Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Thursday, November 18, 2010

Ulasan: MACY GRAY The Sellout CD

Peminat R&B dan soul pasti mengenali Macy Gray. Kriteria utama beliau ialah suaranya yang serak-serak basah dan seksi. Ada rasa. Yang paling dekat dengan kita, mungkin Anita Sarawak. Ella terlampau remaja suaranya. Suara Macy Gray lebih matang.

Dan lebih kontroversi. Mencarut boleh tahan. 

Album ini adalah adalah album kelima. Kedudukan carta USnya agak baik dibandingkan album sebelumnya, Big. Namun tidak boleh menggegarkan sedikit pun kejayaan album pertamanya di tangga ke-4. Namun ini sudah cukup memandangkan ini adalah album comeback.

Beliau begitu natural dengan lagu mulanya, The Sellout yang bertenaga dan bermelodi mudah tapi mengujakan walaupun muziknya minimalis. Stillhurts dan Real Love (bersama Bobby Brown) lebih konvensional, seolah-olah muzik Black tahun 80an tetapi dengan sentuhan moden pada jenis instrumen yang dimainkan. Let You Win pula berpusing ke arah muzik pantai Carribean. Sedangkan Stalker lebih elektronika.

Nyata, beliau menggunakan sepenuhnya range suara beliau. Beliau ingin membuktikan bahawa suara beliau boleh saja menyanyikan apa saja jenis muzik. Andaikata beliau menjadi penyanyi pencen seperti Diana Ross, promoter boleh saja menggunakan beliau untuk event pencen seperti yang banyak dibuat di Genting Arena Of Stars.

Namun, dalam kematangan bunyi suaranya, ada kegelian apabila bait-bait lirik manja disebutnya seperti dalam lagu Kissed It (band undangan Velvet Revolver) dan On & On. Seperti seorang makcik yang mengada-ngada. Lagu ini meremangkan bulu roma jika kita membayangkan perkara yang bukan-bukan.

Untuk peminat muzik vokalis wanita tetapi tidak boleh nak menelan lagu-lagu remaja, mungkin ini pilihan terbaik. Lagipun suara beliau yang mahal dan range muzik yang dimainkan, sukar untuk kita mengatakan tidak.

1.     "The Sellout"   3:58
2.     "Lately"       2:57
3.     "Kissed It" (featuring Velvet Revolver) 4:36
4.     "Still Hurts" (featuring Romika)     3:50
5.     "Beauty in the World"   3:50
6.     "Help Me"       4:37
7.     "Let You Win"   3:57
8.     "That Man"       3:33
9.     "Stalker"       2:27
10.     "Real Love" (featuring Bobby Brown) 4:03
11.     "On & On"       3:19
12.     "The Comeback 4:04



-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

1 comment:

Ijau D. Koceng said...

eh? tadak org komen ke entri ni?