Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Monday, September 19, 2011

Mat Metal = defensif

Jika anda ada rakan yang minat muzik Metal pada tahap yang lebih dari biasa, anda boleh bagi beberapa soalan kepada beliau.

Sebelum itu, perlu diberi definisi dulu - siapakah Mat Metal yang saya maksudkan ini. Antara lain, hingga 80% dari muzik yang beliau dengar adalah muzik Metal. Beliau juga mengikuti beberapa band kegemaran beliau dengan cara hampir fanatik - membeli semua albumnya dan menambah koleksi band tersebut seperti baju, keratan media dan mengetahui perkembangan band tersebut secara up-to-date. Dengan lain perkataan, sama seperti peminat kelab bola MU atau Liverpool.

Jika anda jumpa dengan mereka, tanyakan soalan-soalan ini.

1. Kenapa banyak band Metal ekstrim tulis lirik sembah syaitan dan membenci Tuhan? Dan kenapa kamu masih mengikuti band ini?
2. Kenapa ada Mat Metal yang Muslim dalam gig di Malaysia yang tonggang arak di khalayak ramai?
3. Kenapa dalam gig ramai yang tak solat?

dan soalan-soalan yang sewaktu dengannya.

Lihat cara mereka menjawabnya - biasanya mereka akan cuba mencari alasan untuk membenarkannya - biasanya dengan menuding jari ke tempat lain. Dengan lain kata - tu, diorang boleh buat, kenapa tak tanya mereka dulu? - atau sewaktu dengannya.

Silap-silap, anda pula yang akan disoal kembali.

Saya tahu kerana I've been there, done that. Malah kadang-kadang saya juga menggunakan taktik ini. Saya betul dan anda (bukan Mat Metal) walau macamana pun - salah (atau tiada hak untuk mengkritik).

17 comments:

Korawk said...

Kalo dalam usia muda mungkin boleh jadi defensif, tapi dalam usia macam ni..ah lantaklah apo nak jadi..

jedi said...

Kalo metal hati bertaman bunga camno plak bro??

Sabihah said...

Takde plak kawan dgn org cmni...huhuhu

Our Life is Different said...

Teringat nak tengok langsuyr (dengan bentara guru) perform sekali dengan silent death. sorang tabligh, seorang lagi badan bertatu sambil minum beer atas stage. Perghhh!!!

MamaEma said...

tak layan pun lagu yg sakit telinga untuk didengari

Ijau D. Koceng said...

"...tu, diorang boleh buat, kenapa tak tanya mereka dulu?"

+1!

khairul said...

dulu masa muda2 dok layan gak Black Sabbath nie

mulysametalmilitia said...

haha.biasanya ayat defennsif yang saya guna "aku dengar muzik je, vokal aku tak amik pot pon" hahaha. silent death punye vokalis, Stone tu mmg bertatu. Joe Slaughter sil-khannaz pon bertatu.entahlah, pada saya, buang yang keruh(stanis, anti relegion stuff),ambil yg jernih(the beauty of speed, heaviness n distortion of metal).

Anaa said...

tak pernah terminat muzik cenggini.. so far tak pernah lagi terjumpa sesiapa yang dalam kategori minat gilerr ngan muzik metal ni..

Kaboi Tanduk said...

defence kena kuat..hehe

Ati Masrif said...

bekas pemuzik metal kah ..

sejujurnya kita tak suka
muzik yg bigitkan telinga :)

pakkordi said...

Aku masih melayan muzik metal dengan band. Masih main lagu-lagu seperti Holy Diver dan The Last In Line yang terang-terang macam syaitan tapi setakat nak melalak dalam studio sahaja. Tidak dibawa dalam hati pun.

Daddy Ziyyad said...

Yang paling dahsyat saya boleh layan, hanya lah Metallica...Iron Maiden...yang lebih ganas dari itu, telinga saya tak boleh terima.

Kenapa metal suka hitam? Haha

Hafiz said...

Ramai yang tanya saya soalan yang sama.. Dan asyik mengaitkan dengan agenda yahudi 6s

apakah jawapan yg plg relevan utk dijawab?

Please Help.. :)

Witchunter said...

errrr....soalan yang payah nak jawab nih....memang benar peminat tegar AKAN putar belit bila terima soalan macam tu....jawapan mudah : "ala bro dulu pun sama jugak...kasi can kat kita orang pulak...."hehehhe

gayour said...

orang tengok bola tinggal solat, pegi pasar malam tinggal solat, peniaga pasar malam tinggal solat, pegi shooping tinggal solat, pegi jom heboh tinggal solat, pegi mancing tinggal solat,pegi fun fair tinggal solat, pegi bercuti tinggal solat,lukis potret/karikatur tinggal solat, masa bekerja tinggal solat, masa belajar tinggal solat, lepak sengeh2 senang hati kat rumahpun tinggal solat, besukan tinggal solat, kenduri kawen tinggal solat, jammin tinggal solat, dating tinggal solat, merempit tinggal solat, masa musafir tinggal solat... ya, hangguk kepala tengok konsetpun tinggal solat!

ayuh! mari dirikan solat dan jauhi perkara2 yang mungkar/maksiat dan yang dilarang ALlah.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

sy suka lagu metallica ada 2-3 buah..unforgiven 1 & 2 dan nothing else matter..yg lain hadoiii..ptt ah ms anak dara dulu sy beli kaset metallica org kedai tu pandang semacam kat sy (awek ayu bertudung tp nk head banging kah?)

bg sy nak minat muzik metal tak salah tp jgn terikut dgn cara hidup mereka yg agak lari dr landasan agama..