------------------------------------------------------------------
[9/30]
Dr. MAZA (Muhd Asri Zainul Abidin) ditangkap oleh JAIS beberapa hari lepas. Yang mana setakat ini beliau telah dibebaskan dan tiada pertuduhan yang tepat. Aku rasa kebanyakan rakyat Malaysia yang waras aware akan peristiwa ini. Beberapa kawan di alam blog dan facebook pun ada buat komen.
Aku pun rasa macam nak komen. Aku tak nak komen mengenai hal politik sebab pada aku politic SUCKS! Aku komen gaya bebas je.
Aku kenal dengan Dr MAZA ini sejak di UTM lagi, tatkala tengah sibuk-sibuk berpolitik (kunun) - 1997-98. Beliau masa tu belum apa-apa, tiada jawatan apa-apa. Mungkin masih study macam aku juga (buat Master mungkin?) tetapi dia menyerlah kerana dia berdebat dengan seseorang penulis terkenal dari Utusan Malaysia. Intipatinya aku dah tak ingat tapi salah satu subjeknya ialah ada atau tidak seksa dalam kubur? Dr MAZA berhujah ianya ada dan sepakat ulama muktabar mengenai ini sedangkan penulis tersebut tidak mempercayainya.
Lepas tu tiada berita lagi dari beliau. Hinggalah hampir sepuluh tahun kemudian aku mendapat kaset kuliah-kuliah beliau yang selalu aku putarkan dalam kereta untuk ke ofis (selain dari kaset kuliah lain seperti Ustaz Shamsuri, Ustaz Ismail Kamus etc). Aku tertarik dengan kuliah Sahih Bukhari beliau yang sangat mendalam.
Dalam pada itu beliau juga banyak membuat kritikan-kritikan. Ada yang aku tak setuju tapi bila aku selidiki kembali, ianya lebih bersifat pendapat peribadi. Sudah tentunya dia juga manusia yang ada membuat kesilapan. Apapun, banyak manfaat yang aku dapat dari kuliah-kuliah beliau. Antara lain, aku memang dah tau amalan kenduri arwah itu tak selari dengan sunnah Nabi s.a.w. (atas suggestion rakan-rakan Tabligh sendiri yang selalu nak elak majlis sebegitu dengan perkataan - tak sunnah!). Cumanya aku tak tau dengan detail KENAPA IANYA TAK SUNNAH. Dr MAZA menjelaskan dengan detail kenapa ianya tak sunnah. Bila dah tau, aku puashati sebab aku mula berpegang dengan sesuatu yang aku pasti dan ada hujahnya jika aku mahu memikirkannya kembali.
Hidupnya satu sunnah menghilangkan satu bida'ah.
Bila beliau menjadi mufti, beliau lebih lantang. Terutamanya mengenai hal-hal semasa. Antara lain, beliau mengkritik institusi Zakat contohnya. Berjuta-juta kutipan yang dibuat tetapi masih ada lagi orang Islam yang miskin melarat. Pembahagian zakat yang tak menyeluruh. Begitu juga kritikan beliau terhadap kes mahkamah syariah yang mengambil masa terlampau panjang yang menyeksa wanita. Pada aku, isu-isu yang diutarakannya sangat rasional. Namun begitu, aku juga tak setuju dengan beberapa pendapat beliau antaranya mengenai politik.
Namun, naiknya nama beliau juga menimbulkan lagi satu krisis yang dahulunya disebut sebagai Kaum Tua vs Kaum Muda. Ini memerlukan banyak pembacaan dan analisis. Aku tak mau komen disini. Sekarang ianya dikenali dengan aliran tradisional vs aliran Wahabi.
Wahabi? Pebende tu? Ini juga memerlukan banyak pembacaan dan analisis. Pada aku, labelling itu tak penting. Kerana melabel itu menyebabkan kita akan segregate the whole thing. Atau dengan lain perkataan, apabila kita sudah berada di satu pihak, kita akan ignore lagi satu pihak lagi. Contoh UMNO dengan PAS. Kalau aku dah PAS sudah tentunya aku akan menolak UMNO walaupun banyak kebaikan yang ada pada UMNO.
Pada aku yang bodoh dan jahil ini, aku mengambil manfaat dari dua-dua belah pihak. Aku juga meneliti setiap kritikan mereka. Memang aku tak pandai tapi kita diberi pilihan untuk menerima mana satu mengikut tahap ilmu, iman, takwa kita.
Ah... panjang nak komen bab ni. Aku tertarik dengan entry sahabatku Ziarah76 yang bermula dengan artikel yang agak bias mengenai wahabi yang kemudiannya disambung dengan fatwa mengenai wahabi oleh Jakim. Mungkin wahabi ini adalah interest beliau. Tapi malang sekali apabila beliau seolah-olah mula melabel Dr MAZA dengan label wahabi. Apabila ini terjadi, maka mereka yang sudah meletakkan diri mereka kepada golongan yang menentang, sudah tidak mahu lagi mengambil manfaat dari beliau.
Untuk kita yang tak berapa jelas mengenai isu ini, bolehlah selidik sendiri. Baca dari golongan yang pro dan menentang dengan teliti dan buat keputusan sendiri. Janganlah bersandar kepada hearsay semata-mata. Pernah terjadi, seorang sahabat bersembang tiba-tiba terkeluar dari mulutnya wahabi. Apabila ditanya apakah wahabi atau kenapakah si polan itu wahabi, beliau sendiri tak tau. Adakah seseorang yang tidak buat qunut Subuh itu wahabi sedangkan dalam 4 mazhab kita, hanya mazhab Syafie saja yang berpendapat qunut subuh itu sunat muakkad sedangkan 3 mazhab yang lain tidak berpendapat begitu? Adakah anda merasa solat anda kurang apabila berimamkan dengan seorang imam masjid India (di Malaysia) di waktu subuh yang bermazhab Hanafi - tidak ada qunut subuh? Atau adakah mazhab Hambali yang selalu disalahtafsir dengan wahabi - antara metodnya menggunakan dalil terkuat dalam mengeluarkan sesuatu hukum - dianggap kurang sunnah?
And Allah knows best.
11 comments:
aku pun tak paham pasal kenduri ni.. ada url bleh rujuk??
cube buat tahlil kat mekah? mau kene ketok ngan polis sane...
ade org cakap tak berdoa/wirid reramai lepas solat jemaah.. ade lah wahabi... pelik... pasal tak doa lepas reramai lepas solat jemaah pon kene label wahabi..
memacam ler.... tu lom masuk kene berdiri mase bace puisi/syair karangan ahmad berzanji mase sambutan maulidur rasul tu...org yg tak berdiri pon digelarkan wahabi gak...
aku pon byk yg tak tau... ilmu masih kurang...
alasan penangkapan "mengajar agama tanpa tauliah"...adoi..dah jadi mufti pun masih tak der tauliah di mata JAIS...tak paham aku apa motif sebenarnya..
Minta info sikit.. kalau kau tahu..
Sebenarnya Dr Asri ni mazhab apa?
*teringat sebelum keluar 4 bulan ke India, Pakistan & Bangladesh dulu.. muzakarah dengan ulama di Sri Petaling.. mereka bertegas supaya kita tak bawa mazhab Hanafi bila balik ke Malaysia..
banyak lagi yang kita kena belajar.sebab awal awal lagi kita dah diajar benda tak betul tapi dikatakan 'begitulah islam'
Hidup kita penuh dengan bidaah pasal kita dah diajar begitu turun temurun.
untuk meninggalkan yang bukan sunnah punya lah susah, apatah lagi nak amal sunnah!
Tok janggut kata 'wahabbi adalah penentang keras bidaah' salah ke?
kita kena terbuka dan banyak belajar.
wallahua'lam
ben,
thanks mempopularkan blog aku, huhuhu.
ben, aku takde tulis perkataan wahabi dlm posting yg ada nama Dr. Asri. Sebab MAZA pun menafikan dia Wahabi. Aku pun tak kata dia wahabi.
Kedua, yg dlm http://ziarah76.blogspot.com/2009/10/apa-itu-wahabi.html
tu bukan aku tulis ciri2 tu. Aku copy paste. Yg aku tulis perengan atas, secara umum.
Ketiga, posting jakim tu, ofcourse jakim tulis, kan. huhu.
4) Aku tak dengar tape, tapi aku ada jumpa Dr. MAZA secara bersemuka antara aku dgn dia sahaja, dua orang shj (kalau ada yg ketiga makhluk syaitan kot), nak kata pertemuan 4 mata tak boleh sebab, aku pakai spek, dia pun pakai spek, jadi pertemuan 8 mata la. hehe. Kami bual lebih kurang 30 minit, kot. Balik tu aku bawak buku dia, 'Membela Islam'. (masih dlm simpanan). Aku sentiasa sangka baik pada dia, dia orang alim. Masa kami berdua sembang, dia perhati janggut aku. huhu.
Ben, aku tak pakai hearsay, sbb, aku anda means untuk dpt source yg kuat (nak tahu kenapa, boleh tanya along, shamsulfaiz, basis bekas band aku, huhu).
Aku juga tak pakai sekadar info2 je, sbb dah ada sikit2 kajian di peringkat universiti pasal aliran pemikiran, ideologi, ism, dan discuss dgn lecturer2. Dan orang yg terang2 mengaku dia wahabi pun aku ada refer/jumpa. Org suka pun aku pernah jumpa, org yg benci Wahabi pun aku ada jumpa utk seimbang.
Tapi tak pe lah... betul cakap ko, banyak benda yg tak boleh dibincangkan secara terbuka, lebih2lagi dlm blog.
Apa yg Jakim beri penerangan tu kira ok, utk pengenalan umum.
Apapun, wahabi bukan sesat. Walaupun ada geng2 mereka yg kata begitu begini kpd jemaah.
Dlm tulisan dia, Dr. MAZA pun selalu qoute ulama Hassan al-nadwi (iaitu ulama tabligh) walaupun dia tak disclose bahawa An-nadwi ulama tabligh yg sampai ke Msia termasuk dtg ijtimak 1983, kubang bujuk.
Tapi itu tak mengapa, sbb org lain pun (ABIM, PAS, etc) tak disclose benda tu.
Lagi pun usaha bukan cari nama, Nadwi terkenal seluruh dunia.
Ok ben, nothing personal, posting ko ni kira ok lah.
Yg penting kita kena hati2.
(ada benda2 yg nak cerita kat blog rasa tak sesuai).
azharjaafar,
Rasanya dia tak pernah kata dia mewakili mana2 mazhab. Mungkin tidak bermazhab = salafi.
----------------------
ziarah76,
Kalau tidak sesat, tak perlulah kita ungkit2 sampai orang jadi resah. Yang ada mungkin perbezaan pendapat dan itu dibenarkan dalam agama. Agama itu kan moderation. Bersederhana. Lainlah kalau sah dia sesat macam syiah, tarekat puja kubur ke, Ayah Pin ke. Itu lagi perlu diambil perhatian. Just my 2 cents.
ben, betul tu... kalau semua begitu kan bagus. Tp yg berlaku... ada aliran pemikiran (bukan MAZA) yg....
entah la, aku tak boleh cerita dlm blog ku. Anggap aku tak tau apa2 lah..
qunut tu sunnat ab'ad..kne wt sujud sahwi..bkn muakkad..
karkun saudi pn wahabi gk..p suh karkun2 m'sia yg taksub p sound depa..
karkun kne neutral beb..
kita bkn nk aja fiqh..
kita bkn nk aja bnde2 khilaf..
kita nk ajak org wt dakwah ikut sunnah..
kita nk ajak org fikir risau tentang ummat..
if 1 ulamak tu kutuk tabligh..xbrmakna kte kne off trus dari pndgn dia..
jgn taksub kt ulamak karkun je..
banyak lg manfaat dari ulamak2 lain..
even ulamak2 wahabi..
say no to ghulu!!!
jais ni under kuasa kerajaan negeri selangor atau dengan lebih tepat lagi under port folio Dato Hassan Ali..
errr.. sorry byk pulak mengomen,
maksud aku yg dlm komen sblm ni, 'MAZA pun selalu qoute Nadwi' tu ialah MAZA puji Nadwi and ambik pandangan nadwi (just in case, takut ada yg tersalah faham pula).
Apapun, aku stuju dgn alturkistani..
kalau kita dpt pegang adab usul betul2, insya-Allah memang umat Islam bersatupadu.
wallahualam.
Post a Comment