Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Monday, November 29, 2010

Ulasan: Buku I AM OZZY


Ozzy Osbourne nama yang dah lama aku kenal. Mereka yang bertag Mat Metal di dahi, kalau tak kenal maka mungkin anda tersilap kenal Metal. Mungkin Metal yang anda maksudkan itu sebenarnya - dangdut.

Tanpa membaca buku ini pun, serba sedikit kita tahu tentang beliau. Bersama Black Sabbath dan juga antara penyanyi solo rock tersohor dunia. Lebih dari itu, perkara-perkara merepek dan merapu yang pernah beliau lakukan. Takkan tak pernah dengar cerita yang dia gigit kepala kelawar hidup semasa persembahan beliau? Takkan tak pernah terdengar yang beliau sangat sinonim dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol?

Tak pernah? Memang anda salah minat genre muzik.

Autobiografi ini 'ditulis' oleh beliau dengan bantuan seorang penulis. Memang beliau perlu dibantu kerana keseluruhan hidupnya, beliau dibantu. Pertama beliau adalah dyslesic yang menyebabkan beliau ada masalah untuk membaca dan hyperactive yang menyebabkan beliau sukar untuk memberi perhatian kepada sesuatu. Beliau menceritakan bagaimana hubungan beliau melalui email bersama Paul McCartney - emailnya ditulis oleh pembantu peribadi beliau; seperti setiausaha menerima arahan. Pembantu peribadi beliau pun ada kisahnya tersendiri - dikutip dari persembahan beliau kerana selalu mengikuti ke setiap show walaupun terpaksa merempat. Yang kedua - akibat dari penyalahgunaan dadah dan alkohol yang berterusan selama 40 tahun - beliau menjadi pelupa. Bagusnya, apa yang mahu diceritakan oleh beliau, dipaparkan dengan baik sekali dan agak detail, termasuklah dialog-dialog lucu beliau bersama mereka yang telah beliau sakat.

Buku ini meangkumi kehidupan Ozzy, dari kecil sampai sekarang. Dari seorang budak kecil bermasalah, dibuang sekolah pada umur 15 tahun tanpa tahu membaca, hidup miskin merempat di sebuah pekan kecil di Britain kepada mulanya Black Sabbath, karier solo seterusnya hingga beliau menjadi bersih dari segala jenis ketagihan.

Karektor beliau bersahaja. Suka menyakat orang (kena baca sakat beliau mencukur kening rakan-rakannya yang pengsan akibat mabuk dan menyakat anggota Black Sabbath yang lain - gila lawak). Lurus bendul pada suatu ketika dan nakal pada suatu ketika yang lain. Namun, hampir keseluruhan hidup beliau dibelenggu dengan ketagihan. Isterinya yang pertama tidak tahan dan bercerai tetapi beliau kekal dengan isterinya sekarang, Sharon.

Penglibatan beliau dengan Black Sabbath, dengan Randy Rhoads, Motley Crue dan sebagainya diceritakan dengan baik sekali. Malangnya, untuk Jake E. Lee, sesuatu yang aku nantikan, cuma disebut namanya saja - 2 kali. Ah!

Yang akhirnya kita dibawa kepada intipati sebenar buku ini - kehidupan sebenar seorang lagenda rock n roll. Beliau memeliki harta yang dibelanjakan tidak habis namun itu memerlukan pengorbanan yang besar - iaitu kehidupan beliau sendiri. Kita selalu bertanya, kenapa bila jadi terkenal, kehidupan jadi teruk? Bukankah sudah berjaya? Tetapi, itulah kehidupan. Ada saja perkara yang dikorbankan.

Ozzy sendiri mengakuinya.

Pengalaman hidup beliau mempunyai dua natijah - kita bercita-cita untuk menjadi rock n roll star atau kita mengambil tauladan dari kehidupan rock n roll beliau. Tonasi buku ini lebih cenderung kepada yang kedua. Ozzy, idola kita tetapi pada masa yang sama, kita bersimpati di atas pengorbanan yang beliau lakukan untuk sampai ke tahap lagenda.

Pada kaca mata kita, beliau tidak normal tetapi pada pandangan beliau - inilah aku, Ozzy bertepatan dengan tajuk buku ini. I am Ozzy.

*Disiarkan dalam KARISMA April 2011

6 comments:

d_in_flames said...

mat salih ni idup 1000 thn tp habis mcm tu jer..itulah dunya.

berteromber said...

tu la pasal...citer Jake E Lee takder...Zakk Wylde takder...2nd half buku ni lebih tumpukan pada kisah peribadi dia + family ajer...kalau ikut peminat rock punya point of view...ada sikit mengecewakan la..tp overall...memang menghiburkan...

d_in_flames said...

phrase.."Beliau memeliki harta yang dibelanjakan tidak habis..." teringat dokumentari P Ramlee kt ch 555 psl zaman pilem shaw brothers ngah meletup pastu lasx p ramlee mati dlm kemiskinan kt ujung usia..rase nk menitik ayer mata tgk dokumentari shuhaimi baba tue..insaf 5 minit

FLy said...

kena carik buku ni

speedrider said...

dah jadi milik aku. Dah berbulan, baru habis chapter 1 baca. teruk betul aku ni. wakakkaa

Dr. Bentara said...

speed... hahaha takpe slow slow... tapi jangan slow sangat.