Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Monday, July 28, 2008

Solat la wehhhh...!

Solat la weh... tolonglah.

Rock, rock jugak. Metal, metal jugak... tapi benda minimum untuk dikelaskan sebagai orang Islam ni buat la. Walaupun time tu korang tengah sibuk tengok gig. Keluar la kejap, pi cari surau ke musolla ke, spend 10 minit. Solat!

Aku tak expect korang pi solat awal waktu di masjid secara berjemaah sebab dah tentu berat dah tu. Tapi jangan la sampai abai solat. Lemah betul la.
Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya solah berjemaah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solah bersendirian." (Hadith riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim) - Teks asal dari Fadhilat Amal terbitan Era Muslim)
Nama korang Ismail, Hamid, Zulkifli tu dah nama Islam. Tapi nama je tak gerenti Islam. Islam tu datang dengan niat dan action. Dan action paling jelas nak tunjuk korang tu Islam ialah solat.
Diriwayatkan daripada Hazrat Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan kufur." Dalam riwayat yang lain, "Meninggalkan solat menghubungkan seseorang dengan syirik dan kufur." (Hadith riwayat Imam Ahmad, Muslim dll). Teks asal dari Fadhilat Amal terbitan Era Muslim)
Korang pun bukan tak tau solat tu wajib. Dan wajib tu maksudnya kena buat, susah atau senang. Janganlah buat degil. Janganlah jahil terus.

Takkan la pasal gig je solat pun lebur? Takkan la pasal lepak makan satay solat pun lebur? Takkan la pasal main badminton pun solat lebur? Pasal benda tak tentu pasal pun agama lebur, apa cerita?

Aku tau la ko Mat Metal tersohor. Metal mau kualiti. CD mau cantik. Baju mau tr0o punya. Tapi apalah gunanya kalau solat pun lebur. Tarak malu ka? Nak tunjuk betapa tr0onya ko pasal tak solat? Dengan sapa tu nak bangga? Dengan mereka yang tak solat jugak? Aiyaaaaa...

Apa? Kalau ko solat dan layan Metal status keMetalan ko jatuh? Ceh... sape yang letak status tu? Darkthrone? Gorgoroth? Deicide? Cannibal Corpse? Caliban? Kreator? Venom? Black Sabbath? At least, kaya jugak depa tak solat pun. Ko, solat lebur, kaya pun idak. Berangan je lebih. Ceh...

Bulan puasa pun ko tak solat? Aiyaaa... puasa ko sia-sia beb sebab tak solat. Dapat lapar dan dahaga je (sempena bulan puasa yang dah dekat ni). Pelik jugak, bulan puasa malu pulak tak puasa. Padahal sia-sia je puasa sebab tak solat.

Tak tau solat? Tak tau amik wuduk? Kena belajar beb. Tak boleh sandarkan kejahilan ko tu selama-lamanya. Tak nak jahil, kena belajar la.

Sabda Rasulullah s.a.w. " Sesungguhnya menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi setiap muslim." (Hadith Sahih, Riwayat Ahmad dan Ibn Majah no. 220.) - Menurut Imam Ibn Qudamah Al-Maqdisi mengatakan bahawa perintah wajib menuntut ilmu dalam hadith ini merujuk kepada ilmu feqah sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan fuqaha'. Ini kerana amatlah penting seseorang itu untuk mempelajari feqah sehingga dirinya mampu mengetahui perkara halal dan haram. Yang mana kesimpulan ilmu ialah apa-apa yang difirman oleh Allah (Al-Quran) dan apa-apa yang disabda oleh Rasulullah s.a.w. (As-Sunnah) (TEKS ASAL)
Masa masih ada. Masih sempat lagi.

Pleaseeeee... solat lah!

9 comments:

zarch said...

Asalam,
Sebenarnya orang kita ni, kreativ dan bijak, tetapi ramai yang kecundang kerana melalaikan dan membelakangkan agama.
Kalau kita tengoklah budak-budak kita, bunga-api pun boleh dibuat bom, kapcai 70 boleh lari 140, ada yang Hendrix punya goreng dibuatnya hanya macam goreng pisang aje dan seterusnya tetapi segala kemahiran dan kreativiti jadi sia-sia, tak dak tujuan...dan yang teruknya, ramai yang samaada berakhir nyawa mati katak, berstatus penduduk tetap Serenti dll atau minah-minah yang sarat mengandung benih tak berbin dan terperangkap dalam jerangkap samar kehidupan. Mahupun juga yang menjadi badut yang hanya mengikut-ikut segala dari barat seperti mengejar keterlaluan kebendaan.
Macam-macam ada, hari ni pun terbaca, 80% mak nyah adalah orang Melayu juga...apa sudah jadi..
Hanya kerana membelakangkan agama dan meninggalkan maksud sebenar untuk apa kita dilahirkan maka semakin kecundang jadinya...

Kerana itu, telah diberitahu, solat itu tiang agama, jadi bila kita maintain solat kita, maka insyallah terpeliharalah kita. Segalanya berlaku atas taqdir juga, tetapi mana yang mampu kita ikhtiarkan, kita ikhtiarkan.
Dengan bersolat khusyuk juga, dapat kita tenangkan fikiran jadi taklah terlalu bercelaru atau "bling-bling" jadinya.

Jadi, marilah kita usahakan agar semua bersolat sebelum kita semua disolatkan. Dan Alah itu Maha Pengampun.

azharjaafar said...

Arghh.. terkenang zaman kebodohan dulu. Kalau ada sapa2 cipta 'time-machine' boleh pinjam kejap, nak perbetul masa lampau.

Masa yang dah lalu mana boleh reverse balik. Syukur pada Allah yang masih beri peluang taubat.

Kena buat gash beb, rumah ke rumah.. Ajak orang solat. Sebab dulu ada orang ajak kita, kita dapat berubah.

FLy said...

perghhhh .. pedih2 .. entry yang amat menusuk kalbu .. setuju ngan bro azharjaafar, kalau la ada time machine gua nak 'kambus' balik lompong2 yang pernah gua tinggalkan dulu ..

kesempatan masa yang kita ada nih sesama la gunakan sebaik mungkin .. bukan payah sangat pun!

Anonymous said...

pergh....tembakan padus dan tepat kena kat aku...lagilah kalau berada kat oversea, beginilah cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. lagilah bagi golongan yang tak pernah tengok kalau orang islam solat, lain macam jer diaorg tengok. apa kejadahnya mamat ni berdiri, tunduk dan dan sembah bumi....(mesti diaorg ingat tak betul mamat ni)...sabar jer aku.

Dr. Bentara said...

zarzh,

sungguh baik komenmu itu sahabat! AKu tak perlu komen lagi.

-------------
azharjaafar,

gash hari ahad antara maghrib dan isya'.

-------------
uncle_fly,

kalau dah istiqamah solat, naik stage seterusnya. Solat jemaah di masjid. Meh!

--------------
marahman,

itu hari gua nengok Dream Theater. Masa maghrib gua keluar kejap, ambik wuduk kat toilet, bentang baju Dream Theater yang gua beli sebelah venue, dan solat.

Yang malu tu:

1. Bisikan Syaitan
2. Perasan sendiri

sebab mat-mat saleh buat donno je kat aku yang tengah solat. Takde pulak mereka beramai2 kumpul tengok aku hehehe...

Anonymous said...

solat, simple word, tapi nak melaksanakan? kita memang selalu dengor, solat tiang agama. tapi rentetan dari hadis tu, "barangsiapa meninggalkan solat, maka ia MERUNTUHKAN agama". besar implikasinya.

wallahua'lam.. kita yang masih alpa. alhamdulillah, aku bekerja di persekitaran yang dipenuhi dgn ustaz2 yang dapat membimbing aku.. insya-Allah... sama2 kita memperbaiki solat masing2..

teringat kata2 seorang pelajar muallaf di kolej aku yg keluarga mereka masih tidak mengetahui beliau memeluk agama Islam. bila ditanya apakah cita2nya, jawab beliau "Saya ingin mati dalam Islam". ya Allah, kecil rasanya aku ni walaupun dah 32 tahun dilahirkan sebagai Islam.

uish.. dream theater dapat tengok live? best tuh...

Anonymous said...

Salam bentara...

baguih la artikel hg tu.... aku stuju... paling tidak kita nak bykkan saham kita kat sana...

amal jariah biar byk.... mudah2an kat sana nanti kita senang, insya Allah...

truskan dgn dakwah hg pada mbr2 hang tu dan pembaca blog hg

Anonymous said...

aku nk exercise ngan tentera new zealand kt bahau lusa ni...ustz ckp aska new zealand assault bukit, aska mesia pun assault bukit,aska new zealand jln kaki 25km,aska mesia pun jalan 25 km...mmg xde bezanya...klu aska new zealand xsmyg, aska mesia pun xsmyg???...ustz ckp beza aska new zealand ngan aska mesia hanya lah semayang.sekian

Anonymous said...

salam ..

en. batara guru .. semoga kehidupan anda dan family dirahmati Allah s.w.t ...insyaallah amin


- rasca
[ terkenang zaman Langsuyr perform di RockWorld Penang ]