Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (47) Gitar (9) Giveaway (2) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (76) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (8) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (86) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (416) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Friday, July 18, 2008

Sudahkah anda bersedia untuk Nasyid Metal?

Nasyid (Arab: أناشيد) merupakan nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah dan yang seumpamanya.

Pada awalnya nasyid membawakan alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih daya saing dalam bidang seni.

Selalunya nasyid lebih gemar didendangkan dengan alat muzik tanpa tali, namun mengikut beberapa pendapat ulama fiqh perkara memainkan alunan nyanyian nasyid dengan alat muzik bertali seperti gitar dan piano adalah dibenarkan. - wikipedia

Aku dah lama bercita-cita membuat lagu berentak Metal tetapi liriknya berunsurkan nasyid. Dengan band aku yang dulu (Langsuyr) ini mungkin tidak sesuai. Aku berfikir, mungkin boleh dengan projek solo.

Eventually, aku buat juga beberapa lagu. Yang menjadi, satu lagu ni yang ku beri tajuk Kronikologikal. Berbelit lidah menyebutnya?

Semua rakaman dibuat di dalam bilik study dengan menggunakan instrumen dan software. Yeap, I'll take all the credits since I am the one who was playing. Aku bukan professional jadi maafkanlah kualiti rekoding yang agak amatur.

Tapi, sudahkan dunia nasyid bersedia untuk ini? Aku serahkan kepada kamu untuk menilainya. Link untuk download di bawah. Segala bentuk komen (bertamadun) amat dihargai!


KRONIKOLOGIKAL
Lagu: Bentara
Lirik: Bentara

Pergolakan dua kuasa
Yang mahukan pemerintahan
Medannya seketul daging
Di dalam kedaifan tubuhmu

Jiwa kacau memikirkan
Bertemunya dua keperluan
Memilih satu keputusan
Yang mengolah landasanmu

Pergolakan yang berterusan
Menggelegak di dalam jiwa
Adakalanya kau benar
Adakalanya kau salah

Di dalamnya ada perasaan
Yang asal tercipta untukmu
Pabila salah kau rebah
Pabila benar kau bersyukur

Andainya hitam kau sesat
Tidak nampak cahaya yang dihujung
Seperti benda yang kotor
Ianya perlu dibersihkan

Namun tatkala kau lemah
Ingati maksud kau diciptakan
Serahkan segala urusanmu
Kepada yang Maha Berkuasa

Insani, kau lemah, kau daif
Insani, kau tidak mengetahui
Insani, tunduklah, sujudlah
Insani, kau perlukan peringatan

Jangan kau tertipu dengan mainan
Dunia yang terhias dengan seribu kecantikan
Anak isterimu bakal menjadi
Pendakwa terhadap keputusanmu yang lalu

Harta kekayaan yang kau miliki
Tiada manfaat jika hanya memuaskan nafsumu
Awas terhadap usiamu
Kerana tidak dia menjamin keselamatanmu

Solo: Bentara

http://rapidshare.com/files/130612103/Kronik.zip
http://www.megaupload.com/?d=9UUHI0X0


14 comments:

lutfie said...

waaa.best la.

aku nak main part drum dia kalau ada peluang.hihihi.setelah sekian lama tak jamming dan metal stuff

good job.a particular different identity in my mind

zarzh said...

Masyallah, hebat sajak lirik Bentara. Penuh makna dan suatu nasihat yang baik.
Saya sebenarnya dah lama off dengan musik, hanya tinggal minimum untuk taaruf, tetapi memang berminat dengan kata-kata sajak yang memandu kearah maksud hidup.
Apa-apa pun, semoga Bentara teruskan niat yang ikhlas untuk berpesan-pesan dengan yang haq.

- Tentang sindrom kawan saya yang kuat tidur tu, pernah sekali cikgu dalam kelas dah tak tahan dengar dia berdengur, beritahu dia ni mungkin lahir terlebih bulan, sebab tu nak tidur aje...hahaha.
Tapi rasanya dia terkena "sleep Apnea" sindrom...

fali said...

Wow. Berat & padat.

Saya rasa buat mereka yg biasa mendengar metal takde masalah kot nak dengar nasyid macam ni.

Anway, setup recording kat mana? It sounds really2 good.

uncle fly said...

not bad bro bentara .. masih mengekalkan sentuhan2 'langsuyr' and just kalau inchek azlan yang melontarkan vokal untuk lagu nih maybe lagi kow kot .. heheheh .. lu pun best gak bro

anyway teruskan berkarya and kami semue akan support segala usaha lu setakat yantg kami mampu .. hehehhe ..

BENTARA said...

lutfie,

thanks. Beli la electric drum tu. Tapi kalau simpan duit pasal nak kawin, lagi baik ;)

----------
zarzh,

kata2 sajak je tak cukup tanpa perbuatan, ye tak?

------------
fali,

thanks. Record pakai software Ableton. Drum pakai Fruity Loops.

-----------
uncle fly,

aku tak pandai nyanyi. Saja je tu sebagai demo sebab dah takde calon lain kat ostolia ni.

Anonymous said...

A'kum saudara Ib... Bin Ak.. hehe a.k.a Thrash...ada jugak kaum aku kat sini..ni kwan ko kat 5Sc10 dulu..Romi..just drop by to say Hi..and aku salute kat ko lah..keep up bro..!!..jadi penyair skang nih..lirik puitis lak tu..

BENTARA said...

Romi... ko pun dok Adelaide gak ke?

matakucing said...

salam bentara,
aku rasa sentuhan/karya yang unik..lirik yang menyentuh minda utk berfikir..great..music? memang best..catchy & crunchy...melodi ada lenggok2 arab sikit.

solo project ke?

Achan Sinclair said...

Woohoo..sebagai pemain gitar berbunyi distort merangkap peminat irama nasyid memang ternganga usha lirik nasyid metal buatan pemain gitar distort lain..deep giloss..

Welcome to nasyid, kalau memerlukan bantuan dari segi bunyi-bunyi perkusi umpama djembe dan lain2..saya rela membantu. Djembe2 kat umah tuh dah lama tak kene slap, fret gitar pulak dah jadi licin dan haus..ish2

Anonymous said...

halo...aku nak dengar lagu tue...tapi ade prob masa download...

boley x awk sendkan kepada emel saye

the_techis@yahoo.com....

nak dengar sangat nasyid versi metal.

p/s: mmg minat sangat kat cromok

Abang Ben said...

Anonymous,

aku dah try dua2 link masih boleh digunakan. Please try again.

krieyartor said...

saudara bentara...
x pernahkah and amencuba record lagu guna adobe audition.

musc more complicated and picah kipala

Langit said...

ishh...tahniah ler...lama jugak saya pikir nak buat gini...tak terbuat-buat ehehehhehe sejak bubar Herriot memang ada terpikir nak main metal kerohanian ni.

tawawfayakof said...

oh tidak, aku baru nampak topic ni. aku sedang dalam usaha BERSENDIRIAN untuk projek sebegitu. dan tidak sensetif kepada perkembangan individu/pemikir dalam aliran metal (tak update)

saya dah start testing dengan satu band black (al azazhil dari kuala lipis). ada tiga lirik saya bikin.

ok la abang langsuyr, saya akan pastikan saya meng kontek abang langsuyr. atleast secara online pun okey. huhu.. mungkin untuk sesi brainstorming/sharing idea etc...

kalau ada id ym pass la. brother langit, ada perasaan lagi tak nak buek metal nasyid? jom.. hehe...


jiwa dah membara hehe


seriously~
ym : banshee_37vd@yahoo.com



-----------
tengah cari stuff band sakaratulmaut dari kota temasik. saya punya hilang la..