Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Saturday, November 14, 2009

Menyewa DVD di Australia

Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.

------------------------------------------------------------------
[20/30]

Australia ni memang heaven untuk peminat DVD. Mungkin ada orang kata Malaysia lagi best, sebab DVD lagi banyak. Ye la, yang banyak tu pirated DVD. Aku pun pernah ada koleksi DVD pirate, memang banyak. Tapi takde nilai yang akhirnya terpaksa dibakulsampahkan. Takkan le nak jual?

Aku tak minat nak membeli DVD kerana pada aku, DVD tu ditengok sekali je. Paling banyak pun 2 kali kalau tak faham the first run. Lepas tu, terus simpan dan tak tengok-tengok lagi. Berbeza dengan CD yang selalu didengar. Jadi opsyen terbaik bagi aku ialah menyewa DVD.

Di Malaysia, pusat sewaan DVD adalah satu benda yang asing. Kalau ada pun yang pernah aku dengar dulu di KL, ambil deposit minima RM50 dan seleksi DVD yang ditawarkan pun tak banyak. Nak buat camana, DVD ori sekeping pun dah mencecah RM100. Maka kedai pun tak sanggup. Itu belum masuk 3rd world country mentaliti kita yang bab amanah ni memang susah la nak dapat gred 1.

Di Australia, pusat menyewa DVD ni ada merata-merata seumpama kedai runcit. Setiap 5km, pasti akan terjumpa satu pusat sewaan DVD. Dengan lain perkataan, ia sudah mencapai tahap keperluan asasi. Di sekitar kawasan rumah aku je, ada 3 pusat sewaan DVD yang rata-rata 1-2 minit drive untuk sampai. Antara syarikat gergasi di sini ialah Blockbuster dan VideoEzy.

Nak mendaftar sebagai ahli adalah perkara mudah. Tak perlu deposit. Yang perlu hanyalah diri dan bukti alamat rumah, seperti bil telefon ataupun bil elektrik. Selepas memasukkan data diri dalam PC, kita akan diberi kad magnetik dan password. Kad magnetik inilah yang kita gunakan sebagai pengenalan diri untuk menyewa. Apabila discan, kita akan ditanya apakah password. Proses pendaftaran hanyalah 5 minit dan sebaik sahaja selesai, kita boleh mula menyewa!

Kad magnetik

DVD yang ditawarkan boleh dibahagikan kepada dua iaitu New DVD dan Weekly DVD. New DVD bermaksud DVD yang baru saja rilis sementara Weekly DVD ialah DVD yang minima 2-3 bulan telah rilis. Ia dikategorikan begitu untuk memudahkan klasifikasi harga sewaan dan masa sewaan. Untuk New DVD, sewa untuk satu malam sedangkan Weekly DVD, selama seminggu.

Biasanya harga sewaan yang ditawarkan untuk sekeping DVD adalah $2.95 (new atau weekly). Yang lebih popular ialah pakej yang ditawarkan seperti 5 weeklies = $5 atau 2 New + 2 weeklies = $7.95 ataupun 3 New + 3 weeklies = $9.95. Pilihlah mana yang berkenan dan sesuai dengan poket.

Contoh 3 new + 3 weeklies = $9.95

Sebenarnya DVD ni tahan lasak juga. Disk yang calar tak menjadi masalah kerana ia masih boleh berjalan dengan player masa kini. Maka, normal untuk menyewa disk yang calar balar. Selagi ia boleh dimainkan, tak jadi isu. Namun kalau sangkut-sangkut dalam player, kita boleh tukar untuk disk yang lain. Biasanya sebelum kita hantar balik DVD yang disewa, kita akan check disk untuk memastikan tidak comot, andainya anak-anak dengan tangan yang kotor memegang permukaan disk. Kita sendiri akan bersihkan. Kalau tidak, kita akan diberi amaran. Kalau berterusan, kemungkinan keahlian kita digantung/ditamatkan.

Penalti juga dikenakan untuk lewat hantar balik dan DVD yang hilang. Kalau lewat hantar, kita akan dikenakan penalti harian contohnya $2 sehari (ikut klasifikasi DVD new atau weeklies). Kalau DVD tu hilang seperti yang pernah aku alami sendiri, kedai akan menyuruh kita ganti dengan harga DVD tu atau dapatkan kembali DVD tersebut (beli di kedai). Oleh kerana harga asal DVD yang aku hilangkan tu mahal, aku beli sendiri yang baru yang 1/3 lebih murah dari harga asalnya.

Banyak isu yang perlu diselesaikan untuk industri sewa DVD ini berkembang di Malaysia. Antara lain, harga DVD itu sendiri yang majoritinya tak mampu dibeli oleh rakyat kebanyakan. Mungkin tak perlu pun. Tapi bagi mereka yang pernah duduk di Australia, menyewa DVD ini adalah satu aktiviti yang menjadi salah satu asam garam kehidupan harian. Nak pula orang itu pun kaki DVD di negara asalnya. Hasil dari inilah timbul blog kedua aku (yang dah tak jalan pun sebab takde masa) iaitu WAYANG GAMBAR.

4 comments:

Ijau D. Koceng said...

teringat zmn2 student usm dulu, tiap2 mggu housemate ramai2 kutip duit nak sewa tape wrestling

bab sewa/pnjm dvd ni, jgnkan kat kedai... member sndr yg pnjm dvd xpulang2kan smpi skrg, jd hak milik kekal... hampeh (nasib baik cap lanun)

berteromber said...

bukan ker zaman sebelum ujudnya vcd...kedai menyewa tape vhs juga berada bersepah2 di Malaysia..tapi kedai2 ni bungkus bila ujudnya deretan kedai2 pirate vcd yang harga sekepingnya lebih kurang dgn menyewa...sapa yg nak di salahkan..

speedrider said...

dulu, Hong Kong video pernah buat system di Malaysia. Kat rumah pun ada satu. ayah la kaki pinjam dvd. sekali pinjam banyak gila. VCD pun boleh sewa. Tapi ditutup lepas tu sejak dvd haram berlambak dan seperti yang bro ben kata tadi la.... pinjam reti, nak pulang tak reti..

BTW bro, dah masuk entry 21 ni, pesal masih #20?

ihsan_huhu said...

tuh blom pinjam DVD kat mcm vending machine tuh.