THE UPRISING adalah satu lagi metal gig yang dianjurkan oleh azwi (Predicate not Defined), bertempat di Soundmaker Studio, jalan jeti, Pulau Pinang. Tempat ini boleh menempatkan 200 orang pada satu-satu masa. Promosi melalui flyers dan internet telah dilakukan sebulan sebelum gig untuk menarik lebih ramai peminat metal umumnya untuk menghadiri gig ni.
Pada 5 july 2008, bermula 11pagi, band-band yang terlibat datang untuk sesi soundcheck. Antaranya Mandatory, Symbiotic In Teory, Flake Poison dan Psyrosix. Sesi tamat pada jam 2.10pm. Terdapat booth stuff-stuff seperti CD, zine dan baju band dijual di lobi. Terima kasih kepada Mizi dari War Shoppe kerana menyertai gig ini.
Tepat jam 3.00pm, Ceased War memulakan persembahan. Mereka banyak memainkan lagu dari Seputura dan juga lagu sendiri. Penambahan percussion menarik perhatian crowd yang beramai-ramai berdiri di depan stage untuk memberi sokongan. Satu persembahan yang mantap dan syabas buat Ceased War.
Band Progressive Rock dan Penang, Inersia-X memulakan persembahan kedua. Mereka menggantikan band Symphonia yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Crowd nampaknya teruja dengan kemantapan skill individu setiap ahli band memainkan muzik progresif. Beberapa lagu sendiri dimainkan dan mendapat tepukan gemuruh dari crowd.
Seterusnya ialah SPIRAL BENEATH. Band yg berkonsepkan melodic death metal nih, dibarisi oleh beberapa org anak muda. Meskipun mereka nih bleh dikatakan agak baru di persada metal Penang nih, namun persembahan mereka kelihatan agak bertenaga dan lagu2 yg didendangkan berjaya menarik perhatian crowd utk terus headbanging tanpa sebarang sangsi.
WYNKEN DELIRIUM tampil sbg band keempat utk gig nih. Berkonsepkan groove metal, kugiran dr JB nih kelihatan begitu ceria sekali di atas pentas dan sentiasa berinteraksi dgn crowd yg berdiri di depan pentas. Mereka memperdgrkan beberapa lagu yg dipetik drpd rilisan terbaru mereka dan utk pengunjung2 terawal yg membeli tiket, diberikan promo cd mereka. Satu persembahan yang begitu menarik ditunjukkan dan membuatkan crowd puas.
DISSECTOMY mengambil giliran seterusnya. Sememangnya band nih sentiasa menjadi sebutan di Penang dan secara tidak langsung berjaya menarik crowd utk terus setia di hadapan pentas. Gelagat dan kepetahan bassist/vox band nih, secara tidak langsung telah berjaya mengeratkan tali silaturrahim antara band boys dgn crowd. Persembahan mereka begitu aggressive membuatkan crowd headbang setiap masa.
PSYROSIX. Berkonsepkan technical death metal (meskipun tak guna drum mesin), 4 orang anak muda nih berjaya memecahkan kesunyian. Dlm keasyikan membelasah instrument masing2, tiba2 perfomance terhenti disbbkan tali gitar band nih putus. Sementara nk tunggu ambil gitar lain, para hadirin sempat menyaksikan sedikit drum solo drpd drummer band nih yg bg aku mmg berbakat. Gitar baru sudah dpt, dan mereka terus berhempas pulas bg menyemarakkan lagi semangat crowd yg dahagakan muzik yg aggresif. Crowd bertambah menggila lantaran permintaan mereka agar band nih memainkan cover song ORIGIN ditunaikan. Mmg tidak dpt dinafikan band nih sememangnya berbakat.
Seterusnya band dari taiping, FLAKE POISON beraksi. Berinfluencekan Lamb Of God, mereka banyak memainkan lagu dari band tersebut disamping lagu sendiri yang tidak kurang hebatnya. Band ini berjaya membuat cowd bermoshpit walaupun terpaksa bermain dengan satu gitarist. Syabas diucapkan kepada Flake Poison.
Band berikutnya, sebuah band yg begitu aktif terlibat dgn. gig terutamanya di kawasan utara. Tak lain tak bukan, PREDICATE NOT DEFINED. Kali ini kelihatan mereka tampil bersama gitaris baru dan beliau tidak kurang hebatnya jika hendak dibandingkan dgn bekas gitaris2 mereka sebelum ini. Seperti biasa, mereka mendendangkan lagu2 yg kebykannya dipetik dr album sulung mereka. Tak seperti biasa juga, mereka tidak melepaskan peluang utk memainkan cover song KREATOR iaitu lagu ‘Violent Revolution’. Rata2 kelihatan crowd hanya tercegat berdiri meskipun ada sekelompok peminat mereka yg berterusan banging sepanjang penampilan mereka. Tapi ini tak bermakna mereka nih tak bagus. Cuma bagi aku, corak muzik yg mereka bawakan ini masih boleh dikatakan style yg baru bg peminat metal tempatan.
Selepas rehat untuk waktu maghrib, gig diteruskan dengan persembahan kumpulan dari negeri sembilan, SYMBIOTIC IN TEORY. Dipengaruhi oleh band technical death metal seperi Necrophagist, Cynic dan Athiest, mereka memberikan persembahan yang begitu mengasyikkan crowd! Begitu tight, mantap dan teknikal sepenuhnya dalam setiap lagu yang dimainkan. Mereka juga membawakan lagu cover dari Death atas permintaan crowd. Jualan EP mereka amat memberansangkan memandangkan ini merupakan gig pertama mereka. Syabas dan diharapkan Symbiotic In Teory dapat membuat persembahan di Penang di lain masa.
Band penutup untuk gig ini ialah MANDATORY. Sebuah band lama yang reunion untuk sekian kalinya. Di barisi zam, apit, fahmi, kimi, bassist(lupa nama) dan keyboardist(lupa nama), mereka memberikan satu persembahan yang cukup bertenaga dengan lagu-lagu terbaik dari demo dan album mereka. Ia amat mengubat kerinduan peminat-peminat tegar Mandatory yang ingin melihat mereka beraksi di gig sekali lagi. Mereka menjemput Tam (blind tribe) untuk bernyanyi bersama, seterusnya menghangatkan suasana. Satu demi satu lagu diminta oleh crowd membuatkan mereka begitu bersemangat.
Gig berakhir pada jam 9pm. Secara keseluruhannya ia berjalan dengan lancar. Syabas kepada organizer, band-band, crew dan juga kesudian crowd yang datang untuk memeriahkan gig pada kali ini. Terima kasih juga kepada media internet tempatan seperti metalterus, mentharas, jamtank dan sokongan ROTTW dalam gig ini. (Krenmaut takde ke? - Bentara)
Kredit picture to Azil (Dreamland)
Kredit text to Azwi & Mizal (Seed of the Dragon)
Thanks to the writers & photographer for their contribution. Got a gig report? Send them in!
2 comments:
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam gig ni, dah juga kepada Krenmaut kerana menyiarkan review gig ni.
Wynken Delirium
flake poison..keh keh..
Post a Comment