Tetapi at the same time, ia menarik minat aku. Dewangga Sakti? Sedikit sinis fikiranku. Probably, ini projek saja-saja kot.
Sangkaanku meleset. Dewangga Sakti adalah sebuah projek serius. Serius mana? Cukup serius untuk mereka mendapat jemputan hingga ke luar negara, antaranya di Jepun dan Singapura.
OK OK... probably - masih lagi sinis - mereka ini amatur, dan probably doesn't know what the thing they are playing. Sekali lagi meleset apabila CD Mabok Kepayang sampai ke tanganku. Ini professional. Sesuatu yang tidak mungkin dapat dilakukan oleh satu kumpulan amatur. Tanpa kemampuan teknikal dan usaha yang sungguh-sungguh, tidak mungkin mereka akan sampai ke tahap ini.
CD ini mengandungi 5 buah lagu. 3 instrumental dan 2 bervokal. Jenis muziknya? Ah… aku tak pandai nak memberi klasifikasi. Mungkin joget? Mungkin keroncong? Aku malu dengan kejahilanku tentang muzik tradisionalku sendiri tetapi gah apabila bercakap tentang Metal.
Lagu yang bervokal sangat menarik pada aku. Mungkin ada sebab lain kenapa lagu instrumental lebih banyak dari yang bervokal tetapi suara vokalisnya yang raw, menampakkan unsur ikhlas dalam melagukan lagu-lagu tersebut. Tajuknya yang pelik (Tertinggal Kapal Angkasa anyone?) juga menambahkan spice. Nak ketawa, nak kerut dahi? Kita tertanya-tanya tetapi yang pasti, lagunya mengetuk jiwa yang lara.
So aku tak nak panjangkan lagi review ini sekadar mengatakan bahawa mutu produksi album ini agak baik. Also, kalau ada yang nak try test minat muzik tradisional, why not start with Dewangga Sakti. At least, kepada Mat Metal, ini adalah hasil seorang Met Metal juga!
1. Prelude 1:51
Intro Arabik sikit. Rasa aku teringat zaman kecik-kecik dulu time bulan Ramadan. Aku ingat sebelum berbuka puasa tu ada lagu pakai gambus tu kan, ha... camtu la bunyinya. Basically, gambus and biola.
2. Selembar Kaseh 5:35
Ni memang Melayu habis. And probably the best track in the album. Catchy dan merdu sekali. Suara vokalis yang raw, tanpa nak tunjuk tinggi mana dia boleh tarik suara, tetapi menggunakan vokal untuk complement muzik latar. Eventually, suaranya memang Melayu habis. I can't see anyone else better doing this job than him.
3. Belayar ke Pulau Jauh (Untuk Mencipta Rekod Dunia) 4:55
Instrumental. I wish ada vokal dan lirik. Lirik pastinya menarik berdasarkan tajuk yang sinis ni. Mungkin ada elemen usik mengusik. Terbayang zaman P Ramlee.
4. Kembali Menchari 4:48
Keroncong? Rasanya. Vokalis berubah menjadi Kopratasa. Tapi still fit dengan lagu. Suara yang naif dan raw ni memang best ah.
5. Tertinggal Kapal Angkasa 2:44
Arabik dan Melayu? Sesuai dengan tajuk lagu, ianya agak rancak. Seolah-olah orang yang... tertinggal kapal angkasa. Biola, gitar dan gambus bergabung berperang untuk mendapatkan perhatian.
Untuk temuramah ekslusif bersama Zulkifli, di sini.
Untuk temuramah ekslusif bersama Zulkifli, di sini.
3 comments:
lawa packaging dia
ermm kadang aku pon konfius ngan muzik traditional melayu nie..huhu mana inang, ghazal, asli etc.. tp mmg best muzik traditional melayu sebenarnya...unik..aku pon lyn lagu2 cam ni..aku slalu dgr radio klasik nasional..best tp kdg2 ngantuk plak..ekeke.
Superb la Zoy and the gang!! pusingan 360darjah. From death Metal to Traditional!
Album quality second to none !
Jangan lupakan kengkawan bila dah masuk mainstream aa..
Bunga-bunga ke arah tu dah nampak dah.
GodSPEED bro
Post a Comment