Katakunci

1 Ramadan 30 hari 2011 (29) 15 Malaysia (3) 1entry=1hari =1Malaysia (32) 1st class facilities 3rd class mentality (3) Abstract (6) Academics (43) Adab (1) Akademik (44) Aktiviti KRENMAUT (2) Anak-anak (31) Anekdot Dialog (21) Anniversary (7) Anthrax (5) Artikel (37) Artikel Agama (50) Audio (1) Baju Iron Maiden (1) Bathory (6) BBQ (3) Beli rumah (1) Berita (11) Black Metal di Malaysia (3) Boikot (5) Boxset (1) Buku (30) Carcass (6) CD untuk dijual (1) Celtic Frost (4) Cited (2) Coffee break (6) cuti-cuti Malaysia (9) D.R.I. (2) Dakwah dan Tabligh (52) Dari Myspace (4) Died (3) Diet (2) Dio (1) Diskografi (4) Diskusi (1) Doctor In The House (2) Dream Theater (30) dyslexia (1) Eid (11) Eksperimentasi Nikon D60 (2) Euphonious (1) Exodus (3) Fake (1) family (18) Fikir random mingguan (11) Filem (42) First 10 Years CD singles (3) Foto rawak (1) Freemason (6) FYP (1) Gear Acquisition Syndrome (18) Gig (51) Gitar (9) Giveaway (2) Heavy Scotland (1) helloween (2) HELLOWEEN CD Singles collection (1) Heriot-Watt University Malaysia (2) Hidup di Adelaide (129) Hidup di Bethlehem (54) High Voltage (5) HWUM (1) I LIKE THIS (1) IPOH (1) Ipoh's Metal Militants (28) Iron Maiden (78) IRON MAIDEN Live New Zealand 2009 (8) Iron Maiden Singapore (7) Iron Maiden singles collection (1) Istilah Agama (1) Istilah seputar CD (4) Jalan-jalan cari makan (8) Jalan-jalan Metal (12) Karisma (16) Kata-kata hikmah (1) Kembali ke Malaysia (5) King Diamond (1) KLASSIKKK (25) Komentari Metal (87) Krenmaut fanzine (3) Kura-kura (1) La Tahdzan (5) Langsuyr (14) Langsuyr rekoding (9) Listening Booth (1) Lords of the Land 2017 (2) Majalah (6) Malaysia tanahairku (8) Malaysiana (68) Manowar (11) Megadeth (29) Megadeth singles collection (1) Melancong ke New York (10) Membebel (161) Metal blogger (1) Metal Commentary (1) Metallica (18) Minuman (6) Mohd Tajul Azhar aka Berat (1) Morbid Angel (1) Mount Bromo (5) mrsm (2) My Scientific Articles (1) My Selangor Story (6) Nak menang Battle of The Bands? (2) Nasyid Metal (5) New Arrival (41) Niagara Falls (10) No Smoking (1) November Record Day (11) Obscure Metal (5) Pengalaman hidup (3) Penjara Al Capone (2) Petua (5) PhD (10) Pink Floyd (1) Pirate (1) Poligami (4) Politik Ramadan (12) Projek besar akhir tahun (2) Promosi (70) Prototype (1) Ramadan (15) Record Store Day (5) Recording (4) Rehabilitation of reinforced concrete structures (5) Review (52) Ross The Boss live (1) Scorpions (10) SEARCH Discography (1) Sembang-sembang (2) Siri Introduksi Kepada (6) Slash di Kuala Lumpur (3) Slayer (16) South Korea Trip (11) Space Gambus Experiment (13) Special Event (7) Stompbox (3) Sunnah (2) Surabaya (8) Swedish Death Metal (1) Syawal (5) taklim (1) Teater (4) Temuramah (23) Terjah blog (5) The 70s rocks! (1) The ABC's of Punk (27) The Beatles (3) The End (1) Tradelist (2) Trip Adelaide-Canberra (8) tro-njo-i (4) Ulasan (421) Uli Jon Roth (4) Untuk dijual (1) US visit Nov-Dec 2012 (14) USA trip 18-27 August 2013 (3) USA trip 27 April - 4 May 2014 (12) Usaha Agama Tempatan (7) UTP (69) Vancouver Trip August 2014 (1) Vinyl (11) Vinyl Passion (6) Viva Voce (1) Voivod (14) Wacken (2) Weezer (1) White Stripes (1) WILHELM Scream (1) Wordless Wednesday (68) Youtube clip (5)

Friday, November 19, 2010

Ulasan: CRYSTAL CASTLES Crystal Castles CD

Album elektronika dengan produksi murah tetapi impaknya besar. Sebaran album ini dibuat ke seluruh dunia oleh syarikat rakaman terbesar dunia. Termasuklah Universal Music untuk edaran di Malaysia.

Majalah NME menganugerahkan album pertamanya ini sebagai salah satu dari 50 album terbaik dekad ini. Ekspetasi sudah tentunya tinggi untuk album kedua ini.

Crystal Castles dianggotai oleh produser, Ethan Kath dan vokalis, Alice Glass. Mereka terkenal dengan persembahan huru hara dan memeningkan kepala di atas pentas.

Untuk mereka yang tidak pernah mendengar album yang pertama, maka penerimaan dan keterbukaan itu lebih besar. Ruang untuk perbandingan adalah kurang.

Elektronika memenuhi ruang udara apabila CD ini dimainkan. Tiada yang organik di dalam muziknya. Semuanya robotik, futuristik dan dilingkari dengan frekuensi yang pelbagai. Cuma vokal Alice saja yang mengesahkan kewujudan manusia di dalamnya. Ethan hilang terus di dalam alam binari.

Sekali saja Ethan muncul dengan kelibat manusianya di dalam lagu Not In Love (lagu cover Platinum Blonde) dengan menggunakan vokalnya. Itupun disembunyikan dengan hijab elektronika menyebabkan suaranya menjadi seperti robot.

Muzik elektronika yang dimainkan mereka bukanlah elektronika terkinja-kinja seperti yang banyak kedengaran di dalam radio dan kelab-kelab malam tetapi lebih kepada gerakan muzik new wave pada tahun 80an. Mungkin sebab itu, produksinya minimalis. Bunyiannya pun memang 80an.

Kalau anda dah bosan dengan muzik kebiasaan. Dan baru menonton filem Star Trek. Album ini mungkin menjadi dessertnya sebelum tidur.

1.     "Fainting Spells"       2:44
2.     "Celestica"       3:48
3.     "Doe Deer"       1:38
4.     "Baptism"       4:13
5.     "Year of Silence"       4:54
6.     "Empathy"       4:11
7.     "Suffocation"       4:02
8.     "Violent Dreams"       4:35
9.     "Vietnam"       5:08
10.     "Birds"       2:31
11.     "Pap Smear"       3:43
12.     "Not in Love"       3:33
13.     "Intimate"       4:45
14.     "I Am Made of Chalk"       3:09



-------------------------------
Become a fan of Universal Music (Malaysia) to get all the latest updates and news on our artist and products.

1 comment:

PC kOKak™ said...

MGMT pun best gak