Dikenali sebagai penyanyi yang ligat di atas pentas, dengan muzik yang liberal dan beberapa kontroversi yang pernah hangat meliputi ruang media tempatan.
Ini semua adalah natijah dari pengalaman beliau bersama dengan kumpulan nasyid Mirwana? Geng nasyid sekarang sudah ada ironi. Imej baik dan soleh yang dipaparkan mereka bisa saja dicampak apabila peluang datang untuk menggegarkan pentas hiburan tempatan apabila menjadi penyanyi solo!
Apapun pendapat anda tentang beliau dan sejarah beliau, hiburan tetap hiburan. Nasyid ataupun tidak.
Album ketiga solo beliau ini menawarkan lagu-lagu dengan muzik yang liberal. Pop, rock, balada dan campuran antara genre tersebut. Nyata, beliau tidak kisah atas imej apa beliau akan dituduh. Beliau mengambil hiburan sebagai definisi yang bebas untuk diterjemahkan.
Adrenalin, Superhero, Muzik dan Bercinta adalah lagu-lagu yang mungkin bercerita tentang diri beliau yang tidak mahu duduk diam, ligat dan relentless sepertimana yang dipaparkan beliau di atas pentas.
Seperti biasa, album tempatan tidak akan lengkap tanpa lagu balada yang mendominasi ruang udara. Selamat Malam, Karma, Hanyut dan Semesta adalah lagu di dalam lingkupan ini. Mungkin konfiden dengan popularitinya, lagu Hanyut dan Semesta dimainkan sebanyak dua kali dengan beberapa penambahan.
Kawalan vokal Faizal Tahir memang tepat dan tidak boleh dicari kesalahannya. Diadun dengan baik sekali bersesuaian dengan lagu-lagu yang menjadi latar belakang.
Mungkin disebabkan kejayaan beliau dalam industri muzik tempatan dengan sejarah kumpulan nasyid, beliau beberapa kali dihukum dengan berat sekali. Tetapi, dalam hiburan, apapun boleh terjadi. Setakat ini, masyarakat tempatan menerima beliau sepertimana yang beliau tawarkan. Itu yang penting,
-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.
2 comments:
bila nak buat review album anwar zain? >:)
Nanti aku kirim pistol dari Adeled utk kau tembak kepala kau sendiri....
Post a Comment