------------------------------------------------------------------
[11/30]
Pilih salah satu dari di bawah (jika berkenaan):
- Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
- Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
- Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
- Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
- Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
- Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
- Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
- Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
- Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
- Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
- Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
- Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
- Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
- Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Actually, mungkin banyak entry aku mengenai how women must behave atau apa-apa berkaitan dengan tatasusila wanita sebelum ini yang mungkin menyebabkan wanita yang memfollow blog ini rasa tertekan. What about men? Macam le lelaki tu bagus sangat?
At least wife aku. Dia tanya, "Abang dah baca mengenai lelaki dayus kat forum sekian-sekian?" That's a sign. Mungkin dituju untuk aku atau tidak wallahua'lam. Harapnya tidak. Yang sahih, entry kali ini sudah tentu ditujukan untuk kita, yang bernama lelaki especially yang bergelar ketua keluarga atau suami.
OK... contoh-contoh pilihan di atas adalah tanda DAYUS seorang suami/ketua keluarga. Selalu dengar perkataan tu. Mungkin faham mungkin tidak. Adakah kefahaman kita sama?
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )
dan pengertian dayus pula...وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Baca sini untuk artikel penuh http://www.zaharuddin.net/content/view/546/99/.Artikel ni bukan nak tuduh sapa-sapa. Tapi untuk cermin diri sendiri.
Yang selalu terjadi kita dok komplen kat orang, tapi jarang kita cermin diri. Aku yang bawa artikel ni kat blog aku, maka lebih-lebih le aku kena ambil perhatian. Macam cara orang tabligh, dia selalu ajak orang pergi masjid, dia sendiri le paling kena pergi masjid. Baru jadi cakap serupa bikin. Sebenarnya, apa yang mamat tabligh tu cakap, ajak, ulang-ulang kali untuk diri dia sebenarnya. Orang yang dia ajak tu sebagai medium je. Takkan le nak ajak lembu ke masjid?
Orang yang rapat dengan Allah s.w.t. ialah orang selalu berbicara tentang kebesaranNya, samada pada dirinya, keluarganya mahupun sahabat-sahabatnya.
Paling kurang orang itu ada inisiatif untuk bergerak kepada benda yang dia dok cakap ulang-ulang tu.
Eh, korang jangan lak tuding jari kat sapa-sapa. Tak boleh camtu.
Anyway, aku tertarik kepada satu perenggan dari artikel tersebut yang berbunyi,
...bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة
Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
10 comments:
hmmm... klu mcm tu mmg ramai la lelaki dayus kat m'sia ni, hahaha~
salam bro,
ada kemusykilan sikit saya nak tanya.
Sekiranya seorang isterinya nusyuz, adakah sorang lelaki dianggap dayus sekiranya tidak menjatuhkan talak?
dikatakan, sekiranya tidak menceraikan, beliau akan dianggap dayus.
saya pun tak ingat baca kat mana dah
speedrider,
tu kena tanya ustaz le... aku tak tau
Hmmm....sebenarnya bab-bab munakahat ni berat, perlukan banyak pertimbangan, pengadilan dan ilmu pengetahuan. Kahwin memang le seronok, tapi untuk menjaga sesebuah perkahwinan itu agar berkualiti, bahgia dan dirahmati Allah, itu yg berat. Sebenarnya dlm senarai kat atas tu ada jugakla yg terkena, nak buat camana, kan, kadang2 keadaan terpaksa (mcm membiarkan isteri menumpang kereta rakan sekerja)kalau kereta rosak ke tak ada masa kena jugak la bagi kan? Mamat tu pun kena la faham yg dia angkut tu isteri orang betul tak? Takkanla nak kasi warning dulu, nampak sgt mcm cemburu buta pulak.
weekend ni 3 hari bro!!!
no. 11 dan 12 tu bikin gua terdiam seketika,
...dan setuju dgn comment abang Ijau D.Koceng.
Isu yg relevan sepanjang masa. Thanks bro kerana memberikan tazkirah yg bernas dan menyakinkan aku bahawa aku sentiasa macho dan tidak dayus kerana rasa2nya bini/anak dara aku tak termasuk lagi dlm list tuh.......
Wassalam.
dari senarai 1 hingga akhir nenek adalah dayus bagi nenek
Tak boleh nak chop mudah-mudah. Kadang-kadang lelaki itu telah susah payah menasihati suami, anak perempuannya tetapi tidak diendahkan. Maka taklah jatuh gelaran dayus tu kat dia. Tak boleh la tengok secara zahiri je. Tu sebab pada pendapat aku, benda ni better check diri sendiri daripada implement pada orang lain.
Post a Comment