Anyway, bukanlah dalam ruangan ini aku menulis untuk menjadi defendan bagi pihak Blaze. Sebaliknya aku mahu membuat ulasan tentang belian terkini aku ini. Yes! Antara album favourite aku dan sekarang aku memiliki versi Jepun edisi khas. Seperti yang diketahui ramai, versi Jepun biasanya mempunyai keistimewaannya. Aku tak pasti dengan sound kualitinya (seperti yang dikata ramai, lebih baik dari versi-versi yang lain; disebabkan aku tak memiliki sistem stereo yang hebat) tetapi pakej yang selalu disediakan oleh edisi Jepun biasanya mempunyai bonus.
Mula-mula pakej jewel case adalah versi tebal bukan jewel case double CD biasa (Rajah 1). Ketebalannya adalah menyamai dua jewel case biasa.
1. Justice of the Peace
2. Live My Way
3. Judgement Day
Mengikut komen dari saudara deaf_angel, ini adalah satu-satunya versi yang mana lagu Live My Way tercetak di dalam bentuk CD. Lagu 1 & 2, sekali dengar, kedengaran seperti lagu cover tetapi rupa-rupanya lagu IRON MAIDEN sendiri. In fact, ketiga-tiga lagu bonus ini pada pendapat aku adalah lagu yang terkeluar sikit dari sentimen album The X-Factor yang gloomy. Ketiga-tiga lagu di atas bersifat rancak dan rockish. Mungkin sebab itu, ianya tidak termasuk dalam track utama album The X-Factor.
Bonus seterusnya ialah ada dua booklet! Satu booklet adalah yang standard seperti versi biasa dan satu lagi memang istimewa. Booklet bonus mempunyai muka depan dan belakang yang sama dengan booklet biasa (Rajah 3) tetapi isinya berlainan! Booklet ini pada muka terhadapan menampilkan informasi tentang kesemua album IRON MAIDEN termasuk singles yang pernah dirilis (sila rujuk Rajah 4). Seterusnya ia menampilkan setlist tour IRON MAIDEN di Jepun bermula dari siri tour pertama (Killers 1981) hingga yang terakhir ketika itu (Fear of the Dark 1992) - rujuk Rajah 5.
Malang sekali komentari yang ditulis di dalam booklet ini ditulis dalam bahasa Jepun.
Seterusnya, versi ini juga diselitkan dua helai deskripsi mengenai album The X-Factor dan juga bonus tracks. Sekali lagi, dukacita semuanya ditulis dalam bahasa Jepun. Tapi aku pun tak boleh komplen, ini adalah rilisan Jepun.
CD bonus yang diberi adalah dengan cetakan biasa saja tidak seperti CD asal yang mempunyai kualiti print bergambar (Rajah 2 dan 6). Kertas OBI adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 7. Aku sebenarnya tak pasti kenapa dengan ada atau tiadanya kertas OBI ini dapat menaik/menurunkan harga CD versi Jepun. Sekali pandang, ianya cuma sekepin kertas dengan perkataan tulisan Jepun diatasnya. Tiada yang tersangat istimewa pun.
Rajah 7: Kertas OBI.
Anyway, untuk merumuskan, aku sangat berpuashati dengan versi ini terutamanya apabila mengetahui hanya dalam versi ini lagu I Live My Way boleh didapati (sekurang-kurangnya setakat ini - mungkin akan datang IRON MAIDEN akan meriliskan B-sides dengan lagu ini).
Anyway, untuk merumuskan, aku sangat berpuashati dengan versi ini terutamanya apabila mengetahui hanya dalam versi ini lagu I Live My Way boleh didapati (sekurang-kurangnya setakat ini - mungkin akan datang IRON MAIDEN akan meriliskan B-sides dengan lagu ini).
Rajah 8: Muka belakang dan jewel case tebal.
Album The X-Factor sendiri sudah cukup menjadi sebab album ini perlu dimiliki. Aku bukan bercakap bagi pihak peminat IRON MAIDEN, tetapi juga untuk mereka yang asing dengan IRON MAIDEN. Of course, mereka perlu mendapatkan album Powerslave ataupun The Number of The Beast dahulu sebagai introduksi kepada IRON MAIDEN tetapi bagi aku (dan sesetengah peminat tegar IRON MAIDEN), apa salahnya album ini menjadi introduksi?
4 comments:
jpn press mmg berhantu...walaupun xpaham sepatah haram tulisan jepun..tang booklet ngan obi tu yg mahal tu
aku ske cd yg ade booklet ngan gamba tebalx
cd jepun mahal tp shipping murah...
welkam to da klub bro
ikhlas,
pak din
dulu mase rilis thn 95 1st time dgr rase lemau jer psl sound lain mcm sket psl ade part slo mo...skrg dgr balik rase syiok la plak...
best eh packaging dia, macam2 dapat..memang berbaloi - dua cd ngan cd2 very rare songs, special booklet dalam ada setlist semua sejarah shows kat jepun, yang lagi satu dapat details setiap lagu something like that kan? aku pun dah lupa la... tapi memang best.
Bro lain kali cerita la sikit2 mana2 lagu ko paling suka, yang tak suka, apsal ko suka dan tak suka,
aku suka baca pendapat ko kenapa mungkin bsides tiga tu cuma bsides dan tak taruk dalam album..
Anyway, untuk merumuskan, aku sangat berpuashati dengan versi ini terutamanya apabila mengetahui hanya dalam versi ini lagu I Live My Way boleh didapati (sekurang-kurangnya setakat ini - mungkin akan datang IRON MAIDEN akan meriliskan B-sides dengan lagu ini).
+ IM ade kua the of B sides kan? ni taken fm eddie archieve`s boxset(2002). tracklist dia compile dr cd 2 elben IM repress thn 95.
+ eddie archieve`s boxset ni nk bli mmg meleleh la psl harga mahal nk mampus kt ebay...tp ade jual sekepingx cum cd beast over hammersmith, cd BBC archieve ngan best of B sides.
Post a Comment