------------------------------------------------------------------
[29/30]
Lord Of The Flies adalah single kedua dari album The X Factor selepas Man On The Edge. Lagu LotF ini sendiri adalah dari sebuah buku cerita yang kemudiannya difilemkan. Lagu LotF sendiri aku bagi 80%. Bukanlah lagu yang strong dari album The X-Factor tetapi mungkin elemen rileks, mid-pace, gloomy Metal yang diserapkan dalam lagu ini boleh masuk dalam hati pendengar.
Lagu kedua, My Generation adalah sebuah cover dari kumpulan The Who yang aku tak familiar. Dari rentak lagu, macam hippie rock. Bukanlah progresif sangat seperti yang disukai oleh Steve Harris. Mungkin juga tidak sesuai dengan suara Blaze Bayley, vokalis IRON MAIDEN dalam single ni (dan album The X Factor).



Kulit album single ni pun agak menarik juga. Walaupun bukan hasil tangan Derek Riggs dan menggunakan digitized image, tetapi tetap menarik. Aku memang minat dengan kulit album The X Factor. Imej menunjukkan Eddie di atas takhta dikepit oleh dua ekor lalat gergasi. Kalau nak relate dengan maksud lagu LotF, memang tak kena pun sebab cerita LotF adalah mengenai budak-budak bawah umur yang terperangkap di sebuah pulau tanpa sorang pun orang dewasa. Hmmm... did I missed something. Tak tau nak interpret kulit album ni camana.
TITLE : LORD OF THE FLIES
FORMAT : CD SINGLE
COUNTRY : HOLLAND
RELEASE : 1996
LABEL : EMI
SERIAL # : 7243 8 82660 2 4
TRACKS : 3
Lord of The Flies - My Generation - Doctor, Doctor
Single jewel case, picture CD
2 comments:
yg pastinya klu lagu2 inspired from novel, filem atau lagenda... pastinya hasil nukilan steve harris
filem LotF ni pun best jugak ceritanya, aku pnh tgk skali... nak kena cari DVD
aku dapat cd ni time tu dari mamat kat Argentina. trade.
Post a Comment