Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Wednesday, November 18, 2009

Sahabat r.a. buat bidaah?

Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.

------------------------------------------------------------------
[24/30]

Seseorang telah berkata,

Antara bid'ah yang dibuat oleh para sahabat.

1) Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah ra katanya.Bersabda Rasulullah SAW kepada Bilal ra selepas solat fajar: "Wahai Bilal.Ceritakan kepada aku amalan paling baik yang engkau pernah lakukan dalam Islam?Sesungguhnya aku mendengar bunyi tapak kasut engkau dalam syurga?"Kata Bilal: Tidak ada suatu amalan yang paling baik dalam Islam yang aku buat melainkan setiap kali selepas aku bersuci sama ada waktu malam atau siang kecuali aku solat sunat.

Berkata Ibnu Hajar dalam Fathul Bari:Diambil dari hadis ini harus berijtihad dalam ibadah kerana Bilal ra beristinbat dan dibenarkan perbuatannya oleh Baginda SAW.

Bilal ra mereka satu ibadat yang tidak ada nas daripada AQ dan Hadis.Beliau mengkhususkan amaln tersebut untuk dirinya dan sentiasa melakukannya tanpa merujuk kepada Rasul SAW.Amalannya telah diterima oleh Allah dan menjadi sebab masuknya ke dalam syurga.Dalam riwayat Imam Tirmizi baginda bersabda:"Dengan dua rakaat yang kamu lakukan ini kamu mendapat kedudukan yang tinggi.Rasulullah SAW mengakui amalan yang direka oleh Bilal ra dan menjelaskan solat sunat wuduk sunat kepada seluruh umat.

Baginda tak kat kat pula engkau wahai Bilal telah melakukan bid'ah dan akan kekal dalam neraka.

2) Hadis riwayat Bukhari daripada Rifaah b Rafi' ra katanya Kami bersolat di belakang Nabi.Ketika Baginda bangun iktidal daripada rukuk beliau berzikir Samiallahu liman hamidah.Sahut seorang lelaki:Rabbana walakal hamdu hamdan kasiran toyyiban mubarakan fih.Setelah selesai solat Rasul SAW bertanya:Siapa tadi yang bercakap sekian2?Sahut lelaki tersebut:Saya.Sabda Baginda SAW:Aku melihat lebih daripada 30 malaikat berebut2 untuk mencatat kalimah tersebut"

Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari: Hadis ini menunjukkan harus kita mereka zikir dalam solat yang tidak ma'sur sekiranya zikir tersebut tidak menyalahi yang ma'sur.

Tak pula Nabi kata kepada lelaki berkenaan tak boleh zikir macam ni.Bid'ah.Setiap bid'ah sesat dan masuk neraka.

3) Dalam sohih Muslim daripada Ibnu Umar ranhuma katanya:Ketika kami solat bersam Rasul SAW berkata sseorang lelaki:Allahu Akbaru Kabira,Wal Hamdu lillahi kasira, wa subhanallahi bukratan wa asila.Maka sabda Baginda SAW:Siapa yang mengucapkan kalimah tersebut?Kata lelaki tersebut:Aku Ya Rasulallah.Sabda Baginda SAW:Aku kagum dengannya.Dibuka dengan kalimah tersebutn pintu2 langit.Kata Ibnu Umar: Tak pernah aku tinggalkannya sejak aku dengar sabda Rasul SAW yang berkenaan"

Lihat zikir ini.Mulanya sahabat berkenaan mengucapkannya tanpa ada sandaran daripada kitab dan sunnah.Kemudian diakui oleh Baginda SAW dengan menyebut fadhilatnya dan jelas ia adalah sunnah nabawiah syarifah yang diiltizamkan Sayyidina Ibnu Umar dan majoriti umat selepasnya.Tak pula Nabi kata zikir ni bid'ah dan pelakunya masuk neraka.

Kalau ada yang berkata perkara tersebut harus pada hayat Baginda SAW kerana Baginda akan mengajar para sahabat dengan wahyu daripada Allah.Sekiranya tepat denga hidayah Baginda mengakuinya dan sekiranya sesat Baginda menolaknya.Adapun selepas kewafatan Baginda dan teputus wahyu maka tidak harus.

Di sini dibawakan satu kisah seorang sahabat yang mereka ibadat yang tidak ada nas sedangkan dia tahu dia tidak akan berjumpa lagi Rasul SAW untuk bertanya adakah perbuatannya sunnah hasanah ataupun bid'ah dholalah.Antaranya ialah Sayyida Khubaib b 'Adi ra yang solat 2 rakaat rakaat sebelum dibunuh sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.Khubaib mereka amalan 2 rakaat bagi setiap orang Islam yang sabar dirinya dibunuh.

Berkata Dr Mahmud Abud Harmusy dalam kitab "al-Bid'atu wa asaruha fi ikhtilafil ummah":Hadis ini jelas menunjukkan Khubaib berijtihad dalam melaksanakn ibadah yang tidak dilakukan oleh Rasul SAW serta tidak pernah diperintahkan.Sedangkan Khubaib tahu beliau akan mati sebelum bertanya amalannya kepada Rasul SAW.Namun begitu beliau melakukan amal "bid'ah" tersebut dalam keadaan dia tahu tidak dapat bertu dengan Nabi SAW lagi.

Adakah Sayyidina Khubaib mati dalam keadaan sesat dan bid'ah dengan melakukan 2 rakaat tersebut.Sudah pasti tidak.Bahkan beliau mukmin soleh lagi syahid yang mulia yang mana Nabi menjawab salamnya dengan sabda Baginda:"Wa alaikas salam ya Khubaib.Beliau telah dibunuh Quraisy"
Benarkah para sahabat r.a. membuat bidaah?

Jawapannya ialah, itu adalah sunnah dan bukan bidaah, kerana:

1. Masa Nabi hidup wahyu masih turun, perbuatan sahabat di benarkan Nabi s.a.w. maka ia di syariatkan. Apa yg baru lepas Nabi s.a.w. wafat, baru dikatakan bidaah.
2. Jika itu adalah bidaah atau terlarang, Nabi s.a.w. akan melarangnya.


Penjelasan
:

Amalan yang dilakukan sendiri oleh para sahabat terbahagi kepada dua kategori:

Pertama: Yang dilakukan sendiri kemudian sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w., maka di antaranya ada yang baginda setuju dan ada yang baginda ingkar. Apa yang baginda setuju tidak masuk dalam kategori bid'ah tetapi masuk dalam kategori sunnah taqririyah.

Kes Khubaib termasuk yang sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w. dan baginda tidak mengingkarinya = baginda setuju terhadap tindakan beliau itu. Malah baginda menerangkan apa yang berlaku kepada para sahabat yang lain.

"The Prophet informed his companions of their news and what had happened to them." (Sahih al-Bukhari, Book #52, Hadith #281)

"The Prophet told his companions of what had happened (to those ten spies) on the same day they were martyred." (Sahih al-Bukhari, Book #59, Hadith #325)

Kedua: Yang dilakukan sendiri selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.. Tentu saja ia tidak akan sampai ke pengetahuan baginda di alam nyata ini.

Namun apa yang dilakukan sendiri oleh para sahabat itu, sekalipun pada zahirnya bersifat mauquf, tetapi pada hakikatnya bernilai marfu'. Yakni sekalipun pada zahirnya ia seolah-olah rekaan para sahabat sendiri, namun yang benar mereka mengambil, mempelajari atau mencontohinya dari Rasulullah s.a.w. ketika baginda masih hidup dulu. Hanya ketika mereka melakukan amalan itu, mereka tidak secara terus menyandarkannya kepada Rasulullah s.a.w..

Maka ia termasuk dalam kategori sunnah dan bukan bid'ah dholalah/mazmumah.

Contohnya ialah lafaz takbir hari 'Id yang dibaca oleh Abdullah ibn Mas'ud, yang dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya. Ketika membacanya, Ibn Mas'ud tidak menyandarkannya kepada Rasulullah s.a.w.. Namun diketahui bahawa beliau tidak memandai-mandai membuat bacaan takbir 'Id yang tersendiri melainkan ia beliau pelajari atau ambil dari Rasulullah s.a.w. ketika baginda masih hidup dahulu.

Apabila salah seorang sahabat Nabi menceritakan bahawa dia pernah membonceng di belakang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Tiba-tiba haiwan tersebut tergelincir lalu dia bersumpah: “Celakalah syaitan!” Mendengar yang sedemikian, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menegur: Janganlah menyebut “Celakalah syaitan!” kerana apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesar rumah dan berkata “Demi kekuatanku!” Sebaliknya sebutlah “Bismillah!” kerana apabila engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga sekecil lalat. [Sahih Sunan Abu Daud, 4982]

Maka ijtihad sahabat untuk mencela syaitan diingkari oleh Rasulullah s.a.w., sebaliknya baginda mengajar sunnah yang betul.

9 comments:

speedrider said...

kenduri tahlil dan talkin di kubur termasuk dalam bida'ah tak?

Jika ya, dalam kategori apa? Dibenarkan atau tak bro Ben?

zulazahari said...

Ada yg mengatakan membaca Yassin setiap malam Jumaat pun dikira bida'ah, namun pada aku drpd tak buat apa2 pd mlm Jumaat, elok jugaklah membaca Yassin, sekurang2 nya dapat juga pahala membaca al-Qur'an.

Dr. Bentara said...

speedrider,

aku bukan ustaz, better ko rujuk pada ustaz. Takpun ko baca la artikel2 yang melambak2 kat internet ni bab kenduri tahlil dan talkin tu.

Yang paling utama ko kena faham sunnah tu apa, bidaah tu apa. Lepas tu baru senang nak faham lain2 hal.

-----------------
zulazahari,

Yang sunnah malam Jumaat baca surah Al-Kahf.

Kena faham apa itu sunnah dan apa itu bidaah. Bila datang satu bidaah, mati satu sunnah.

seorangnenektua said...

nenek setuju dengan ben.
Marilah kita cuba tinggalkan satu bidaah dulu walaupun belum amal sunnah,Insyaallah akan terbuka hati nak amal sunnah!

speedrider said...

Abang Ben,
ustaz pun pening nak jawab sebab ada bermacam pendapat di kalangan ulama

Ziarah76 said...

betul tu ben,
Ada satu kes kalau tak silap aku, Nabi SAW tak solat sunat qobliatan sblm maghrib, tapi lepas maghrib baginda buat solat bagdiatan 2 rakaat. Bagi solat Isyak, mmg Nabi SAW buat solat kobliah dan bagdiah.
Tapi ada sahabat Nabi SAW buat solat sunat qobliatan sblm iqamah solat maghrib. Dan Nabi tak membantahnya, tak melarangnya atau menyatakan bida'ah etc.. (Lebih kurang mcm kes yg ko bentangkan tadi).
Aku rasa, apa yg dilakukan semasa Nabi SAW masih ada, ia jelas, termasuk ketika Nabi bersetuju dgn cara diam atau tak melarang.
Begitu juga kerana kelaparan ada sahabat terpaksa makan biawak padang pasir, dhob yg mana Nabi SAW tak melarang. dan banyak kes lain.
Lepas kewafatan Nabi SAW, yakni selepas zaman sahabat iaitu tabiin dan tabi tabiin maka timbul golongan yg memberi definasi bida'ah yang sebahagiannya mengecilkan skop bidaah dan ada yang membesar-besarkan skop bidaah itu.
Ulama2 Ahli Sunah Waljamaah rata2membahagikan bidaah kpd 2, dholalah dan hassanah manakala ada (sebahagian kecil, terkemudian) pula yg rigid yakni tak menerima bidaah hassanah lalu kesemua bidaah dianggap adalah dholalah, himpunan perbuatan yg ke neraka semuanya.
Perbezaan pendapat di kalangan ulama adalah lumrah dan ia membawa rahmat. Tetapi jika orang awam yg tak tahu atau tak mahir, lebih2 lagi diburukkan dgn akhlak yg tak terjaga maka ia akan menyebabkan perpecahan dgn masing2 mahu menegakkan hujah.
Rata2 akhlak org Islam zaman ini tak berapa nak ok.
Sebab itu, hikmah besar adab usul agar tak menyentuh bab khilafiah.
Contoh2 yg hang tulih tu mmg bagus.
Masa ijtimak Msia, Maulana Saad dlm akhir bayannya beliau kata, ada orang mentafsirkan hadis berada di jalan Allah hanya untuk pergi berperang semata-mata padahal, katanya, hadis itu bukan bermaksud begitu, kerana Nabi SAW tidak diutuskan untuk membinasakan sebaliknya membawa rahmat ke seluruh alam. Maka usaha agama bermujahadah dalam kerja dakwah yg membawa manusia kepada Allah dan rahmatNya adalah termasuk berada di jalan Allah.
-Waallahualam.

zulazahari said...

Betul la tu sunnah baca surah al-Kahfi, tapi maksud aku drpd mlm2 Jumaat dok lepak tak buat apa2 sekurang2 nya baca surah Yassin dapat jugak pahala kan? Bukan shj surah Yassin, surah apa2 pun dan tak semestinya mlm Jumaat shj, tak kira masa elok untuk membaca al-Qur'an, kan ke Allah dah berfirman bacalah Qur'an walaupun satu ayat.

muaz313 said...

Salam...

Mafhum Hadith (maksud lebih-kurang)," Kurun yg terbaik ialah kurun Ku. Kurun selepas Ku. Dan Kurun selepas Ku". Ulamak tafsir menerangkan bahawa, 3 kurun pertama ini, ape2 yg baik dr kata2 Ulamak (Para sahabat, tabi'in & Taba'- Tabiin) blh diguna-pakai utk kebaikan ummat sejagat. Dan ia tidak dianggap sebagai bida'ah.

Maulana Husnul dr Miftahul Ulum pula menerangkan dlm satu kuliah, bahawa tiada istilah "bida'ah hasanah". Yg ada ialah Bida'ah Wajib, Bida'ah Sunat, Bida'ah Makruh, Bida'ah Harus & Bida'ah Haram shj.

Wallahu'lam..

Akim said...

brader Ben Mcm xkne je kesimpulan dari crite.. Apa maksud n difinisi bidaah?...