Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Monday, November 22, 2010

Introduksi kepada ANTHRAX - Moshing dan pogoing

Anthrax, entah kenapa kurang menyerlah di Ipoh. Mungkin dibayangi oleh Metallica yang mungkin lebih hebat dan accessible walaupun Anthrax sendiri tergolong dalam kelompok yang sama, The Big Four (of Thrash Metal).

Kurang menyerlah disini, saya maksudkan sebagai, tiada band jamming yang memainkan lagu mereka. Penerimaan Mat Metal di Ipoh dapat dilihat dari trademark Anthrax sendiri iaitu topi dengan bibirnya dikelepet ke atas dengan perkataan (lukisan sendiri) NOT dan MOSH terpampang. Yang lebih kreatif dan mahir, akan melukis gambar maskot Anthrax, seorang tua berkepala botak di bibir topi tersebut.

Tahunnya ialah 1989 ketika saya di dalam tingkatan dua di Sekolah Menengah St Michael yang mana band pertama saya ditubuhkan. Sebelum orang sibuk-sibuk dengan integrasi nasional dalam 1Malaysia, saya dan rakan-rakan sudah memulakannya. Band kami dianggotai oleh dua Melayu, seorang Cina dan seorang India. Dan tema band kami sangat terpengaruh dengan Anthrax. Sesuatu yang agak ganjil kerana pada masa itu, lebih banyak band jamming peringkat sekolah memainkan lagu-lagu dari band Metallica.

Ini mungkin menjadi sebab band kami tak lama hidupnya. Orang bergaya dengan pakaian serba hitam, kami meragakan pakaian berwarna-warni. Satu taboo ketika itu.

Anthrax istimewa disebabkan pendekatannya yang bersahaja, terbuka dan tidak terlampau Metal. Ini boleh diperhatikan melalui single I'm The Man pada tahun 1987 yang dicipta dengan pengaruh rap dan majoriti dari peminat muzik mengiktiraf single tersebut sebagai lagu Rap-Metal pertama di dunia. Di dalam video live N.F.V.: Oidivnikufesin (antara VHS konset pertama yang saya beli), I'm The Man dimainkan dengan anggota Anthrax bertukar posisi; si drummer menjadi vokal dan vokalis menjadi drummer.

Anthrax dilahirkan pada tahun 1981 oleh Scott Ian (gitar) dan Dan Lilker (bass). Vokalis asalnya, Neil Turbin kurang menyerlah dengan album pertama, Fistful Of Metal (1984). Krisis bermula apabila berlakunya pergolakan kuasa antara Neil menentang Scott dan Charlie (drum) dalam pembikinan lagu. Album ini kurang menyengat menyebabkan Scott dan Charlie mengambil kuasa pembikinan lagu yang sebelum ini, majoritinya dibikin oleh Neil. Jalan penyelesaian? Buang Neil.

Hanya apabila Joey Belladonna masuk menggantikan Neil Turbin sebaik sahaja selepas rilisnya album pertama. Joey menyumbangkan suara untuk album kedua, Spreading The Disease (1985) - introduksi sebenar pada EP Armed And Dangerous (1985). Ternyata, album ini lebih mendapat sambutan. Anthrax mula mendapat tempat di kalangan peminat Thrash Metal sekitar New York. Lagu seperti Madhouse dan Gung-Ho menjadi siulan peminatnya.

Lonjakan sebenar Anthrax sebenarnya berlaku apabila album Among The Living (1987) dipasarkan. Lagu-lagu tema Anthrax banyak terkandung di dalam album ini antaranya Among The Living, Caught In A Mosh, I Am The Law (homage kepada watak komik Judge Dread) dan Indians.

Album State Of Euphoria (1988) walaupun mendapat tempat ke-30 pada carta Billboard dan mengandungi lagu-lagu tema seperti Be All, End All, Misery Loves Company dan Antisocial (sebuah lagu cover dari band Trust); gagal menyaingi populariti album sebelumnya. Ini juga dirasai di Malaysia. Rilisnya album ini disambut dengan nak tak nak. Sebabnya? Kemunculan band Death Metal dan ia mula meresap ke dalam peminat muzik underground Metal tempatan.






Album Persistence Of Time (1990) hampir tidak dipedulikan walaupun pada pendapat saya, ia merupakan album yang solid dengan produksi yang lebih baik dari album yang sebelumnya. Seolah-olah menambahkan kejatuhan ini, Anthrax kerugian $100,000 akibat kehilangan instrumen dan alatan studio. Menambahkan parah, Joey Belladonna juga keluar. Malang. Zaman Thrash Metal jatuh walaupun secara perbandingan, Anthrax masih merilis album yang berkualiti seperti album ini.

Keluarnya Joey, bermakna Anthrax pun mula hilang dari fikiran saya. Untuk Anthrax sendiri, kegemilangan ketika Joey bersama mereka tidak dapat dibayar kembali walaupun diganti dengan penyanyi berpengalaman dan bersuara hebat, Josh Bush (dari band Armored Saint). Reputasi Josh pun boleh tahan kerana beliau adalah penyanyi yang disenaraikan oleh Metallica untuk menjadi penyanyi ketika Metallica berkira-kira mahu menggunakan penyanyi solo dan James Hetfield hanya menumpukan perhatian kepada permainan gitar saja.

Untungnya, Anthrax mengubah sedikit haluan muzik mereka kepada yang lebih moden di dalam album yang seterusnya. Walaupun tidak sepopular dahulu, namun Anthrax masih tetap meriliskan album. Jika dibandingkan dengan band Thrash Metal yang lainnya, kebanyakannya tutup buku dan hilang terus.


Krisis pun kerap melanda. Vokalis sering bertukar ganti. Joey sendiri pernah kembali untuk seketika pada tahun 2005-2007 yang menyebabkan Josh Bush merasa terkilan dan seterusnya meletak jawatan. Untung Scott berjaya menyelesaikannya. Walaupun seringkali beliau dikritik hebat oleh peminatnya dalam mengatasi krisis yang melanda namun boleh kita fahami bahawa krisis tersebut perlu ditangani segera semata-mata untuk survival band.

Kemunculan semula Joey Belladonna bersama Anthrax baru-baru ini memberikan sedikit harapan baru untuk era kegemilangan mereka. Diantara band berempat The Big Four, Anthrax terletak pada kedudukan paling bawah. Namun, semangat mereka untuk terus relevan memang kita tabik.

Seleksi album:
Spreading the Disease (1985)
Among the Living (1987)
State of Euphoria (1988)
Persistence of Time (1990) 

11 comments:

mohd said...

benar bro, hanya 4 album tu yg aku letak dlm playlist aku bersama2 album megadeth , metallica , slayer, exodus, etc..
aku suka sangat dgn lagu armed and dangerous, indians tu.. terbaik laa bro

Ijau D. Koceng said...

klu anthrax aku cuma tau 1 lagu - indians... membuktikan aku x meminati anthrax

berteromber said...

macam tau2 jer ko...
aku tgh draf pasal persistence of time..

Anba said...

teringat first time mendengar lagu anthrax sekitar hujung 92' di kedai muzik melody di yik foong...
lagu milk cover SOD didalam album attack of the killer b's..
memang menyengat sungguh...
peliknya saya lebih meminati anthrax zaman bush..dari album sound of white noize sampai we've come for you all...
scott ian dan charlie benante sangat di under rated...
charlie benante adalah antara drummer2 terawal yang memulakan evolusi blast beat...

deaf-angel said...

aku suka state of euphoria
dari start sampai abis.

Jazli Safwan said...

hanya mampu menerima among the living. he he

gayour said...

gua tak pernah bosan dengan anthrax walau betukar penyanyi. "persistence of time" umpama "...and justice for all" pada gua. perfect!

got the time

Jenonymous said...

Anthrax zaman bush kalau dilayan dengan ikhlas boleh terima dengan baik. Tapi kekesalan joey tinggalkan anthrax berat jugak. Akhirnya joey kembali jugak. Kalau still dengan dan nelson x tau apa jadi

bionicles said...

cry for the indians, only, bring the noize.. instant klassic!

Buah Pulasan said...

Anthrax selalu membuat saya punyai mood untuk moshing dengan lagunya yang bagi saya Crossover Thrash Metal juga.

Entah.Tak berapa pandai sangat soal genre yang tepat.Tapi mereka antara pengenalan saya kepada hardcore/punk juga.

MR FABIARO said...

Ada sesapa boleh direct aku ke kedai yg ada CD ANTHRAX WORSHIP MUSIC..amat memerlukan..tq