Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Tuesday, October 11, 2011

Kenapa buat penyelidikan (research)?


Bajet 2012 telah memperuntukkan RM50 billion kepada sektor pendidikan. Walaupun tiada spesifik kepada bidang penyelidikan tetapi saya rasa peruntukan besar akan diberikan kepada universiti tempatan yang memberikan tumpuan kepada penyelidikan terutamanya mereka yang bertaraf Research University (RU).

Juga, geran penyelidikan pun pastinya akan mendapat suntikan yang besar. Sebenarnya, sebelum belanjawan ini dibuat, mereka yang berada di universiti sudah pun dapat mengagaknya. Dana geran untuk tahun depan adalah 2 kali ganda dari yang lepas.

Kenapa perlu buat penyelidikan? Sebenarnya kita buat penyelidikan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, minyak masak apa yang perlu dibeli. Kita akan membuat perbandingan. Paling ringkas, harganya. Kalau mahu detail, kita mungkin akan semak kandungannya, kualitinya dan siapa yang membuat.

Dalam bidang akademik, penyelidikan dibuat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Di akhir penyelidikan, diharap keputusan yang ditemui hasil dari penyelidikan tersebut dapat menyelesaikan masalah tersebut ataupun sekurang-kurangnya mengarah kepada kepada penyelesaian. Sebab itu selalunya penyelidikan mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan.

Satu perbincangan lain berkenaan penyelidikan di ruang akademik ialah penyelidikan jenis apa yang patut diberi tumpuan? Fundamental ataupun komersil?

Penyelidikan komersil lebih kepada menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh industri (saya hanya menulis mengenai penyelidikan kejuruteraan). Sebenarnya, memang banyak masalah yang dihadapi oleh industri dalam bidang teknikal. Kebanyakan industri tidak mempunyai lengan penyelidikan dalam institusi mereka. Maka apabila timbul masalah yang di luar skop, ia perlu diselesaikan oleh mereka yang sudah dilatih dengan disiplin penyelidikan.

Ada yang berpendapat bahawa penyelidikan komersil ini lebih penting dari fundamental kerana keperluan komersil lebih menggesa dan ia perlu diselesaikan dengan segera untuk mengelakkan berlakunya kerugian kepada industri tersebut.

Dalam perspektif negara kita, bidang penyelidikan adalah bidang yang baru. Budaya ini baru disemai. Berbanding dengan negara barat, bukan saja universiti malah banyak syarikat swasta yang kerjanya memang membuat penyelidikan. Atau menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah industri yang memerlukan penyelidikan. Mereka ini adalah specialist. Mereka diupah bukan untuk menyelesaikan masalah rutin tetapi masalah unik. Fee mereka amat besar kerana keperluan yang menggesa untuk menyelesaikannya.

Seorang sahabat telah memberikan contoh. Satu syarikat besar negara kita memerlukan kepakaran specialist untuk menyelesaikan satu masalah kejuruteraan. Jadi mereka mengupah satu syarikat asing untuk menyelesaikannya. Apabila diteliti, masalah tersebut boleh diselesaikan dengan mudah hanya dengan menggunakan kepakaran yang ada pada ahli akademik. Apabila dibuat perbandingan harga, syarikat tersebut membayar lebih 10 kali ganda dari apa yang diminta oleh universiti.

Sudah nampak keperluannya sekarang?

Namun perlu ditegaskan, universiti diperlukan untuk menyelesaikan masalah unik yang memerlukan penyelidikan khusus bukan untuk menyelesaikan masalah rutin. Contohnya, buat kerja rekabentuk rumah teres setingkat.

Semasa berada di Lehigh University, saya telah berpeluang mengikuti penyelidikan industri-akademik. Masalah tersebut berkisar kepada satu konsep binaan khusus dimana sebuah bangunan menggunakan konsep unik untuk menahan getaran gempa bumi. Konsep tersebut telahpun digunakan di luar tetapi beberapa masalah lain perlu diperinci dan diselesaikan. Syarikat tersebut telah berganding bahu dengan Lehigh Uni untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan geran lebih US$300K. Geran tersebut ditawarkan oleh satu agensi philanthropist (bukan kerajaan) bernama Charles Pankow Foundation.  Agensi tersebut hanya menawarkan geran penyelidikan jika masalah yang dikemukakan betul-betul adalah masalah industri yang menggesa.

Alhamdulillah, beberapa tahun kebelakangan ini kesedaran tentang pentingnya hubungan industri-akademik sudah ada di negara kita. Semakin banyak industri luar yang mula mengetuk pintu universiti untuk sama-sama berganding bahu menyelesaikan masalah teknikal mereka. Saya sendiri merasainya di tempat saya bekerja sekarang ini (saya akan ulas lebih lanjut nanti). Ditambah dengan sokongan kerajaan.

Pada sesetengah ahli akademik, penyelidikan komersil sebeginilah yang sebenarnya dapat membantu pembangunan negara kerana masalah yang dihadapi adalah menggesa dan penyelesaiannya adalah praktikal berbanding dengan penyelidikan fundamental. Untuk penyelidikan fundamental, diharap ada diantara pembaca blog ini yang lebih arif dapat mengulasnya - saya jemput Dr. Fakir Fikir dan Dr. Airil.




15 comments:

Waqheh said...

saya hanya membaca dan memahami seterusnya menyelidik cara sendiri. Untuk ulas disini rasa kurang arif..apapun research amat penting..

Sz said...

saya masih banyak perlu menuntut ilmu dengan sifu seperti Dr Ben ni :)

Run Away said...

sy memang kurang paham sangat pasal ni....;d..

devourment of souls said...

tak silap aku, sekarang ni salah satu kriteria penarafan universiti di Malaysia dibuat mengikut kepada jumlah geran yang diperolehi, baik daripada agensi kerajaan mahupun swasta.

pendapat aku yang tak seberapa ni: sampai masa untuk Malaysia memberi penarafan terhadap commercialization daripada penyelidikan. MUNGKIN ada research yang dilaksanakan daripada geran, tetapi hasilnya tidak dapat digunapakai baik oleh msayarakat mahupun industri. aku rasa Malaysia dah menuju ke arah commercialization nih.

bagi pihak ipts, hahahaha.. (tu je yang mampu..)

World of Azketom said...

dulu cuma tahu orang yang buat research tu untuk meningkatkan kualiti produk atau buat beberapa survey je...skrg tahu extra skit. Thanks Dr. Ben!

rockmysoul said...

penyelidikan...suatu dunia yang saya dambakan..

Chik Att said...

satu info untuk orang yang cetek ilmu mcm kami ni ... thank dr ...

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

hehe..sy dulu malas nk sambung phd sbb kena buat research (hampeh kan)

mamaNoriz said...

di Research University, lecturer diwajibkan buat research sbgai kriteria utk naik pangkat..
dan tmpat sya ni, penyelidik yg dah involve di beri opsyen 70:30 antara mengajar dgn penyelidikan...

dan ramai lecturer lama yg tak nak sambung phd dan tak amik port psl research ni merajuk dan pilih pencen awal sbb diorang kata - nak jadi pendidik yg didik ank bangsa, bukan penyelidik... simpati pun ada tpi dah requirement kementerian macam tu kan...huhu

dan tmpat sya dah hasilkan produk research yg boleh dibanggakan...
malah kami antara RU paling tinggi ada produk komersial dan paten.

eh, sorry panjang lak komen wlupun bukan Dr.Fakir & Dr. Airil :)

MamaEma said...

orang yang buat research keadaan tempat kerja mereka agak tidak teruruskan..

pipoq said...

tul tu, tanpa ada penyelidikan nanti boleh jadi apa yang dihasilkan tu tak berkualiti pulak..

ikatankasihku said...

x berapa arif la bro psl ni...serahkan pada yang pakar.. :)

Dr. Ben said...

devourment of souls,

Sebelum komersil, kena start dari mula. Ambil masa. Maybe 10 years.

--------------
mamaNoriz,

Thanks for the feedback. Lecturer yang teaching je pun bagus juga sebab mesti dilevery diorang excellent.

--------------
MamaEma,

sungguh betul!

Irwan said...

Gua tak buat research dulu sebelum komen ni tapi, gua saspek research dalam phD ni ialah mencari breakthru. Kita perlukan breakthru dalam banyak bidang kat Malaysia ni.

Agak menyedihkan apabila membaca komen mereka yang mengalah taknak ambik phD sebab taknak buat research.

Atau mereka yang opt pencen awal sebab konsep research organisasi mereka tak selari dengan konsep yang mereka dokongi.

Nampaknya, kami kenlah pasrah melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali sebab takde breakthru baru...

Sabihah said...

Saya kurang ariff untuk mberi pendapat tp saya faham ape yang ingin disampaikan...^^