Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Wednesday, November 04, 2009

Islam dan progresif umatnya

Nak join 1entry = 1hari = 1Malaysia? Sila klik untuk maklumat lanjut. List bloggers yang participate sila lihat link kat sebelah kiri.

------------------------------------------------------------------
[10/30]

Lanjutan dari posting sebelumnya, Dr. MAZA ditangkap dan juga entry Kaum Muda vs Kaum Tua.

First of all, aku mamasukkan entry ini sebagai seorang yang mengikut saja. Mengikut itu pun ada kategorinya, dalam bahasa akademiknya, muqallid dan muttabi'. Muqallid dengan bahasa mudahnya ialah mereka yang mengikut dengan buta tuli sedangkan muttabi' ialah mereka yang mengikut dengan ilmu pengetahuan.

Ikut buta tuli itu mungkin ada yang mengatakan itu baik atas dasar, samiqna wa ataqna = "kami dengar dan kami taat". Namun prinsip asas kepada ayat tersebut adalah Al-Quran dan hadith. Ianya ada pegangan dari sahabat r.a. yang mendengar dari Rasulullah s.a.w. (atau dari sahabat r.a. yang lainnya). Sekarang ini, ia sudah berlapis-lapis. Perkataan dari seorang alim yang kita ikuti kena selalu kita check. Maka, samiqna wa ataqna itu bersyarat. Syaratnya ialah perkataan itu selari dengan kehendak Al-Quran dan sunnah.

Manakalah muttabi' pun juga ada masalahnya. Keyword kepada masalah itu ialah ilmu pengetahuan. Macamana nak ukur ilmu pengetahuan seseorang yang mengikut (aku tak persoal ilmu pengetahuan seorang alim - walaupun itupun boleh dipersoalkan - bukan disini dan aku tak bersedia)? Masalah timbul apabila seseorang yang merasa dia ada ilmu pengetahuan agama berlagak seolah-olah agama itu ada dalam kepala otaknya. Maka orang ini mudah saja membuat kesimpulan agama, seperti seorang mujtahid. Istilah popular sekarang ialah mujtahid mee segera.

Siapa itu mujtahid. Aku pasti majoriti antara kita tak layak nak jadi mujtahid. Antara contoh mujtahid ialah Imam mazhab kita yang empat. Nampak tak sindiran pada perkataan mujtahid mee segera tu?

Kategori manakah aku? Aku rasa dan aku harap aku berada di antara keduanya. Aku mahu jadi orang yang samiqna wa ataqna dan pada masa yang sama orang yang berpengetahuan i.e. tidak mengikut membuta tuli. Aku tak rasa aku perasan (perasan macam perasan kacak, perasan macho). Aku tahu di mana letak diriku.

Dengan itu aku mulakan entry ini, dari kacamata seorang yang 1/2 mukallid dan 1/2 muttabi'. Caca marba. Aku rasa kebanyakan dari kita orang awam, beginilah rupanya.

Fakirfikir menulis mengenai sumber agama yang diambil suatu ketika dulu dalam entrynya dan aku sangat setuju. Agama pada masa itu sekadar nama Islam dan melaksanakan 5 rukun Islam dan 6 rukun Iman. Memang itu yang sepatutnya kerana bukan asas itu yang aku persoalkan tetapi tafsirannya. Tetapi pada masa itu, tiada siapa mempersoalkan apa yang diutarakan oleh teks-teks keagamaan dalam bilik darjah. Apa yang diperkatakan oleh ustaz-ustaz yang mengajar di surau dan masjid diambil sebagai sahih dan sesahihnya. Dan untuk majoriti kita, itulah yang akan dipegang sampai masuk kubur.

Budaya orang melayu itu memang penuh dengan "aktiviti keagamaan". Malam Jumaat, adanya bacaan Yasin di surau-surau, apabila ada kematian maka ada majlis tahlil sempena kematian tersebut, ada sambutan Maulid Nabi s.a.w. dan pelbagai lagi. Tiada siapa nak bangkang. Aktiviti ini telah dijalankan ratusan tahun dahulu.

Apabila tiba-tiba datang seseorang dan mengatakan aktiviti-aktiviti itu tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a. dan para tabi'en, kita mula terperanjat. Aku sendiri terperanjat.

Apa tindakan kita seterusnya? Membiarkan tuduhan tersebut dan meneruskan aktiviti tersebut kerana ia sudah sebati ataupun tertanya-tanya dan cuba menyelidik dengan lebih dalam.

Aku boleh jawab untuk diri aku, aku tertanya-tanya dan mahukan asas kepada tuduhan tersebut.

Mungkin 50 tahun yang lepas agak sukar untuk mencari rujukan. Orang melayu berlegar di sekitar kampungnya saja atau di pekannya saja. Tetapi sekarang itu bukan alasan. Ada library, ada telefon, ada kenderaan, koridor informasi dan macam-macam lagi. Mencari asas itu semakin mudah. Perkataan mudah itu aku gunakan berhati-hati. Mudahnya maklumat itu kita perolehi bukan bermaksud maklumat itu mudah jadi kebenaran. Banyak tapisan yang perlu dibuat.

Teringat ibuku dahulu seolah-olah melarang aku solat di masjid India. Aku taat je masa tu. Tak tau kenapa dan tak perlu nak cari sebabnya. Sekarang baru aku tahu sebab cara solat di masjid India (yang bermazhab Hanafi) itu ada sedikit beza dengan masjid-masjid Melayu. Antaranya, solat Fajr tiada qunut.

Apabila aku mula buat islah diri dengan metod Tabligh, aku mula dihentam dengan perkataan Sunnah. Apabila ada kenduri tahlilan kematian, aku dibisikkan oleh karkun, "tak sunnah...".

Apabila aku mendengar kuliah-kuliah dari Ustaz-ustaz salafi, "Allah bersemayam di atas Arasy..." itu menjadi tajuk utama. Akidah. Takwil itu menjadi satu perkataan istimewa.

Apabila aku sampai di bumi Australia, kalau nak berqunut di waktu Fajr, tak akan dapat di dalam masjid (sendiri-sendiri je boleh). Basmallah (dikuatkan) di awal Al-Fatihah dan surah-surah di dalam solat juga sangat-sangat jarang didengar.

Begitulah progres umat Islam sekarang ini. Pengalaman-pengalaman yang aku hadapi ini mungkin juga pernah dilalui oleh orang lainnya. Ianya sudah berlaku di dalam negara. Makin ramai berbicara tentang agama. Ada yang tertanya-tanya. Ada yang membuat kesimpulan sendiri dalam diri. Ada yang berlagak pandai. Ada juga yang sinis.

Keyword sekarang ialah umat Islam sekarang, aku dan engkau, sudah berubah. Namun diharap matlamat kita sama. Mencari kebenaran hakiki. Aku dan engkau pastinya setuju, kebenaran itu ada dalam Al-Quran dan Sunnah dengan tafsiran yang betul. Aku tak boleh convince engkau dan engkau tak boleh convince aku. Perkataan aku dan engkau takde pemberat kerana aku dan engkau caca marba.

Yang boleh convince kita ialah mereka yang kita cap sebagai alim ulama. Apabila berlaku perbalahan antara mereka ini kita tersepit.

Namun asas kita tetap sama. Al-Quran dan sunnah. Tafsiran itulah yang membuatkan kita tersepit. Yang mana perlu kita ikuti. Semoga Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada kita semua. Amin!

8 comments:

seorangnenektua said...

nenek sangat setuju! dan marilah kita sama sama menganjakkan diri dari kurang bijak kepada lebih bijak untuk mencari redha Allah.
Marilah kita tinggalkan amalan yang tidak memberi munafaat kepada kita malah mendatangkan murka Allah.
Masih banyak yang kita perlu belajar

Ziarah76 said...

ben, ada org U.K komen kat blog aku tapi utk ko, jadi, in case ko tak baca, aku paste kat bawah:
(link dia ialah http://mystoryourlife.blogspot.com/2009/11/awareness.html) di bawah adalah komen dia:

abang ben,

ramai pengikut dr asri ni kat tempat kami, 30 mins naik kereta, juga rakan akrab dr asri, juga dr asri mesti melawat sini bila kat uk baru lagi, dan semuanya melarikan diri sejauh mungkin bila kena tasykil. smebahyang kat masjid pun tak penting..

jugak sejak kedatagan mereka ini ke UK, maka ramailah adik2 undergrade beli ayam kat tesco sebba ayam ahli kitab walaupun ayam tu stunt, langsung tak sembelih. Juga semua pakat jamak zohor, asar, magrib insya, sepanjang 2 berada di Uk kalau tiga tahun tiga tahun lah....

paham pahamlah...sungguh menyedihkan, malah karkun dah di capkan kafir dan menyeleweng dan ni bukan cerita main2...unfortunately..

FakirFikir said...

Ben,
Apa pun aku tetap akan mengistiharkan hang sebagai mutjahid mutlak untuk ulasan Iron Maiden!

Ziarah76 said...

ben,
pendpt aku, aku sangka baik dan berlapang dada

zarch said...

Aca..ini kah kes yang diperkatakan...aha..

Kat Eropah ni, sudah lumrah benda-benda ni dan kaum yang digelar kaum muda, ramai yang sudah cool down, mungkin sudah jadi tua kot.

Benda ni, sudah lama punya cerita, bukan kurun ni sahaja tetapi dari kurun dahulu, seperti contoh antara pendapat golongan Ibnu Thaimiyah rah. dengan golongan Assyaari bermahzab Syafii. Ibnu Kathir rah. yang berguru dengan Ibnu Hajar rah. dan juga Ibnu Tahimiyah rah. memilih mengikut mahzab Syafii dan menulis kitab Tabaqat Syafii.

Teringat bagaimana mazkaz pertama kami disini dahulu "dirampas" oleh golongan salafi-wahabi ni dengan cara terror menfitnah sewenang-wenangnya bidaah pada kami hinggakan mereka yang pegang tashbih pun dicop seperti pemuja kubur.

Apa-apa pun, ulama dan para masyaik sudah ajar agar sentiasa menghormati setiap muslim kerana kalimah Laillahaillah yang ada padanya. Sebab itu, tak mahulah kutuk mengutuk ni.....

zarch said...

Kalimah Lailahaillallah...maaf tersilap eja Ben...

VoiceOut said...

baca buku al-iktidal karangan shaikhul hadis maulana zakariya. Sikit sebanyak dapat menilai situasi skrg ni.

Dr. Bentara said...

VoiceOut,

sangat berminat nak baca. Boleh bagi full description tak? Terbitan mana dan sebagainya.