm aku)huhu..kalau aku byk duit,jgnkan livina,lori livita pon aku blh beli..hahaha
kat Jb pun dah melambak2 GL ni...tapi mostly yg standard la...yg Impul tak berapa banyak...maklum la rega pun mahal kan..
braderku sam,
tahniah dgn kereta baru anda..putih itu suci..ekekek...bila mo TT nih?..
GL ok la... smooth driving. Esok nak KL, so boleh test camana long distance punya driving pulak.
my next car after myvi bro.kereta keluarga.hehe
tahniah!
klu pakcik kordi ada kesempatan gi sana,blh bawak gi jln2!hehe..
bro ben,dun forget check the FC(fuel consumption)...hahah..rasanya GL nih jimat bebenor yop!
terus baca lepas dr.ben komen entry keta baru saya.. hihi..
saya sebenornya nak gak GL tuh, tapi monthly commitmentnya melebih bajet.. tu yang downgrade choice.. memang enjin exora kuat bangat.. tapi lantaklah, janji anak2 selesa.. siap main kejo2 lagi dari depan ke belakang..hihi.. poning achik..
ehh, warna keta kita sama lerr... putih, suci, murni ...
Post a Comment