Dyslexia is a learning disability that manifests primarily as a difficulty with written language, particularly with reading and spelling. It is separate and distinct from reading difficulties resulting from other causes, such as a non-neurological deficiency with vision or hearing, or from poor or inadequate reading instruction. Evidence also suggests that dyslexia results from differences in how the brain processes written and/or spoken language. Although dyslexia is the result of a neurological difference, it is not an intellectual disability. Dyslexia occurs at all levels of intelligence. - wikipediaAda siapa-siapa out there yang diagnos dengan dyslexia? Aku perlukan pengalaman korang.
Anak sulung kami dilahirkan tak cukup bulan. Lebih kurang 8 bulan. Walaupun begitu, dia membesar dengan baik sekali. Sekarang dah umur 8 tahun. Secara fizikal, takde masalah.
Only recently bila dia masuk sekolah aku perasan dia agak slow dalam pembelajaran. Kami fikirkan ini normal. Mungkin akan ambil masa sedikit bagi dia.
Then aku realize beberapa perkara yang sikit ganjil. Antaranya, bila dia menulis (walaupun meniru aje), tulisan dia terbalik. Macam tengok cermin. Then kami juga realize yang dia agak pelat, tak berapa sesuai dengan umurnya.
Wife aku buat research sikit kat internet dan mendapati anak aku ada sindrom dyslexia.
Now my concern bukan pada anak aku sebab ada dyslexia tu tapi reaksi kawan-kawan dia nanti. Aku teringat masa aku sekolah sampai Tingkatan 3 kat St Michael (Ipoh) dulu ada sorang kawan aku, tak reti membaca. Pada pandangan kami, beliau ni freak. Walaupun dalam bab sosial dia takde masalah tapi bila masuk bab akademik, kami pandang rendah pada dia. Maksud aku, dia masih kawan kami.
My point is, aku tak pasti samada masyarakat di Malaysia dah prepared atau tak dengan mereka yang dyslexia ni. Kat Australia ni no problem. Akademik tak terlalu pushy. Dan cikgu-cikgunya begitu lembut dengan students bab akademik ni. Kalau kamu tak boleh go with academics, you can always go with other areas. Art ke, skill ke...
So anak aku ni dengan sekolah, memang selalu excited je. Aku agak risau kat Malaysia nanti yang terlampau pushy bab akademik ni. If you ask me, aku tak kisah dia tak pass exam pun. Tapi dia punya minat/keupayaan tu dapat disalurkan kepada tempat yang sesuai.
So far, ada satu link je yang ditulis mengenai fenomena dyslexia ni di Malaysia. Maybe concern tu dah start ada tapi masih tak meluas.
Anyway, anak belum diases lagi oleh pakar. Tapi simptom memang jelas sama dengan apa yang dikatakan dengan dyslexia.
Kalau kamu ada apa-apa input, pengalaman etc, please share dengan kami. Yang kami pegang sekarang ialah:
-
Disleksia bukan sejenis penyakit, maka ia tidak boleh diubati.
-
Disleksia tidak disebabkan oleh kecerdasan yang lemah
-
Disleksia bukan masalah penglihatan
9 comments:
dyslexia mungkin bukan penyakit tapi boleh dirawat dengan kaedah akupuntur..
http://www.thetole.org/DyslexiaBrainTreatmentCure.html
sepupu wa pernah dpt treatment ngan master leong ni.. dari parkinson yg kritikal terus ke 98% ok.. btw, parkinson pun related ngan brain nerves ni, sama cam parkinson.. insyaallah boleh sembuh..
kita boleh berusaha..
tapi tuhan yg decide the outcome..
"sama cam dyslexia".. silap taip lak.. sorry! hehe.. lama x nulih blog.. muahaha..
Asalam Bentera, apa khabar? Menarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang dyslexia ni. Semoga anak Bentera berpeluang kearah bidang yang serasi dengannya dan yang utama, semoga Allah menjdikannya kalangan orang soleh dan diambil usaha dari dia.
Teringat saya dulu masa diIpoh, ada seorang kawan saya, dia ni memang handal dalam tidur, dalam satu hari, mungkin 5-6 jam sahaja dia bangun, sampai dalam kelas pun dia tidur, dalam bas dia tidur, atas motor pun dia boleh terlelap, dan saya pun terkena badi dia. Tapi satu yang hebat tentang dia, dia ni pakar repair motor, habis motor saya jadi experiment dia. Mengancam aje bila saya naik motor saya, motor kapcai tetapi terasa macam motor F1. Tak tahulah apa khabar dia sekarang ni. Yang seorang lagi, dalam sekolah tak berapa, tetapi dalam musik, hebat habis, semua gitar karen, dia buat sendiri, baik orangnya, tak pernah kacau orang, tak kisah tentang dunia dan solat 5 waktu tak pernah miss(terakhir dengar, 10 tahun dulu, dia sudah arwah, semoga Allah memasukkan dia dikalangan hamba yang diampuni dan kalangan ahli syurga) Mungkinkah kami ini termasuk dalam golongan dyslexia? Kalau tahu time tu, tentu buat band nama dyslexia...
ni website Singapore nye persatuan dyslexia.
Relevan kot untuk ko pasal sg & msia ni basically sama, masyarakat, pemikiran dan environmen nak kat sama, cuma lain gomen je. 3%-5% rakyat singapore mungkin ada dyslexia.
http://www.das.org.sg/
ni lak Mendaki ( support group untuk orang melayu singapore ) nye list of learning disorders. maybe ko rasa berguna buat reference.
http://www.mendaki.org.sg/content.jsp?cont_cat_id=20&cont_id=271
ko nengok2 ler ni dua website
Anak aku yang sulong pun lahir premature 7 bulan. Sekarang dia dah 12 tahun. Belajar ok je. Cuma badan kecik sikit dari kengkawan dia.
Aku syor kau buat taklim fadail ½ jam kat rumah setiap hari. Buat muzakarah 6 perkara sekali supaya family biasa cakap-cakap agama.
InsyaAllah akan ada perubahan.
Salam bro Bentara,
Ramai jugak org terkenal yg hidapi dyslexia nie, antaranya Tom Cruise, Sir Richard Branson, Orlando Bloom, Michael Dudikoff (American Ninja), Anthony Hopkins, Noel Gallagher (Oasis), Whoopi Goldberg, Ozzy Osbourne, Bob Weir (Grateful Dead), kebanyakannya cemerlang dlm bidang seni lah.
BS,
thanks for the link. Tapi aku tak berapa percaya Chinese herbs ni... Takut ada benda pelik (non-halal) dalam serbuk tu.
-------------
zarzh,
simptom kawan2 ko tu tak berapa pasti samada dyslexia atau tak. Mungkin penyakit lain kot hehehe...
-------------
deaf,
thanks a lot bro. Ada beberapa perkara baru aku dapat dari link tu.
-------------
azharjaafar,
taklim on off rumah aku ni huhuhu... thanks for the advice.
-------------
zulazahari,
harapan mak bapak terhadap anaknya tinggi. Tapi kami tak pushy. Oh ye, talent semua orang tu tambah BERIMAN dan BERAMAL SOLEH.
dyslexia tu Allah yang bagi.manusia bagi nama jer.tapi gua pun nak suggest benda yang sama macam azhar suggest,walaupun taklim kat rumah gua sendiri pun kekadang on-off gak.taklim nie memang nur lah.Agak-agak kalau anak lu blajar tahfiz bleh ker?
p;s:Lagu manowar ngan blind guardian dah lama tak berkumandang dalam rumah gua,sudah tukar dengan bacaan taklim dan kadang2 diselangi dengan leteran memberi peransang oleh mak tersayang gua supaya lebih maju dalam memburu dunia.doa lah untuk gua.
aku rasa ada kawan2 di HUKM atau UKM yang boleh bantu. Nanti aku cuba contact, dengan sesiapa hang patut berbincang hal ini.
Post a Comment